mereka yang tegar

Tuesday, June 01, 2010

cerita hampir basi, tapi persahabatan takkan pernah basi!

Jumaat lepas, Penang cuti umum. Wesak Day. Negeri lain cuti tak masa Wesak? Ada kenalan maya saya yang tak pernah dengar pun pasal Hari Wesak. Sob3.

Hari Wesak ni disambut penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kematian Gautama Buddha.

Jadi, biarkan penganut Buddha menyambut hari terpenting dalam agama mereka itu. Malaysiakan Negara yang mengamalkan kebebasan beragama.


Perkara 11 menyatakan, “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

Maksudnya, orang Islam tak payah lah gatal-gatal pergi menyambut Hari Wesak di tokong-tokong sekitar anda atas semangat 1Malaysia ya.

Cik Amal yang sedang berpraktikal di Hospital Besar Pulau Pinang dengan gigihnya mengajak saya keluar pada Wesak Day.

“aku kerja la Amal. Aku bukan keja gomen macam hang, cuti hujung minggu & cuti awam sekali”

Kebetulan pula minggu lepas saya kerja shif malam, 11 malam – 7 pagi. Jadi saya gagahkan juga. Habis kerja pukul 7 pagi. Balik rumah mandi & makan. Tidur sampai pukul 12. Bangun bersiap dan pergi Gurney.

Amal dah ada kat Gurney. Mencomelkan diri dia merayap seorang sementara menunggu saya & yang lain sampai.

“Hang duk buat teruk la Ain. Selalu lambat tau”

Kemudian menunggu Cik Amirah dan Cik Munirah sampai. Barulah kami merayap berempat. Err, rasanya tak banyak sangat merayap pun. Lebih banyak duduk makan-makan dan bersembang. Lama tak jumpa, rindu sangat kawan-kawan sekolah.Cik Munirah (engineering USM Nibung Tebal) dan Cik Amirah (Pend.Sains UPSI..eh?)
bergambar depan toilet yang ada mural yang cun. hehe 
Cik Amal (microb USM). bergambar dalam toilet depan cermin.
sampai sekarang masih tertanya-tanya, kenapa gadis-gadis semacam wajib ambil gambar di toilet mall bila hang out bersama ya?
.
Amal : Aku tak kira, nak ambik gambaq jugak. syok ada cermin besaq!
.
Pergi makan di Chicken Rice Shop yang Amal katakan tak sedap. Eh kenapa lidah saya rasa sedap ja ek. Hehe benda mahal memang sedap kot.

Antara implementasi pembelajaran gadis university Apex adalah,

Masa memesan makanan, pelayan tu tanya nak tokua berkicap ke, nak sup bebola.

Amal : weh, tak mau sup. Takmau! Banyak MSG! tak elok tau MSG.
Ain : Hah? Monosodium glutamat.
Amira : habis tu takkan hang nak makan tokua ni?

Haha sempatlah bermesyuarat 5minit sebelum buat keputusan nak makan apa. Dengan gadis pelayan menunggu memegang pen dan borang pesanan.

Makan dengan santai dan perlahan. Lepas habis makan tak bangun-bangun. Orang di kedai tu dah bersilih ganti tukar. Kami masih melepak sambil sembang panjang.

Pergi solat Zohor di surau Gurney Plaza yang baru! Eh rasanya dah lama cuma saya dan Amal yang jakun sebab dah lama tak pergi Gurney.

Habis solat, Amal dengan riang gembira dan muka lapar ajak kami pergi makan cheese cake di Secret Recipe.

Okay, gadis-gadis memang perut tong.dalam perjalanan ke Secret Recipe di aras bawah, sempatlah singgah Reject Shop, Parkson dan kedai-kedai lain. Amirah sakan memilih baju. Murah-murah dengan kualiti yang okay.

 

Amal nak beli sweater baru. Senang nak naik motor, katanya. Pilih jangan tak pilih. Kemudian dia merungut sweater di Reject Shop sekitar RM40-RM50 tu mahal.

