mereka yang tegar

Saturday, August 27, 2011

Nur Fariza Alia bt Hamzah

Entri ini sebenarnya sudah lama saya mau tulis. tapi ditangguh-tangguh atas sebab musabab tertentu.

Dalam perjalanan hidup, biasanya perkara / pengalaman pertama wujud nilai sentimentalnya pada orang yang jiwa-jiwa macam saya ni. Cinta pertama. Hari pertama. Anak pertama. Masakan pertama yang menjadi. Haid pertama. Malam pertama. Rumah pertama. Dan apa saja yang pertama kali berlaku, perkara itu mungkin boleh menjadi perkara maha istimewa.

Hari pertama saya mengajar, itu adalah hari super penting dalam sejarah hidup saya sebagai cikgu kecil-kecilan. Betapa hari itu, ahad 12 jun 2011, lebih 100pasang mata memerhati (malah mungkin mengejek) saya yang terkial-kial berada di hadapan kelas.

Gagapnya. ('nya' itu merujuk kepada saya)
Gugupnya.
Gementarnya.
Takutnya.
Resahnya.


dan pelbagai rencah seribu satu rasa dalam hati dan diri. bangun pagi-pagi rasa macam nak buat-buat demam dan pergi ambil cuti sakit sebab terlalu takutnya saya nak mula mengajar di sekolah. tepatnya, SMK Ibrahim, 4SN4, 4SN1 dan 4SN2 tahun dua ribu sebelas.

seperti dijangka, memang PnP pertama saya bersama tiga kelas itu teruk seteruk-teruknya. seperti rancangan awal, saya cekalkan hati meminta semua pelajar menulis surat maklum balas, kritikan, komen dan cadangan penambahbaikkan.

Buruk : Ya Allah, sentap hati kak, dik. jujurnya kalian memberi komen. rasa macam nak lari terjun katil dua tingkat bila baca surat-surat komen tu. Sentap hingga menusuk ke tangkai jantung. tepatnya, tusuk ke aorta.

Baik : Berdasarkan surat-surat maklum balas yang maha jujur itulah saya membuat penambahbaikkan pada diri saya dan juga pada persediaan bahan PnP.


Alhamdulillah. Pada PnP kedua minggu yang sama, sebaik habis PnP, seorang pelajar datang ke depan dan berkata pada saya,


"Cikgu, terima kasih, cikgu.."

"Ya, sama-sama. tapi kenapa?"
hairan. sambil bertanya, saya sempat menjeling pada tag nama pelajar berkenaan. Fariza.

"saya faham kelas hari ni cikgu"
jawab gadis itu sambil tersenyum pada saya.

Duhai Tuhan, sungguh! Itu adalah ayat paling indah yang pernah saya dengar dalam hidup. Lebih indah dari lafaz cinta sang jejaka. Lebih indah dari puja cinta alam remaja. Sungguh!

Ucapan terima kasih pertama daripada pelajar saya.

Saat itu, saya rasakan ada hawa dingin yang menyerap masuk dalam diri saya. Indah.


Ahh, seorang saja, kan?

ada saya kisah? kalaupun cuma seorang daripada seribu seratus sebelas pelajar yang datang ucap terima kasih pun, saya dah cukup bahagia. Itu sudah sangat-sangat bermakna untuk seorang cikgu kecil-kecilan macam saya ni.

terima kasih, fariza.

hari terakhir praktikum, fariza datang berjumpa saya dan memberi satu kotak cenderahati dan sebuah buku tulis.

dalam buku tulis itu, ada jurnal tulisan tangan fariza, berkisahkan tentang saya. sejak hari pertama dia kenal saya, sehinggalah hari terakhir saya berpraktikum.

jurnal ini lengkap dengan tarikh, hari dan masa. apa saja peristiwa yang berlaku antara saya dan dia, apa dialog dan perkataan yang terpacul dari mulut saya yang menarik perhatian dia, apa perbuatan dan tingkah laku saya yang diperhatikan dia, ada ditulis dalam buku tulis ini. penuh satu buku tulis. buku tulis panjang pulak tu.

fariza, saya sangat terharu!

balik rumah sewa, saya baca jurnal ni dalam sebak. diselang-seli dengan tangis dan tawa lucu. seribu satu rasa bercampur-baur dalam hati saya saat membaca jurnal ini.

jurnal ni dibahagikan pada tiga bahagian.

bahagian 1 : kronologi peristiwa yang dialami fariza bersama saya dalam PnP kelas. ada tarikh.

bahagian 2 : edisi khas. peristiwa yang berlaku di luar PnP dalam kelas. antara tajuk edisi khas : relay. kem pengawas. hari kokurikulum. date. berbuka puasa. jam tangan. puding caramel cikgu ain.

bahagian 3 : sekilas. himpunan dialog-dialog ringkas daripada saya dalam kelas dan luar kelas. sebab segmen ni ringkas, saya tuliskan sedikit di sini.


