mereka yang tegar

Thursday, June 02, 2011

rasa macam ada jadam dalam mulut

kata orang, kemaafan itu dendam terindah. kata orang juga, tak kiralah macam mana teruk pun orang sakitkan hati kita, aniaya kita, permainkan kita...cubalah maafkan. hidup dalam dendam dan sakit hati cuma akan buat jiwa kita makin derita.

tapi, itulah. itu cuma kata orang. sebelum alami, saya juga beranggapan demikian. kemaafan itu dendam terindah. orang buat salah kat kita, kita sakit hati, kemudian kita maafkan, lalu kita akan berasa lega.

semudah bercakap. dan semudah menulis.

saya dah cuba. setiap malam sebelum tidur, saya cuba maafkan mereka-mereka di sekeliling. ada kes-kes terasa hati yang kecil, yang picisan, memang mudah untuk dimaafi. sungguh, diri terasa tenang.

tapi, hal-hal yang terjadi di sekeliling saya yang mengubah definisi hidup saya 180 darjah, hal yang membuat saya mengubah hampir 70 peratus pandangan mengenai hidup... cukup susah nak maafkan mereka-mereka yang terlibat itu.

ikhlas, redha, sabar, tabah, terima seadanya.

setiap hari saya cuba hadamkan erti kata perkataan-perkataan ini.

gulp.

rasa macam ada jadam dalam mulut.

5 komen tak puas hati:

Hagakure Kira said...

ada kes apa ni?

FiraHasan said...

ain, jadam tu apa ?

ana said...

alhamdulillah...maafkan org itu perbuatan yang baik.

ASaDa RyutaRo said...

hurm.. mungkin maaf tu tak sampai ke hati lagi. dah ada kat bibir, tapi belum sampai ke hati.. ;)

MaMa MoDeN said...

salam
maaf mencelah...
memaafkan... meminta & memberi maaf itu mmg mudah, amat mudah.. tetapi melupakan apa yg dimaafkan tu yg payah, amat payah... tu yg jd kemaafan dendam yg terindah tu....