mereka yang tegar

Wednesday, July 08, 2009

timun cina vs tembikai

sebagai bakal guru (insyaAllah) Biologi, saya boleh dikatakan mengikuti perkembangan isu-isu PPSMI ini..

ada kumpulan yang menyokong

ada kumpulan yang menentang

ada yang neutral

ada yang tidak ambil tahu

ada yang kata, 'ahh, ini kerja kerajaan untuk menentukan dasar, kita sebagai rakyat marhaen, kita angguk-angguk geleng-geleng sajalah'

++++++++

19 Julai 2002 - mesyuarat khas jemaah menteri, waktu itu perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, meluluskan dasar baru Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

Januari 2003 - dasar ini diperkenalkan berperingkat-peringkat dengan dimulai Tahun 1 untuk peringkat sekolah rendah, Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 Rendah untuk sekolah menengah

Januari 2007 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah menengah

Januari 2008 - pelaksanaan penuh PPSMI untuk peringkat sekolah rendah

Mac 2009 - lebih 8,000 menyertai demonstrasi membantah PPSMI dengan berarak ke Istana Negara. Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang diketuai oleh Datuk A Samad Said dan Datuk Dr Hassan Ahmad.

Mac 2009 - Satu kajian mendapati PPSMI hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa Inggeris tetapi sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari Sains dan Matematik.

Kajian 53 pakar bahasa itu, merumuskan dasar kontroversi tersebut "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik."

Mei 2009 - kesemua lima Sasterawan Negara yang masih hidup menolak dasar ini - sekali gus buat pertama kali dalam sejarah penentangan dasar kerajaan.

Jun 2009 - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut mempertikaikan dasar tersebut dengan memberi amaran "jangan jadikan pelajar bahan ujian" dasar yang "jelas mempunyai pelbagai kelemahan ketara"

Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pula berkata "salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya."

8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

=============
=================

saya tertarik dengan pendapat pensyarah kimia saya, Prof Ramli dalam kelas pertama saya untuk semester tiga, isnin baru-baru ini. katanya "saya merasakan adalah perlu seorang guru membawa pelajarnya meneroka alam sains dalam bahasa yang difahami. katakan kamu mengajar di Kelantan, maka kamu perlu mengambil tahu sedikit-sedikit dialek tempatan supaya pelajar kamu faham apa yang cuba disampaikan. contohnya, jika kamu menyebut 'tembikai', anak-anak kampung di Kelantan takkan tahu apa itu tembikai. mereka cuma tahu, 'timun cina'. sedangkan bahasa sama tapi dialek yang berbeza pun sudah menimbulkan kekeliruan inikan pula bahasa yang asing di telinga pelajar, anak-anak yang baru hendak mengenal alam sains..."

11 komen tak puas hati:

anaklaut said...

salam..

saya sependapat dengan Prof Ramli pensyarah anda tu..


anaklaut adalah guru yg terlibat secara langsung dengan PPSMI tu..

F.Aminurrashidd said...

tol betol, tu pasai laa kene pelbagai bahasa, suapaya manusia senang paham.. hahahahakz.. anda di tag.

jezz blog vacĂ­o..^__^ said...

oh. sgt menarik baca entry ni, bling2x mata ku ini... so pada pandangan kamu, apa yg akan kamu pilih..?? bahasa ibunda @ bahasa asing.. (^.~)

*fikir-fikirkan la...peace..

aineeA.S said...

Prof Ramli sgt byk ilmu. die ske cite psl info2 kimia yg ade kaitan ngn kehidupan seharian. akak sgt ske msk kelas die. tp x sgke plak die ajar bdk bio.huhu

pencari sejati said...

jadi..

awk di pihak yang mane?

ain fathihah said...

anak laut, macam mana rasanya terlibat dengan sistem yang bertukar2 dan kontroversi ni? hehe. sebagai guru, mesti bahangnya kuat terasa pada anaklaut ya..

ain fathihah said...

fawez! kenapa? kenapa? kenapa?
ku tak mahu di tag..susah nak jawab..hehe..

ain fathihah said...

kak aini, ain amik minor kimia semester ni..subjek kimia asas 1, prof ramli yang ajar..

ain fathihah said...

pencari sejati, saya di pihak yang 'digolek kena, menggolek pn kena'

bila diam, dikata tak ambil tahu
bila bersuara, dikata menentang..


apakah?

ain fathihah said...

jezz, terima kasih sudi melawat blog saya.

memang banyak keperluan dan kepentingan menguasai sekurang2nya tiga bahasa kn?

apapun, haruslah 'master' bahasa ibunda dahulu...hehe

en_me said...

Tembikai juga dipanggil timun cina, boci, semangka dan melikai. Nama botani: Citrullus Lanatus.. ehehe, salammm singgah tuan umah itteww