mereka yang tegar

Saturday, January 08, 2011

Payung yung yung

Selain Taiping, Tanjung Malim adalah antara bandar tempat yang menerima taburan hujan yang tertinggi di Malaysia. Anugerah Allah pada bumi Tanjung Malim, titis hujannya banyak dan agak kerap.


Semasa hari pertama pendaftaran di UPSI, saya sempat tercengang bila petugas kaunter memberikan payung kepada pelajar baru wanita perempuan selain beg, fail, tag nama dan baju rasmi UPSI.


'eh, payung? nak buat apa. apalah, bagi la benda yang berguna'


itu desis hati saya, memperkecilkan fungsi payung bercop UPSI.


Setengah semester berlalu, barulah saya menyedari betapa meriahnya bumi Tanjung Malim dengan titisan hujan. Sehinggakan payung menjadi komoditi penting di sini. Mungkin bilangan payung sama banyak dengan bilangan pelajar.


Payung menjadi rakan karib untuk sesiapa yang menjadi pelajar UPSI. dalam handbag / beg kuliah mesti ada payung. Tapi pelajar lelaki ada juga yang kelihatan enggan menggunakan payung. Kononnya tak macho kalau pakai payung bila hujan.


Cit poodah!


Kalau dah hujan tu, pakai sajalah payung. Jangan pula kufur nikmat (dengan terciptanya payung). Kalau Encik Lelaki tu pakai payung pink, sambil jalan meliuk lintuk pinggulnya, terkepit-kepit pula (entah apa yang dikepit) itu baru tak macho.


Berkenaan lelaki celaru jantina ni, kadang-kadang saya rasa mau saja sepak (dengan kaki, bukan sepak dengan tangan) ke celah kangkangnya. supaya telor dia sakit dan kemudian mungkin baru dia sedar dia ada telor, jadi takyah berlagak perempuan lagi.


Ops, melalut. Saya cuma nak cakap soal payung saja.


Walaupun payung harus menjadi teman setia sementelah bermastautin di tanjung malim, saya bukanlah seorang yang mesra payung. Saya kerapkali juga bermasalah dengan payung.


1. sejak semester satu (sekarang semester enam), entah berapa banyak biji kaki payung yang telah saya hilangkan dan rosakkan. pergi lab, pergi kelas, pergi library (macam tipu je?) berpayung, bila balik melenggang tanpa payung. selalunya keesokkan hari baru saya sedar saya tertinggal payung entah di mana-mana. huu.


tangan saya kecil, tak putih gebu sangat, kiranya tangan comel kiut miut macam saiz tangan budak darjah lima. Tapi entah apa masalahnya, dah banyak kali payung tiba-tiba rosak bila saya nak buka payung tu. Patah rangkanya. erk.

anatomi payung

2. bila berpayung dengan orang lain, selalunya rakan seBio dalam perjalanan pergi/balik kelas, saya dengan rela hati akan menyerahkan payung di tangan saya pada rakan sepayung. orang-orang yang berpayung dengan saya kebanyakkannya merungut, payung yang saya pegang terkena kepala mereka.


terserlah keketotan saya bila insiden seperti ini kerap sangat berlaku. huhu.


motif entri ; saya baru beli payung baru (lagi).

22 komen tak puas hati:

Sofia Karim said...

payung upsi la paling bertahan, & kukuh.. kalao pakai payung yg jenis lipat-lipat tuh, bila hujan lebat, angin kuat, memang terbalik payung tu.. payung upsi THE BEST!!

nub said...

berlindunglah kamu di bawah payung islam!! ehhehe... =)

amirah said...

mahu lagi tips menjaga payung? sila cari saya di bilik 3.hehe

f_aRa_aINa989 said...

x nampak pun payung baru hang..

Nasriq said...

oooo...baru tau taiping kerap hujan... geografi dulu fail...

Light of Heedful said...

menarik anatomy payung tu ;)

a kl citizen said...

patut saya buka kedai payung di sana ya.....

HEROICzero said...

hahaha! teruskan azam tahun baru kamu. all the best.

JIJI YU said...

ahaha..aku berharap adek aku leh masok upsi..dan aku nak mntak payung lbeyh..
yang pasal lelaki celaru jantina tu..i like..ahaha

anen said...

lame dah nk gtaw nih..tp skrg bru rase nk gtaw..haha bukan saje payung menjadi kayu ukur...tapi membetulkan aircond lam bus pon leh jadi kayu ukur kekontotan ko..haha

maCy said...

haha. macy selalu geram jugak kalo asek tsangkut kpale kat payung. haha

nasib pndek je ;p

ain fathihah said...

kak sofia, betul tu. payung upsi mmg da best bila tengah guna. bab nak membawa tu yg leceh sikit..besar kan. hehe

ain fathihah said...

nub, betul tu. thx ingatkan

ain fathihah said...

mira, hg bilik 2 la..aku bilik 3. terima kasih sebab ajar aku macam mana nak lipat payung lipat dgn kemas..hehe malu!

ain fathihah said...

faina, meh meh bilik tengok payung baru ku

ain fathihah said...

nas, hehe. kecewa cikgu geo kamu

ain fathihah said...

Light of Heedful, saya pun baru tau anatomi payung bila nak buat entri ni. sob3

ain fathihah said...

cikgu normah, insyaAllah laku kedai payung di sini. hehe

ain fathihah said...

hero, yeah! azam baru penuh semangat ni. moga xyah beli payung lain sebagai ganti dah

ain fathihah said...

jiji yu, ada adik umur berapa? meh sila meh sila masuk UPSI. bumi tanjung malim tak panas terik sangat

ain fathihah said...

anen, kejam! hg kejam! haha. memang aku ada masalah untuk membetulkan econ dlm bas pun.

ain fathihah said...

macy, kita berbeda. haha.