mereka yang tegar

Monday, June 29, 2009

subjek semester tiga

EDU3024 Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar

Kumpulan I

4 jam kredit

.............

TBC3013 Information and Communication Technology in Biology

Kumpulan A

3 jam kredit

..........

TBF3023 Plant Physiology

Kumpulan B

3 jam kredit

..........

TBG2013 Genetic

Kumpulan A

3 jam kredit

..........

TKU1033 Basic Chemistry I

Kumpulan A

3 jam kredit

..........

UBI1042 English For Communication II

Kumpulan M

2 jam kredit

...........

UKK3061 BSMM III

Kumpulan A

1 jam kredit

===========

Jumlah jam kredit = 19 

cuti dah habis rupanya...


tinggal beberapa hari lagi dapat berpoya-poya di rumah.. esok lusa perlu berangkat dan berangkut diri sendiri dan barang-barang ke Tanjung Malim.

apa pun belum disiapkan

baju-baju yang perlu dibawa entah di mana berselerakan

mujur tak bawa balik banyak barang ke rumah untuk bercuti

cuma nak beli barang-barang harian je lah..

rasa-rasanya macam perlu beli beg & kasut baru, sebab yang lama dah hampir rosak..wohh, biasa la kan kalau sepatu tertanggal tapak? hehe.

beg pun dah koyak, bahana angkut buku tebal dalam beg kain yang nipis..wuuu...

ahhh, tak bersemangat pula nak berkemas-kemas.

masih banyak masa lagi, kan?

boleh lepak-lepak dulu...la la la

Thursday, June 25, 2009

sakaratul maut tak buat saya takut?

Masih ingat dgn Kumpulan Nada Murni? Masih ingat dengan satu sajak yang boleh menaikkan bulu roma kita masa zaman hingusan, zaman anak-anak dulu? Jom la, jangan malu-malu. Saya ingin membawa kamu (yang sudi sahaja, yang masih belum penuh noda hitam di hatinya, yang masih terbuka hatinya untuk ditembusi cahaya) mengimbau kembali sajak tersebut di samping kamu boleh dengar sajak tersebut.

....

........Terpulanglah, nak dengar sekali cuma. Mungkin nak ulang-ulang dengar. Dua kali, atau mungkin lapan kali. Mungkin juga nak dengar sampai lebam cuping telinga. Kalau kamu mampu dengar ratusan lagu di mp3, atau berpuluh episod drama Korea, atau berkeping-keping cd/dvd anime, rasanya takkan tertanggal atau terpelanting cuping dengan kamu jika dengar sajak ini. 10minit cuma. Semoga kita lebih menginsafi setelah mendengar sajak tersebut. InsyaAllah..

....

........Saya tahu, hati saya memang tak sesuci mana. Hidup 19 tahun, orang kata masih hingusan. tapi sudah galak mahu puas makan maksiat. hati mahu puas bermaksiat. mata melirik maksiat. telinga menadah maksiat. tangan, kaki, hidung, dan segala anggota badan juga bermaksiat. hina kan diri kita? babi dan anjing yang kita pandang jijik itu pun berzikir mengingati Allah setiap hari. kita? jawab la sendiri.

.....

..........Masa anak-anak dulu, Baba saya kerap pasangkan kaset sajak ini. ulang-ulang. saya juga gemar dengar berulang kali. walaupun takut, tapi tak jemu. hinggakan mampu dihafal. tapi, kian meningkat dewasa (kalau boleh dikatakan dewasa), sajak ini makin saya lupakan. hampir tiada di ingatan. mana kamu menghilang, keinsafan?

...

......

...Semalam, entah bagaimana terdetik hati mencari sajak ini di youtube. taip saja 'sakaratul maut - nada murni (boleh juga al-arqam), kemudian jari saya tidak segan silu klik 'search'. sama juga jari saya tidak malu alah klik tetikus pada perkara-perkara maksiat. pasti diarahkan oleh otak saya. dapat. terus saja saya muat turun video sajak ini ke laptop.

