Tuesday, June 22, 2010

Pengintip atau peminat?

Sejak mula bekerja di Happy Mart, ada seorang customer yang menarik perhatian saya. Mesti lah lelaki kan? Buat apa nak usha customer gadis-gadis. Haha. Lelaki ini tak begitu kacak, tapi punya senyuman yang manis. Semanis pemilik senyuman manis bergula.

 

Masa awal-awal saya tengok dia, dah rasa tertarik. Tiap-tiap kali dia datang membeli di Happy Mart, saya akan mencuri pandang ke arah dia. Perawakan agak menarik, tinggi, sasa dan manis. Haha. Saya anggarkan dia berusia 26-28tahun.

 

Saya tak begitu pasti dia kerja apa. Selalunya berpakaian kemas, kemeja dengan beg sandang. Kadang-kadang dia datang membeli dengan pakaian kasual, jeans dan bertopi seperti ini.

 

Saya tak tahu topi ini dipanggil apa, maka terpaksa meletak gambar si baehaqi sebagai contoh.

 

Episod 1

 

Si Lelaki datang beli telur 10biji, dan beberapa paket mi segera.

 

Gadis : makan maggi ja? Ala, kesiannya.

Lelaki : Ya, maggi saja. nak buat macam mana, duduk sorang.

Gadis : Oh. Kawen la cepat. Nanti ada orang jaga makan minum.

Lelaki : (Senyum)

Gadis (dalam hati) : yes! Tak kawen lagi. Masih bujang!

 

Episod 2

 

Lelaki : Top up maxis 10.

Gadis : Tulis nombor HP kat sini ya.

(sambil menyebut nombor HP lelaki ini untuk semakan)

017-7…… eh, orang johor ke?

Lelaki : Ya. Muar. (senyum)

Gadis : Oh, kampung saya kat Segamat.

Lelaki : (Angguk, sambil senyum)

 

Episod 3

 

Si lelaki datang beli air, dengan berpakaian kerja. Pertama kali saya tengok dia dalam pakaian kerja.

 

Gadis : Oh, kerja Parkson rupanya. F-A-H-M-I, Fahmi. Ooo…nama awak Fahmi rupanya.

(saya mengeja namanya dengan suara kuat setelah terpandang name tag dia)

Lelaki : (Angguk dan tersenyum)

 

Selepas itu, setiap kali bila saya nampak lelaki ini datang Happy Mart, saya akan menegur,

 

“hai Fahmi”

“Assalamualaikum Fahmi. Baru balik kerja ka?”

“Fahmi, dah makan?”

 

Haha. Gatal kan saya? Lagi seronok menegur bila Fahmi ini tak begitu melayan celoteh saya. Dia cuma tersenyum, dan mengangguk. Dengan senyumannya yang manis tu, aduhh. Lemah lutut rasanya. Ahaks!

 

Seorang staf perempuan, Farah, rasanya dia perasan saya minatkan Fahmi ni. Haha. Tiap-tiap kali Fahmi mai kedai, dia akan cakap, “weh tu dia laki yang hang selalu tegoq tu”

 

Saya cuma suka mencuci mata melihat dia. Takda lah sampai mengambil langkah untuk mengorat, atau mengacau dia berlebihan. Kalau betul saya nak menggatal, senang saja. boleh saja kalau saya nak ambil nombor telefon dia, dan hantar mesej & call dia tiap-tiap malam.

 

Episod 4

 

Tiga malam lepas, Fahmi datang Happy Mart beli air tin. Peliknya, dia mundar-mandir dalam kedai sebelum membayar. Biasanya dia akan terus bayar, & keluar.

 

Masa Fahmi di kaunter bayaran,

 

Fahmi : Boleh tolong tak?

Gadis : Ya, kalau mampu. Tolong apa?

(tapi disebabkan ada ramai customer yang beratur di belakang Fahmi, perbualan kami terhenti)

Fahmi : Kejab lagi ya.

(dia terus berlalu dan keluar dari Happy Mart)

 

Gadis : Eh, Fahmi. Kejab. Awak umur berapa?

Fahmi : 22.

Gadis : Okay.

 

Farah : Kenapa tu, Ain?

Gadis : hehe. Taktau lah. Wei, dia nak mintak nombor telefon aku ka?

Farah : Haha, rasanya lah. Seronok lah hang noh.

Gadis : Ala, wei Farah. Dia umur 22 lah. Sebaya kita ja. Ingatkan dia dah 25 lebih.

(senyum. Eh, rasanya dah serupa sengih)

 

Saya mengerling Fahmi dari dalam kaunter. Melihat dia sedang berbual dengan seorang lelaki Cina sekitar usia 40-50tahun. Lelaki Cina berseluar pendek, berantai emas dan memakai subang sebelah saja di telinga kanan.

