mereka yang tegar

Wednesday, January 19, 2011

gigi adik

Saya homesick.
Homesick!
Homesick!
Nak balik. Wuu huhu.


Jalan-jalan tengok blog, banyaknya iklan Colgate. Tengok Colgate, teringat ubat gigi.

Cuti semester lepas, ada la beberapa kali saya rajin memandikan adik lelaki saya yang paling kecil itu. Bila mandikan dia, saya yang basah lencun. Biasa, bila mandikan budak, sabunkan..gosok-gosok badan dia dengan span, tonyoh kaki buang daki, syampukan rambut..sambil geletek ketiak budak masa sabun kat bawah lengan.

Sambil tu sempat membebel,
“jangan la lompat-lompat. Nanti tata basah. Waa, takmau la percik ayaq tu kat tata”

Okay, badan budak dah berbuih-buih. Bahaya. Bilas dan bilas. Bersih-bersih. Oh, lupa. Lagi satu. Gigi belum gosok. Cari-cari berus gigi adik. Eh, apa ni? Berus gigi Spongebob, tak remaja betul lah.

Saya ambil ubat gigi Kodomolion. Letakkan secoet atas berus gigi. Bau strawberry. Yummy!

Dengan yakin, bagi berus gigi yang dah taruk ubat gigi tu pada adik. Sambil saya memasukkan baju kotor dia ke tempat sepatutnya. Sempat mengerling pada adik, dan

“eh? Laa, kenapa kamu makan ubat gigi tu!”

Lagak mak nenek, saya bubuh lagi ubat gigi. Dan mencangkung mengadap adik. Dah lama tak gosokkan gigi budak ni.

“bukak mulut. Rapatkan gigi!”

Spontan adik menyeringai bila mendengar arahan saya. Saya cuba menggosok giginya, atas ke bawah. Bawah ke atas. Isk, susahnya. Berlaga-laga gigi dengan berus gigi.

“kamu ni kan, jangan la main-main. Rapatkan gigi. Nak gosok ni”

Dan masih juga begitu. Terkial-kial lah saya cuba memberus gigi adik. Jeda. Saya tersenyum.

Lupa pulak adik seorang ni bergigi mancung. Sedikit jongang. Haa, itu laa..dah besar pun duk hisap lagi puting botol susu. Tapi tak apa lah, dah besar nanti pakai braces ya! Bertambah kacak.

4 komen tak puas hati:

ana said...

wah kakak mithali nie...baik betul!

ieda said...

untung adik2 dapat kakak rajin macam ni...

nub said...

hihii..comey!!

HEROICzero said...

hehe. layankan adik2, mmg best.

=)