Tuesday, January 25, 2011

Bukit Broga, Semenyih.

Salam'alaik. Cuti Thaipusam lepas, 20/1/2011, saya dan beberapa orang teman seBio mau menawan Bukit Broga, di Semenyih. Elehh, Bukit Broga saja pun. Orang cakap, trek hiking di Broga mudah, pejam mata pun boleh sampai puncak. Haipp, itu orang lain. Biarkan. Saya dan kawan-kawan tak pernah sampai situ, maka keterujaan untuk mendaki adalah tinggi.

"Ain Fathihah, jom pi daki Broga. Tengok sunrise"

Rancangan dibuat di saat akhir. Asalnya saya diajak untuk memenuhkan sidang kereta. Uishh, saya ni, pantang diajak. Jom aja. Dengar mau hiking, terus saya teruja. Kalau ajak pergi Mid Valley atau mana-mana Mall, memang takkan nak menurut. Bosan lah jalan-jalan kat Mall. Mall yang ada kat Penang pun saya belum habis jelajah.

Kami 10 gadis bertolak dari Tanjung Malim jam 5pagi menaiki dua Kelisa, solat subuh di RNR Sg.Buloh, dan sampai di Semenyih hampir jam 8 pagi. Huh, dah 8 pagi. Sunrise apanyaa..hehe.

Sekereta dengan saya adalah 'Ain Ibrahim, Zety Liyana, DatinSri Anen, Noris Awana Chenta dan Ain Fathihah (macam kenal kan nama ni? ni saya!)
Ramainya Banyaknya kereta! Rasa macam penuh satu ladang sawit, dan di tepi jalan juga. Kami terpaksa letak kereta hampir 500 meter dari kaki bukit.
Baru jumpa papan tanda ini, masing-masing dah pancit. Muahaha, baru jalan sikit. Biasalah kan, cikgu-cikgu duduk dalam bilik kuliah berhawa dingin. Memang kureng stamina.

Suku perjalanan, saya dah pucat muka. Semput! dalam hati sempat menyesal, kenapalah aku mai sini. kenapalahhhh. Tapi semangat muncul semula bila ada makcik Cina bongkok tiga bertongkak selamba dek memintas saya.

Makcik tu sangat tua okeh. Siap bertongkat lagi! Fuh fuh. Kewanitaan Keremajaan tercabar!

Ramai orang berselisih dengan kami ketika mendaki. Depa turun, kami naik. Tiap-tiap kali selisih dengan orang yang agak ramah, mereka akan beri semangat,

"nak sampai dah. lima minit ja lagi!"

lima minit kemudian,

"sikit lagi dik. lima minit lagi sampai la"

lima minit kemudian (lagi),

"man jadda wa jadda ya. sikit lagi dah sampai puncak ya, akak-akak"

Lima minit bertambah minit-minit seterusnya, hampir sejam juga baru sampai puncak. Kalau kamu cukup bertenaga, mungkin setengah jam sudah sampai ya.

Bila dah sampai tempat yang takda pokok besar lindung, tu diaa aih! ramainya manusia!
Tapi ini belum betul-betul sampai puncak. puncak dah nampak, tapi cerun 45 darjah, payah juga nak naik.

Bila dah nampak puncak, makin bersemangat untuk daki. Semasa gigih memanjat bukit bertanah merah tu, tiba-tiba Zety berteriak,

"wehh, tengok belakang! tingginya!"

erk? serta merta baru tahu diri ada di tempat tinggi bila menoleh ke belakang. Ketaq lutut ceq!
Bila dah dapat port yang agar mendatar, cepat-cepat kami kibarkan banner tulis UPSI. hehehe. kami sayang universiti! Semangat tak kami? siap ada banner.

Dalam ketar kaki pun, saya gagahkan hati juga untuk bergambar sakan. Bukan selalu ye dak, nak naik Bukit Broga ni. Pemandangan tanah rendah yang sayup, mendebarkan rasa. Indah dan menakjubkan. Subhanallah.

Ini namanya meditasi tahap tinggi di samping menikmati pemandangan dari tempat tinggi. Opss, tanah gondol itu agak mencacatkan gambar.

Lama juga kami lepak di atas bukit. Sebenarnya tak naik betul-betul ke puncak sebab manusia sangat ramai dan payah nak naik. Kebetulan pula langit nampak macam nak hujan dan kami ambil keputusan untuk turun awal. Kena elak hujan sebab kalau tanah licin, lagi payah nak turun. Tanah kering tu pun, banyak kali juga saya tergelincir.

Bila saya berdiri di tempat cerun untuk turun, rasa macam nak tertonggeng ke bawah. Langkah selamat, menggelongsor saja atas tanah dan rumput. Haa, ini best! hehe. Tengok seluar saya dan Zety yang berlemuih sebab menggelongsor atas tanah. Cepat sampai. Tapi bila bangun ja, adoi adoi. Panas bontot ku.

Bukit Broga best! Saya menyimpan hajat untuk datang lagi sekali, khas nak tengok sunrise. Mesti syahdu kalau dapat solat subuh di atas bukit.

Jam 11, kami dah selamat turun. Alhamdulillah, tiada apa-apa yang buruk berlaku. Ngeri juga bila dengar ada pelajar perempuan Uitm yang cedera tulang belakang dihempap batu besar, dan kemalangan berlaku lebih kurang pada masa yang sama saya dan kawan-kawan mendaki Broga. Moga kesihatan gadis itu tidak terjejas.

11 komen tak puas hati:

Mr. Asada said...

cam sangat best je panjat bukit broga ni. hari tu ade gak gambar mofasad naik broga.

tapi.. ramai dari biasa orang naik ke sini. huhu..

ain fathihah fhm said...

asada, memang best pun la..nanti bila2 pi la..(ehehe, cakap macam dekat je dengan tempat asada kan)

Azym Azizi said...

Wah..ain dah sampai dah? Hehe..tahniah..aku yang duduk dekat dulu pun tak tercapai hajat nak panjat.. :p

amirah said...

nk p bukit bendera dlu la...hehe

cik mun chan said...

yess, broga mmg best!! akak dah naik 2 kali..mmg time naik tu, yg trun bg smangat..time kita pulak nk turun, kita yg ckp balek benda sama kat org2 yg bru nk naik..hahaha

Hagakure Kira said...

bukit bendera? dh jenuh naik kot setiap thn masa sek men dlu :D (dgn muka bangga nk bgtau..)

penaberkala said...

pergh, rmai sungguh pendaki dari upsi
cam best je tengok
duk penang je best buat activity camni
bukit bendera tak sempat pi,haha

Unknown said...

bukan ke broga ni bukit yang berbulu..takder ke gambo bulu tu

Menusuk Hati said...

assalamualaikum cikgu..hehe..nampak menyeronokan (",)b

Zai Zamree said...

best neh

HEROICzero said...

uisssh ramai bebeno ikot naik?

insyaAllah insyaAllah~