....

..........Kebetulan, dua adik kecil saya, adilah & adnin menjengah kepala ke pintu bilik saya. nampak saja dua kepala kecil itu, terus saya panggil mereka. haa, meh sini. kita tengok cerita best sama-sama. cerita hagemaru ke, tata? bukan. upin ipin ke, tata? bukan. ini lagi best dari upin ipin. meh la. duk sebelah ni. (saja nak tunjuk juga dialog kakak mithali dengan adik-adiknya)

...

........Seperti biasalah, adik berdua ni, tanpa dijemput pun memang akan berebut-rebut membuat rampasan kuasa ke atas laptop saya. duduk tercatuk betul-betul di depan laptop. sikit lagi lutut mereka akan mencecah keyboard laptop, rasanya. sambil jari comel mereka kalut mahu menekan-nekan apa yang ada di keyboard. menolak saya makin ke belakang pula tu!

....

.......

...Sengaja saya kuatkan sikit volume speaker laptop. namun, bergema saja suara dari video sajak itu, kedua mereka terus mencanak-canak berundur dan menyorok di belakang saya. si kecil adnin memeluk pinggang saya. si becok adilah menarik-narik baju saya. *senyum*. tapi mata mereka tetap tak lepas memandang ke skrin laptop, dan tak pula menutup telinga..

.........

....

..lantang sajak itu bergema dalam bilik saya....di satu malam yang hening, seorang O/B rebah di kamar mandinya, diserang lemah jantungnya, yang mengugat nyawanya. di tengah malam, baru pulang dari sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur bersama isteri mudanya, bersama mulut dan lidahnya yang dinajisi alkohol...dan mereka berdua makin kuat memeluk saya. berebut mahu duduk di riba pula....Nazak hempas menghempas, pulas memulas dan pintal memintal. Mau makan? geleng kepala, minum? geleng kepala. isteri muda? geleng kepala. mau ke genting highland? geleng kepala. mau melancong ke Eropah? geleng kepala. ke Mekah naik haji? geleng kepala. Ops, saya tersenyum melihat kepala mereka berdua pun tergeleng-geleng, dengan muka bertambah cemas.

...

...sehingga habis durasi 10minit sajak itu, mereka memang ketakutan. 

===>takut?

ya, saya juga dulu ketakutan mendengar sajak ini.

===>sekarang?

entah la. rasa kurang takut lagi. tapi masih terasa seram sejuk dan meremang bulu tengkok.

====> sudah membesar dewasa barangkali.

..

............atau,

===> hati sudah membusuk berbekas maksiat, maka sajak yang menginsafkan ini agak sukar menembus diri. iyakah? huhu. wallahua'lam..

Wednesday, June 24, 2009

cara membuat penulisan anda tambah menarik

berbual (ym) dengan Sumi baru-baru ini.

"mu rasa penulisan aku ada peningkatan tak?"

"urm..statik kot. sama ja aku rasa"

"tak apa lah macam tu. saja tanya"

==================

Kamu pernah tak rasa begini

'eh, kenapa bila aku baca entri dia ni, rasa best lah. nak baca lagi'

'eh, dia yang marah dalam entri ni. kenapa aku pun rasa nak marah juga ni'

'waa, syahdunya entri dia'

pernah tak? heh, saya selalu! tahniah pada penulis blog yang selalu membuatkan saya kagum. erm, sebenarnya cemburu. hehe

.....JOM KONGSI! BAGAIMANA DIA LAKUKAN......

~abqori~

contoh 1

Ayat sebelum disuntik:

Manalah cucu Sultan yang berumur tujuh tahun itu tahu untuk membalas bulian abangnya kerana beliau masihlah amat kecil lagi. Mujur tangisannya itu sering didengari oleh putera bongsu merangkap bapa saudaranya. Putera bongsulah yang sering memujuknya dengan menyuruh kekanda sepuluh tahun beralah.

