mereka yang tegar

Monday, June 13, 2011

picit ikan

ini cerita mengenai tiga gadis pergi pasar. identiti sebenar gadis-gadis ini dirahsiakan. rasionalnya, risau bakal-bakal mak mertua terbaca entri ini. makcik-makcik zaman la ni boleh tahan juga bab-bab internet ni, kalah kita yang muda.

berbalik pada cerita,

pergi pasar, beli sayur-sayur, beli ayam. kemudian nak beli ikan. toleh sana toleh sini, banyaknya ikan. yang besar yang kecik yang panjang yang pendek yang nampak gigi yang macam ular macam-macam lah.

Gadis 1 : haa ikan ni weh. amik la sekati.
Gadis 2 : sekati ka sekilo?
Gadis 1 : tak sama ka? arr, setengah kilo dah la.
Gadis 2 : ok. hang amik la. nah bakul. pilih la weh.
Gadis 1 : aku jugak yang kena. (kata Gadis 1 sambil tangan menekan-nekan seekor ikan dan membalik-balikkan badan ikan tu sebelum dimasukkan dalam bakul)
Gadis 2 : weh hang duk picit-picit apa tu? ajaq la aku weh. aku tak reti pilih ikan.
Gadis 1 : hehehe. sebenaqnya aku pun taktau. aku buat-buat picit ja ni. aku tengok makcik depan tu duk buat macam ni. aku pun ikut la.
Gadis 2 : ....................... (tak terkata apa)


Gadis 3 tengah beli sayur.

sekian.

8 komen tak puas hati:

ASaDa RyutaRo said...

hahhahaha.. saja buat bagi nampak sama ngan mak cik tu. so nampak la macam terer pilih ikan. cam tau je sapa. lalala~

nak tengok ikan elok ke tidak, tengok la kat insang dia. kalau nampak buruk kat insang, ikan lama lah tu..

ASaDa RyutaRo said...

ada lagi cara lain, tapi tak tau. hahaha

SYAZWANI SAJIRI WAN said...

hehe~
tgk kt mata ikan pn bule. . .
kalu da merah sgt ikan lama r tue~

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

gadis satu dua dan tiga ni sapa?? hmmm :-)

: TWILIGHT: BREAKING DOWN PART 1, november ini
: AWAT TAK TEGANG NI? Hmmm

HEROICzero said...

HAHAHA tak nak kalah !


*anak gadis sapo la ni. =)

kapten said...

kata la...picit2 ikan tue nak tgk ikan tue kembung perut ker tak...kalau kembung perut ikan tue sakit jadi xyah la beli..heheh

a kl citizen said...

kalau beli telur ayam kena picit2 jugake?

A.I.N.S.Y.A.H said...

pcit2 ikan, comel jer..

*need ur help, kalau x mnyusahkan plz like , cmment, +1 on my latest entry bleh. tq ;D