Friday, July 10, 2009

tag - kesan lahar fawez


disebabkan saya dah dilahar secara langsung dan tidak langsung, dan juga dilahar secara sinis oleh encik fawez, maka tag beliau kali ini saya jawab juga dengan penuh rasa gembira dan riang gembira. la la la~

~info mengenai pemberi anugerah (encik fawez, member kelab debat BM UPSI)~

1. misai lebat, nampak macam pakcik-pakcik, tapi tanpa misai, fawez nampak macam budak sek tingkatan 3

2. orang kelantan yang takda langsung dialek kelantan. kelantan murtad? wee...hehe

3. bakal guru bahasa melayu yang tidak pun menunjukkan aura beliau sebagai bakal guru BM dalam penulisan blognya (ni bukan lahar tau!)

4. amik kursus BSMM sekali dengan saya. baca tanpa nada : seluar unifom BSMM beliau agak ketat. seksi ke begitu? hahaha

5. fawez tak berapa sukakan budak-budak sains. katanya, 'budak sains hidup terbuai dalam dunia mereka sendiri'.

6. seorang yang sistematik. senang bila bekerja dengan fawez ni.

7. fawez akan puji saya sesekali. hohoho! ikhlas kah dikau?

8. kadang-kadang saya rasa fawez kacak. kadang-kadang macam pakcik-pakcik. kadang-kadang macam sangat kebapaan.

9. fawez tak suka berkawan & berbual dengan kaum sejenisnya. katanya, 'aku tak tahu nak sembang apa bila dengan kawan lelaki'

10. selalunya, bila terserempak dengan fawez di kampus, beliau hampir sentiasa dikelilingi kaum wanita.

~ 10 info mengenai diri sendiri ~

1. Nurul Ain Fathihah.

2. Umur ku sentiasa muda dari kawan-kawan seangkatan. Muda setahun dari coursemates. Muda dua tahun dari fawez, aini, abu, suhaimi dan lain-lain member yang sama semester. Dan orang lain akan sentiasa anggap ku budak kecik. huhu.

3. Tak tahu mana asal. Lahir di johor, menetap dari kecil di penang, ic alamat kedah (alamat kampung Baba.) jadi? ku asal kedah, penang atau johor?

4. kadang-kadang ku rasa yang ku adalah kanak-kanak 6tahun yang terperangkap dalam tubuh remaja 19tahun. hahaha. sengal!

5. takut langkah longkang walaupun longkang kecil. Heh, Na selalu tegur & gelakkan saya. Arghhh! Mengapa perlu wujud longkang di merata-rata tempat.

6. mudah tidur bila dalam kenderaan. Saya boleh bantai tidur dalam bas atau keretapi di sepanjang perjalanan. Sedar cuma bila dikejutkan. Bahaya ni, boleh terlajak destinasi.

7. bermasalah bila nak beli kasut. Perkenan kat kasut tertentu, tapi takda saiz! Ahh, kerap terjadi.

8. suka minum barli suam.

9. selalu risau dengan tumbesaran diri sendiri. Huhu

10. teringin nak anak patung itik...wuuu!


p/s : siap pun. Jenuh perah otak ni tau! Fawez, jangan la tag aku lagi. Sesiapa pun, jangan la tag aku kerap-kerap. Kasihan tag kalian semua terperap tidak dijawab.

6 komen tak puas hati:

F.Aminurrashidd said...

yang pertama: aku ader blog skema yang menunjukkan aku seorang cikgu BM, (sila cari kalo ko tererrr)

yang kedua: seluar PBSM aku memang ketat dan nipis, tak sukaaaa taapi dipaksa pakai. (harga beratoss, apekah oh apekah)

yang ketiga: aku keluar jejalan dengan geng kekawan lelaki jugaak (tak cayer? tanya mama ko aku kuar shopping ngan saper kat grand union hari tu) ahahahahakz

yang ke empat:aku memang tak suker budak Sains yang berlagak jerrr. (bukan Bm yang berlagak pong aku x suker jugaak) heh

Yang kelima: kalo aku dikelilingi lelaki, itu LUAR Biasaaa.. ahakz..

MaMa MoDeN said...

salam
ah sudah.. nak kena jadi saksi ler plak...

yg ptma: yer mama dah jumpa blog skima fawez. memang skima...

yg ke2 : yer mama jumpa fawez ngan kwn2 lelaki dlm 4,5 org di grand union tjg malim pada tengahari 5 Julai baru ni.

yg ke3 : saja nak bgtau, handsome juga fawez ni... ptama kali mama jumpa org kelantan yg cakap tak mcm org kelantan, apa rahsia yer?

apapun seronok dapat jumpa fawez, salah seorang blogger yg mama kenal & dah jumpa. Masa kat pasar malamkan, jumpa juga blogger Abu, tapi mama tgk dr jauh jer dia dok smbang ngan baba&ain....

selamat study 4 smua bakal2 cikgu di UPSI

Luth Textile said...

risau dgn tumbesaran sendiri? waa..

ain fathihah fhm said...

fawezzz! haha..banyak pulak jawapan balasnya yeee!

aik, mama dah jumpa..ku tak jumpa lagi pun blog skema fawez (padahal tak pernah cuba cari pun..hehe)

ain fathihah fhm said...

yerr Luth..huhu

*sigh*

ismiaisha said...

ain mmg takut nak langkah longkang pun..
nak lintas jalan pun sama,nak pegang lengan aku..
romantik gitu..hehe~