 

Lepas tu saya dan Amal masuk ke kedai-kedai berjenama yang lain. Hajat nak tengok sweater. Pergh. Harga dua tiga kali ganda mahal dari Reject Shop. Semua atas RM100.

.

Amal : weh, insaf weh. Memang Reject Shop murah la weh.err, jujur cakap. ni pertama kali saya makan cheese cake di Secret Recipe. hehe. jakun lah taktau nak pilih kek yang mana satu.

Si Amal pulak asyik cakap, "pilihlah, hang mau yang mana? semua sedap. memang sedap"Cappucino yang pahit menjadi manis akhirnya setelah dikerjakan oleh Cik Munirah. hehe.

 

Saya sampai rumah sekitar 6 petang. Terus cepat-cepat mandi. Rehat kejab. Bersiap masuk kerja pukul 7petang. Huhu. OT empat jam, jadi waktu kerja saya masa Wesak Day tu adalah dari 7petang ke 7pagi.

 

Adoi adoi. Gelong jab hari tu. Haha. Dah la siangnya tak rehat betul-betul.

23 komen tak puas hati:

amirah said...

nak beli sweater lak..

a kl citizen said...

soalan tak terjawab tu lagi ain...
napa anak dara dok bergambar dalam toilet je??

ASaDa RyutaRo said...

giler tahan punya.. hampir 24jam tanpa rehat.. pastu keje lagi..

tapi kalau ain ni.. duduk makan tu dh kira rehat dah kan. hihi :P

Insan Marhaen said...

Lapar la pulak...

Ann said...

oho ak tergoda lah ngn cheese cake tu...hehe

adui tetiba terasa nk mkan kek lak ni...

sakura_aainaa said...

ini yg ak rsa xadil neh.. huhu..
aihh.. hrtuh wat jakun kat J.Co..
neh wat jakun kat secret recipe plak eh.. haha.. pasneh mna plk??

ain fathihah said...

mira, nak beli kat mana? dekat2 bukak sem nanti aku nk shopping beli barang2 lah..hehe jom2

ain fathihah said...

cikgu, masih tak terjawab la.. saya gadis yg suka buat macam tu pun masih taktahu kenapa..hehe

ain fathihah said...

asada, tahan tak tahan...hampir gelong la jugak kepala ku masa kerja malam tu...rasa nak pitam ja

ain fathihah said...

IM, jom makan jom. hehe

ain fathihah said...

Ann, haa cepat2 cari Secret Recipe berdekatan anda

ain fathihah said...

aainaa..haha kita semua memang jadi jakun kot bila sesekali jumpa..weh nanti tak kira weh..jom gak kuaq lagi..

Anonymous said...

seronok nya tgk..bla la leh jmpa balik.. -i'ffah-

Fiq said...

mak oii. lama bebenor outing=)

ain fathihah said...

fiq, lama ke? standard la tu, setengah hari. hehe

ain fathihah said...

iffah! ntah bila boleh lepak2 dgn hang lagi. rindu betul. lama x nyakat hang

hafizmd said...

hhooho..mula2 bace..memang seronok habis..teringat zaman2 belajar dulu..selalu hang out ngn member2...

tapi bile dah sampai part kek tuh..hilang habis..telan air liuq jerla..hoho

sakura_aainaa said...

ok.. ak ON jek.. anytyme.. hehe..
sblum balik U lah.. hehe..
p lah survey nak wat jakun kt mna plak.. hehe..

jAuh hAti said...

salam

adehhh

pulunn uploag gmbar2 kami

gambaq hg berkasut tumit tinggiiiiii tuh manaa?????

NiZaM Limited said...

wahh..hari wesak pg jalan2 ye..best la jmpe kengkawan..at least takde la dok terperap je kat happy mart tu..ye dak.. :)

✿nenek moden✿ said...

sedapnyee nampak kek 2..

fadhlihamdan said...

sedap plak tgk cappucino tu..mahal tak?

moon said...

ahaha...
bes3 weyh kuaq ritu..
bila nak kuaq lg nih??? :)))