mereka yang tegar

Wednesday, June 09, 2010

Anak tak layak

Anak-anak kecil bernyanyi riang, sambil bermain menyemakkan rumah.

 

Who should I give my love to?

My respect and my honor to

Who should I pay good mind to?

After Allah

And Rasulullah

 

Comes your mother

Who next? Your mother

Who next? Your mother

And then your father

 

Si Ibu yang sedang tidur siang terjaga, lalu terus menjerkah

 

“Diamlah! Ni kenapa rumah bersepah? Jangan duk nyanyilah lagu tu. Hangpa ni anak tak layak pun nak menyanyi lagu tu!”

 

Entah bagaimana spontan, hati anak kecil terus berdetik,

 

“ya, memang ibu ku pun tidak layak ditujukan lagu tu”

 

Tahun-tahun berlalu. Si Ibu mungkin langsung tak pernah mengingat situasi yang dah berlaku lama dulu.

 

Tapi rupa-rupanya kenyataan ‘anak tak layak’ itu berbekas di hati. Menikam-nikam jiwa dan perasaan.

 

Sungguh.

 

Tidak layakkah anak itu?

11 komen tak puas hati:

Lun said...

huh... sedeynya ble bc situasi kat atas tu.. kt sbg anak mmg akan ingat apa parents buat kat kt, but diaorg biasanya lupa coz kdg2 sbb tgh marah kan..

ain fathihah said...

yup. sama la anak pun. selalu jugak buat perkara yg mengguris hati parents.

parents ingat, tapi si anak dah lupa.

NiZaM Limited said...

erm..anak kecil tak tau ape. ibu bapa yg bentuk..semuanya bermula dari rumah..kalo mmg dari kecik diajar maki hamun, mencarut2..camne nak hormat kita bila mereka besar nnti..sesungguhnya mak ayah mainkan peranan paling penting dlm membentuk akhlak sorg anak tu..

Teruskan Perjuangan said...

mungkin rungsing masa tu..jadinya cakap bukan2..tak berniat

...antikapel... said...

kadang kita tak sedar, kita lah ibu bapa yang derhaka....

moga aku, kau dan mereka menjadi anak dan ibu bapa yang soleh...:)

rizputra7 said...

kalau mak aku cakap macam tue...aku tak ambik kisah pon sebab aku tahu mak tak bermaksud macam tue....mungkin dia tgh susah hati...

a kl citizen said...

janganlah kita jadi parents camtu ya

MaMa MoDeN said...

salam..
sebagai ibu bapa, sentiasa mahu melupakan rasa kecik ati pada anak2, bimbang jika rasa itu akan membelenggu hidup anak2. apa2pun sama2lah saling ingat mengingati & maaf memaafi.. tiada manusia yg sempurna...

iqbalsyarie said...

huhu...sedih~tapi itu hakikat...

My latest post:Bahaya suara keldai

Jantan Keparat said...

kesiannya anak diew!

Insan Marhaen said...

jiwa manusia memang abstrak. luka dijari boleh diubati dan hilang parutnya,. luka di hati?