 

Tak sampai 5 minit kemudian, Fahmi menolak pintu kedai, dan menggamit jari pada saya. Meminta saya keluar. Kebetulan tak ada customer, saya katakan pada Ezun (dia baru masuk kerja shif malam), saya nak keluar kejab.

 

Elok saja saya keluar, Fahmi memperkenalkan saya pada lelaki Cina tu,

 

“Uncle, she is my girlfriend. U can ask her ‘bout your product”

Saya tercengang sesaat.

 

Tapi, terus saja saya tanyakan pada lelaki Cina tu,

 

“what product?” sambil tersenyum.

 

Kemudian saya dan lelaki Cina tu berbual mengenai bisnes direct selling, ladies product (cosmetics, spa, dress) & suatu seminar apa ntah. Semasa berbual tu, saya perasan Fahmi berdiri sangat hampir pada saya. Agak rapat, tapi badannya tidak lah sampai bersentuh dengan saya.

 

Nada Fahmi berbual dengan saya, sangat lah mesra! Kejab-kejab dia sebut, ‘my girlfriend’, ‘my sweetheart’, & ‘my lovely girlfriend’.

 

Saya pun tak terkata apalah. Layankan saja walau dalam hati tertanya-tanya. Cara Fahmi melayani saya, seakan kami sudah bercinta lama! Tapi Fahmi langsung tidak memanggil nama saya. Haruslah kan. Dia tak pernah tahu pun nama saya! Haha.

 

Kemudian, Ezun dah bising-bising memanggil saya suruh masuk balik. Ada customer nak membayar. Cepat-cepat saya minta diri pada mereka berdua. Sempat pula saya katakan pada Fahmi, dengan memastikan suara saya dapat didengar oleh lelaki Cina itu,

 

“Honey, i need to go. See you later!”

 

Saya masuk kedai dengan hati sedikit cuak, takutlah pulak kena marah dengan Ezun. Dah la selama bekerja ni, saya tak melayan sapa-sapa yang mengorat, tapi bila digamit oleh Fahmi ni, cepat saja saya menonong keluar.

 

Lepas saya berdiri di sebelah Ezun, dia terus mencebik muka,

 

“amboi, gatalnya. Dapat tahu kat cik Abang dia, baru tau”

 

Saya cuma senyum tak menjawab. Terus diam melayan customer.

 

Setelah lelaki Cina tadi beredar, Fahmi masuk semula ke dalam kedai. Terus saya tanyakan,

 

“Fahmi, kenapa dengan uncle tadi?”

 

“Uncle tadi gay. Terima kasih lah sebab tolong”

 

Erkk? Rasa tercabar kewanitaan saya! Haha. Saya minat lelaki yang diminati gay?

39 komen tak puas hati:

Anonymous said...

ada darah segamat rupanya...hehe

Guru said...

alamak ain...
hayi-hati..
tapi saya rasa dia bukan gay kut...

bukan penggoda said...

nape mst gmbo baihaqi? sila jelaskan. ekekekeke.

ain fathihah fhm said...

mus, mama asal johor.

zulaikha, saya dah cuba google topi macam Bae pakai tu, tapi tak dapat. last2 kena cilok dari FB dia. yg penting topi ya, bukan Bae. haha

cikgu KL, harapnya dia bukan gay, sbb tu dia nk lari dr gay kan? hehe

Mr. Asada said...

hahahahahahaa... adeh! gatal jugak si ain ni..

**paling tak suka bila d dekati oleh golongan g** itu!! diorang cakap melampau2 kdg2..

ain fathihah fhm said...

tengok? asada pun didekati oleh gay. wahai gadis2, jom kita pakat2 jeles! hehe

kapten said...

org johor rupanya, ingtkan orang penang. Penampilan lelaki cina tue dapat dikesan macm gay tak?

ain fathihah fhm said...

saya tak pernah mengaku saya orang johor walaupn IC saya menandakan saya lahir di johor. ala, tumpang lahir ja. bukannya membesar di johor pn.

saya orang penang! hehe.

kalau org lelaki yg tengok lelaki cina tu, maybe boleh detect la dia gay kot.

Unknown said...

Wahahahahahahahahaha...gilerrrrr ahhh!!!!!!!!hahaha..seriusly...kesian giler!

Cerita Hangat!Be a muslim?Oh!sorry.I'm not interested...

Ann said...

beraninye ain...kalo aku kn, terus kelu..xtau nk ckp ape...salute lah ngn ain..

heh asada penah kene ngurat ngn gay? haha

Unknown said...

ahmadkhsn89: ckp fahmi sile bersabar..


p/s : (sebijik2 copy..hehe)

leha orange said...

hehe.. enjoy baca.. btw rasanya beanie kot nma topi 2.. tp xtau r btol ke x.. hehe..

ain fathihah fhm said...

iqbal, kesian kat sapa? fahmi tu? hehe. cubalah kesian kat saya ni. minat org dari jauh ja. hahaha.

ain fathihah fhm said...