Ayat selepas disuntik:

Manalah cucu Sultan yang berumur tujuh tahun itu tahu untuk melakukan rusuhan memberontak kerana beliau masihlah amat kecil lagi. Mujur tangisan revolusinya itu sering didengari oleh putera bongsu merangkap bapa saudaranya. Putera bongsulah yang sering menenangkan keadaan yang huru-hara itu dengan mengembalikan hak pada yang sepatutnya.

contoh 2

Ayat sebelum disuntik :

Tetapi bagi saya jika terjaga di malam hari sewaktu winter, jaga saya itu bermakna saya telah tidur melebihi kadarnya disebabkan hari masih belum-belum siang.


Ayat setelah disuntik :

Tetapi bagi saya jika terjaga di malam hari sewaktu winter, jaga saya itu bermakna saya telah lebam ketiduran disebabkan hari masih belum-belum siang.

===========

Elakkan menulis entri yang hanya menceritakan tentang perjalanan kehidupan kamu yang seolah-olah semakin hari semakin tiada harapan. Siapa yang mahu membaca kisah-kisah seperti ini kan? Pembaca yang baik membaca untuk mencari ilham dan memotivasikan diri. Mungkin juga mahu berkongsi kisah orang lain dan cuba menempatkan dirinya dalam situasi penulis. Semua orang boleh menulis tapi tak semua penulis mampu membuatkan pembaca merasai dan menghayati isi penulisannya.

........

Berikut adalah contoh-contoh entri yang mengecewakan dan membosankan pembaca ;


Entri pertama :
Hari ini aku bangun lambat. Terpaksalah aku ponteng satu kelas. Bila masuk bilik mandi pula, aku perasan yang berus gigi dah patah, digigit tikus agaknya. Habislah aku kena beli yang baru. Walhal duit pula tiada. Kawan-kawan pula entah bila nak bayar hutang. Kalau ikutkan hati, nak saja aku lempang muka diorang sorang-sorang. Teruk betul hidup ini.


Entri Kedua :
Bosannya malam ini. Kawan-kawan semua pula sibuk menyanyi. Macam sedap sangat suara. Perasan bagus. Tension aku. Dahlah di kelas tadi, aku kena denda berdiri dua jam lebih, semata-mata sebab aku lewat lima minit. Bukannya apa, dah tadi aku terpijak tahi kucing. Takkanlah aku nak masuk kelas busuk-busuk macam itu. Mestilah aku basuh dulu. Lecturer pula tak faham. Ikutkan hati nak saja aku tukar kolej. Tinggalkan terus life aku yang worst di sini.


Entri Ketiga :
Kenapalah hidup ini teruk sangat? Semua yang aku buat semuanya serba tak kena. Kawan-kawan pula semuanya perangai entah macam apa. Entah macam mana lah aku boleh berkawan dengan diorang. Aku tahu, diorang ini memang sengaja menganggu hidup aku. Kalaulah aku ada kereta, nak saja aku langgar diorang semua. Lepas itu, aku reverse kereta itu ke depan belakang sampai lumat tubuh diorang. Baru puas hati aku. Tapi, macam kejam sangat pula. Dah, nak buat macam mana? Aku dah tak boleh tahan dengan diorang. Lagipun, selama ini, diorang inilah yang buatkan hidup aku rasa macam sampah.

.....

ini belum termasuk lagi dengan entri yang penulisnya telah keterlaluan merogol bahasa dan merojak-rojakkan bahasa dalam penulisannya. tahulah ini negara muhibah, hidup berbilang kaum tapi perlukan merojakkan bahasa sendiri sehingga hilang identiti? dan juga entri yang menggunakan bahasa SMS melampau dan terlalu memendekkan patah kata sehingga tidak mampu dibaca. maka jadilah penulisan anda itu syok sendiri.

.

.

.

apa pun, ini cuma sekadar tips menjadikan penulisan kamu menarik. mana tahu entri berdasarkan pengalaman hidup kamu mampu menjadi inspirasi kepada anak cucu di kemudian hari. andaikan 40tahun nanti cucu kamu terjumpa blog kamu.