"ok, hari ni kamu ada bawa buku note tak?"
" tak...."
"pasal apa kamu tak bawa?"
".........."
"Ambil kertas saya ni. Kalau selalu macam ni, tauke balak pun boleh bankrup! dah la praktikal tak dapat gaji"


"eh, kamu salin la dalam kertas yang saya bagi tu"
"depan ke belakang, cikgu?"
"buat center." (masa ni kena lukis diagram)
tiba-tiba,
"cikgu, kertas saya tak cukup!"
"macam mana boleh tak cukup?"
"saya buat besar!"
"lukis kecil dah la. tauke balak pun boleh bankrup macam ni"


"Cikgu, cikgu! nak kena lukis vertical ke horizontal?"
"Buat vertical"
pelajar lain pula menyampuk,
"tapi kami dah buat horizontal!"
"hmmm...tak apalah..."
cikgu sambung tulis di depan. cikgu tiba-tiba berhenti tulis dan tengok kami.
"kamu ni, tanya nak buat macam mana, bila saya cakap macam ni, kamu cakap kamu dah buat macam tu. Baik takyah tanya!"


"Kamu semua ada hutang saya sesuatu. jangan duk buat-buat lupa"
satu kelas "takdaaakkk"
"Pass up note kamu semua sekarang!"
"cikgu, buku note habis!"
"tulis kat mana-mana. lepas tu staple dekat buku nota. jangan tulis kat dahi sudah!"


status fb cikgu
'dah la tak mai sekolah, online FB pulak tu. (sapa terasa sila like)'


"hari ni bawa note tak?"
satu kelas "taakkkk!"
"kertas saya dah nak habis ni. pokai la saya semua kelas buat macam ni."
"........."
"kamu carilah kertas kamu sendiri. tulis kat mana-mana"
"kertas cikgu?"
"oh! mana boleh. kalau bapak saya tauke balak pun boleh bankrup"
"bapak cikgu tauke balak ka?"
"tak laaa! kamu ni kan. saya buat perumpamaan ja"
"cikgu, awat tauke balak? tauke getah takmau?"
"Isk, tak kisah laaa..! saya ada banyak tauke."
satu kelas "wooowwww"


ada banyak lagi cerita pasal saya yang ditulis fariza. apa yang menarik, cerita yang ditulis mengenai saya ini adalah dari kacamata seorang pelajar. jurnal ini ditulis mengenai seorang cikgu. nak cakap lagi sekali, saya terharuuuu!

cikgu bio yang gigih

State the phase of the diagram above.

a. Metrophase
b. Mitophase
c. Metaphase
d. Makrophase

Thursday, August 25, 2011

cikgu, mai saya lah jadi ganti pakwe cikgu

kelas terakhir saya dengan 4SN1 hari selasa jam 10.50 am - 12.10 pm. subjek tentulah biologi. sementara menunggu makmal bio 2 penuh, saya berbual-bual dengan pelajar-pelajar yang masuk awal. ada yang menggodek-godek laptop saya, minta itu ini. contohnya, movie.

tiba-tiba seorang pelajar lelaki tinggi lampai yang pernah saya ceritakan di entri ini masuk dan meluru pada saya.

"cikgu, baik cikgu putuih sekarang (break up) dengan boyfriend cikgu! cikgu habaq la kat dia, cikgu takmau kat dia dah"

dia bermuka serius. lain dari biasa.

"eh pasaipa pulak?". sentap juga la saya. tiba-tiba suruh saya buat perkara macam ni. dalam hati tertanya-tanya juga apa alasan dia.

"cikgu, cikgu tau dak. boyfriend cikgu merokok. jangan kawen dengan lelaki perokok cikgu!"

mukanya bersungguh-sungguh. tiada riak mau melawak.

"isk kamu ni. pandai-pandai ja. saya tau la dia tak merokok. dia tak merokok aih. saya dah kenai dia lima tahun dah", saya membangkang.

muka pelajar lelaki itu makin bersungguh. dalam hati saya terdetik juga, eh budak ni reti serius rupanya. haha. selalu main-main sangat masa kelas.

"cikgu, saya dah tengok dah fb dia! kat tangan dia ada pegang rokok, kan cikgu kan. cikgu mintak putus la dengan dia. takpayah bercinta dengan dia dah. dia hisap rokok cikgu tau!"

tu diaa..bersemangat. macam YB berkempen.

dalam hati saya bersuara juga, habis tu kalau saya tak kawen dengan boyfriend saya, sapa pulak nak gantikan dia? tapi tak terkeluar dari mulut. haha.

rupanya gambar ini yang menimbulkan isu. gambar profile pakcik padil

dua orang lelaki sedang tonggek bergambar. seorang dari mereka memegang sesuatu seakan rokok. ataupun memang rokok? takpun curut (eh curut ke cerut ?)

