mereka yang tegar

Monday, May 31, 2010

perokok lelaki yang kurang subur

Saya rasa saya jenis agak lepas mulut. Biadap kata orang tua. Sentap kata keluarga debat. Lazer kata orang kampung. Ada juga yang cakap saya ni, ‘very outspoken’.

 

Ada kawan yang cakap, saya ni terlebih jujur. Saya akan cakap apa yang betul walaupun itu menyakitkan hati. Saya pernah jawab pada seseorang yang tanya kenapa saya begini, terus saja saya katakan,

 

“Keliling aku sudah terlalu ramai manusia hipokrit. Mulut manis depan kita, tapi belakang bawa cerita, mengumpat tak tentu hala. Biarlah aku jadi seorang yang mulutnya lepas kata, sebab apa yang aku cakap tu, sebolehnya aku katakan benda yang betul. Orang nak benci? Haha, bencilah. Aku tak kisah pun orang benci aku”

 

Hahaha. Sebabnya, saya akan cakap apa yang saya fikir. Kadang-kadang tak sempat nak fikir patut dicakap atau tak, tup-tup dah terkeluar dari mulut. Ops, sangat bahaya.

 

Sedang cuba mengawal. Selalu insaf. Maaf pada yang terasa hati.

 

Bila kerja ni, lagi lah bahaya. Berhadapan dengan ramai customer yang tak terjangka gaya dan ragam, saya selalu menahan hati supaya tak terlebih ramah lalu terkeluar perkataan yang menyakitkan hati.

 

Selalunya bila customer dah keluar dari kedai, barulah saya merungut pada staf yang jadi partner saya shif tu. Hehe.

 

Ada satu situasi yang buat saya tersenyum simpul bila teringat.

 

Lelaki : Dik, bagi Dunhill 14.

Gadis : Takda.

Lelaki : Laa. Marlboro 14 lah. Merah.

Gadis : Takda jugak. Kan mula bulan Jun semua rokok 14 dah takleh jual.

Lelaki : Memang lah, tapi hari ni kan baru 28 hari bulan. Hangpa sorokkan rokok 14 ka?

Gadis : Haha, takdak kerja saya nak buat macam tu. Tanya manager saya lah, bang.

Ni Marlboro Lite 14 ja ada lagi. Mau?

Lelaki : Haa, boleh lah. Mai sekotak.

 

Lalu saya dengan gaya comel ambil rokok yang diminta. Cuma tak suka bila customer nak Salem. Sebab rokok Salem di rak atas sekali. Tak sampai loh. Samaada kena meloncat sikit, atau kena berdiri atas kotak.

 

Sambil ambil duit, saya masih beramah

Gadis : Bang, ada beza ka rokok 20 dengan 14?

Lelaki : Isk hang ni. Aku luku pala (kepala) baru tau. Mesti la ada beza. Beza tang harga. Hehe. Tu ja la.

Gadis : Tapi sama ja bang. Nanti mati paru-paru hitam jugak. Dah la sperma jadi kurang subur. Sama ja la rokok 14 ka 20 ka.

 

Lelaki tu terus buat muka tercengang. Memandang saya tanpa kelip. Alamak, saya dah takut bagai nak mati. Habis lah, mesti kena marah sebab celupar. Huhu.

 

Lelaki : Betul jugak noh. Takpa lah macam tu. Aku tak jadi beli. Chewing gum kat mana?

 

Saya senyum melebar. Rasa nak gelak. Tapi tahankan saja.

 

Lelaki : Aku nak berenti merokok lah. Bulan depan nak kawen.

 

Haha. Patutlah. Dia jadi seram sebab saya ada sebut sperma jadi kurang subur kot. Baguslah, moga lelaki tu mampu berhenti merokok.

 

Notakaki : Dia berjaya berhenti merokok selama dua hari. Tiga hari kemudian dia mai beli Dunhill 20.

16 komen tak puas hati:

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

hg patut x payah berenhti la..

jaga kedai tu

moga2 perokok kat kawasan hg behenti mrokok because of you!

kapten said...

Salam..bagus gak nasihat tue, tp mana dapat info kata sperma jadi kurang subur? nak tau jugak... yang duk tau paru2 hitam ja. Dari segi pemerhatian, duk tgk yang duk isap rokok pun dapat anak gak....

ain fathihah said...

haha. takmau lah camtu, Man. ingat senang ka perokok nak berenti.

ain fathihah said...

kapten, kurang subur tak bermaksud mandul ya.

ada kajian yg buktikan, merokok buatkan sperma si perokok jadi kurang aktif dan sperma tu kurang keupayaannya untuk menembusi telur perempuan di dalam rahim.

juga,

merokok mungkin boleh rosakkan DNA sperma dan jika persenyawaan terjadi, DNA yg rosak tu pulak boleh diwarisi oleh bayi.

sumber? hehe banyak ada. google saja. cuba search keyword 'smoking sperm' ke, 'how smoking harm sperm' ke..

a kl citizen said...

setuju ngan jawapan ain pada kapten...
tulah pasal, ramai orang2 tak betul la ni dalam dunia ni..
DNA banyak tak betul dah

iqbalsyarie said...

Wah!!!!Mudahnya org dengar nasihat kamu!Bagusnya!!!best!

Insan Marhaen said...

Out spoken ni mesti ikut perangai MM...

ASaDa RyutaRo said...

hahahahahaha... adeh.. ain.. bagus jugak bermulut kepoh dan laser ni. kadang2 yg dengar terasa insaf sekejap. hahaha..

tapi tu la manusia. perlukan ingatan sentiasa, baru la akan beringat. hihi :P

err.. ye ke kamOo ni x kesah orang benci kamOo?? kang nti org benci kamOo, kamOo plak yang merungut.. pergi mana2 pun orang mencebik.. best ke? uhh..

Ann said...

hehe adik aku xmo minum air soya lepas dpt tau sperma jd kurang subur...

agaknye lelaki mmg cmtu kot.....nti leh la guna alasan ni tuk menakutkn laki hsp rokok

ain fathihah said...

haa mujur Cikgu dah cakap yang saya betul. hehe risau gak salah bagi penerangan pada orang..kalau salah, malu jerk. rasa nak tutup blog. haha

ain fathihah said...

IqbalSyarie, itu mungkin bukan dengar nasihat sgt pun...mybe lebih pada takutkn diri sniri jadi mandul

ain fathihah said...

IM, yeka? heh..dia yg ikut saya kot. haha

ain fathihah said...

asada, setakat ni belum pernah lagi la orang benci aku sampai jumpa pun mencebik muka.. cuma aku tahu la ada yg tak suka mulut jenis aku ni...well well...

nak buat apa kan...kalau aku jenis pendiam pun, ada yang tak suka, jenis mulut maki hamun pun, ada yang tak suka, mulut bising potpet2 pun, ada yg tak suka gak..

ain fathihah said...

Ann, comellah adik kamu. haha. lelaki ni sensitif jugak rupanya bila mai part subur2 ni

MaMa MoDeN said...

salam...
herm patutlah saya tersedak2, ada yg menyebut2 saya disini...

betul tu IM kadang2 MM pun disentapnya.... adoi!!

NiZaM Limited said...

haha..penyataan tu atas pagar..seb baik mamat tu ada kat pagar yg baik..kalo buatnye mamat tu panas baran..kena sound balik la jwbnye..tp 3 hari je..pastu beli gak dia..perokok ssh nak berenti..kesian pada mereka yg mrokok tu. ish2..