Monday, January 31, 2011

luruh gigi.

Masih cerita hari jumaat.

Bila Adik Nin balik dari sekolah, terus dia menjerit mencari saya di bilik. Perkara pertama yang diadukan pada saya adalah,

"Ta, ngok ni Ba mek gi Nin"
(terjemah : Tata, tengok ni Baba ambil gigi Adnin)

sambil menyeringai pada saya, menunjukkan lompang giginya.
Tergelak saya melihat gigi adik yang dah rongak. Sebelum dia mengadu, Kak Uda dah ceritakan pada saya bagaimana Adnin meraung-raung menangis bila giginya yang longgar dicabut Baba.

'Adik Nin over tau Tata. Cabut gigi saja pun menangis kuat-kuat',
ejek Kak Uda.

Nasib baik Baba cabutkan. Kalau Baba takda, nanti jadi macam Kakak hari tu. Bisik hati saya.

Nota tumit : Haiyoo budak. dah 5 tahun pelat lagi. macam mana cikgu dia faham apa dia cakap heh.

4 komen tak puas hati:

Unknown said...

hihihihi..macam2 naa

ana said...

cepat ye gigi adik ain longgar...anak kak ana darjah satu br jatuh gigi sebatang.

HEROICzero said...

hehe. tolak jek pelan2 ngn lidah, lama2 tanggal lah gigi tu~ =)

chiLleD...!! said...

cikgu pham lah kot..sbb tiap2 hari dengar dy ckap..hehe