"Tok Mama, srikandiputri.blogspot itu blog tok mama ke? seronok saya baca. kawan-kawan saya pun cakap tok mama best"

atau

"atok, inibelogsukahatiaku.blogspot itu blog atok ke? wahh, teruknya atok masa muda. malu lah, kawan-kawan saya dah jumpa blog atok. mana saya nak letak muka ni haa.."

.

.

.

haha, jauh pula saya fikir. sampai ke cucu. opss..! saya tahu blog saya sengal. bak kata fawez, 'sengal lah ko ni Ain'..

5 syarat untuk menulis dengan baik

dua tiga hari lepas saya tonton Malaysia Hari Ini, MHI..tv3

bersama tetamu jemputan, Faisal Tehrani.

...

saya tertarik dengan kata-kata beliau berkenaan nasihat A.Samad Said bagaimana mahu menjadi penulis yang baik.

katanya ada lima syarat

(banyak juga, agaknya apa ya. desis hati saya tidak sabar)

yang pertama ;

membaca

(erm, semestinya..membaca kan mampu membuatkan akal berfikir deras, supaya manusia tidak berotak singkat)

yang kedua ;

membaca

(ermm?)

yang ketiga ;

membaca

(huh?)

yang keempat ;

membaca

(erkk?)

yang kelima ;

menulis

(fuhh..mujur)

...

kalau yang kelima itu masih juga 'membaca', makanya bukan penulis lah. itu pembaca.

hehe

*senyum*

Sunday, June 21, 2009

aku di zaman hingusan


semalam, sengaja merayau-rayau dalam fs kawan.. terjumpa gambar ini.. gambar kenangan zaman hingusan (macam la sekarang dah cukup matang)..

zaman dikelilingi cikgu-cikgu dan ustaz-ustazah yang suka ber'pot-pet-pot-pet' sebelum mula kelas..kamu jangan begini, kamu perlu begitu, kamu jaga diri, kamu perlu fikirkan masa depan..bla bla bla..

zaman kena pakai 'kad bahasa' pada tudung labuh sekolah (kad yang kena tulis 10 perkataan dalam tiga bahasa BM-BI-BA, perlu dihafal dan setiap minggu kena tukar, tapi aku cuma tukar perkataan baru bila rajin)..

zaman bilamana aku pergi sekolah awal cuma sebab nak meniru kerja sekolah kawan.. buat muka tak malu pergi meja ct khadijah yang datang awal, minta buku dia.. 'weh, meh buku hang. aku tak buat lagi kerja sekolah yang cikgu nak hari ni..' heh, sangat la tak malu 'oh, patut la hang mai awal hari ni. selalu kan hang yang paling lambat sampai sekolah'

zaman kena halau berdiri di luar kelas bila tak buat kerjarumah matematik cikgu Baharom.. seronok gak rupanya kena berdiri kat luar kelas. ahh, mujur sekolah semua perempuan, boleh buat muka tebal...hihi

zaman kena berdiri di belakang kelas sebab tak buat tugasan yang cikgu Fiza bagi.. selalunya satu kelas akan siapkan kerja sekolah cikgu Fiza, cuma aku-amal-shery-faiezah yang terkecuali. hasilnya, buat muka sekupang ja la masa kena berdiri kat belakang kelas. boleh duk gelak-gelak pulak sesama kami..

zaman yang aku akan terketar-ketar lutut dan segala anggota badan bila kena ke depan kelas dan buat presentation dalam bahasa inggeris (ouchh, dulu aku sangat la tak suka subjek BI). baru sekarang terasa pentingnya kebolehan bertutur dengan baik dalam bahasa inggeris. betullah cakap teacher Harlina.

