Tuesday, January 18, 2011

Tak mudah sebenarnya…

Kadang-kadang saya tertanya sendiri, apa yang berlaku pada keluarga saya ini, mimpi atau bukan. Kalau realiti, kenapa saya tak begitu terkesan (mungkin sangat terkesan, tapi saya yang tak sedar atau menafikan dalam diam). Kalau mimpi, kenapa mimpi ni sangat panjang dan melelahkan.

Ada yang berkata, saya nampak okay saja di kelas, dan semasa di UPSI. Seperti tiada apa-apa berlaku. Tak seperti anak yang sedang berada dalam keluarga bermasalah. Uh, bermasalah? Iya. Terma apa lagi yang layak saya katakan jika ibu bapa dalam proses berpisah. Paling memilukan saya adalah bila memikirkan adik-adik.

Semasa saya 15 tahun, seusia adik perempuan saya nombor empat, masalah saya cuma memikirkan bagaimana nak mengenepikan wang saku sekolah supaya saya dapat makan KFC satu kali seminggu. Kalau tak cukup duit, saya akan kongsi seorang RM5 bersama kawan, dah dapat beli snack plate. Ada ayam dua ketul kan.

Sebaliknya adik-adik saya, dalam usia sebegitu, terpaksa merasakan kegelisahan dan kecelaruan yang semestinya mengganggu emosi. Yang mampu bersuara dan meluahkan perasaan dan kekecewaan yang dirasakan sekurang-kurangnya pada rakan terdekat, mungkin boleh mengurangkan tekanan. Tapi dua orang adik kecil saya, lima dan lapan tahun, mampukah mereka meluahkan apa yang mereka rasa.

Bila balik rumah, terasa lain sangat dengan ketiadaan mama. Mama keluar rumah demi mencari maruah dan harga diri, katanya. Saya takkan persoalkan sebab dan alasannya, saya pasti dia ada sebab tersendiri.

Antara kebiasaan kami sekeluarga, adalah melepak atas katil beramai-ramai, sambil anak-anak berbual dan menceritakan apa yang berlaku pada diri masing-masing semasa jauh dari keluarga. Nombor tiga boleh bercerita mengenai abang form 6 yang menguratnya pada Baba, Mama dan yang lain. Nombor empat dan lima bercerita mengenai kawan-kawan di asrama. Nombor satu dan dua juga galak bercerita apa perkara menarik yang berlaku semasa di Uni. Yang kecil juga mencelah menyibuk bila didapati Baba Mama memberi perhatian pada abang dan kakak-kakaknya yang sesekali balik bercuti.

Semua tu dah tiada. Bila saya balik bercuti, rumah senyap sunyi. Tambah-tambah kalau adik kecil yang berdua itu tiada. Pernah semasa saya baring-baring dengan nombor empat, sambil berbual-bual dan bergurau berdua. Habis modal bercerita, masing-masing terdiam. Agak lama.

Tiba-tiba nombor empat berkata,

“Ta, rindu la kat mama.”
“Haah, tu la. Rindu sangat. Bila la mama nak balik kan.”

Diam.

Ya, diam. Sungguh kami tiada jawapan.

Saya pasti, ramai yang menyalahkan Baba saya. Mungkin kata mereka, ‘itulah. Gatal sangat kawen dua. Kan bini dah lari’. Biarlah apa orang nak cakap. Yang serumah lebih tahu apa yang berlaku, hujung pangkal cerita. Bukan memberi komen setakat membaca apa yang tertulis di Twitter, blog mahupun FB.

Saya sebagai anak, secara normalnya pasti berasa kecewa dengan apa yang berlaku. Normal la kan. Eh, kenapa jadi macam ni? Keluarga saya selama ni bahagia. Eh, kenapa jadi begini? Kan selama ni kami sekeluarga rapat. Buntu.

Sekarang baru saya faham apa itu ‘hidup ni macam roda. Sekejab kita di atas. Sekejab kita di bawah’. Ya, saya sekarang sedang berada di bahagian bawah roda. Mungkin. Mungkin juga sebenarnya taklah di bahagian bawah roda sangat. Sipi saja. Terhimpit, tapi masih boleh bernafas. Tak selesa, tapi masih boleh bernyawa.

Pernah juga saya tersenyum sinis bila ada kenalan yang berkata,

“nasihat la parents hang, Ain. Suruh berbaik”

Saya cuma senyum. Tak mampu menjawab. Dalam hati saya membebel, kalau la parents saya tu besar budak 7 tahun, boleh la nak marah-marah, piat telinga dan tanya, ‘ni kenapa gaduh ni? Salam balik, salam. Cepat salam’. Kalau semudah itu.

19 komen tak puas hati:

Unknown said...

suka entry ini. hihi.nice2!

mira_asrar said...

