mereka yang tegar

Tuesday, February 24, 2009

terlajak-lajak

Alhamdulillah
dah selamat sampai KUO
mujur selamat!!

naik tren dari Butterworth ke Tanjung Malim
entah apa malang, terlepas stesen Tanjung Malim

tren tu pula tak berhenti di Kuala Kubu, Rasa dan Batang Kali!
arghh, jauhnya terlajak

terpaksa menurunkan diri dengan kebingungan di Rawang
terpinga-pinga (nampak sangat budak kampung)
beli tiket LRT dari Rawang ke Kuala Kubu

dah sampai stesen KTM Kuala Kubu,
nak kena cari bas ke Tanjung Malim
pakcik kaunter cakap, "adik jalan ke jalan besar, dua minit nanti jumpa hentian bas ye"

ahh, macam tipu je
aku jalan hampir 15minit baru jumpa jalan besar
(atau kaki aku yang pendek ke?jalan lambat)

tunggu pulak bas dengan muka toya
ahh, memang muka aku sangat sekupang
tunggu punya tunggu, silap arah tunggu bas pulak

lintas jalan, terkedek-kedek (dalam beg ada jeruk untuk Amy, berat!)
tunggu bas lagi
dengan muka semakin toya

akhirnya, ada bas ke Tanjung Malim
naik dengan gembira
(sempat plak tertidur dalam bas! kalau terlajak lagi, kan naya je)

sampai ke pekan Tanjung Malim
telefon pakcik keta sapu

dan...

yeaa! dah ada di KUO sekarang ni
ngehh ngeh ngehhh

moral daripada cerita ini adalah :
1. jangan percaya makcik yang duduk sebelah anda dalam tren (sebab makcik tu cakap tu stesen Behrang, padahal tu stesen KTM Tanjung Malim! tapi takpe la, kasi can kat makcik tu sebab anak dia nak pi temuduga kerja)
2. jangan buat muka terlalu toya, nanti orang tengok anda pelik
3. kerajaan, tolong la majukan sikit Kuala Kubu tu, macam pekan mati tau tak! seram aku
4. jangan terkesan dan gabra bila ada orang mengusik pasal culik (ahh, ni abg Din la ni..menyakat! aku dah ketaqqq tau.. eh, muka macam aku ni ada kebarangkalian untuk diculik tau. ehemm3, i kan cumil)
5. errr, tak tau nak merepek apa dahh..Lapaqqq ni! jom p makan jom

6 komen tak puas hati:

F.Aminurrashidd said...

muka ang toya?? eeeii ader orang nek culik kerr?? hahaha~

athirah hanafiah said...

macam tak percaya jer kawan aku yang kecik ni dah pandai berdikari..
sob3
ain, hg dah pandai beli kari noh.. hehehe

tibe2 rasa mcm ....
herm...
dah besar kawan aku yg kecik ni..

ain fathihah said...

to tira : aku tetap budak kecik hg kn?

athirah hanafiah said...

selamanya hg tetap budak kecik aku ain..
lainlah kalau tiba2 hg jadi lebih tinggi dari aku..
dalam mimpi hg pun blom tentu kot.
ngeh3

Pjoyz Zul said...

Setuju part kaki pendek itu... hahahaha

. said...

hei adik oi...

KKB tu mana pekan matilah..awak tak pergi pekan sebenarnya..KKB abg suka tempatnya,pekan dia cantik dengan landskap..memanglah awak kena tipu jalan 2 minit..jauhtuh..lagi satu awak sebenarnya bole naik bus dr rawang ke tm by metro bus atau star couch...

hehe, apeapepun ni satu pengalaman manis buat awak...moral of the story, sentiasa alert dengan keadan..hahah x gitu..