Tuesday, July 14, 2009

gelagat orang sebelah

salam'alaik. hari yang selamat moganya. Alhamdulillah...

Saya menetap di Taman Bahtera semester ini. Seminggu di sini, bolehlah dikatakan saya dapat menyesuaikan diri seadanya. teman-teman serumah baru yang tidak bermasalah dengan saya...setakat ini, tak tahu lah esok lusa bagaimana.

Deret rumah saya ni, di kiri rumah perempuan. tetapi, ops! di kanan rumah lelaki. bab rumah di sebelah kiri, (juga setakat ini) saya tiada masalah. tapi masuk bab rumah di sebelah kanan, buat saya sedikit cuak bila memikirkannya.

kenapa?

penghuni-penghuni lelaki rumah sebelah mengorat sayakah?

penghuni-penghuni lelaki rumah sebelah mengusik sayakah?

atau mereka mengayat saya?

(waa, semua pernyataan perasan diri)

jom, kita intai satu persatu macam mana gelagat jiran saya ini. buat pengetahuan, kesemua mereka adalah pelajar DPLI, iaitu kursus diploma pendidikan lepasan (tak pasti sama ada lepasan atau lanjutan) ijazah. alaa, dpli ni agak popular di kalangan lepasan ijazah. terutama yang dah graduat (dah berijazah) tapi tak dapat kerja (mungkin sebab KI rendah, pointer tak bagus dan bla3 alasan mereka yang menganggur) ahaks! jalan mudah? mohon untuk mengikuti DPLI atau KPLI untuk jadi guru. cehh!

1. semasa saya baru masuk ke rumah ini, sempat terjeling bil air untuk bulan lepas. rm129! huh? masa cuti semester kenapa bil air tinggi pulak? musykil huh. hal sebenar diketahui bila saya berbual dengan teman sebilik saya.

2. orang rumah sebelah kerapkali (boleh dikatakan setiap petang) menggunakan pili air di laman rumah kami untuk cuci motor, cuci kereta, dan cuci kasut. apabila orang rumah saya menanggalkan paip yang disambung ke pili rumah kami, keesokkannya paip tu akan bersambung semula ke pili kami. huh? adakah paip air itu menyambungkan dirinya sendiri ke pili rumah kami? mungkin sebab paip air itu lebih tertarik untuk bergayut di pili air rumah perempuan.

3. orang rumah sebelah selalu letak motor dan kereta di laman rumah kami. huh? tak boleh ke letak di laman rumah sendiri. dah la letak kereta sampai rapat sangat ke pintu rumah kami. susah la nak keluar masuk dari pintu depan rumah tau!

4. orang rumah sebelah macam saja-saja lalu lalang di laman rumah bila mereka mahu keluar & masuk ke rumah. isk! dah la rumah perempuan. tak segan ke lalu rumah perempuan sambil pandang-pandang ke dalam rumah? apa hal?

5. bila ada orang rumah ni memasak, akan muncullah seseorang dari rumah sebelah dan menjengahkan muka di tingkap dapur. dengan tak malunya akan sergah orang rumah ini yang sedang memasak, 'hah, masak apa tu, mai la sikit!'... isk, peliknya. tak malu ke jengah-jengah dalam rumah perempuan, hah??

6. ampaian baju di belakang rumah. di ruang terbuka. ada ahli rumah ini yang pernah nampak lelaki dari rumah sebelah mengusik-usik ehem3 di ampaian rumah kami. apa ehem3?! seluar dalam perempuan tau! apa kes? lelaki itu gila seks kah?

7. suatu petang (beberapa hari lepas), seorang ahli rumah saya, S (bukan nama sebenar, haha) menegur lelaki dari rumah sebelah yang sedang guna pili air di laman rumah kami untuk membasuh kasut. padahal pili air rumah mereka betul-betul di sebelah pili air kami. tak reti guna pili rumah sendiri ke? bil air rumah kami la yang mahal nanti, tau tak!

kata S, 'eh awak..ni tersalah guna paip ke?'

nak tahu apa jadi? mulanya saya sangkakan lelaki itu akan tersipu-sipu malu dan bertukar guna pili rumah sendiri. tapi sebaliknya, dia melenting kasar

'ahh, bising lah. jangan sibuk-sibuk! aku bayar tau! dua ringgit'

kemudian teman serumah saya, S dan lelaki itu berbalas-balas cakap. bertikam lidah.

huhu.

kemudian lelaki itu balik ke rumahnya. terdengar suaranya bising-bising (mengamuk la konon) kepada kawan-kawannya.