"Nombor tiga boleh bercerita mengenai abang form 6 yang menguratnya pada Baba, Mama dan yang lain."

cis , dlm bnyak2 crita yang nomber 3 tu cerita , yang tu yang kamu ingat . haha ;)

p/S :tengah sabar selagi boleh . bagi kekuatan kat Hero Baba .

salam sayang

Anonymous said...

keluarga adalah satu tempat pergantungan...tyme kita lemah, tyme kita penat, tyme kite perlukan perlindungan...rumah dan keluargalah yang dapat jadi agen 'top-up' yang terbaik untuk kita...

selaku kakak, biler keluarga dah begini...diri tidak perlu dipersoalkan...amat pilu dan sedih...tapi fikir kembali...kini, ketiadaan ibumu di rumah, kamulah ketua wanita di rumah...klu diri kamu lemah...apatah lagi adik adik kamu...

bersemangatlah...dan yakin...satu hari nanti segalanya akan jadi kebiasaan dan kebahagiaan masih di sisi anda...

Mr. Asada said...

semoga terus tabah hadapi apa jua cabaran yang datang.

semoga semuanya kembali ceria seperti dulu.. :)

丽 娜 said...

Assalamualaikum. Dear Fatihah, sorry to hear what's happening in your family. Betul la tu hidup macam roda. Alhamdulillah aku dulu dpt la jugak rasa masa famili hg rapat. igt mama hg penah pick up my family kt Tanjung Tokong masa bas rosak. Ingat lagi Ustaz Roshidan ajaq sek agama dgn SKTB. and ingat lagi ramai2 dgn famili hg pi mandi Taman Rimba.
Be strong ok!

azahrohaizah said...

Salam ain,..
Apa yg mama ain alami pernah kak azah alami..cuma kak azah bertahan tidak keluar rumah..

Ain sabar ye sayang..( sabar perkara yang senang di sebut tp tak tau 'di mana 'sabar tu sebenar nya..(
sekarang ain adalah tulang belakang utk adk2..jauh di sudut hati mama dia lg terpukul rindu kan anak2 sehinggakan memadam kesakitan terhadap baba..mama cuma perlu di pujuk..

rindu kan pasir, rindu kan pantai..insyaallah camar pasti pulang!!

. said...

semoga tabah.

faINa989 said...

kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran.....

Anonymous said...

tak semudah yang dikata..semuanya perlu kembali kpada Allah..ikut nafsu,lesu..ikut rasa,binasa..ikut hati,mati..apa guna hidup yang hanya sekali kalau tak bahagia..mungkin ada ego dihati..apa maksud mncari maruah diluar sedangkn maruah isteri disamping suami..maruah perempuan mungkin diluar..mungkin..fitnah kepada perempuan pun jatuh masa diluar..fitnah ada diluar..Allah tidak redha hidup isteri yang melarikan diri dari suami jika tidak kerana kezaliman yang nyata..

AiraEzaira said...

salam,
hdup ni,
ibarat menongkah ditengah lautan, yg gelombangnya xdpt dijangka.
sbg pelayar samudera yg penghujungnya xterlihat ni,
kte memerlukan bekalan semangat & kekuatan utk mengharungi badai cabaran dan dugaan.
jd kuatkn semangat!n bsabar ye adek!!

"sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”(al-Asr:6)

"Sesungguhnya Allah S.W.T berhak menguji setiap hambanya dan percayalah bahawa ujian yg diberikan adlh mengikut kemampuan hambanya.Allah S.W.T xakn menguji hambany dgn ujian2 yg xdpt ditanggung olh mereka."

akak pasti sume pembaca sentiasa mnyokong & mndoakn kebahagian adek!!amin.

kapten said...

Ain.....semoga awak tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan....ameen

HEROICzero said...

Ya Allah, bila baca, teringat cerita lama. hurm..

sejujurnya, pernah melalui keadaan ini. apa yang boleh cakap, cuma perlu tabah. be strong.

klise?

"memang lah boleh cakap, tabah la, be strong lah. eleh, klise lah, mesti dah ramai nasihat dia mcm tu."

heh.

kadang2 benda yang semua orang boleh cakap, itu lah yang paling susah.

dulu, tak pernah terfikir bende2 ni akan jadi. yelah, slalu tengok dalam tv jek kan. hehe. skali terkene batang hidung sendiri. terduduk.

Alhamdulillah, skrg dh okay, n still healing.

nasihat, terus tabah. insyaAllah yang baik2 untuk yang sabar kan?

ameen.

=)

chiLleD...!! said...

semoga semuanya kembli kpda asal..

ckLah @xiiinam said...

Terharu ckLah membaca coretan Ain...

Apa lagi yang mampu ckLah katakan ya Ain,berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.Bertabah, berkuat...dan jangan berhenti berdoa, buat mereka.
Semoga Allah mengakhiri segalanya dengan kebahagiaan...

Anonymous said...

smoga roda itu kembali ke atas..

adeebahfarzana said...

salam. jauh d mata dekat d hati (:

izin pinjam entri. ty (:

PUAN PIA said...

ain seorg yg ceria n tabah...
pasti boleh lalui ..
ingat adik2 masih perlukan ain.. ain la mama bg mereka

amirah said...

Kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kita, lalu DIA datangkan guruh dan kilat... Puas kita menangis...menunggu dan mencari ke mana hilangnya matahari kita... Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah..:)

luth textile said...

harap ain boleh dapatkan cara penyelesaian. :)