Wahai Amir Ezzat, pakcik padil adalah yang disebelah kanan. bukan yang kiri tu.
ini gambar semasa saya dan cikgu omar berbuka puasa dengan 4SN1 di medan selera tesco, hari sabtu 20 hari bulan. sepatutnya amir jauh lagi tinggi dari saya, tapi masa bergambar tu, saya paksa dia berdiri di tempat rendah, dan saya berdiri di tempat yang lagi tinggi. muahaha. saya kan cikgu. mana boleh melawan. amir pun pasrah je la nampak pendek di sebelah saya. ataupun saya yang nampak tinggi? nampak tak ada seseorang belakang amir tu. saya tak pasti siapa. dilip kumar rasanya.
ada dalam gambar ; dilip kumar, dhireen, cikgu omar, sukdesh, ganesh


saya dan dalilah. okay takperlu persoalkan soal ketinggian. huh.

fatin dan mimi.
shhhh, saya nak bagitau ni. mimi nanges masa kelas terakhir saya. terima kasih mimi. kamu buat saya rasa dihargai.

saya bersama kacak boy 4SN1, sukddesh. ni banyak cakap sukddesh ni. selalu buat saya rasa senak perut tahan gelak. apa nak buat, muka serius harus dipertahankan.
saya dan dharshinii. ketua tingkatan 4SN1. gadis cantik. bila tengok dharshinii, mesti saya teringat aktress hindi yang cun melecun tu.

alhamdullillah. kenangan yang manis bersama kalian sepanjang empat bulan ini.

terima kasih 4SN1.

nota tumit ; pada yang tiada nama mahupun gambar dalam entri ini, usah terasa ya. kalian ada di hati.

Tuesday, August 23, 2011

bye afif. shaik. amirul. aiman (pencerobohan)


berdasarkan entri diatas.
hari ini adalah hari terakhir saya mengajar 4sc4
seronok
budak melayu dgn india main getah
tapi hari ini lah saya kena gigit dgn tebuan
huhuuhhu ^^


maaf ya pembaca. entri di atas ni ditulis oleh pelajar saya yang log in blog saya menggunakan laptop saya. salah saya juga, mengekalkan emel dan password di laptop. saya tak pasti siapa yang menulis entri di atas. siapa yang mengikuti dan mengenali gaya penulisan saya, pasti dapat meneka atau berasa lain macam dengan entri yang di-post siang tadi.


saya kekalkan entri ini dengan sedikit pemurnian untuk penjelasan.

salam sayang.

Saturday, August 20, 2011

Keletung-keletang Ramadan bersama ChepTu Ain Fathihah.

Selamat Petang Tuan-tuan dan Puan-puan. bertemu lagi kita hari ini buat pertama kali dalam rancangan Keletung-Keletang Ramadan bersama Chef Wan ChepTu Ain Fathihah.

Disebabkan ChepTu Ain Fathihah dah sasarkan nak menikah sebelum konvo (hajat nak pergi konvo dengan jari tangan kaki berinai -->pakcik padil sila ambil perhatian) maka sejak berpraktikum ini ChepTu Ain Fathihah dah bergigih belajar masak. Sudah kerap jejak kaki ke dapur. Sudah reti bezakan mana sudu mana senduk mana sudip. Juga sudah pandai ke pasar beli ikan dan bezakan limau nipis dan limau kasturi (pakcik padil sila tunjuk blog ini kat bonda kamu)
err, gambar tiada kaitan dengan entri.
tapi sebab empunya blog kuat berangan, inilah jadilah.
mengandung juga perlu praktis ya.


Kita mulakan juadah pencuci mulut untuk berbuka puasa.

Trifle. atau nama bahasa melayunya, 'puding-kastad-lapis-bawah-kek-lapis-atas-jeli-tengah-tengah-buah-buahan'. disebabkan nama BM adalah panjang dan kurang glemer ditambah dengan mentaliti orang melayu kita yang lebih agungkan bahasa inggeris malah bangga mencaca-marbakan bahasa melayu, maka saya akan sebut pencuci mulut ini sebagai trifle saja.

Materials and Apparatus :
(mode marking PEKA <--- laporan amali pelajar)

Kek gulung (boleh juga kek marble atau apa-apa kek yang sedap)
Susu sejat 1tin
Koktel 1tin (kalau takmau koktel, boleh guna buah kiwi, peach in syrup, buah naga dan apa saja buah yang kamu suka. buah cili dan durian sama sekali tidak sesuai)
Tepung kastad
1 paket agar-agar jeli kristal Nona
Gula pasir

Langkah 1 :

Potong kek gulung dan susunkan dalam bekas. ChepTu Ain Fathihah gunakan dua jenis kek, mocha dan pandan. Ambil air manisan dari tin koktel dan basah-basahkan kek dalam bekas ni. Bagi lembap saja kek tu. Tak perlu sampai banjir.

Langkah 2 :

Panaskan 1 tin susu cair dalam kuali periuk. Masukkan air manisan koktel dalam susu yang sedang dipanaskan ini. Kalau nak manis lagi, masukkan gula pasir sesuka hati. Tak perlu manis melecas sangat pun takpa. yang sedang-sedang sajaa.... Bancuh lima sudu tepung kastad dengan air sejuk. Masukkan air bancuhan tepung kastad sedikit-demi-sedikit ke dalam susu yang sedang mendidih. Masak hingga masak (cacat betul ayat ni) dan kastad tu pekat.

