mereka yang tegar

Sunday, June 06, 2010

Cemburu seorang bini manager! –part2

Esoknya, saya kerja shif pagi. Shif pagi dan petang selalunya seorang saja staf. Campur Manager, dua orang. Macam biasa, saya tercongok di kaunter cashier bila takda kerja, memerhatikan Manager buat kerja dia.

 

Disebabkan saya ni jenis mulut akan gatal-gatal bila tak bercakap 5minit, maka macam-macam lah saya pot-pet pot-pet kan pada Manager. Sampaikan ada ada sekali tu,

 

“Nurul! Hang diam sat 10minit boleh tak? Saya tengah pening ni. Boleh ka tak boleh?”

 

“err, boleh. Boleh. Tapi boleh ka kalau saya nak jawab tak boleh?”

Jawab saya selepas tergelak.

 

“Diam!”

 

Terus saya diam. Sambil senyum-senyum menahan gelak.

 

Tak lama lepas tu, Manager bertanya dengan nada serius pada saya…

 

“Nurul, isteri saya ada cakap apa-apa tak kat Nurul?”

 

“Cakap? Dia tak pernah tegur saya pun. Kenapa?”

 

“takda apa aih. Kot-kot la dia ada cakap apa-apa ka kat Nurul”

 

“Dia tak pernah cakap apa pun, tapi saya perasan lah dia semacam sikit dengan saya. Tiap kali nampak saya, nanti dia buat muncung cencurut. Kenapa eh?

 

Saya ada buat salah apa-apa ka kat bini Abang Saadi?”

 

“takdak aih. Besa la pompuan. Dia jeles kat Nurul kot. Dia penah merungut kat saya, dia cakap Nurul asyik menempek ja kat saya. Tak reti pi buat kerja, asyik duk dekat saya ja”

 

Erkk? Disebabkan mulut saya tengah dirancang untuk diletakkan bawah insuran Takaful Prudential, terus saya bidas

 

“laa, awatnya? Saya penah ka duduk atas riba Abang Saadi? Menempek tang mananya”

 

“haha, taktau lah. Orang pompuan memang macam ni kot. Dengan staf-staf perempuan saya sebelum ni pun dia macam ni gak. Wani, Syida, Fatin dengan sapa lagi entah”

 

Haha. Saya memang terkekek-kekek ketawa. Maknanya, isteri Abang Saadi memang kuat cemburu. Tulah, sapa suruh kawen laki muda. Mujur bukan saya seorang yang pernah kena macam ni.

 

“kalau Nurul terasa hati ka apa ka, minta maaf lah ya. Lepas ni kalau isteri saya cakap apa-apa ka, buat taktau ja kat dia. Saya dah banyak kali habaq dah, jangan mai tempat keja saya. Tengok la bila dia selalu duk mai macam ni, dia yang duk cemburu sendiri”

 

“hehe, okay. Takpa. Saya tak terasa apa pun. Rasa nak gelak ja”

 

Dua hari lepas tu, Abang Saadi berikan nombor telefon isterinya pada saya.

Aik, nak buat apa ni?

 

“Ni kalau ada nombor ni mesej ka telefon Nurul ka, ni nombor isteri saya tau. Jangan layan”

 

Masa ni saya tiba-tiba rasa hangat kepala. Apahal pulak sampai ambil nombor telefon saya. 

 

(Makluman, Manager memang ada nombor semua staf, untuk mudahkan komunikasi jika berlaku perubahan shif atau apa-apa kecemasan)

 

“Laa, buat apa bini Abang ambik nombor saya ni? Dia nak apa?”

 

“saya pun taktau lah. Dia selalu amik nombor staf perempuan saya”

 

Saya memang rasa geram. Memang tak puas hati betul lah. Rasanya kalau bini orang buat macam ni, dia nak mesej @ telefon perempuan yang dicemburukannya tu, nak maki hamun, nak marah-marah atau nak dicarutkan.

 

Saya pulak memang agak berani membidas cakap Manager. Mungkin sebab tak takut diberhentikan kerja. Hehe.

 

“ni, Abang Saadi. Dengar ni. Jaga bini abang elok-elok eh. Kalau ada dia kacau saya ka, hantar mesej maki hamun ka, telefon marah-marah saya ka, saya terus report kat HQ (head-quarters) tau. Saya nanti bagitau Manager tak professional. Tak boleh handle bini & sampai bini kacau staf!”

 

Muka Abang Saadi tercengang. Saya pun terkejut. Eh, kenapa la saya cakap macam ni. Kan bini dia tak buat apa-apa pun lagi.

 

“eh, kenapa Manager pulak yang kena warning ni?”

 

“haa, ye lah! Saya serius ni. Bini Abang ingat saya ni budak baru lepas SPM ka bodoh tak tau pikiaq apa. Memang saya report HQ ja kalau bini Abang kacau saya”

 

Abang Saadi tersengih, sambil mengangguk-angguk, terus menyambung buat kerja dia.

 

Ni dah seminggu saya tak nampak isteri Manager. Mungkin sebab saya kerja shif pagi. Isteri dan anaknya selalu datang melepak malam-malam. Hee..

12 komen tak puas hati:

Ann said...

ada tak part 3......?

dh pompuan...pompuan gak....eh ak pun pompuan...tp biasa lah xnah cintan cintun agi...xtau rasa cemburu cmne...heheh

jAuh hAti said...

hahaha
ala ainn
hg kan pandai memikat laki
dia jeles la tuhh
papa tah cemburu membuta
payahh !


p/s:bp kali daa nk p mlawat hg beruniform hepy mart,tak terjalan aku ke prima sana..haha

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. adoi.. tak dapat la den nak menolong.. tolong gelak je la.. hihi =P

jangan sampai isteri abg saadi call samseng suh ugut lak. alamak!

Insan Marhaen said...

muncung cencurut..heh..heh..heh..marah sesangat la tu ya...

Cahaya Mataku said...

hahahahah~
ain makin hot sejak keja happy mart ni..

meh bagi nombor bini abg saadi tu kat kita, bagi sembur sikit, hahaha~
lawak-lawak....

hafizmd said...

hahaha..garang jugak yer..terus tak datang dah bini manager tuh..

amirah said...

jaga sungguh na bini dia tu, smpai semua no staf pompuan dya nak..adoyai

azuan said...

biasalah tue~ cemburu huhuu

ckLah said...

Baguih...baguih hang!!! Beghani keghana benaq naaaa!



Pssst: Dgn si Abang Saadi tu pun hang kena hati-hati gak! Bukan bulih percaya haih....ada gaya Pak Ma'on juga cheq tingok!

ismiaisha said...

besa la tu ain..
laki dia muda g..dia dh tua..
tu cmburu lbih smcm ja..
hehe~

nsib aku dpt toke yg cool+baik+x mencarut+perempuan+xkuat cmburu mcm bini abg saadi..
Syukur... :)

NiZaM Limited said...

wahh..nice counter..dia ingat dia bini manager boleh anggap perkerja mcm kuli dia jgk la..manager pon kira dayus gak tak dpt control bini..mmg patut ain ckp camtu..
bkn tak hormat dia..tp nak dia hormat kita sbg pekerja..jgn bagi dia pijak pale kita..
nice one ain..kalo ada sambungan sila la roger2 sy ye. hehe..

p/s: kan kat sini bukti pmpuan lagi komplex dari laki. ahaks..=p

iqbalsyarie said...

wahahaha...menarik!menarik!