mereka yang tegar

Saturday, January 08, 2011

perkataan sihir. tapi bukan mantera.

Itulah jadinya bila saya cuba menterjemahkan istilah 'magic word' secara literal. Jadilah 'perkataan sihir' itu.

Ada dua perkataan yang saya rasa diakui ramai mempunyai kuasa sihir tertentu.

'Tolong', dan 'Terima kasih'.

Apa rasa kamu bila ada seseorang yang berkata begini,

'weh, pi ambik pinggan'

berbanding

'hang nak pi dapur eh? tolong ambik pinggan untuk aku sekali'

Isunya di sini bukanlah soal ambil pinggan, sudu atau tutupkan pintu. Tapi berkenaan perkataan 'tolong' yang sangat susah (boleh dikatakan tak pernah) didengar dari mulut seorang gadis di sekitar saya ini.

Pandai mengarah. Bahasanya kaku, kasar. Langsung tidak mesra. Saya ni bukanlah kisah sangat setakat mau tunaikan permintaan-permintaan mudah. Elok-elok rasa ikhlas dan senang hati mau menolong, malah berlaku sebaliknya pula. Hati rasa sebal, geram dan meluat bila memdengar permintaan seakan arahan bersifat mandatori.


Bila dah minta orang lain tolong buatkan suatu hal untuknya, payah pula mau dengar bibir mongel tu mengucapkan 'terima kasih'. Sungguh, sepanjang mengenali gadis ni, telinga saya tak pernah mendengar dia mengucapkan perkataan tolong dan terima kasih.

Atau mungkin juga telinga saya tersumbat dengan earwax (buku Bio tulis taik telinga), membuatkan dua perkataan ini sahaja yang terhalang dari memasuki corong telinga seteruskan ditafsirkan oleh otak. Mungkin.

Kasihan. Kadang-kadang terfikir, tak ada sesiapakah yang melatih dia mengucapkan terima kasih.

nota tumit ; Patutlah ada Kempen Budi Bahasa Budaya Kita dan penerapan nilai murni di sekolah. Itupun pendapat saya secara peribadi, mungkin boleh dikatakan gagal. Sayang, kononnya orang timur dikatakan berbudi bahasa.

bisik-bisik...(eleh Ain Fathihah pun sama, dia pun bahasa sentap juga). hehe

6 komen tak puas hati:

f_aRa_aINa989 said...

saya suka post ni..i like!

Sofia Karim said...

itulah.. budi bahasa mencerminkan peribadi..

nub said...

terima kasih utk post ini. hehehe

Along Tapa said...

posting bagi kesedaran sivik ni memang bagus...penggunaan "please" dan "thanks" pun cuba dipraktikkan di negara barat..tapi sangat susah nak direalisasikan sbb sifat manusia ni selalu terlupa untuk beradab..cara terbaik, kita mulakan dulu dengan diri kita..mudah2an dapat bagi perngaruh yang baik pada org sekeliling..

Gorengbaek - Pengaruh sekolah yang tak patut dibawak pegi rumah...

Hangit habis dah - Lu kan..perangai macam p*** la bangang...

PinQib said...

orang skarang ramai nak jumpa yang beradab

| Keyword: ROGOL|

MuhD NoR AzyM said...

Hehe. Terbaik la ain. Tapi, aku guna Please & Thanks je boleh?? :p