mereka yang tegar

Tuesday, May 04, 2010

ragam rakan serumah perempuan

Salam’alaik. Salam bau laut Penang. Harum harum di hati. Hehe. Ini ayat untuk bikin panas sesiapa yang masih terkandas di kampus dan belum pulang bercuti.

Susulan daripada entri roommate saya, terasa nak buat entri baru berkenaan housemates pula.

Rumah manis rumah!

Saya suka duduk rumah sewa sekarang. Ada 6 bilik. 1 bilik 2 orang. Maka saya ada 11 rakan serumah pelbagai pe’el dan ragam. Lumrah hidup bermasyarakat, tambah-tambah orang perempuan. Banyaklah masalah perkara berbangkit.

DAPUR

Pernah dengar orang cakap ‘orang perempuan tak boleh berkongsi dapur’?. Hipotesis ni timbul bila wujud masalah bila menantu dan mertua tinggal serumah. Selalunya Kadang-kadang bermasalah sikit antara menantu dan mertua tambah-tambah bila kongsi dapur.

Mertua : dapur ini aku yang punya!

Menantu : langkah mayat saya dulu kalau mak nak conquere dapur ni!

Saya ingatkan perkara itu takkan berlaku di rumah bujang. Kes biasa, bila guna dapur (termasuk perkakas dapur). Dah guna tak reti basuh. Kupas bawang kulit bawang bersepah-sepah di lantai. Kalau dah tahu malas menyapu, buat kerja lapik la surat khabar.

Kemudian, orang lain yang nak guna dapur kemudiannya, sama ada terpaksa kemaskan sepah yang dibuat orang orang sebelumnya, atau cuma berleter-leter pasal dapur tak dikemas semula. Ada dua cara mengatasi :

tegur dengan hemah

“sori. jenab, hang guna kuali tadi kan? Tolong basuh sekarang boleh tak. Aku nak guna la. TQ ya!”

Atau

Perli pedas-pedas secara kuat+nyaring

“sapa guna kuali goreng teloq tadi tak reti basuh balik hah? Aku nak guna tengok kuali kotoq”

Padahal orang yang tak basuh tu ada depan mata.

Memotong giliran.

Kamu sedang menyiapkan bahan-bahan untuk masak, elok dah nak siap & tinggal nak ambil kuali, secara tiba-tiba dan tergesa-gesa rakan serumah anda keluar dari bilik dan terus ambil kuali, letakkan atas dapur. Kemudian dia baru buka peti ais keluarkan sayur, cabai, ikan etc.

Dan dengan selamba dia cakap, “weh aku guna dulu. Aku dah letak kuali dah. Ko guna lepas aku guna!”

Agak-agak, kamu hangeennnn satu badan tak?

BILIK AIR

Rumah saya ada 3 bilik air. Dua di tingkat atas. Bilik air di tingkat atas agak luas berbanding bilik air bawah. Biasanya penghuni bilik 1 dan 2 kerap guna bilik air A. Penghuni bilik 3 dan 4 pulak kerap guna bilik air B. tapi bebas je lah nak guna yang mana pun. Takda aturan, cuma kebiasaan.

Secara muafakat, bilik 1 dan 2 ada giliran cuci bilik air. Tapi sorang gadis X ni taknak cuci tandas masa giliran dia cuci bilik air, dengan alasan dia poo-poo kat tandas di bilik air sebelah. Kamu rasa, dia cuci tak tandas bilik air sebelah walaupun dia guna bilik air tu untuk poo-poo?

Teknik melepaskan diri yang sangat bijak dan teruk.

Agak-agak pengguna bilik air B yang cuci bilik air B, hangin tak?

26 komen tak puas hati:

missnina said...

saya ada pengalaman tinggal serumah dengan 5 orang kawan pejabat.
alhamdulillah, so far so good.

at last pindah jugaklah sbb rasanya terlalu pack la rumah dgn 5 orang.

