Friday, February 27, 2009

keliru ilusi dan realiti

apa perasaan kamu kalau sesuatu yang mati-mati kamu sangkakan mimpi, rupanya telah pun berlaku dalam dunia nyata?
ini bukan ilusi, ini realiti...
dan telah pun berlaku pada saya.

Semester ini saya ada kawan serumah baru.
Dua orang. Cantik orangnya. Orang kelantan. Putih melepak. Cun. Course Pendidikan Seni Visual.

Semuanya berjalan lancar sehinggalah malam tadi. Jujur. Walaupun dua orang kawan serumah kami yang baru itu lain sikit pe'elnya berbanding kawan-kawan seBio, saya terima tanpa sebarang masalah.

Apa yang masalah?
Rumah bising berdentum-dentam sekitar jam 3 ke jam 4 pagi, dengan suara pontianak mengilai (opss, saya tak pasti dari mana hadirnya pontianak berikut, memang seram!)
Saya terima, saya anggap tiada masalah.

Kehadiran kawan-kawan mereka yang kerap dan agak ramai, dengan suara yang juga mengilai-ngilai, pintu rumah ditutup secara berdentum...DAMMM!!!, kasut dibawa masuk ke dalam rumah sehingga kawasan dapur...
Saya terima, saya anggap tiada masalah. Mungkin itu stail orang seni agaknya.
dan yang lain-lain, tidak mahu saya coretkan di sini, keterlaluan agaknya.

Alhamdulilllah, saya terima seadanya. Kawan-kawan saya. Kenalan saya.

Alkisah bermula...malam tadi saya pening kepala + selsema. Dua hari bermain hujan secara tidak sengaja. Payung yang diguna bagai tak memberi makna. Saya tetap basah kuyup, dek angin kuat yang membawa hujan.
Malam tadi juga, sebelum saya tidur.. Saya melarutkan sebiji pil panadol Soluble dalam setengah cawan air. Jam 12mlm saya sudah bersiap untuk tidur. Pening kepala, amat! ditambah dengan hidung yang tidak selesa angkara selsema. Tak apalah, saya terima seadaanya.

Saya tidak pasti jam berapa, tiba-tiba tidur saya terjaga. Telinga dapat menangkap bunyi bising yang maha dasyat di gegendang telinga saya. Suara hilai tawa pontianak, bunyi pintu berdentum dan bunyi tapak kaki(kasut) yang dihentak-hentak.

Ahh, seperti biasalah. Seperti malam-malam sebelumnya. Seperti malam-malam yang saya dapat terima keadaan itu seadanya. Mungkin stail mereka begitu agaknya. Saya terima.

Kemudian seperti biasa, seperti malam-malam sebelumnya...tidur tidak nyenyak akibat bunyi-bunyi seni yang pada telinga saya keterlaluan itu. Saya meneruskan tidur. Dalam hati sebal menahan geram.

Selepas meneruskan tidur..saya berasa kepala saya makin sakit dek bunyi-bunyi orang seni itu. entah bagaimana, dalam sekejab waktu saya boleh bermimpi.. bukan mimpi biasa. tapi mimpi saya memarahi orang. Dengan suara saya yang agak ditinggikan, dengan ayat yang agak tajam barangkali. Yang pasti saya bermimpi memarahi orang..

Tak apalah, rezeki saya mungkin. Geram yang terpendam sekian lama dapat saya lepaskan dalam mimpi. Hehehe. Hati rasa seronok, la la la.

Paginya, saya bangun tidur dengan mata sembab dan kepala masih pening-pening lalat. Agaknya lalat pun tak pening macam saya, kan.

Kemudian, dengan suara bangga saya berkata pada Amy,

"ehh Amy. Malam tadi aku mimpi aku marah budak-budak bising tu la"
"mana ada kau mimpi. Betullah kau marah diorang. Aku dengar suara kau marah-marah malam tadi"
"hah? aku ingatkan aku mimpi je...!" cuaknya rasa hati. Tak semua orang boleh ditegur. Ditegur dengan cara baik pun booo layan, inikan pula dengan suara tinggi.

Patutlah pagi sebelum kelas pukul 8, kawan saya yang dua orang itu bersikap pelik. Kasut dihentak-hentak makin kuat. Suara bercakap mengalahkan bercakap dengan orang nun di hujung padang. Pintu bilik dan pintu rumah dihentam bertambah kuat, DAMMM!!!
protes agaknya.

Mimpi, yang saya sangkakan cuma ilusi, rupanya realiti.
Saya bersalahkah?

20 komen tak puas hati:

athirah hanafiah said...

hg ni memang lawaklah..
tp bukn hg memang selalu macam tu kan..
reply msg time tidor..
gayut time tngh tidur pun ada rasanya..
lalalala

baru padan muka si pengilai-pengilai tu..
baru dia tau budak kecik sorng ni kalau melaser mcm mane..
hehehe

Azym Azizi said...

Aiyyoyo..itu macam ka?
Nampakny ko dah menemui deria ke-6 diri ko! hehe

F.Aminurrashidd said...

ngilai memalam??? itu pompuan gelenyar namernyerr.. hahaha~ weii seni visual kerr seni muzik?? sal memekak tetiap malam??