zaman aku suka subjek biologi, kagum dengan cikgu zaharah sangat2, sebab dia pandai biologi. sanggup aku pergi makmal awal bila kelas biologi, ambilkan laptop cikgu dan LCD, pasang siap-siap dalam makmal. bila cikgu zaharah masuk, boleh terus mengajar. tempat paling depan (betul-betul depan muka cikgu tu, memang tempat aku la..sanggup sakit leher kena dongak agak tinggi asalkan aku puas hati dapat duduk depan sekali, dekat dengan cikgu). tak sangka pulak aku bakal cikgu biologi. insyaAllah, doakan. hehe.

zaman aku memang bodoh dan bengap gila masa kelas matematik tambahan. tercengang-cengang bila cikgu freshie mengajar. cikgu rozai. satu apa pun aku tak faham. pernah sekali aku menangis masa duk buat latihan matematik tambahan dalam kelas. menangis sungguh-sungguh pulak tu. masa tu fikir, kenapa la aku bodoh sangat ni..tak faham & tak dapat tangkap isi pelajaran langsung. Faiezah la yang baik hati ajarkan aku pasal AddMath pelan-pelan..ajar satu-satu..langkah demi langkah...sampai aku faham!

banyakkkknya kenangan.

aduhhh, rindunyaaa!!! 

Thursday, June 18, 2009

hasil amatur photoshop. jangan kutuk!

Salam'alaik. Musim cuti yang agendanya cuma 'menyehatkan' badan ni, memang terasa bosan.
Entah macam mana hati ni terasa nak install Adobe Photoshop dalam laptop. Sebelum ni tak da.

-Baba, mana CD installer photoshop? nak install
-cari dalam beg CD warna hijau
-hijau muda ka hijau tua? (dah dua2 beg CD pun warna hijau)
-cari la dalam dua-dua beg tu
-wuu..huhu, okey

Sasaran mangsa bertubi-tubi pertanyaan : Luth
Sasaran blog kerap lepak : Luth Textile Dot Com
.........
Okayy, jom tengok hasil picisan ++ amatur

Ini gambar asal.
Motif jus oren yang enak, manis dan sangat menyegarkan.
Gelas jus tu pun agak besar. Straw boleh belit-belit lagi tau!
Harga : RM4.90 (perlu ke letak harga air ni??)
.
.
..

Ni gambar setelah di'edit'. Sebenarnya cuma nak tonjolkan jus oren tu dalam imej berwarna. Gambar latar yang lain tu, nak dalam imej hitam putih je. Tapi, entah macam mana jadi warna hijau plak.

tengok? saya memang sangat amatur.

===========================
===========================
===========================
Ini gambar kedua. Gambar asal. Motif sama juga. Tapi kali ni cuma nak tonjolkan imej buah oren tu. Gadis di sebalik oren adalah Cik Shery. Pinjam sikit muka hang, noh.



Ni hasil edit kali pertama. Gambar latar hitam putih. Imej oren pun menjadi. Cuma, sekeliling buah oren tu nampak tak kemas dan kaku. Macam gambar yang digunting dan tampal ja.. huhu

Tapi tak apa, cuba lagi. Masa nak 'potong' oren tu, saya tukar 'feather radius' dari 0 kepada 8. Jadi tak la nampak palsu sangat gambar ni. Haa, ni hasil edit yang kedua. Tapi, boleh terlupa pula macam mana saya tukar warna latar kepada hitam putih tadi. Ini pula jadinya.



tadaa!! ini yang ketiga. agak puas hati sebab target berjaya dicapai. Buah oren berwarna oren dan latarnya hitam putih.



Terima kasih pada model jus oren saya pada entri ini..hehehe.. Cik Sharifah Nadiah Al-Habsyee

Tuesday, June 16, 2009

kredit to Luth


TQ to Luth. Ni memang tutorial photoshop yang mudah dan cepat. Tapi Ain puas hati dan seronok bila tengok hasil kerja sendiri ni. Hehe. Sebenarnya nak sangat buat yang tonjolkan imej berwarna dalam imej hitam putih tu..tapi, tak jadi..waa!! nak tanya Luth, tapi Luth tak online pun...cepat lah online wahai cikgu Luth...huhu

Thursday, June 11, 2009

jangan kamu tidak bersyukur menjadi perempuan.

salam'alaik..entri ini adalah bersusulan daripada entri saya sebelum ini. terima kasih pada semua komentar yang diberikan. Ada satu komen daripada pensyarah BSMM saya di UPSI yang amat menarik perhatian saya.