Langkah 3 :

Tuang kastad atas kek tadi. Kemudian letakkan buah-buahan koktel atas lapisan kastad. Hias buah bagi lawa-lawa supaya trifle kamu tampak menggiurkan.

Susun buah-buah sesuka hati mengikut kata hati kamu.

Langkah 4 :

Baca arahan kat belakang kotak agar-agar Nona tu. Masak agar-agar jeli kristal Nona dengan 400ml air. Tak lebih tak kurang, kalau tak, nanti ChepTu Ain Fathihah rotan kamu. eh ni chef ke cikgu ni.

Kemudian tuang dengan sopan agar jeli atas trifle-hampir-siap tadi. Jangan terus curah dari periuk. Sendukkan senduk demi senduk dengan penuh kasih sayang jeli cair atas kastad. Cubalah curah lepas tu tengok apa jadi kat susunan koktel kamu. Muahaha, saya dah rasa akibat tidak sabar.
Ya inilah trifle ChepTu Ain Fathihah sudah siap. Masukkan dalam peti ais untuk efek sejuk dan menyegarkan.

Sekian saja resepi trifle dari ChepTu Ain Fathihah dalam rancangan Keletung-Keletang Ramadan. Jumpa lagi di hari dan waktu yang entah bila untuk resepi seterusnya.

Friday, August 19, 2011

nabil (edited version)

16/8/2011
Majlis buka puasa dengan 4SN4 di Kelab Laguna Merbok.

pelajar lelaki : Cikguuu! lepas makan ni kami nak pi mandi kolam. jom la cikgu!
tiga orang yang sangat pulun.
afif, hafiz, shaik
muahaha, pertama kali Blog Ain Fathihah ada gambar separa bogel.
kih kih kih

saya : (muka serius, tanpa nada menjawab) tak boleh la nak mandi. saya lupa bawa bikini.

nabilah (dipanggil nabil) : uhukk uhukk uhukkkk!!! Cikguuuu!!! (dia tengah minum di sebelah saya. dan tiba-tiba dia tersedak teruk)


nota tumit : kadang-kadang, saya tak faham kenapa orang gelak bila saya cakap. saya serius, orang gelakkan apa yang saya cakap pulak. tskkk. tskkk. apa la..!

gambar : tak payah la buat-buat cari yang mana cikgu, yang mana pelajar. kami serupaaa...
yang berdiri sebelah saya tu, nabil.
tudung hitam di tengah, fariza.
tudung peach, amira.
tudung hitam di hujung, si cantik nurin.

Thursday, August 18, 2011

siapa ni ya?

Zaman saya habis SPM dulu, itu zaman kegemilangan Friendster dan Myspace. Tapi saya cuma ada akaun Friendster masa tu. Facebook belum popular. Blog juga belum sepopular sekarang. Vlog personaliti boleh kata tak ada lagi kot. 2007, saya bina Blog Ain Fathihah ini.

Masa semester dua di UPSI, saya buat akaun facebook sebab ramai kawan-kawan suruh buat akaun FB. ikutkan saja.

Jumlah kenalan saya di facebook pernah mencecah 1000 orang. bermula setahun lepas, saya mula mengurangkan jumlah kenalan di FB. yang mana tak kenal, saya delete. yang mana pernah kenal tapi tak bertegur sapa, saya delete. yang mana status facebook asyik nak maki-maki orang, nak berjiwa lara jiwa kacau 24jam, saya delete juga.

ada juga rakan sefakulti di UPSI, add FB saya, kemudiannya tak pernah pun bertegur sapa, saya tak tegur dia, dia pun tak tegur saya..saya delete juga. muahahaha. teruk kan.

itu soal delete kenalan FB. soal nak approve kenalan baru ni FB juga saya agak cerewet. mungkin sudah tua, jadi jumlah kenalan FB dah tak jadi persoalan. lagi sikit lagi bagus.

biasanya, bila sesiapa add FB saya, sebelum buat keputusan mau approve atau tidak, saya akan hantar mesej pada dia, dan tanya, 'salam. ni siapa ya?'

jika dia perkenalkan diri dan sebab musabab dia add saya, maka dengan senang hati saya akan approve friend request. tidak ada dakwa-dakwi lagi.

tapi jika dijawab begini,

'salam. ni siapa ya?'

'orang'

atau

'salam. ni siapa ya?'

'manusia'

atau

'salam. ni siapa ya?'

'hamba tuhan'

atau

'salam. ni siapa ya?'

'aii, takkan tak kenal kot?'

