Friday, May 21, 2010

Cerita kenakalan adik-beradik

dalam ekologi, terdapat beberapa jenis interaksi.

 

Competition (persaingan)

Predation (mangsa-pemangsa)

Parasitism (parasit)

Mutualism

Commensalism dan

Symbiosis.

 

Dari sekolah menengah belajar benda ni, hingga ke peringkat U. bezanya, makin tinggi tahap pengajian, makin mendalam kupasan.

 

Dan setiap kali belajar juga, saya sentiasa menambah (dalam hati, bukan dalam kertas peperiksaan) satu lagi jenis interaksi…

 

Iaitu,

 

Pembuli-mangsa buli.

 

Saya tak berminat nak menulis tentang kes buli antara pelajar sekolah. Itu biarkan Badan Disiplin sekolah yang buat kajian mendalam. (ehem, siapa cikgu disiplin sila angkat kening sambil fikir, ‘eh apahal aku pulak!’)

 

Jom saya berkisah tentang buli antara adik beradik. Bukan buli saling membenci atau bermusuhan, tapi kisah kasih sayang yang dizahirkan dengan cara yang nakal. Bukan setakat adik beradik, tapi termasuk juga dengan induknya.

 

Dulu masa saya kecil, ketika hingus masih meleleh, saya dan adik-adik (masa ni cuma ada saya, Angah dan Kak Uda) sangat gemar menerpa pada Baba bila dia balik dari kerja. Berlarian-larian berlumba siapa yang sampai dulu.

 

Bila dah sampai pada Baba, seorang minta didukung, seorang bergayut pada tangan, dan seorang lagi berpeluk pada kaki. Ada sekali tu Baba saya tergolek jatuh dengan ketiga-tiga kami sebab licin stokin yang belum dibuka.

 

Tabiat Baba, bila baru balik kerja atau baru lepas buat apa-apa kerja, dengan badan berpeluh dia akan panggil anak-anak,

 

“sapa sayang Baba mai cepat cium ketiak Baba!”

 

Maka kami yang tak bersalah ni dengan gembira dengan riang hati berlumba pergi cium ketiak Baba.

 

Kegemaran Baba mengusik anak-anak rupanya melekat pada saya, dan semua yang lain.

 

Masa saya di sekolah menengah, tingkatan 3 hingga 5, bila balik sekolah ja saya akan menjerit panggil Adilah (nama timangan : Kakak).

 

Masa ni Kakak baru reti berjalan & belum pandai bercakap sepenuhnya. Saya dengan baju sekolah akan menyandar keletihan di ruang tamu. Sambil itu, masa yang ada tidak boleh dibuang begitu saja.

 

“adik, mai sini cepat! Mai cium stokin Tata ni bau wangi ka busuk?”

 

Maka si Kakak  ni dengan taatnya akan mai cium kaki saya. Lalu menjawab,

 

“eiii, bucuk!” sambil buat hidung berkerut. Dan saya akan gelak terkekeh-kekeh sambil menunggu mama marahkan saya sebab buat adik macam tu.

 

Amirah (Kak Uda) pula, ada satu musim cuti sekolah ni, dia ada satu tabiat menyakat adik sampai menangis. Mangsanya? Sekali lagi si Kakak.

 

Tengah duduk saja-saja tengok TV  @ bersembang, tiba-tiba Kak Uda akan melaung,

 

“okay semua! Jom kita bogelkan kakak!”

 

Biasanya Kak Uda akan bergelut sungguh-sungguh untuk menanggalkan pakaian Kakak satu persatu. Apalagi si adik ni pun menjerit-jerit lah minta tolong & berusaha nak lari.

 

Tapi, gadis 15tahun bergusti dengan gadis kecil 5tahun, memang dah tahu sangat lah siapa yang menang. Kesian si Kakak lepas tu akan menangis-nangis pergi mengadu pada Mama, sambil berlari-lari membawa baju-seluarnya untuk dipakai semula.

 

Kami yang lain? Haa tolong tengok & tolong gelak saja lah. Ha Ha Ha! Kejam gila.

 

Ini sindrom kakak-kakak yang duduk asrama, bila balik rumah, tidak-boleh-tidak mesti nak menyakat adik. Mama? Ngee, tak larat nak marah dah kot. Sampaikan mama ada keluar ayat bisa,

 

“haishh, rimas betullah hangpa semua ni ada kat rumah. Adik-adik asyik menangis aja lah!”

 

Nak buat macam mana. Kami 7 beradik, 5 yang atas umur agak rapat. Kecuali Kakak dan Adnin yang keluar kemudian, ditambah pula beza umur agak jauh.

 

Saya 20, Angah 19, Kak Uda 17, Kak Teh 14, Kak Chik 13…. Kakak 7 dan Adnin 4.

 

Bila tengah musim cuti, semua ada di rumah. Maka kami berempat gadis-gadis remaja akan ada gosip-gosip gegirlsss. Rajinlah berkumpul dalam bilik, bersembang dengan pintu berkunci. Bahaya, bahaya! Nanti Mama dengar.

 

Biasalah adik beradik perempuan akan ada cerita ceriti pasal pakwe, orang yang jual minyak urat @ mengorat, pasal haid & perkembangan sekunder perempuan, pasal bra & panty, tuala wanita yang mana best & tak best, termasuklah sekali bercerita apa yang berlaku di sekolah. Kes dengan cikgu. Kes dengan kawan. Kes dengan senior junior.