++++++++++

kenyataan kamu ini mcm tidak bersyukur menjadi seorang perempuan..... so kamu kena ingat..... perempuan mudah masuk syurga dan mudah masuk neraka, tidak seperti lelaki mudah masuk neraka dan sukar masuk syurga..... ingat setiap pertikaian kita terhadap apa yang ALLAH ciptakan elok la berhati-hati supaya tidak jatuh murtad.......... from mejor fais, ~ustazalong~

++++++++++

Yeehaa! terima kasih ya Cikgu Fais. Sengaja taknak panggil Mejar Fais, saya sekarang di luar kelas BSMM kan Cikgu? hehe. dan bonus lagi satu, saya letakkan juga link Cikgu Fais di sini. Promosi blog. Sesiapa yang berminat dialu-alukan singgah di sana. Eh, saya dah promote blog Cikgu, sudikah bagi saya merasa A untuk subjek BSMM III semester depan? sudah dua semester puas merasa A-. Ahaks! Dushh3x!

_______________________________

sayakah manusia yang tidak bersyukur? astagfirullah.. harap diampunkan segala dosa dan khilaf saya andai terdetiknya hati saya tidak bersyukur dilahirkan sebagai wanita, yang mempunyai bilangan kromosom lengkap 44+XX. (unsur-unsur Biologi cuba diselitkan secara tidak langsung demi membuktikan kecintaan saya pada subjek ini)

..

Entri saya 'ingat senang ke jadi perempuan' tu bukanlah untuk merungut-rungut kepada Yang Maha Kuasa betapa saya merasa renyah menjadi wanita. Sungguh tidak.

--------------------

--> Saya bangga menjadi sebahagian bakal ibu yang diwajibkan anaknya taat 3kali lebih dari sang ayah.

.

--> Saya tahu dan bersyukur yang setiap kali wanita beranak, setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan anak di kira mati syahid dan dosanya diampun ALLAH sehingga ia seperti bayi yang baru dilahirkan.

.

--> Saya tahu dan bersyukur kerana walaupun lelaki menerima pusaka lebih berbanding wanita, tapi lelaki wajib menggunakan hartanya untuk menyara isteri, seorang wanita.

.

--> Saya tahu dan bersyukur apabila mengetahui di akhirat kelak, seorang lelaki belum tentu masuk syurga sekiranya gagal menunaikan tanggungjawabnya terhadap 4 wanita iaitu : Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

.

--> Saya tahu dan bersyukur apabila Baba saya berpesan supaya menjadi isteri yang solehah. Kerana isteri yang solehah akan masuk shurga 500 tahun lebih awal dari suami, sedang suami masih berada di bawah Arasy.

.

--> Juga apabila saya mengetahui, seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yang disukainya cukup dengan 2 syarat sahaja: Suami redha dan Allah redha.

.

--> Saya terharu dan bersyukur apabila dititip pesan oleh guru saya yang seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. Subhanallah. sayangnya ALLAH pada wanita.

siapa wanita? Ya, saya.

........................


Cuma, saya telah nyatakan di awal entri, penulisan saya kali ini saya dedikasikan kepada golongan-golongan yang bergenotip 44+XY tetapi mempamerkan ciri-ciri fenotip palsu kepada khalayak sehingga memualkan tekak.

Saya cuba menegur golongan-golongan ini daripada sudut mata saya sebagai seorang wanita. Ahh, kita ada ustaz-ustaz, golongan bijak pandai agama yang dah berbuih-buih mulut berpesan, Allah melaknat golongan lelaki yang menyerupai wanita dan sebaliknya.