8.  esok paginya, awal-awal pagi saya turun ke tingkat bawah sambil bawa laptop. hajat di hati nak online dan berpoya-poya. sekitar jam 7.45 pagi. dengar suara rumah sebelah mula bising beramai-ramai. bising terkawal, dan boleh diterima dek akal. biasa la nak pergi kelas memang teruja kot. namun, apa yang tidak menyedapkan hati, saya terdengar suara seorang lelaki mengomel-omel. 'kurang ajar punya perempuan..bla3..' dan......

danggg!! pintu rumah saya ditendang. huh???

9. tengah harinya, drama berlaku lagi. kebetulan saya pening kepala lalu tertidur dan tidak mengetahui apa yang berlaku. saya cuma tahu kisah apabila Aina masuk bilik dan menceritakan drama yang betul-betul baru berlaku kepada saya yang masih mamai-mamai baru bangun tidur.

drama 1 : si lelaki lalu di hadapan rumah kami, dan tetiba melenting, 'apa pandang-pandang!!' kepada isi rumah kami.

drama 2 : kak Neha yang bengang disergah secara tiba-tiba begitu, keluar dari rumah dan pergi ke rumah sebelah. bertanya dengan nada seadanya. tanpa ditinggikan pun suara. 'kenapa ni marah-marah. sesama jiran sebelah, tak boleh ke hormat sikit?'

drama 3 : mungkin berasakan kejantanannya tercabar, si lelaki rumah sebelah terus naik darah. darah muda orang yang dah berijazah.. kata Aina, lelaki itu sambil menjerit, 'baik akak masuk rumah sekarang!', sambil tangannya diangkat tinggi. buat apa? tangannya diangkat tinggi betul-betul untuk menampar kak Neha. tangannya dihayun laju mencari sasaran. pastilah pipi perempuan kak Neha yang menjadi sasaran tangan jantannya.

drama 4 : mujur seorang kawan si lelaki panas baran menahannya, sambil menyuruh kak Neha balik ke rumah.

drama 5 : lelaki yang ditegur berkenaan pili air semalamnya, meluru ke arah pintu rumahkami. teriaknya, 'panjang mana? panjang? aku cari panjang! hah, kau panjang. jaga kau! aku dendam dengan kau! jaga kau!'.. digelarnya teman serumah saya, S sebagai si panjang. kebetulan dia memang tinggi lampai pun orangnya.

drama 6 : kak Neha yang merasakan kami diugut, (yela, cakap kasar macam tu. dan mengancam untuk melakukan kekerasan dengan penampar pula) terus menelefon polis untuk membuat laporan. di laman rumah juga kak Neha membuat panggilan. 'saya nak nombor telefon balai polis ulu bernam sekarang, ada orang ugut kami'. lantang suara kak Neha membuat panggilan telefon.

drama 7 : seorang rakan mereka terdengar suara kak Neha membuat panggilan telefon. terus dia masuk ke rumah dan memberitahu kawan-kawannya yang lain. dengan pantas dan segera, seorang demi seorang mereka keluar dari rumah. yang ada motor menghidupkan enjin motor dan terus berdesup pergi. yang ada kereta masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin dan meluru pergu. tak tahu pergi ke mana, petang baru balik. aiyaa!!

10. banyak lagi rentetan peristiwa yang tidak sempat saya tuliskan. banyak bebenor! kata orang perak.

......lenguh menaip...nantilah sambung lagi..hehe....

23 komen tak puas hati:

aineeA.S said...

jantan mcm tu ada hati nk jadi cikgu? terok betul~

aku seorang Temah said...

poyo giler mamat DPLI tu..
gile punye poyo..
ntah ape2 tah..kunun dah ade ijazah tu yg blgak tak kene tempat tu..

poyo giler..
pasan best..pastu cam xde harge diri la pulak nak ugut2 pompuan..
ape da..
ntah ape2..
cam orang gua tak sekolah je..
ain kene check..mungkin dorg geng tarzan kot..
tu yg kejutan budaya..tak pernah berjiran...selame ni berjiran ngan monyet2..tenggiling2..la ni bile jiran nagn orang, tu yg kalut cam cempiang.. lagi satu, tu yg macam stalker tu duk nengok ampaian umah org pempuan..

report je polis..
tarzan camtu xyah baik2..

aisha said...

oopss..xnk mncarut sis tp sgt la gram ngan mamat2 bodo 2!!!!

mamat2 sengal..ade ati nk naik tgn kat ank dara org. tau je org kol polis trus kecut..

sgt la x jntan..sha doakn umah dierg tbe2 de antu n sume tkut trus pindah umah haha

ain fathihah fhm said...

orang yang dia nak tampar tu, bukan anak dara..

hehe

mak orang dah tu

anak dua dah..