(isk, kamu guna gambar artis korea sebagai profile picture, lepas tu nama facebook pun nama artis korea, dah pasti la saya tak kenal)

dan dengan senang hati juga saya akan delete friend request kalian. hehe. juga, tidak ada dakwa-dakwi lagi.

sejak berpraktikum ni, ramai juga pelajar sekolah yang add FB saya. yang mana pelajar saya, jika saya dapat kenalpasti identitinya, dengan senang hati saya akan approve.

taktahu kenapa saya cerewet. jika bukan pelajar saya, dan sekadar add saya untuk menambah bilangan kenalan yang dah lebih dua ribu tu, saya delete request juga. haha. maaf ya.

saya takmau wall FB saya penuh dengan status nak maki-maki kawan dan penuh dengan status yang ayat macam orang cacat (akuehh sayunk samma kamooo). ada yang saya dah approve, tapi kemudiannya saya tak selesa dengan gambar-gambar dan status-status jiwa kacau, saya serta merta unfriend. tanpa ada perasaan bersalah. erk.

tapi setakat ini, saya tak pernah lagi la unfriend pelajar yang saya ajar. alhamdulillah.

pagi tadi, saya didekati pelajar tingkatan enam (saya kenalpasti dari cara dia lipat tudung di bahagian pipi, saya rasa dia tingkatan enam)

"cikgu, saya la yang add FB cikgu. yang cikgu tanya siapa ni tu."

"ohh.. ya." (sambil angguk-angguk). saya menunggu dia memberitahu nama FB dia. tapi tidak. macam la ada seorang saja yang add FB saya.

saya cuma senyum. opss, maaf la. macam mana nak approve, saya dah delete friend request dah pun. hehe. kalau nak, add la balik. tapi belum tentu saya nak approve. saya kurang selesa dengan orang yang saya tak kenal di FB.

nak kata saya sombong? hahaha.

ya, saya sombong.


Tuesday, August 16, 2011

sketsa kelas cikgu ain


kes 1 :

dua minggu lepas.

sedang mengajar di kelas, tiba-tiba saya menegur seorang pelajar perempuan,

"eh yang duduk sebelah fariza tu nama apa?"

"farzana, cikgu"

"eh, dalam kelas ni ada nama farzana ke?"

sekelas serentak,

"adaaaaaa!"


minggu lepas,

"haa yang duduk nombor dua dari hujung meja tengah tu, bangun. apa nama?"

"farzana, cikgu"

"aik? ada yang nama farzana ya dalam kelas ni? saya tak pernah sebut nama kamu kan?"

sekelas serentak,

"adaaaaa...!"


minggu ini,

"err, kamu yang perempuan tu, meja tengah, bagi jawapan kamu."

"bla bla bla blaaa"

"eh kamu nama apa?"

"farzana, cikgu"

"ooo, farzana. kamu pelajar baru ke? saya tak pernah sebut nama kamu pun"

"cikgu, dia ni dari form one sekolah ni cikgu"

"oh yaka? kalau bukan pelajar baru, kenapa saya tak pernah sebut pun nama farzana sebelum ni? saya tak pernah sebut nama farzana kan?"

sekelas serentak menjawab,

"pernahhhh...!"


erk. maaf kan saya 4SN4. saya blur sikit hari ni. muahahaha. entah-entah tiap-tiap hari saya blur dalam kelas kan. kui kui kui. dan soal nama farzana ni, tak tahu lah kenapa saya tak berapa lekat dalam kepala nama ni. padahal adik saya empunya nama Adeebah Farzana. patutnya lagi mudah ingat la kan.

yeah! dah ada jawapannya. sebab nama Ain Fathihah lagi best!


kes 2 :

"Tan Wei Koon!" saya memanggil. lancar dan jelas. mata juga memandang pada pelajar yang betul.

pelajar cina lain di meja hadapan dan meja Tan Wei Koon nampak cemas dan saling mengomel sesama mereka. hairan, saya bertanya,

"kenapa kamu ni? kenapa pandang saya macam tu?"

Woan Ying menjawab,

"tak ada la cikguuu. kami terkejut sebab cikgu tau nama dia"

"eh, Tan Wei Koon kan pelajar saya. kenapa pulak saya taktau nama dia?" saya menjawab diiringi dengan muka kerek. muahaha. padahal memang itu baru pertama kali saya memanggil betul nama dan tuan punya nama.


kes 3 :

"siapa paling tinggi dalam kelas ni? tolong saya padam papan hitam sat. haa, nah zulaikha, tolong saya padam." ujar saya pada si zulaikha yang lebih kecil dan comel kiut miut dari saya untuk padam papan hitam. saya hulurkan pemadam padanya.

"hahahahhaha. cikguuuuu! macam tu ka tinggi?" jadi bahan ketawa pelajar nakai pulak dah.


"Teh Woan Ying yang cantik, tolong saya padam papan hitam sat"

"haiyaaa, cikgu panggil saya cantik aaa, mana saya boleh tahan maa!" balas Woan Ying menggoyang-goyangkan badannya menuju papan hitam untuk memadam. siap dengan lenggok badan dan dialek cinanya.


kes 4 :

lebih kurang 5minggu baki tempoh praktikal, dah ada pelajar mula bertanya soalan yang buat saya terkedu.

Sukkesh pernah tanya,

"cikgu, cikgu! antara semua kelas yang cikgu ajar, kelas mana paling best?"

saya cuma tersenyum.

Kanageswaran pernah tanya,

"cikgu, kelas kami paling cikgu suka kan, cikgu?"

juga, saya cuma tersenyum.