Tak layak kiranya saya yang jahil ini mengeluarkan dalil-dalil ayat Al-Quran dan nas-nas Hadith untuk menegur golongan ini.

Setiap daripada kita adalah pemimpin. Saya cuba menegur, berkongsi pandangan dan ilmu yang termampu oleh saya.

Kiranya masih terdapat khilaf pada setiap penulisan saya, dialu-alukan pandangan dan teguran daripada semua.

Tuesday, June 09, 2009

ingat senang ke jadi perempuan?

dedikasi buat bapok-bapok, pondan-pondan, nok dan dik non di luar sana. Pelik betul aku kenapa kalian ni bersungguh-sungguh dan tergedik-gedik nak jadi perempuan.

Perempuan ada Haid.


Ingat best ke dalam hidup ni bila setiap bulan ada haid? Pernah sakit senggugut? Sakit tau! kepala jadi pening dan jiwa jadi emosi tak tentu pasal..itu tak kena, ini tak kena. ada pula kawan-kawan aku yang sampai tak boleh bangun bila datang haid. Terbaring ja. Tu belum tengok lagi yang terguling-guling kalah Cik Tenggiling...penangan sakit senggugut. Jangan tanya aku la macam mana pulak sakit beranak. Orang kata,  nyawa tu dah macam telur di hujung tanduk tau.

Tahu tak apa itu haid?

Darah yang keluar sebab tak mengandung... paling lama 15 hari dan paling sikit sehari semalam... kena pulak beli tuala wanita, ingat best ke pakai tuala wanita? Mahal tu, kalau sehari kena pakai benda tu 3 kali tukar dan kena pulak 15 hari, dan andai kata satu keping seringgit, sebelum menopous cuba kira berapa ringgit? kos tu...tau!

Lepas tu pulak, haid ni ada 7 warna : hitam, merah, koko@coklat, kelabu, kuning, perang, dan warna tanah. Lepas tu jika ada ala-ala jeli yang berwarna perang atau kekuning kuningan, pun masih lagi haid..

Dan bila dah datang haid bagi wanita-wanita yang bertaqwa, dah tentu tak best sebab tak boleh solat, dan tak boleh baca Al quran, tak best kan? kan..kan..kan?

Jadi kepada adik-adik perempuan aku, makcik-makcik, kakak-kakak, dan saudari-saudari sekalian yang nak solat tapi takut haid masih ada dan was-was takut solat tak sah, boleh periksa guna kapas, tengok warna haid tu, jika warna macam yang aku sebut di atas, dalam tenpoh 15 hari, semua di kira haid. tapi jika periksa dengan kapas dan jumpa cecair yang warna putih, atau keputih-putihan, itu dikira keputihan dan bolehlah mandi wajib dan solat macam biasa..

Tapi kadang-kadang perempuan ni hormon tak sama, maka, jadilah haid yang macam-macam punya cerita, ada dah habis haid tapi lepas tu ada balik, jadi dalam julat 15 hari, sila periksa lagi dan jika takda, kena check sebelum solat, rasa dah takda, lalu solat. Tapi lepas solat ada pulak, maka kena tunggu waktu solat berikutnya dan periksa pulak waktu sebelum solat, dan ulang sampai betul betul dah habis, faham?

Aku pun susah nak faham, tengok? Ingat senang ke jadi perempuan?

Nak faham lagi, sila pergi tanya ustazah…

Sunday, June 07, 2009

gadis berlima [smka (p) almashoor dalam kenangan]

gadis dalam gambar :

Nurul Amal, Sharifah Nadiah, Sharifah Nafisah, Faiezah, Ain Fathihah

tempat lepak (29/5/2009) :

Pizza Hut Queensbay

rumah shery

Coffee Island

Gurney Drive

rumah che' pah

cerita gadis berlima :

ahhh, terlalu peribadi untuk saya kongsikan di sini

(n_n)

mereka

nyawa saya

terima kasih

kerana saya diberikan sahabat yang melengkapi diri

Saturday, June 06, 2009

aku musykil. kalian?