Da Ahmad said...

aku punye masalah yg sama..
haha..
ilusi atau x, realitinya diowang kena trima..
hehehe

Pjoyz Zul said...

Memang patut dimarah orang yg tak reti nak hormat housemate yang lain tuh.. kalo nak wat bising2, hempas2 pintu, suh dia sewa umah sendiri kat luar... tak guna rupa cantik tapi perangai cam haram...

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

ain2. hehehe.

tu namanya dalam istilah kaunseling unfinished bussines. jgn pendam. slow talk. tu la jadi macam tu. hehehe.

aku simpati. tapi tak boleh buat apa. ko je la yang mampu ubah.

kalau ikut naluri aku sebagai anusi. mmg lama da org macam tu kena hambur dan sentap. hehehe.

p/s : seperti biasa, ko kan pakar menyentap? hehhe. sabor je la kawan!

Anonymous said...

haha..mantapla..kalo sy..kalo dah tabiat mcm tu....mybe dah suh cr rumah baru..lagak mcm org lm d rumah tu...huhu...
mimpi jd realiti..mmg best...hehe

ain fathihah fhm said...

sampai saat ni aku masih percaya yang aku cuma mengigau.
cuma Amy memang menegaskan yg aku betul2 marah diorang.
bukan tegur2 biasa ni,
tp marah!

adoiii...
dah la sedar tak sedar je...

Pjoyz Zul said...

Mungkinkah Ain ada personaliti tidur? adakah personaliti tidurnya comel sepertinya? Atau mungkin juga Ain mengigau ketika itu? Mungkinkah juga Amy sengaja mengadakan cerita? Segalanya mungkin...

Jom nyanyi.. Dan mungkin bila nanti... lalalalala....

ain fathihah fhm said...

haha
abg pjoy melalut

dushhh3x!

ain fathihah fhm said...

tira, dlu aku sll ngigau ke? ahaha..jgn la gtau org. malu i...

azym, hrp2 ain ada deria ke-7..deria magic. dr tgn leh kuar fire..bzz bzz..mcm besh je..boleh fire sesapa yg mengilai tu..ala2 otromen

NNCR said...

x, ain x salah
ngamok jer
TAK RETI BAHASA PUNYA ORG
MMG WAJAR KENA AJAR

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

abg pijoy tu motif! hahahaha. tapi aku setuju gak pendapat dia tu. wei sini buat sesi ngan aku. hehehe

ain fathihah fhm said...

buat sesi dgn kau?
alamak, selamat ke???

neem said...

Ain syg..

sabar lah..

neem pun sama..

x nak la salahkn sape negeri mana..

tp macam 2 la..

herm...

neem siap kutuk2 lagi

uhuhhu...

lipas dalam hidung laa...

aarr.. macam2 nooh..

neem said...

herm...

time org lain tido --> kita jgn bising

nak masuk toilet --> jgn la sampai sejam. nak tido ke dalam toilet

bukak lagu --> jgn ler bukak kuat2 time org study..

lepas guna toilet --> jgn la tinggal kesan2 yg x sepatutnya tinggallll

masuk toilet --> tutup la pintu.. ke nak solat dalam toilet??

haiyooo...sakit kepalo ambo.

sakit hati pun ado

tpi ambo sabar je lah

malah nak baloh2 nih..

ada org masuk toilet..punya la lama. neem rushing nak mandi. nak kuar. dia masuk sejam nah.. neem mandi sekejap je. bukan mandi x basah. tpi kena pk lah toilet ni bkn kita sorg yg guna.

dia kata "cepatnyo mandi?"

neem kata

"buat gapo lamo2 duk dalam toilet?"

hahah..

geramnyerr...

eeee...

geram2...

benci222...

tapi selalu pujuk diri..

bersabar lah tasneem! sejuk lah seperti nama mu!
tenang lah seperti sungai yg mengalir di dalam syurga!

maksud tasneem: sungai dalam syurga

ain fathihah fhm said...

hehehe..
memang menguji kesabaran.

xpa, pengalaman berdepan dgn kerenah manusia gak ni

Anonymous said...

hahahahahhaha...
ani mmg laser..kalah aku sebagai 3rd speaker tau..huhuhuhu..
-nape la ko leh jumpa blog aku..

Yang Benar, Kakak Perkara Rawak said...

mak aih..macho gile marah tak sedar..
same la,pena jugak bile penat2 mlm nk tdo org memekak,terjerit suruh diam..
esok sume jadik cam robot,korek2 bru tau..
tp wat tatao je..
patutnye yg ase bersalah budak2 seni visual tu la..
kau tak payah nk ase bersalah..
dorg ptut consider org len gak..
wat tatao je,tegur cam biase..
:)

Anonymous said...

hahaha

apala hg..

ain yg sgt 'jujur'

ok aa tuh

kalo x kan dpa 2 tuh xtau dp bisin2

kdg2 kan kita jujur pown slh

xjujur lgla..haizzz