~apapun, be nice boleh cuma jgn sampai kena tindas sudahlah.

f_aRa_aINa989 said...

macam2 ragam daaa org perlis rumahtu..
ea jap??
x mensionke dlm post?
awat x mention?
hua3...

ain fathihah said...

thx missnina. xda la sampai kena tindas. cuma malas nak gadoh ja. hehe

ain fathihah said...

ehem3 faina. aku tak cakap pun orang negeri mana ek. hg yg cakap kan. hehe. tak baik burukkan orang, walaupun kadang2 aku rasa nak letak terus nama housemates hang yg tersayang tuuu

FyZa said...

huhu..mcm2 ragam ye..tp besala..stiap ragam manusia 2 wat kita jd lagi matang..kan?? =)

amirah said...

eh psl aku xdak ka?
xpala bilik aku dh ad wakil..hehe
kejamkah kita atau kejikah kita bertiga?muahaha

yg psl potong giliran 2 aku baru tau.
suspek dia masih samar2..emm..
siapakah?

Fathi Adha said...

jari pun tak sama panjang...
inikan pula manusia...

a kl citizen said...

akak masa belajar 20 tahun lepas pun ada masalah ngan housemate.
bab cuci bilik air memang masalah, pandai pakai tak pandai basuh...

dah kawin camanalah diorang tu... tapi, pkir2 balik, mesti diorang dah ada bibik kat rumah kan

nanad said...

susah hidup dengan orang yang berkira nih ... sabo je la .. heh

ElyaElmo said...

duduk umah sewa ni.... mcm2 ragamm tau..kene tahan:)

iqbalsyarie said...

hahaha...menarik!
Sy pun duk rumah bujang juga,serumah 7 org.Kerenah pun mcm-mcm jugak.haha..nanti la cerita.haha

ain fathihah said...

fyza, yup. ni pun persediaan ke alam bermasyarakat yg lebih besar jugak ni..

fathi, kalau jari sama panjang, rasanya susah nak suap makanan masuk mulut kan? hehe

ain fathihah said...

mira, pasal hg xleh la nak ngumpat kat blog. nanti hg confirm baca.

housemates kita yg tersayang tu buta internet. haha so depa tak jumpa la blog aku.

tapi kalau jumpa, lagi bagus

ain fathihah said...

cikgu KL, kawen dgn Dato' takpa la kot boleh gajikan bibik.

kita yg rakyat marhaen ni kena la buat semua kerja rumah sniri.

ain fathihah said...

elyaelmo, memang sedang membina ketahanan jiwa mental fizikal segala ni. hehe

nanad, memang susah. moga kita tak termasuk dlm golongan yg berkira ni

ain fathihah said...

iqbal, haa cepat cerita dlm blog awak. saya nantikan. 7org dah 7ragam, 12 org terasa 30 org punya ragam

dari~ummie said...

hahahaha...well...
itulah perkara yg biasa berlaku ain...
geram jugak rasa...tapi dh kawan2...
alahai...:)

embun d tengah malam said...

i takder masalah dgn house mate..alhamdulillah

jakob88 said...

haha..siannye..yg buat masalah tu pn xpaham 2 ke..pikir la sendiri..xkn da bsr pn nak kne cakap

Nur -al- Ain said...

wuuuu, duk umah sewe memang perlu kental. haha... hari ni tension je tgh sedap tdo, mimpi amani, budak umah memekak. damnnnn

s h e e said...

erk...memang mcm tu ain dear...kalo duk ngan org ni mcm2 ragam...dgn mulut xde insuran...pg cite keburukan kite kt org...saba je la...huhuh...

ain fathihah said...

yup ummie, memang sabar sebab nak ngadap kawan2 ni lama kan... mana tau 1hari nanti dr taksuka menjadi suka..dari tak kamceng menjadi kamceng

embun, baguslah u xdak masalah dgn housemates. bahagia hidup. saya pun takda masalah sgt sebenarnya..cuma kdg2 wujud perkara berbangkit

ain fathihah said...

jakob, ramai org nampak je dh tua, tapi minda masih tak matang. payah gitu~~

ain fathihah said...

Ain, saya masih menanti nak mimpi Amani dgn papa Amani sekali. hehe

shee, ramai pmpuan mulut tempayan. depan kita pijak semut tak mati.

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. macam2 karenah n peel.. hurmm..

benda camni boleh bawak berbincang. xde la payah kalau semua sepakat buat peraturan an. an..

kita hidup kat dunia ni bukan duk sorang2. bukan nk kena jaga hati sendiri saja. org lain pun punya perasaan juga.

benda akan jadi rumit bila ada yg pentingkan diri.

sepakat bawa berkat, hidup bermuafakat! hoOo yeah! dah cam pengerusi jkkk bg ucapa lak.. hehe :P

admin said...

apa makna poo poo tu...