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah

permulaan yang awal, Bismillah.

Keputusan peperiksaan semester lepas dah keluar, semalam. Semester dua pengajian saya di UPSI.. Jangan tanya berapa saya dapat. Dushh3x!!

.............

Hoh, sudah berakhir tahun pertama pengajian. Sebulan lagi menjejak kaki (dan seluruh badan sekali) ke tahun dua. Tahun Dua? Apakah? Cepatnya! Rasa macam baru semalam tergedik-gedik dan takut-takut mendaftar di kolej matrikulasi paling popular, KMPP. Sedar tak sedar dah ada di UPSI. Tahun Dua sudah. Atau saya kah yang tak sedar diri lagi? Nanti pejam celik pejam celik dah graduat & jadi cikgu Bio yang kecik dan comel...dan seterusnya berkahwin dan beranak-pinak pulak (eh, perlu ke penyataan ni?)

....................tuttt!

Masa memang cepat berlalu. Cepat sangat!

macam tak percaya

sila tampar pipi sendiri dua kali dengan kuat (atau buat-buat kuat)

ahh, umur saya pun dah meningkat.. (tak apa, yang penting masih belasan tahun, bukan macam Fawiz yang dah puluh-puluh tahun.. Selamat Ulangtahun Kelahiran, Encik Fawiz! hehe)

tapi,

ada sesuatu yang musykil di hati dan otak.

Kenapa saya acapkali bertemu soalan-soalan seperti ini

======

Hah Ustaz, ni anak yang sulung ni dah tingkatan berapa? (tiga minggu lepas di Masjid Negeri)

======

Haa, ni adik ni sekolah darjah berapa? (ketika aku di matrikulasi)

======

Anak, tahun ni amik PMR ke? (masa bersembang-sembang dengan seorang makcik ketika dalam perjalanan balik ke UPSI dengan keretapi)

======

Aiyoo, beg besar, tuan punya beg banyak kicik, nanti tuan punya beg boleh masuk dalam itu beg, ha ha ha! (uncle india, drebar bas Tanjung Malim-Rawang, sebelum cuti semester ini bermula)

======

Hishh, kecik sangat ke aku? Ahh, buat hati gembira. Aku memang comel kiut dan awet muda senantiasa. Jangan cemburu dengan ke'kiut'an aku, kalian! MySpace

Thursday, June 04, 2009

kak bibah memang seorang yang yakin diri!

disebabkan saya tak mahu dikatakan membuat sebarang spekulasi.
..
maka disertakan sekali dengan bukti yang jelas, terang dan nyata
.
.


kalau tak jelas juga, silalah kalian suluh dengan lampu picit, lampu kalimantang atau lampu stadium (ikut keselesaan batin kalian ye!)
...................................

Haa, Kak Bibah kesayangan (bodek je ni) saya ni memang seorang yang maha yakin dengan dirinya.
hehe..
okey..
di sini ada satu pengumuman
wahai sekalian rakyat jelata
wahai sekalian pembaca blog
wahai sekalian perayau internet
wahai sekalian manusia yang gemar membuang masa di hadapan komputer

..

di UPSI ada seorang kakak yang yakin cantik
nama diberi Siti Habibah
dia masih solo (diragui kesahihannya)
siap siaga untuk di'ngorat' oleh sesiapa yang perkenan

harap orang semenanjung ye, senang saya dan famili debat mahu menyerbu kenduri kahwin Kak Bibah nanti...
..
..
ngeh..ngeh..ngeh! (gelak jahat)

Monday, June 01, 2009

hibernasi versi aku

ain = hibernate mod[e]

tanpa apa-apa aktiviti khusus kecuali merehat dan menyihatkan badan

aku tahu kalian cemburu dengan aku yang bertambah-tambah 'sehat' dan kuat

kuat makan

kuat tidur

kuat main

kuat menyakat

segala ahh