mereka yang tegar

Thursday, August 12, 2010

kantoi

Fitrah orang perempuan, biasalah. Memang tak dapat sebulan penuh berpuasa. Bila tengah datang bulan, gadis-gadis yang tak puasa bersebab ni, kelihatan lebih lesu dan letih berbanding kawan-kawan yang puasa.


Ramadhan 1 :


Gadis ada kelas pukul 9. Jam 8 sudah bersiap-siap mahu ke kelas. Disebabkan uzur, maka perlulah sarapan dulu sebelum ke kelas. Badan memang tak tahan kalau perut tak dilapik langsung.


Bancuh susu Dutch Lady yang ada perisa Madu tu, cicah dengan biskut. Sambil berbual-bual dengan roommate, juga sedang ber’sahur’ jam 8 pagi. Hehe. Sahur la sangat.


HP berbunyi, tanpa melihat, gadis terus tekan butang hijau.


”hello, assalamualaikum”

Serentak dengan gadis menggigit biskut.


Gulp! Alamak sapa ni. Suara lelaki.


”err, haa. Waalaikumussalam. Ya?”

Juga sambil menyembunyikan derap biskut dalam mulut. Malangnya, usaha gagal. Tettt!


”haa, tak puasa ya? Tengah sarapan rupanya”


Erk. Adoi.


p/s : blogger lelaki yang rajin telefon saya pagi-pagi tu, jangan munculkan diri di sini ya! hehe

12 komen tak puas hati:

nizamsani said...

hehe.

Anonymous said...

rajinnya blogger tu call setiap pagi?

ain fathihah said...

mana ada dia call setiap pagi...2la 1st time dia call pagi mcm tu

NiZaM Limited said...

ahaks..kantoi..takpe la awal2 bulan tak bleh pose..takde la bnyk nak kena ganti nnti kan..=p

Ann said...

haha kantoi ain...

Bangauputih said...

hehe..ketahuan tak puase,,, ^_^

Bangauputih said...

hehe..ketahuan tak puase,,, ^_^

iqbalsyarie said...

Blogger lelaki?ahaha
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)

ada masa,singgah la..kot2 ada ilmu yg boleh diguna pakai ke :)

encik luth said...

nak call jugak la pagi esok

HEROICzero said...

hahaha~ kantoi mcm tu jek~

Happy Ramadhan! =)

amirah said...

ish2...apa la.cover skit

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha... kantoii..

selamat berpuasa~~ **dh start puasa kan?