Ann, nak buat macam mana. dah terlatih menghadapi situasi2 spontan. ahaks! mula2 tu terkejut gak, tapi buat2 cool. tak baik rosakkan plan org, kan?

tengok Ann, ada gay ngorat asada, patut kah kita jeles? haha

ain fathihah fhm said...

leha orange, TQ sbb gtau! hehe nanti saya cari jugak nama topi macam ni.

ikhsan, taktau lah lepas ni jumpa lagi ke tak si fahmi ni. keja siang plak lepas ni.

joegrimjow said...

cite ni comel

langitbirupelangiungu said...

ni bukan 'komen tak puas hati' eh..hu3=p

anyway...cam baca cter novel lak!

paan said...

kesian jer citer nie...so , camner ending cerita cinta ain dan fahmi nie ??

. said...

fuh.

Muhammad Abu Handhalah bin Kamil said...

aku kau nak letak kat mana?
hahaha...


kesian fahmi... adess...

Nurul Amal said...

ahahaha

tak pasai2 gambo budak bertopi nih plak jd mangsa..hik2
sekali pandang macam muka hg pon ada

fahmiiii tuh..mcm knal :-?

Thoha said...

salam..seronok baca citer awk ni sampai habis..hehe..mesti hensem sangat fahmi tu sampai lelaki pn minat dia..

F.Aminurrashidd said...

aku baru tahu GAY tak minat lelaki yang tak begitu kacak.. ahahhahah.. good Job Ain ;)

amirah said...

uih lama xsinggh cni..haha 2 hari baru ang dh update byk la..tenet aku slow la..huhu..

ain2..nak no fahmi..hak2

Lieya said...

Akak suka baca blog Ain.. mmg menarik..hihihi :)

NiZaM Limited said...

waahhh..menarik cite ni..
bleh terkantoi jugak la kalo cik abg bace entri ni. hehe..

dia pergunakan ain sbb nak larikan diri dari gays..erkk..
tp laki pn bkn pilih org sebarang je..besenye dia still amik org yg di suka utk menyamar..

pluang ain lebih besar di situ..ahaks..

adiezaqistina said...

salam ain..apa penghujungnya kisah ain n fahmi?best giler baca...

ain fathihah fhm said...

adiezaqistina, alamak. setakat ni takda kisah sambungan la. lepas malam tu, saya dah tak jumpa fahmi, sebab saya kerja pagi. dia selalu mai kedai malam-malam ja. hehe. TQ sebab seronok baca entri saya!

ain fathihah fhm said...

NiZaM Limited, yeka? ahaks! teruja ni. ala, cik abang saya memang baca pun blog saya. takdaknya isu kantoi sebab saya (dengan bangganya) dah cerita kat dia dah sebelum tulis entri ni. hehe. dia jeles. hihi

ain fathihah fhm said...

Kak Lieya, terima kasih ya. silalah selalu bertandang ke sini. hehe

ain fathihah fhm said...

Mira, gatai hang nooo..ala, aku tak amik pun la no tepon fahmi tu. haha. tak terasa nak amik pun. kalau lepas2 ni aku jumpa dia lagi, aku bagi no tepon hg kat dia okay

ain fathihah fhm said...

fawez, aku langsung taktau apakah ciri2 lelaki yg diminati gay? yg punya misai seperti kamu kah? ngee

ain fathihah fhm said...

Thoha, terima kasih sebab seronok baca entri saya. jemput baca entri2 lain juga ya. fahmi tu, err...serasa saya, taklah hensem sangat pun. cuma dia sedap mata dipandang saya je lah. hehe

ain fathihah fhm said...

wei Cik Amal, ni gambar senior UPSI aku la. hehe.

ain fathihah fhm said...

Abu, kau di hatiku, Abu. keh3

fahmi said...

Awak..lepas bc blog nir bru sy igt pasl kes gay 2..anyway, maggi ruski kaw ug slalu sy beli 2 sedap..that's why sy slalu bli maggi 2..sorry sbb sushkn awak pasal gay 2..mase 2 cemas sgt..klaka pon ade..xsangka pulak awk ade blog..next time, maybe kite leh jmpa.=)

Anonymous said...

aku macam knai mamat fahmi nie...hahaha..

fahmi said...

Hahaha...topi 2 bukn topi beanie..nama dia snowcap..dulu masa saya pakai, xmau tanya..hahahaha...

Anonymous said...

haha so sweet laaaa aku baru bace..perghhh memang macam novel