Tuesday, August 31, 2010

cara saya meraikan ulangtahun kemerdekaan

Seumur hidup saya 20tahun, saya belum pernah lagi (setakat ini) keluar di malam ambang Merdeka (mahupun ambang tahun baru) bagi mengira detik-detik menjelang jam 12 malam.

10...9...8...7...6...5...4...3...2....1

MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!

lalu mereka-mereka yang melaung itu saling mengucapkan Happy Merdeka Day pada satu sama lain. juga mereka sakan mengayun-ayunkan Jalur Gemilang.

Seingat saya, ada sekali atau dua kali saya menanti jam 12malam, untuk melaungkan laungan keramat Merdeka itu (laungan keramat 53 tahun dulu. generasi sebaya saya sekarang melaung merdeka seronok-seronok, tanpa jiwa dan rasa).

semasa tinggal di asrama, SMKA (P) AlMashoor, di tingkatan 1 dan 2. biasalah kan, asrama mesti ada program menjelang ambang merdeka. Saya pun ikutkan saja la.

entah kenapa, saya merasakan jerit laung merdeka! merdeka! generasi hari ni, sambil melangut melihat bunga api....adalah satu perkara yang ntah apa-apa.

entah apa yang digirangkan. Mungkin girang 31 Ogos adalah cuti umum. Mungkin girang melihat bunga api sayup di pandangan mata. Mungkin girang dapat keluar malam, terkinja-kinja bersama orang ramai. Mungkin apa lagi ya?

Jangan nak tipu la, wahai generasi sebaya saya. Apa yang kalian faham kan dengan erti merdeka ini? Jujur cakap, saya pun tak faham apa yang dimaksudkan 'bebas dari cengkaman penjajah'.

hey hey! kita tak lahir dalam zaman penjajahan. memang saya takkan mampu nak faham apa yang Tuanku Abdul Rahman rasakan semasa mengetuai laungan merdeka tu.

tapi bukanlah salah saya. saya tak dapat nak faham erti merdeka disebabkan saya tak hidup dalam zaman penjajahan. bukan salah saya lahir setelah empat generasi kita merdeka.



Sungguh, saya ni skema. Rimas berasak-asak di tempat ramai orang begitu. Tiap dari kita ada cara tersendiri bagi meraikan ulangtahun kemerdekaan, bukan?

ada yang mengukur jiwa merdekanya dengan berlumba-lumba membina Jalur Gemilang terbesar daripada kad topap, tin kosong mahupun tempurung kelapa.

ada yang mengukur jiwa merdekanya dengan nyanyian lagu-lagu patriotik yang didendangkan di atas pentas.

ada yang mengukur jiwa merdekanya dengan jumlah kondom dan botol arak bertaburan bersepah selepas sambutan di malam kemerdekaan.

Maka saya berusaha untuk tahu, faham dan merasakan apa yang pejuang-pejuang kita dahulu alami untuk mencapai kemerdekaan ini.

jeng jeng jeng! dah lama saya cari buku ni. baru semalam jumpa di Perpustakaan Tuanku Bainun. pinjam dengan girang hati.
MEMOIR AHMAD BOESTAMAM : MERDEKA DENGAN DARAH DALAM API

SALAM MERDEKA 53, MALAYSIA!!

13 komen tak puas hati:

Ann said...

salam merdeka
yg lg penting jgn depa sambut merdeka ngn maksiat dah ler...nti btambah lak kes buang bayi

Unknown said...

para pelajar sekalian,ingat pesan cikgu ain ni!hehe...nice..Tq for reminding me...merdeka takkan dg tanpa perjuangan~

TERBARU: Kasih kerana Tuhan

ismiaisha said...

aku suka sbb tgk buka bunga api jaa..
huhu~
kena cari buka sejarah gak nih nak baca.. (^^,)v

Bangauputih said...

selamat yah...

amirah said...

x sia2 aku ajak ang p library...tertunai suda 1 impian ang..keh2

Guru said...

semoga jiwa merdeka pejuang itu meresap dalam diri ain

Rafi Harumin said...

salam..

terima kasih komen entri saya ya... ada nak tanya ni.. tapi kat shoutbox ya..

Sir Marcello said...

entah apa gua buat semalam...tak rasa pape pun ambang merdeka tue...layan2 sarjan hassan punya pasal alih2 dah pukul 12.30am~

ana said...

betul tu....sambutan merdeka anak2 muda zaman skrg lebih kepada kegembiraan cuti esoknya dan ada peluang nak klr malam jumpa/lepak ngan buah hati.

Azym Azizi said...

Terbaek la ain..hehe
AKu sambut merdeka dengan menunaikan solat terawih..boleh tak? Hehe

Mr. Asada said...

bagus! bagus! hehe..

baca buku2 lama2 dlu tu baru dapat tau n menyelami apa yg orang dlu rasa time kena jajah..

yang terkinja-kinja tak tentu hala, mabuk tak ingat dunia, tu bukan sambutan merdeka.. tapi pesta entah apa2. uhh!

ada baiknya pegi bangun malam, buat solat hajat, mintak Malaysia terus aman dan sejahtera tanpa bencana..

Selamat Hari Kemerdekaan ke 53 =)

HEROICzero said...

nampak menarik buku tu. =)

merdeka hanya cuti umum, bg kebanyakan nya.

Mungkin sebab mood nak raya, kot? =p

hentian said...

IM pun masa remaja dulu serononk sambut MERDEKA. tapi kini IM rasa MERDEKA ini hambar...