mereka yang tegar

Sunday, May 02, 2010

cara menamatkan riyawat suami tua+kaya dengan cepat

Salam. Saya dah habis exam. Saya dah berada di rumah. Pada sesiapa yang masih terkandas memerah otak menghadapi exam, selamat maju jaya saya ucapkan.

 

Macam biasa, bila dah ada di rumah, akan rajin tengok TV sebab TV selalu terpasang. Bagi saya yang ada adik kecil, nak taknak terpaksa mengadap saluran yang kekartunan ni. Boleh kenal dah si Hagemaru, Kapten Boleh, Putera Syazlan etc. Dan juga, bila ada di rumah, akan banyaklah tertengok drama Melayu. 

 

Drama Melayu, macam biasalah, mesti ada banyak babak makan. Kemudian, kalau kes kahwin paksa, anak Dato’ mesti kena kahwin dengan anak Dato’ (kes AdaMaya), habis tu, rakyat marhaen ni tak kena kahwin paksa ke?

 

Lepas tu, drama Melayu selalu berkisar bisnes orang kaya-kaya, bincang projek juta-jutan punyaaa.. Rumah besar gabak. Mesti ada driver, orang gaji, kereta merc, rumah pintu pagar auto, makan lauk pauk penuh meja, pinggan mangkuk berjenama, makan bersudu, sarapan pagi minuman oren, roti bakar. Pendek kata, melampau-lampau gaya mewah kehidupan yang dipaparkan. Tapi, realitinya kehidupan majoriti orang Melayu, bagaimana ya?

 

Hero & heroin kaya raya mesti cantik cun melecun, & hensem gila. Contoh nama yang selalu sangat diguna ; danial, adam, bella, maya, linda, rina..bla..bla.. Banyak lagi ah. Bluekkk, yeka? Rasanya macam agak jarang nak jumpa individu lahir 1970-1990 nama macam tu. Budak-budak umur bawah 10tahun sekarang, yelah trend nama macam tu.

 

Bila ada drama tema perempuan muda kahwin lelaki berumur yang harus kaya, kena ada babak si isteri muda bergetah masukkan racun dalam makanan suami. Iskk, bab ni memang saya terfikir lebih dari yang lain. Kenapa nak kena susah payah racun suami? Kalau nak bunuh pun, tak payah susah payah taruk racun lah. Buat bukti kes polis ja nanti (harus polis Gerak Khas).

 

Meh, saya nak kongsi apa yang saya terfikir kalau si isteri muda bergetah nak menamatkan riwayat sang suami dengan cepat.

 

Mudah ja. Hari-hari masak sedap. Yum yum! Masak makanan bersantan berlemak yang best-best, buatkan kuih-muih untuk minum petang yang manis-manis, air pun air sedap-sedap, taruk gula/pemanis kaw-kaw punya. Pendek kata semua makan berkolestrol tinggi lah.



Tak payah susah payah dah letak arsenik dalam makanan suami tua. Masak sedap-sedap macam ni, pasti dalam masa kurang 3tahun, orang tua tu dah kena penyakit tiga serangkai, penyakit orang kaya. Sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

 

Kalaupun si suami tu mati masa buat pembedahan pintasan jantung koronari, ada ke sesiapa nak syak ini angkara si isteri?

 

Muahahahaha! Gelak jahat.

41 komen tak puas hati:

iqbalsyarie said...

Saya jarang tengok Tv dan kalau nak tengok pun saya akan tengok bola!hahaha...saya juga takde adik tp sy ada anak sedara yg ramai.Dan bila saya cuti,mereka pun cuti dan sy pun akan menjadi penonton cerita-cerita kartun tu..huhu

Cik Mus said...

thumbs up !

ain fathihah said...

@iqbal, terpaksa pasrah. takkan nak berebut remote dgn budak2. hehe.

@cikmus, ya TQ

NichKhun said...

tak suke drama melayu... waaaaaaaaaa
bek layan muzik seronoks...
hehehehe

ain fathihah said...

@nichkhun, yup. drama melayu banyak sgt klise bosan

hiro said...

mantap semantap empunya page..keh4

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

jakob88 said...

kaco cte melayu..kalo sakit2 yg kronik mesti kanser,kanser,kanser..cm xde penyakit laen je dlm dunia ni..

a kl citizen said...

marahlah pengarah-pengarah drama melayu kat ain ni kang..

tapi,
apa pun, akak pun tak menonton drama melayu sekarang ni atas sebab yang serupa la

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha...

ni bg cdgn nk bunuh suami cara lambat. kahkahkah..

apa la nk bunuh2.. kang bunuh2 sikit plak reta yg dapat.

kan bgus jaga elok2, dpt la dia cari duit byk2. dpt la reta byk2. kekeke :P

miss nina said...

