mereka yang tegar

Monday, July 06, 2009

nombor 7 jalan 5

1. semester 1 sesi 09/10 telah bermula hari ini, secara rasminya. Alhamdulillah, saya masih diberi kesempatan memasuki semester baru. sudah tiga semester rupanya. cepat sungguh!

.............

2. saya berpindah ke rumah sewa di Bahtera Terrace. Alaa, depan KUO ja pun. rumah teres dua tingkat, 6 bilik tidur dan 3 bilik air, berserta dengan dapur dan ruang tamu yang boleh dikatakan selesa.

.............

3. makanya, saya ada 11 teman serumah baru kali ini. muka-muka baru yang akan 'hang tengok aku, aku tengok hang' dengan saya sepanjang semester ini mungkin.

.............

4. Mira & Min, teman seBio tapi tak sama kelas. Ika, Mas, Su & Lubna bakal cikgu-cikgi Pendidikan Sejarah. Farah Aina, Pendidikan Sains (Fizik). Syikin+Syikin dua orang yang namanya sama duduk di bilik sama bersama-sama. hehe. untuk memudahkan, seorang dipanggil Angah. Kak Wana & Kak Niha senior semester 7.

.............

5. teman sebilik saya, Nuriha aka Kak Neha masih belum saya jumpa 'muka ke muka'. kata Angah, dia bakal guru Pendidikan Bahasa Melayu. sedang cuti bersalin, huhu. mungkin tak lama lagi baru dia sampai. jadi, sementara menunggu teman sebilik saya sampai, maka saya berseorangan. tidur seorang, mandi dah tentu seorang, makan biskut dalam bilik seorang, baca akhbar seorang, saya tengok dinding dan dinding malu-malu tengok saya balik.. hehe..

.............

6. paling penting, internet kurang memuaskan di bilik saya. maka untuk menitipkan sepatah kata dan berpatah-patah kata bebelan saya kali ini, saya terpaksa mengusung diri sendiri bersama-sama laptop dan tetikus ke bilik Farah Aina. menjadi merpati penumpang. bahasa bio, parasitism!

......................................

......................................

4 komen tak puas hati:

MuhD NoR AzyM said...

Parasit! Haha..=p

Pakai la brodbank cik ain..

aku lah niee.. aku... =) said...

salam paratism... hehehe..

a kl citizen said...

best nya belajar... ya. enjoylah sekarang...n blaja betul2

pencari sejati said...

ad gk bakal2 cikgu sejarah..

nk kenal dgn budak2 sejarah nie..

bley x?

sejarah is da bez