mereka yang tegar

Monday, August 23, 2010

demam = doktor

Saya demam. Sinonim demam adalah paracetamol. Selain itu, demam bersinonim dengan doktor. Maka saya yang pening-pening dan agak lemah tubuh badan, ditambah dengan puasa, pergi berjumpa doktor.


Elok kaki melangkah masuk ke bilik rawatan di Klinik Syifa Batang Kali tu, hati dah kecewa. Alaa, doktor tua. Cina dan tak hensem. Huhu. Demam-demam pun sempat lagi memilih doktor.


Setelah sedikit pemeriksaan, sambil doktor Cina itu menulis sesuatu di buku rawatan pesakit,


Doktor : You umur berapa?

Gadis : dua puluh.


Doktor mengerutkan dahi. Mengangkat muka memandang saya, dan bertanya lagi,


Doktor : Berapa?

Gadis : dua puluh.


Doktor : sure? Dua puluh or dua belas?

Gadis : dua puluh.


Doktor : you looks like a kid.

Gadis : ……………


Perghh! Nasib baik lah tengah puasa. Badan pun tak larat. Malas la nak bergaduh dengan doktor tu. Sabar je la. sekarang dah baik dari demam. alhamdulillah.


moral : banyakkan minum air masak semasa bersahur.

13 komen tak puas hati:

Ann said...

dua belas??? hehe keciknye ain

armouris said...

info tentang demam denggi di SIHAT SELALU - Demam Denggi Berdarah Membawa Maut

iqbalsyarie said...

haha...oh,kamu umur 20 ek..baru tahu.sebaya~

Cerita terbaru di blog: Sebab-sbb jahiliyyah!

bangauputih said...

wah, emang kelihatan muda sangat lah dik ain nih :-)

cikgu isza said...

jangan lupa makan ubat...
sronok tu.. awet muda :)

amirah said...

hahaha...2la dok wat cm budak2 g...=P

alang said...

erm. Elakkan dari makan paracetamol or panadol. Tu bukan penyembuh demam, cuma penghilang sakit sementara saja(painkiller). Minum la air masak n hundred plus byk2 n lawan demam tu ngn buat something yg ringan2 mcm berjalan. InsyaAllah ok la nanti.

Even kebanyakan Dr, tak akan ambik painkiller kecuali jika dah sakit sgt.

hiro said...

oit...kids xleh tulis blog..hahaa..

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

nak tekan ayat kot doktor ni
gua syak lu pun simpan jantung kat itu doc

Along Tapa said...

heh???jadik orang lagi masuk dalam list aku untuk dipanggil budak kecik~~~ :p

Blog nostalgia budak Muor - cerita berbuka puasa

HagakureKira said...

budak kecik berjiwa besar..bakal perdana menteri wanita pertama 1 hr nt..siapa tau ;)

Hamzah Ian said...

hahaha.. nice

adrinaqamarina said...

paracetamol kan untuk kanak3. heheh