mereka yang tegar

Sunday, May 30, 2010

Benarlah, hantu keluar malam.

Serasa saya sudah bertahun tidak duduk mengadap laptop. Huhu sejak kerja di Happy Mart ni, memang dunia maya kecil hati dengan saya. Dunia maya saya terabai.

 

Minggu ni, saya kerja shif malam. 11.00 malam hingga 7.00 pagi. Setakat ni sudah dua hari buat OT sejam, masuk pukul 10.00pm, dan satu hari OT 4jam, masuk pukul 7.00pm.

 

12jam kerja dari 7.00pm hingga 7.00am memang buat kepala gelong.

 

Customer di malam hari (pagi buta, kata orang) agak lain macam. Kebanyakkannya orang muda yang berembun. Happy Mart pula selang dua kedai dari cybercafé Netcity. Kiranya, kerja shif malam bukan bermaksud rilek goyang kaki. Customer masih boleh dikatakan ramai, walaupun tak seramai siang hari.

 

Kerja Malam Kena Usik?

 

Biasalah tu, orang perempuan tambah-tambah yang comel+kiut miut macam saya memang kerap didatangi penjual minyak urat. Setakat tanya nama & umur tu, saya okay lagi.

 

Yang lemasnya, bila ada customer minta nombor telefon. Adoii.. lemas, lemas, aku lemas. Haha.

 

Awal-awal kerja hari tu, bila ada yang minta nombor telefon, saya katakan, ‘tak boleh’.

 

Tapi masalahnya nak kena mengadap si lelaki yang tahan berdiri memujuk rayu depan kaunter cashier minta nombor telefon sampai lima hingga 10minit.

 

Malu, malu.

 

Akhirnya saya ambil jalan mudah. Bila ada saja yang minta nombor telefon, terus saya ambil kertas resit, tulis nama & nombor telefon.

 

Beri pada si lelaki dengan senyuman, dan dia blah.

 

016-4949*** - NURUL

 

Senang, hati pun lega. Bagi saja nombor telefon Baba. Jadi, Baba la yang kena mengorat. Haha.

 

Kenapa Tajuk Entri Hantu Keluar Malam?

 

Customer malam gayanya lain macam. Muka nampak jahat. Hihi, pandai-pandai ja cakap orang lain muka jahat kan. Yelah, kalau dah gaya minta nombor telefon sambil menonggang botol Tiger, tak ke seram sejuk badan?

 

Dengan mata merah, nafas berbau masam, mata meliar tengok saya macam nak telan. Fuh, ketaq  lutut beb! Nak taknak, memang saya cepat saja tulis nombor telefon dan beri pada dia. Supaya dia cepat-cepat beredar.

 

Ehem, perlu ditulis, si penonggang Tiger tu, lelaki melayu, okay. Melayu Islam. Ops, tak boleh komen lebih-lebih. Malaysia Negara Islam Hadhari. Itu hak kebebasan individu. Huhu.

 

Malam minggu, sekitar 2 ke 4pagi, ramai orang baru balik clubbing dan singgah Happy Mart. Sekadar pemerhatian dua malam, ramai yang beli condom la. One-night-stand partner kot. Touch N Go.

 

Ada jenis customer yang kepalanya sudah naik air, sambil membeli, sambil berpelukan dan berciuman. Tangan si lelaki merayap di punggung si perempuan sampai terselak mini skirt. Ops, kan saya dah ternampak panty warna merah.

 

Apapun, setakat ini saya tak menyesal ambil keputusan berkerja di cuti semester semester. Ilmu dan pengalaman yang saya dapat ni, agak mustahil dicedok dalam dewan kuliah atau dari buku sains yang tebal + berat bata tu.

 

Nota kaki : Sekian lama tak menaip entri, idea menulis agak tersekat. Sadis.

26 komen tak puas hati:

ASaDa RyutaRo said...

eh?? asada orang 1st ke bukan?? adoOo..

ASaDa RyutaRo said...

org 1st komen!

wallaweh! dahsyat gak ea bila keja shift malam.. entah2 kalau asada yg keje time tu ade awek mintak no tepon.. hahaha...

tp tu la namanya pengalaman..

teruknya remaja malaysia.. uhh!! menunggang arak di khalayak ramai. isk.. melayu.. islam hadhari? eww..

cam sudah jadi satu trend plak berpacaran camtu. seksukatiserahbadan~ murahnya!!!

hope ada hidayah untuk keinsafan suatu hari nanti..

ain fathihah said...

asada, kamu la 1st. adoi, sejak bila asada jadi sengal nih. haha

ikhsan said...

