mereka yang tegar

Saturday, June 19, 2010

Lu apahal tengok-tengok? Jatuh cinta?

Malam ketiga berkerja shif malam, jam biologi badan saya sudah membiasakan diri.

 

Bak kata si nenek tua, siang mengantuk malam berjaga, mencari pakwe di mana ada, nenek ku kawen dengan Sultan Brunei.

 

Sekitar jam 1pagi, saya tercegat di kaunter. Kerja saya, ada yang dah siap, ada yang belum. Mad Ezun sedang duduk berhampiran saya, menyiapkan kerja dia.

 

Satu perkara yang saya perasan tentang staf yang seorang ni, masa dia tengah buat kerja, memang serius sungguh. Tak bercakap, tak menguit, tak main-main. Jadi masa dia tengah ada kerja, saya terpaksa diam. Tak berani kacau, nanti kena marah. Sob-sob.

 

Pintu kedai terkuak. Masuk seorang lelaki (usia mungkin sebaya saya) berbadan besar dan tinggi. Elok dia masuk ja, kepalanya menoleh ke arah saya sambil melangkah laju menuju ke dalam kedai. Matanya memandang tepat pada saya. Dengan pandangan yang semacam. Err, semacam mahu mencari pasal.

 

Tapi, tak sampai pun lima langkah dari pintu kedai, dengan langkah laju dan gagah itu, entah macam mana cara berjalan (berjalan ke depan tapi kepala menoleh kiri), dia terlanggar rak botol-botol 100Plus.

 

Erk?

 

Agaknya dia menghentam kuat rak 100Plus tu, jatuh berterabur botol-botol 100Plus. Botol besar dan botol kecil 100Plus, berguling-guling memenuhi lantai kedai.

 

Saya diam (dah memang diam pun dari tadi), dan tercengang. Terus saya memandang Ezun. Ezun memandang saya. Dan kami memandang lelaki cemerkap tadi mengutip botol-botol 100Plus, lalu dia dengan gaya macho dan hensem, menyusun kembali botol-botol yang menjadi mangsa langgar di rak.

 

Saya dah senak perut dan sengal pipi menahan tawa mahupun senyum. Sungguh-sungguh buat muka selamba. Lepas selesai membetulkan kembali botol-botol 100Plus yang berterabur, lelaki itu menuju ke chiller, mengambil setin Coke, ke rak lain mengambil keropok, lalu membayar di kaunter.

 

Saya dan Ezun buat biasa saja, seperti tiada apa yang berlaku. Selesai membayar, lelaki tadi keluar, menuju arah kiri. Pastinya menuju Netcity.

 

Setelah pasti lelaki tadi sudah berlalu agak jauh dari Happy Mart, saya memandang Ezun.

Ezun melawan pandang saya. Kerdip mata. Jeda sesaat,

 

Lalu ketawa kami berderai. Saya sungguh-sungguh gelak, hampir 5minit masih tak dapat membuang tawa.

 

Saya katakan pada Ezun,

 

“hah, tu la. Tengok lagi anak dara orang semacam. Kan dah terlanggar rak”

 

Selepas itu, Ezun mengusik-usik saya,

 

“dia tengok apa? Meh nak tengok sikit muka Nor, apa yang cantik sangat sampai dia tak nampak jalan.”

 

Malam tadi, jadi kerja tambahan pula pada Ezun untuk membetulkan kembali rak 100Plus yang beralih sedikit dari tempat asal. Senget kena langgar. Haha.

 

Mulanya saya cuba menolak rak itu supaya kembali pada kedudukan asal. Tapi sedikit pun tak beranjak. Rak besi tau. Berat. Ditambah dengan botol-botol 100Plus penuh atas rak 3tingkat tu.

 

Perghh, mesti sakit badan lelaki cemerkap tadi. Simpati sebentar bersama Kit-Kat.

8 komen tak puas hati:

DILA is AZIE said...

kesian laki tu

a kl citizen said...

ain comel....
dia ingat bayangan mata waktu pepagi buta tu kut...

*ada tag untuk ain
http://klcitizen.blogspot.com/2010/06/23-yang-melekat-pada-diri.html

ASaDa RyutaRo said...

hahahahahahah... adeh! control macho punya pasal la tu. mesti muka mmg kontrol macho hbs!

balik tu karang mesti ngigau sorang2 ingat kisah tu. hahaha..

amirah said...

hahahaha...jenuh cover malu..
tu belum g ang kenyit mata kat dia..hak2

mier@merr said...

aiyok...cian kat dia....

NiZaM Limited said...

wah2 ain..katenye ensem..
pasni kalo dia dtg lagi bleh la try2 yek..kehkeh..

Ann said...

alahai keciannyer laki tu..hehe

iqbalsyarie said...

hahahaha...kesian dan lawak...hahaha

Arap2 la dia baca..bagi dia sedar sikit~