saya tgk drama melayu pastu perasan sesuatu (actually semua yang awk cakapkan pun perasan jugak ):

muziknya seakan2 sama je.
skang je dah ada sedikit perubahan

ummumishkah said...

idea tak boleh blah ni.. huhuhu

ain fathihah said...

hiro, mantap tang mananya tuan tanah ni..adoii..

ain fathihah said...

bujang susah, terima kasih ya

jakob, betul2. pastu mesti kanser otak, cuma boleh hidup lagi 3bulan. novel melayu pun mcm tu jugak

ain fathihah said...

cikgu KL, hehe takpa. persatuan pengarah drama melayu tak boleh nak saman pun. ni pendapat peribadi.

ain fathihah said...

asada yg kacak, ya cadangan yg baik. tapi gadis2 muda ni tak sanggup nak peluk lelaki tua tiap2 malam selama 20tahun. hehe

cik nina, ya betul tu. muzik latar, kebanyakan drama guna muzik yg sama jugak

ain fathihah said...

ummumishkah, idea mengarut tp bernas di hari cuti. hehe

amirah said...

weh ain lambat sgt tu 3 tahun..lau boleh skg gak nak dia mati..ngeh2

lagi cpt lagi bgs..
jenuh nk tggu 3 tahun
nak msk 1 hal lg..lau tere xpa..lau RAJIN xpa..
bini muda manala nak ada time, abis rosak kuku ..nyah...hak2

moon said...

haha...menarik...
tp bak kata mira a..klu tere masak xpa gk..
pastu nak kena besabor smpai 3 tahun...susah2.. :P

ain fathihah said...

mira, betoi gak ni. gadis2 muda belia ni ramai yg tak terer masak. ok, plan cancel. haha.

mun, jom la kita belajaq masak sedap2 punya

HagakureKira said...

ain..

nt jgn masak sedap2 (risau ada niat d sebaliknya)

:P

Nur -al- Ain said...

memang komen tak puas hati sebab gambar kecik. kene lekatkan mata depan laptop. saman ada RM20000.

lalalala~

handhalah ibnu kamil said...

pas ni ramai yang tak nak kat hang.. :P

CikGu_MaN said...

kena berhati2 ngn bini (nanti)...

kurangkan makan la kalau cm2 kat rumah (nanti)... hehe

ain fathihah said...

Hagakure-kure, haha. ala, risau plak dia. tapi....YESSS! tak payah belajar masak la camni ek

ain fathihah said...

Nur al ain, alamak jgn la saman saya. Nuff pun tak berhasil lagi.

Abu, macam la selama ni ada org mau kat aku kan? huhu siapalah daku ini

ain fathihah said...

cikgu man, yeahh selamat berbini (erk)

Mohd Alimie said...

nasib baek sy tak tua + tak berapa nak kaya :p

s h e e said...

hakhak...nice tips...hehe...

Siti said...

haha cara ni mcm gunting dalam lipatan je gayanye..

anastasyea said...

Kalau tiap-tiap hari menu mcm tu.. memang tak lama la =)

ain fathihah said...

alimie, tak boleh la nk guna tips ni kat kamu ya.. hehe selamat.....

she, ya nice tips. tapi jangan buat tau

ain fathihah said...

siti soleha, ni petua utk wanita bermotif jahat saja.

anastasyea, saya tak penah buat, jadi belum tahu lagi keberkesanannya. hehe

Qaira Tsamaratulqolbi said...

Dikhuatiri bkn hanya suami yg berpenyakit 3 serangkai.. anda dan yg lain2 juga akan turut serta.. ohh.. rasanya ok gak kut..ekekeke..

soffya cik bulan said...

hehe, sanagt ebans idea tu..boleh laksanakan kepada sesiapa yg sudi..he

sophie said...

Hahahha..Idea bijak tu.. Gula kasi lebih!

dari~ummie said...

hehehehe...
gelak guling2~
ain,habis lah laki awak nanti...
ngeeee

sya said...

hahahaha...
bernas sungguh idea tu...
rasanya, belum ada lagi tuduhan membunuh atas memberi makanan berkolesterol banyak2... hehehe

ni yang buat insaf taknak bagi husband makan makanan berkolesterol.. :P

ain fathihah said...

Qaira, erkk betul jugak kan. so bagi suami saja makan dengan alasan si isteri sedang diet

cikgu bulan, nak cuba? ahaha, jangan lah..

ain fathihah said...

sophie, bukan takat gula lebih, santan, krimer, cheese n segala yg manis2..

ummie, laki saya selamat kot sebab saya tak reti masak sangat..haha

ain fathihah said...

kak sya, yup. kenalah jaga kesihatan suami. dia tu tonggak keluarga kan...