Puvann Naidu juga pernah tanya,

"cikgu, kelas kami baik kan? tak macam kelas depa kan?"

masih, saya cuma tersenyum.


nota tumit :

banyak perkara yang saya rasakan menarik dan lucu berlaku dalam kelas. sengaja saya tuliskan di sini supaya saya tak lupa kalian.

terima kasih 4SN1

terima kasih 4SN2

terima kasih 4SN4

Monday, August 15, 2011

reti masak adalah subset kepada kahwin

hari jumaat, seorang gadis kecil berhujung minggu di rumah. saya merajinkan diri memasak. saya juga dah pandai reti pergi pasar sekarang, ngeh ngeh ngeh senyum bangga.

sedang saya keletung keletang di dapur, encik Baba datang menjengah,

"Amboi masak apa tu? sedapnya bau. Tata dah pandai masak noh sekarang ni?" (err, tak tau lah puji betul ke, atau bodek nak ambil hati saja)

spontan saya berkalih badan menghadap Baba. sambil satu tangan pegang senduk dan satu tangan pegang garpu, saya menjulang kedua tangan ke atas. dan berteriak,

"Yaka dah pandai masak?? yeayyy Tata dah boleh kawen dah! yea yea!!"
dengan nada riang gembira, okay.

muahahaha. dulu-dulu bila saya cakap pasal kawen depan Mama ataupun Baba, mesti depa cakap,

"heh, masak nasik pun tak masak (sebab selalu lupa tekan suis), ada hati nak kawen!"

(n_n)

Saturday, August 13, 2011

cebut omaigot

Berdasarkan Teori Peniruan Tingkah Laku yang dipelopori oleh Albert Bandura, kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan peniruan tingkah laku.

Hujung minggu ini, saya balik berpuasa di penang. Rindu adik-adik. dan juga disebabkan housemates di SP beriya-iya nak balik kampung, maka saya pun kena lah balik kampung (bandar?) juga. takkan nak berbuka puasa seorang diri di rumah sewa kan, kang tersyahdu kang, nanges sorang-sorang pula.


Satu perkara yang menarik yang saya perhatikan pada si kecil Adnin (5 tahun) kali ini, dia ada perkataan baru iaitu,

Oh My God.

mulanya saya tak perasan juga, tapi ada dua tiga kali telinga capang saya sempat menangkap apa yang disebutkan oleh Adnin.

ada sekali tu, Adnin nak marahkan si Kakak (Adilah, 8 tahun) sebab sepahkan barang mainan dalam bilik. Padahal Adnin la sebenarnya Raja Sepah.

"oh my god. Kakak, cepat kemas! nanti Baba mayah.."

pada yang tak tahu, adik kecil saya ni, dah lima tahun pun masih pelat.


kali kedua, Adnin puji trifle yang saya buat untuk buka puasa semalam.

"oh my god. Tata, cedap la.."


kali ketiga, Adnin sedang menonton cartoon Hagemaru di youtube

"haha, lawaknya. oh my god. hahaha..."

pagi ini, sambil saya menonton Tahajjud Cinta di Tonton.com, saya sempat bualkan dengan Baba mengenai sebutan omaigod Adnin.

lebih kurang 2ominit selepas itu, Adnin bangun tidur dan setelah siap mandi, dia datang mengendeng Baba. minta sarapan.

dalam senyum tanpa menyampuk, saya mencuri dengar perbualan Baba dan Adnin..

"adik, kalau adik jatuh kerusi, nak kena sebut apa?"

"cebut oh my god la, Baba"

"lepas ni, adik sebut macam ni, Ya Allah! tak elok la sebut oh my god. sebut Ya Allah. sebut apa?"

"Ya Allah!!..." si adnin mengajuk. siap dengan nada suara bersemangat.

"haa macam tu la. sebut Ya Allah!", ulang Baba lagi.

"YA ALLAHH!" adnin menyebut kuat, sambil makan roti.


muahahaha. comel la kamu, adik. dari mana la kamu belajar sebut oh my god tu. mungkin dari cartoon di TV, ataupun kawan di tadika.

Wednesday, August 10, 2011

ukur box motor di badan sendiri

ada seorang gadis kecil. sendirian pergi tesco. almaklum ada tesco baru di penang, tesco tanjung pinang. sebagai anak rantau (Penang ke Sungai Petani? muahaha, merantau la sangat), gadis kecil itu belum berpeluang menghauskan tapak kasut di tesco baru.


Gadis : Babaaaaa!!! boring. tata nak pi tesco boleh dak?

BigBoss : Nak pi sorang ka?

Gadis : Dak aih. nak pi dengan selipar.

BigBoss : amboiii.. haa, pi la. alang-alang tu, tolong beli oren sunkist, sayur bayam, kurma dengan ikan masin talang

Gadis : sayur bayam tu yang mana? yang popeye makan tu ka?