 

Masalahnya di sini?

Si Kakak yang kepoh & banyak mulut ni takleh simpan rahsia langsung. Elok ja dia dengar apa-apa dari kami, dengan segera dan pantas terus berlari ke bilik Mama & bagitau apa yang dia dengar.

 

Geram tak? Haha.

 

Masa cuti semester lepas, saya dapat 1 satu idea.

 

Bila kami (Tata, Kak Uda, Kak Teh & Kak Chik) nak berkumpul empat orang dalam bilik, kami akan cakap,

 

“okay, jom masuk bilik. Sapa yang ada bulu ketiak ja boleh ikut masuk! Jom!!!”

 

Dan si Kakak dengan muka monyok, dia takkan ikut masuk bilik. Sebab dia faham & tahu dia takda bulu ketiak.

 

Ngee, memang tak senonoh. Tapi sangat menjadi.

 

Mama : haa Kakak? Kenapa ni muka masam? Pi la sembang dengan depa dalam bilik sana.

Kakak : Tak boleh, sebab Kakak takda bulu ketiak.

Mama : ?????

25 komen tak puas hati:

Unknown said...

hahahahaha..lawak~~

qamarguyz said...

salam ziarah..
hoh0o..ini buli2 manje namanya..
sama la cam majuk2 manja, marah2 sayanG & yg seerti denganya ;0

NiZaM Limited said...

Wakaka ain..mmg mak tu blurr la adik tu ckp camtu. tp 7 beradik tu sume pmpuan ke? erkk..tp best dari citenye sume adik bradik nmpak rapat je. bila masing2 sume dah besar nnti cita balik psl sume ni mesti jadi kelakar. =)

MaMa MoDeN said...

salam
tata...tata
sejak tu kakak selalu kedepankan rambut dia melalui bawah ketiak & dengan bangganya bgtau kita semua yg dia dah ada bulu ketiak semata2 nak join tata & yg lain bergossip dalam bilik...

Dan satu hari taktik tu kantoi bila dia tgk saper tak tahu tak ada bulu ketiak..

hahahahahaha lawak lawak..lani pun mama dok gelak lagi..

amirah said...

adeh...cmna la lau ang ada anak nanti...hak2

aku buli adik aku besa2 ja, soh dia amik barang2, urut kaki tgn..cmtu2 ja la..

Mr. Asada said...

hadoi..

hahahaha.. jahat nih. buli adik2. isk2..

ain si kaki buli.. hahaha..
kesian si kakak.. takde bulu ketiak. hahaha..

err.. ain? ade bulu ketiak? kahkahkah..

mak slalu pesan, jangan jahat ngan adik2, nti dh besar dia memberontak. keke :P

Anonymous said...

salam..

wah, usik2 manje gitu..hehe
rindu kan zaman kanak2 dulu..
=)

bukan penggoda said...

salam.

sy rase sy mmg knl kamu. mmg pasan muke kamu. huhu. tp mgkn kamu je yg xpasan sy. hihi.

bdw, nape adik beradik pgl tata?

+qasih nadira+ said...

hehehehe~sindrom membuli ni memang dah menjadi pencarian utama ketika duduk rumah~terutamanya kalo cuti sem~hehee~:)

Lun said...

waktu kecik gado ngn adik gile2, da bsar syg gle

Fared Isa said...

salam ukhwah...

nice and interesting blog...

=)

syahira ariff said...

manjanya dgn abah dia
hik hik hik
bestnyer
siblings sy plak takut nak bermanja dgn ayah
coz dia garang giler dan serius orgnya

faINa989 said...

ain...kita x pnah wat camni..kita normal..=p

Munsyi said...

tu kalo adik beradik ramai pmpuan..kalu ramai lelaki mcm sy asyik gadoh je dulu2.hehe

Ann said...

xsenonoh tp lawak ar...kecian kakak tu dibuli oleh kakak2 yg len haha

erm ptut lah xde bulu ketiak lg, kecik agi...igtkn jaga penampilan..

Nurul said...

heheeh cute je dengar cerita ni.. bagus2.. ksian kakak kena buli .. mcm mangsa buli utama je dia :)


untuk belajar buat linkwithin, boleh la ke blog fiza ye

sya said...

hahaha...
saya dulu pun mangsa buli..
dah dapat idea baru nak mengajar budak2 bab ecology nih... :P

en_me said...

takde bulu la best, kulit licin melepak, ehehe

nich said...

waaa rindu nye zaman kecik2 dulu kan.. huhuhu

hafizmd said...

seronok betul yer..moge silaturrahim dlm keluarga terus utuh dan bhgia..ameen

p/s - tergelak jer bace entri ni..teringat mase kecik2..

Fiq said...

mak oii... pembuli! haha. yang part ketiak yang paling tak boleh blah. adoi. bulu ketiak pun bpleh jadi hal....=D

iedayah said...

hahaha..berkesan tui wat cmtu ek..gile lwak

SheyPull said...

hush...ganaz nye kmaoo adik beradik ek...:)
bgsu2...so kamoo dah ade bulu ketiak la nie ek..:p

Anonymous said...

ohoo.. buli adik2!

sayangi adik anda.

maCy takda adik.wuu

izaz dania said...

bestnye ada adik..huhuhu..
dapat jugak gelak ketawa...