Adi Muslim (I LOVE ISLAM) said...

ko tendang celah kangkang die ain...

pasti tersipu malu...

nak tampo balik ang xcukop tinggi...ngeeeeeeee

MaMa MoDeN said...

salam
ish ghisau ler pulak mama dgaq citer ni...

aritu pun mama dah rasa pelik tgk umah sbelah tu.

apapun tata& kwn2 hati2 jaga diri ker.

boleh bkeras dgn mamat2 poyo tu utk mpertahankan diri tapi biar berani btempat.

elok buat laporan polis&adu kat pihak yg bkenaan sbagai langkah bjaga2.

pastikan pintu umah sntiasa bkunci...

lani cikgu pun dah tak serupa cikgu, camna nak didik anak bangsa.

ucap wish tahniah mama kat kak neha tu for:

1. tahniah sebab jd ibu muda sambil blajar.
2. tahniah sbab dpt baby baru.
3.tahniah sebab berani bela kwn2 walau dalam pantang.

apapun hati2 ok...
salam buat housemate

Da Ahmad said...

ada jugak orang macam ni.
cepat2 smbung ye..
nak tau lagi.

hehe. busybody betoi..

ain fathihah fhm said...

adi apis, heh! boleh ke kalau aku nak buat camtu? arr...takut la...tggu aku belajar martial art dulu la..

ain fathihah fhm said...

yela Mama..TQ..hehe..jgn risau..ok ja semua..

aida, aku terlenguh menaip entri panjang2..sambung nanti la yer..

ain fathihah fhm said...

pemadam baru, TQ sudi singgah..

banyak orang banyak ragam..

pening eden..hehe

Guru said...

hebat drama ni..

sambung lagi tau

aku seorang Temah said...

tu bukan ragam dah tu ain..tu mental disorder dah tu..

F.Aminurrashidd said...

poyo berlagak x hingat... macam mana pas medsi nieh? guna cable ker mamat tuh..

nak jadi cekgu camno prangai cam duk lam hutan...
usul aku..
DPLI adalah tidak wajar..
hahahahaha~
wajar dihapuskan..
x dapat kerja? berniagalah.. motong kerrr... penoreh getah berijazah.. gituuu...

ismiaisha said...

aku yg tgk dorg gduh pun rasa nak menjawab sekali..
abang,akak n geng abg si S tu dtg, xbrani plak lelaki tu nak kluar rumah...
hntar2 wakil plak tuhh..
pengecut siottt...
tu dipanggil dayus namanya tu...
kn ain?kn?
eeeii..cian sapa jd awek dia..
sikit2 nak kasi penampar...
nauzubillah...
=D

Azym Azizi said...

Woo..report polis je ain! Buat dalam report tu, kalau terjadi apa2 kat isi rumah ko, cari orang sebelah dulu! Konfem diorang tak kacau punye ah..Klau bleh, siap bagi sekali salinan report kat jiran sebelah ko tu..

Kecut perut seh..haha

Ariff Budiman said...

Salam Ain.. Cuba minta seisi rumah amal ayat 9 dari surah Yasin. Bila berhadapan dengan mereka niatkan dalam hati agar Allah kelukan lidah mereka. Cuba juga amalkan Al-Mathurat yangmerupakan himpunan wiris Rasulullah. Selepas baca mohon kepada Allah agar jiran yang bermasalah itu Allah berikan hidayah kepada mereka. Itu saja yang mampu saya Pakcik Budiman tolong..Warna Nostalgia

ain fathihah fhm said...

yeahh fawez, usul dpli wajar dimasnsuhkan,

diterima sebulat suara
juri 5-0
margin 19!

haha

ain fathihah fhm said...

terima kasih encik arif..

saya dan teman2 serumah akan cuba amalkan..

KIBA kline said...

haha. jgn lah sidai kat belakang. sidai kain kat depan je la pas nie.
hilang susah. hahahaha
=D

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

sila buat laporan polis.

gila berasap aku baca entry ko ni.
jantan apa la tuh.

ish3.

MaMa MoDeN said...

salam,
yer tata & geng2 serumah kena dgr suara majoriti dlm kolum ni, BUAT REPORT POLIS!

sbgai langkah bjaga2..
tu dah kira ugutan tu.

selain tu, amalkan juga yg warna nostalgia sarankan tu... dia tu bkn calang2 orang... ada2 tu orgnya..

neem said...

jaga diri baik2 ain

kapten said...

Tragis juga erk drama nie...xper la la ain..buat jer laporan polis...bagi kecut perut sikit...kena jara sikit budak2 tue.. kalau camnie la bakal cikgu hancur lebur anak murid semua.. aku doakan depa semua berubah ameen....