mereka yang tegar

Thursday, July 23, 2009

pelajaran pertama

salam'alaik...

Bagi sesetengah orang, cara mendapatkan pelajaran yang berguna adalah tidak dapat tidak harus pergi ke ceramah motivasi, ceramah agama dan kelas pendidikan sivik. Mungkin bagi mereka begitu.


Saya melihat semua yang berlaku dalam kehidupan adalah satu pelajaran. Terpulang pada yang mengalami sama ada mahu menafsir seeloknya dan menghayati.

Ada satu pelajaran yang takkan saya lupakan. Pelajaran pertama sebaik mencecah langkah ke semester ini. Simple & sweet. Menusuk ke tangkai hati.

Suatu petang, saya dan teman-teman serumah duduk bersantai di ruang tamu tingkat bawah. Berbual-bual. Kawan-kawan yang baru mendapat keputusan permohonan biasiswa KPM ada yang gembira kelegaan, ada yang resah. Yang berjaya tentunya tersenyum lebar. Yang tidak, sedikit ada rasa kelat di wajah.

Saya? Hanya pergi menjawab ujian INSAK, mungkin gagal. Dan tidak dipanggil temuduga pun. Huhu.

Makanya, kawan-kawan serumah saya yang tidak berjaya permohonan mereka mengambil keputusan membuat rayuan kepada KPM...bila nak buat rayuan ni, kena la tulis surat rasmi kepada KPM, kan? maka bergelak-gelaklah kami bila masing-masing agak buntu dan terkial-kial menaip surat rasmi. Agaknya saya pun mesti lagi terkial-kial kalau disuruh membuat surat rasmi. Format, gaya bahasa, huruf mana patut besar, huruf mana patut kecil dan garis itu ini hampir tiada dalam kepala. Huhu, bakal guru yang teruk.

Sambil itu, seorang kawan berkira-kira untuk menyuruh kawan sekelasnya turut sama membuat surat rayuan kepada KPM.

Entah bagaimana waktu itu, mungkin kerana hati saya membusuk dan penuh rasa pentingkan diri, saya katakan pada dia

“ehh, tak payah lah bagitau kat orang lain ramai-ramai yang boleh buat rayuan.. nanti ramai hantar surat rayuan juga. Nanti mesti persaingan hangpa tambah sengit untuk dapatkan biasiswa tu”

Tanpa saya sangka, teman serumah saya, Lubna (saya rasa nama ini sangat cantik) menyambung

“eh tak boleh macam tu Ain. Bila kita mudahkan kerja orang, nanti Allah mudahkan kerja kita jugak”

Saya terdiam.

Sangat terkesan. satu perasaan indah meresap ke hati.

Ya, bila kita mudahkan kerja orang, pasti Allah akan mudahkan kerja kita juga.

Terima kasih, Lubna.

7 komen tak puas hati:

nurulnadiah said...

benar tue,muhasabah diri juga :D

aineeA.S said...

very good lesson (:

alif.nun.ya.nun said...

wahhh..maseh2..terkesan gakk neh!~

KIBA kline said...

sangat berguna.
haha

handhalah ibnu kamil said...

erk..


siapa lubna tu?
boleh kenal?

hahaha,

.HAJIN said...

Suatu yang baru, tapi apa dia tu INSAK?

ain fathihah said...

INSAK tu Inventory Sahsiah Keguruan..

sistem pemilihan guru

ada ujian bertulis
dan siapa yang lulus ujian bertulis akan dipanggil temuduga...