--ini komen puas ati ok...


.......


dah la kot?komen gak ni kan??

p/s: haha...cik ain sila lah berhati2 ye...

cikCEPET said...

uhuew~
seb baek laa dlm mall..
lo kt lua ag tkowt...
tkot2 tndkan di lua kotak...

errr...
pape pown tk8 cre yew cik ain..

:))

Tn.Punya said...

aku tak pernah jumpalah hantu..hahahaha

amirah said...

haha...t depa ayat ayah ang..
spa nk jwb..hik2
apa2 pon jaga diri dan kesihatan k..
dh kering aku tgok..

azlanlin said...

1. Pengalaman hidup, xde boleh dibaca dalam buku di pasaran.

2. Pengalaman yang ditempuh membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada. Kekadang membuatkan kita menjadi lebih hati-hati.

3. Hanya akal dan pengetahuan mampu membuatkan kita berfikir dan menapis...

4. Nasihat ini juga untuk saya agar berhati-hati selagi bernyawa.. Wallahualam

Anasfadilah said...

kesian lah babah kamu kena ngorat dgn orang mabuk

hahahahah

pengalaman kamu ni best di baca :)

Farid said...

apa num talefon??

nak koll la!!

hahahaa

Insan Marhaen said...

Kesian kat Baba. nanti dia tak boleh tidur malam sebab kena ngorat...

Lun said...

shift malam amat bahaya, silap haribulan kene rompak ~_~

Ann said...

penat oh keje cashier ni...pernah keje ni masa cuti semester..mcm2 gelagat org kita jmpe masa ni, smp terpikir 'ada gak org cmni kt dunia ni'...

kapten said...

kalau minta no telefon tue bg jer no telefon balai polis ker, no telefon balai bomba ker, xpun no telefon tanjung rambutan

ASaDa RyutaRo said...

baca sekali lagi.. betul la.. 'hantu' keluar malam.. hahahaha!

ain fathihah said...

asada, kalau kamu yg kerja macam ni, rasanya bukan takat anak dara, makcik2 pun mintak jugak no telefon kamu..hajat buat menantu..

tp ingat ya, ramai lelaki gay minat lelaki kacak macam kamu ya. haha

ain fathihah said...

Tn.Punya..selalunya saya lebih takutkan hantu bertopeng manusia daripada hantu betul..

sini memang banyak hantu malam2..mai la tengok..hehe

ain fathihah said...

amira, Baba aku dah kena ayat dah. ada mesej hantar nak berkenalan lah, sayang2 la, punyalah banyak call dari nombor tak kenal..hehe. takpa2, biar Baba ku yang kena kacau. jangan aku.

ain fathihah said...

encik azlan, terima kasih ya. makin berusia makin banyak pengalaman dan isinya..

ain fathihah said...

kak dila, terima kasih sudi baca cerita2 saya.

ain fathihah said...

IM, Baba cakap malam tu memang dia asyik terjaga dengar deringan telefon dan mesej yang masuk

ain fathihah said...

Lun, kedai 24jam memang berisiko tinggi untuk dirompak. harapnya jangan lah jadi.
kalau jadi pun, amik je la apa yg dia nak amik.
gadis cashier yang comel ni jangan kacau. hee

ain fathihah said...

Ann, betul tu! memang kadang2 jumpa customer yang buat saya tercengang dgn perangai depa. adehh. kadang2 rasa geram, kadang2 rasa nak gelak ja kuat2. hehe

ain fathihah said...

Kapten, cadangan yang baik ya. nanti saya cari no telefon balai polis n balai bomba berhampiran sini

NiZaM Limited said...

ehem..mau no cik ain gak buleh..tp xnak no baba ain..ahaks..
mmg agak menakutkan la pmpuan keje tgh2 malam..lagi2 kalo sorg je jaga kedai time shift malam tu..hp kena jaga2 slalu..speed dial kena get ready, mane tau ade hantu lagi ganaz drpd ain cite kat atas tu..just precaution..
ain cuti sem sampai bile.lame lg yek keje kat happy mart tu..

ismiaisha said...

wah...
seramnya keja smpai pagi..
aku keja smpai kul 10mlm pun dh senak perut..
tp kwsan aku tu bersih g..
xda cc or karoke or club kt situ..
ang mmg brani la ain..
TABIK!!!! huhu~

wei,ang jual arak ke kt kdai tu?
apa hkumnya eh kalo kita jual brg2
x elok mcm kondom,rokok n pewrna rmbut??