BigBoss : haah, popeye makan yang dalam tin tu. tata beli sayoq fresh laa.

maka gadis kecil pergi ke tesco dengan Icon L. seorang diri. dengan hati riang gembira. naik ke tingkat tiga, ambil troli dan mula membeli belah. disebabkan berjalan seorang diri dan memang berniat nak menghabiskan masa, gadis itu menelek perlahan apa yang ada disetiap lorong.

pilih-pilih sayur.
cari bayam berpandukan label pada rak. kalau staf tesco salah label, alamatnya sah-sah saya akan salah ambil sayur.

pilih-pilih baju.
tengok-tengok dan pegang-pegang saja. cuma ambil sesuatu yang kecik.

pilih-pilih jajan.
waaaa, rambang mata tengok coklat, keropok dan jajan kegemaran. yeah, ambil itu ini masuk dalam troli.

pilih-pilih air botol.
tropicana twister oren. my favourite! sanggup beli kerap-kerap dan minum sorang-sorang masa di TM. no share no pau! hehe. mahal gak yang botol besar ni. masa pertama kali beli boleh lah nak pelawa kawan-kawan minum.

pilih-pilih ikan.
erk. terloncat-loncat nak elak air ikan. haha. teruk. bang, tolong siang siap-siap ye ikan tu. ehem.

pilih-pilih buah-buahan.
oren sunkist. anggur. betik. hamboi-hamboi. eh, makan buah la bagus kan.

pilih-pilih kettle (cerek air kat rumah rosak)
err..ambil yang paling murah.

pilih-pilih kuali (apa kejadah pegi shopping beli kuali. haa, kuali kat rumah besar-besar sangat. lenguh tangan nak guna, kuali berat)
pun ambil yang paling murah.

hehe. rasa macam wanita berkerjaya pulak boleh membeli macam ni. habis ronda tesco, pergi bayar dan masukkan barang-barang yang dibeli dalam green bag yang dah dibawa siap-siap. untuk info, di hypermarket dan supermarket Penang (dan jugak kedai kecil-kecilan), hari-hari adalah No Plastic Bag Today.

sorong troli pergi tempat parking tadi.

erk, alamak!!!

cepat-cepat ambil telefon,

"heloo? Babaaaa!!! mai amik tata kat tesco! moto tak muat!"

ades.


Tuesday, August 09, 2011

PEKA

4SN1, 11.30am - 12.10pm

Si cikgu tekak sudah perit. Sudah mengajar empat masa (satu masa 40minit) hari ini. Hampir jam dua belas, perbincangan dah ditamatkan. Cikgu riang ria bagi homework. sebelum kelas bersurai,

"Report PEKA!! siapa belum hantar report, sila hantar sekarang! masukkan report kamu dalam fail"

"Cikgu, report saya kat rumah"

"Cikgu, eh kena buat report ka?" <--ni memang rasa nak luku kepala.

"Cikgu, boleh ka saya buat dalam notepad yang takda letterhead sekolah?"

"Cikgu, betui dak saya buat macam ni?"

"Cikgu, macam mana nak buat report PEKA?" <--ni pun patut kena sunat lagi sekali

herm..sabar sajalah. dah la tekak perit. lagi mau ulang benda yang sama. sabar. sabar. tak apalah, anggap saja cikgu kurang skil dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar.

"IBNU ZECKRI! mana report PEKA kamu?"

"cikgu, saya tertinggal kat rumah la, cikgu.."

"habis tu? kamu nak saya pi kutip report ni kat rumah kamu ka?" nada perli. huh.

hahahahaha. satu kelas ketawa. kemudian seorang pelajar lelaki tinggi lampai menghampiri saya.

"cikgu, cikgu! saya punya report, nanti saya bagi kat Ibnu eh. lepas tu cikgu pi la amik kat rumah Ibnu. cikgu, cikgu tau dak rumah Ibnu yang mana? cikgu tau tak lorong tiga taman peruda, rumah hujung yang paling besaaaq tu cikgu."


amboi!

Friday, August 05, 2011

nasi lemak buah bidara. buah bidara tu apa?

bila sesekali mood menyakat saya mai, biasanya orang-orang terdekatlah yang jadi mangsa.

roommate saya? dia dah tak larat nak menangis dah sebab saya selalu sangat kacau dia. mujur cuma tinggal kurang sebulan lagi dia terpaksa berbilik dengan saya. takpayah kesian kat Dida ya kawan-kawan (psttt ... kecewa cikgu BM baca perkataan berbilik tu)

housemates saya? hurm depa dua orang tu dah stress 110km/j dah sebab saya hari-hari mau cari gaduh. saja cari point nak bertengkar. mira selalu boolayan. eh boring dan membosankan sungguh. rubi la rajin melayan pe'el senget saya. hal cicak lalu atas siling pun boleh jadi bahan.

nak sakat students saya? oh tak boleh. formaliti dan profesionalism mestilah diutamakan. haha.

siapa ya? siapa ya?

saya ambil telefon. picit pad nombor lapan, dan picit pad warna hijau. terus dail ke pakcik padil.

