mereka yang tegar

Saturday, January 15, 2011

pengajaran mikro

Semester ni, antara subjek yang saya ambil adalah KPD 3026 Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. Enam jam kredit. Semasa kelas pertama semester ini, pensyarah saya, Dr. 'Arbaat (nama beliau unik kan. pertama kali dengar nama ni, saya tertanya-tanya adakah beliau mendapat nama ini disebabkan beliau anak keempat) menerangkan tentang microteaching dan macroteaching yang akan dijalankan sepanjang semester ini.

wah? dah kena buat micro/macro teaching? ni kan subjek seniorita UPSI. Rupanya...saya tak sedar pun dah jadi senior. Semester depan dah kena pergi Latihan Mengajar. Patutlah..

Menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa di antara lima hingga lima belas minit untuk mengajar sesuatu kemahiran pelajaran bagi sekumpulan guru pelatih, biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja.

Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi,penyoalan,variasi rangsangan ,penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar,pengukuhan ,penutup dan lain-lain.


Dr. 'Arbaat beri kebebasan memilih tajuk apa nak diajar. Giliran ikut turutan senarai nama. disebabkan ini microteaching, cuma perlu buat induksi (pengenalan tajuk) dan menyelitkan teknik menyoal dan memberi penerangan.

1 komen tak puas hati:

HagakureKira said...

Salah 1 bentuk latihan persediaan temuduga utk menjadi seorang guru