10 saat....

pakcik : assalamualaikum. hello, ya ain?

saya : abang! jom kita kawen! (suara nada girang macam anak kecil dapat makan CalciYum)

pakcik : urm? bila ain nak kawen?

saya : sekarang la. jom kawen.

pakcik : iskk, sekarang ni tak boleh la. abang tak kerja lagi.

saya : laa apa abang ni? apa kaitan kerja dengan kawen? ain ajak abang kawen kan? jom la jom la. (nada suara cari gaduh)

pakcik : memang la cik adik oi. habis tu nak pi meminang anak Baba ni nak pinang pakai bulu kucing ke?

saya : alaa abang ni. alasan ja semua tu. benci. (buat-buat merajuk)

pakcik : eh. kenapa benci pulak?

saya : benci la abang ni. abang sayang ain tak?

pakcik : mesti la sayang? kenapa?

saya : hah, kata sayang. kalau sayang jom la kita kawen sekarang. malam ni jugak.

pakcik : memang la sayang. tapi bila sayang pun, tak semestinya kena ikut semua yang ain nak. faham cik ain?

saya : eh macam tu ke? hehe. kalau sayang pun, tak semestinya kena ikut semua ke.

pakcik : iya cik adik.

perbualan diteruskan dengan topik-topik lain.

tapi, kata-kata pakcik padil mengenai konsep sayang dia tu, buat saya tertarik dan terfikir-fikir sampai sekarang.

bila sayang, tak semestinya kena turutkan semua.

saya juga teringat pantun melayu yang selalu ada dalam epilog cinta ramai orang.

nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan
hilang emak hilang saudara
kerana kasih hamba turutkan

alhamdulillah. dia tak sebegitu. patutlah kadang-kadang pakcik padil ni kedekut (ciss kutuk buah hati sendiri secara terang-terangan). bila keluar, duit makan, duit minyak, tol dan kos-kos lain, seakan kena bahagi dua. kalau dia dah keluarkan duit minyak, saya kena bayar makan.

cuma kadang-kadang saya selalu mengelat. pernah juga bila bil yang mahal-mahal, saya buat muka kering biar pakcik padil bayar. bila yang murah-murah, cepat-cepat saya keluarkan beg duit dan bayar. haha.

apapun, terima kasih pakcik padil. kamu dah ingatkan saya tentang satu perkara maha mustahak. bila dah sayang, tak semestinya kena turutkan semua.


nota tumit ; dah tau dia macam tu, tak jadik saya nak bawak anak teruna orang kawen lari di Siam. muahahaha!

Wednesday, August 03, 2011

chromosomes & shuttlecock

dalam kelas, si cikgu berpong-pang-pong-pang mengajar. ini bla-bla-bla. itu bla-bla-bla. berpeluh-peluh la jugak ketiak ni masa mengajar dalam kelas/makmal. hangat. kering tekak dan kering liur.

tanya soalan,

"kamu faham tak ni?"

"fahammmmmm!!" serentak sekelas menjawab

"okay XYZ, terangkan apa yang kamu faham?"

"err...dia ni...macam tu...err err"


hari lain pula, cikgu bertanya...

"kamu faham tak ni?"

"tak faham......!" juga serentak kelas menjawab.

"okay PQR, terangkan apa yang kamu tak faham? saya ulang semula"

"eh dak cikgu. saya faham. faham aih!"


hari seterusnya, cikgu tanya lagi...

"kamu faham tak ni?"

"..................................."

muahaha. aik, dah tak berani nak jawab pulak. lagi kacau jiwa cikgu.

julai lepas, smk ibrahim dah jalankan ujian penilaian bulan julai. si cikgu kurang pengalaman ni pun berkobar-kobar mau menanda kertas jawapan.

kejab-kejab, cikgu tergelak.
kejab-kejab, cikgu tersedak.
kejab-kejab, cikgu tersentap.
kejab-kejab, cikgu rasa mau nangis ja.

ya allah, ampunkanlah dosaku, ya allah.

si cikgu tau, subjek sains (fizik kimia biologi dan sains) adalah subjek yang perlukan pelajar mencerap dan memerhati. penyelidikan dan pembelajaran saintifik juga perlukan pelajar berlaku jujur dalam memerhati dan menilai.


tapi, kalau dah sebegini jujur jawapan, erghh. mula-mula si cikgu ketawa golek-golek. lima belas saat kemudian, si cikgu rasa sebak dan rasa nak nangis ja.

Question 2.
1. Label the diagram.
hua hua hua.

shuttlecock?
bulu tangkis?

rasanya si cikgu sepatah pun langsung tak pernah menyebut perkataan shuttlecock dalam kelas. ajak main badminton jauh sekali. sabar ja la.

bingkisan untuk 4SN4, 4SN1 dan 4SN2...

untuk pelajar-pelajar cik guru nurul ain sekalian, bagi yang dapat markah gilang-gemilang dalam ujian julai baru ni, saya menganggap itu adalah usaha kalian untuk mendapat markah sebegitu. tahniah saya ucapkan.

bagi yang mendapat markah berwarna merah tu, saya menganggap itu adalah kegagalan saya dalam mengajar kalian. maafkan saya.

nota tumit : petang-petang di bulan puasa ni, terasa nak main badminton pula. jom!