Wednesday, May 12, 2010

Happy Condom

Hari kedua bekerja

Masa : 11.30pagi

 

Seorang remaja lelaki, berpakaian seluar sekolah dengan T-shirt Hujan,

masuk Happy Mart, capai kotak  kecil warna merah berimej hati bertanduk, kemudian bayar di kaunter,

 

dan keluar dengan muka tiada perasaan. Sempat bersiul-siul.

 

Dia nampak biasa saja. okay, muda-muda dah kahwin. Anak orang kaya agaknya.

 

*ka-ching!*

 

 

Masa : 2.30petang

 

Seorang lelaki berusia antara 45tahun hingga 50tahun, pakcik berkumis kelabu (rerambut hitam+putih), rambut separuh beruban dan memakai cincin batu merah di jari manis tangan kanan.

 

Pakcik tu masuk kedai, pusing kedai dua kali, muka mencari sesuatu. Dengan muka keliru, dia menggamit tangan memanggil saya menghampirinya. Saya pun keluar dari kawasan cashier.

 

Pakcik tu bercakap dengan suara perlahan, hampir di telinga saya, dengan tangan gaya berbisik,

 

“dik, kondo ada?”

 

“hah, kondo? Apa tu?”

 

“kondo la..kondo!”

 

“kondominium ke?”

 

“alah, kondo la. Err, kondom kot. ada?”

 

“ada, kat depan kaunter tu”

(sambil tangan saya menunjuk ke rak kondom di hadapan kaunter)

 

Lalu pakcik tu beredar menghampiri rak kondom tu. Dia masih memerhatikan rak tu dengan muka keliru. Lalu dia memanggil saya sekali lagi,

 

“dik, yang mana satu?”

 

“err, yang kat situ la. Semua tu kondom la, pakcik”

(muka saya dah blushing, cettt! Tanya yang mana satu pulak. Mana la saya tahu pakcik tu nak guna yang mana!)

 

Pakcik tu masih bermuka blur memandang susunan kotak-kotak kecil berjenama Durex tu.

 

Merah-Biru-Ungu-Putih-Kuning-Oren-Coklat

 

Setelah 5minit berdiri mengadap kotak-kotak kecil Durex tu, Pakcik tu pun mencapai 1kotak kecil warna merah, lalu bayar di kaunter.

 

Belum sempat saya pulangkan wang baki, terus dia masukkan kotak tu dalam poket seluarnya.

 

*ka-ching!*

 

Persamaan dua lelaki dua generasi ini?

 

1.Melayu

2.Beli Durex Love Condom.

 

Slogan : You Are Happy, We Are Happy

Company : All Happy

~HAPPY MART~

38 komen tak puas hati:

Mr. Asada said...

hahahaha..

ok.. aku faham cerita ni tentang 2 orang yg beli kondom.

tp x faham motif cerita..

are you hepi?

ain fathihah fhm said...

haha. saja tulis pasal pengalaman kerja ja ni

KhairulZamanKhobin said...

aku pon nnt kalau nk bli kondom kena guna pasword macam pak cik tu..

kondo = kondom..

hentian said...

Hu..hu.. kondom cap setan, yee...

Aidi-Safuan said...

mak aih. budak skolah? gler aper. ganas tol la budak2 sekarang nih. aku sampai sekarang tak berani nak beli kondom tuh oit

amirah said...

tengok cm aku...xbeli pown..unsyar dari kejauhan aja, yela lau beli pon bukan aku leh pkai..hak2

ain, ap perasaan anda setelah 2 kondom terjual hari ni?hehe

ummizarra said...

hahahaha.. sy jugak pernah hadapi keadaan mcm tu mse kje part time kat 7E.. heheheh dia ty baju hujan.. time tu mmg musim hujan.. ngn bangga sy ckp di sana.. tibe2 pakcik tu kata bju hujan utk lelaki.. sy plak sengal p ty ade beza ka bju hujan lelaki pompuan.. pas tu dia diam je sambil mencari2.. then dia byr.. pas tu kte safety first.. ouchhha gila vavi tol pak cik tu..

Light of Heedful said...

ain, hg keje ktne ni? mcm plik je.. farmasi ke? ish3...

.millalara. said...

haiyok3...
mesti merah muka kamu tahan malu bila pakcik tu tanya2 kan... huuu~

ain fathihah fhm said...

man, haha. sila lah guna password pakcik tu. bikin muka aku berkerut tak faham. pakcik tu malu, sebab tu dia guna password agaknya..hehe

IM, kondom tu nama dia cap setan ye? ah haa, kan ada hati bertanduk tu.

ain fathihah fhm said...

aidil safuan, ehem3, nak buat apa beli kondom? rancang keluarga? ahaa

ain fathihah fhm said...

mira, hg usha dari kejauhan ek? tengok macam aku, pi belek2 siap. haha. rasa ingin tahu yg tinggi.

ain fathihah fhm said...

Lovillea, haha. password pakcik tu lagi la sengal. kalau saya pun takleh nak tangkap maksudnya. kih3.

ain fathihah fhm said...

Light of Heedful, bukan keja kt farmasi. kat kedai 24jam. Happy Mart. ala2 7E jugak.

ain fathihah fhm said...

millalara, masa tu tahan malu, sekarang ni bila fikir balik, memang takleh tahan nak gelak

Lun said...

ain, kamu bkk kedai kondom yek? tak ajak haha

2R said...

hehe..best kn pengalaman keja ni..dulu tora keja kt shell da tu kwal keta kt luar lg..ada msa isi myk kt customer hehe best3..mcm3 ragam org dpt tau

Mr. Asada said...

aik?? keja?? biar betik?

Fathi Adha said...

bile berlaku keadaan cmnir, susah jugak nk think positif...

kapten said...

maybe budak tue beli kondom tuk ayah dia..sebab ayah dia malu nak beli....jadi dia suruh anak dia beli...

lee_xa is Intan said...

if sy plak...setakat jeling2 sekali lalu je. nk tgk lebih2 segan...hehe..

mrs.JamaL said...

salam dik...
i suke setiap story u..ade msg..
bagus..teruskan lagi...

miss nina said...

macam2 ragam manusia

ain fathihah fhm said...

Lun, bukan bukak kedai kondom lor. keja saja. haha. tapi bukan kerja kedai kondom ya! kedai serbaneka. hehe

Miss Tora, yup! betul sgt. baru keja 3hari pun dah jumpa macam2 ragam

ain fathihah fhm said...

Asada, mana ada betik. tak keja kedai buah pun. haha

Fathi Adha, haa kdg2 memang terlintas yg negatif di otak..taktau macam mana nk positifkan. hehe

ain fathihah fhm said...

Kapten, haha taktau camna gayanya kalau budak2 mai nak belikn kondom utk ayah,

"akak, ayah suruh beli kondom 1. yang mana ek?"

ain fathihah fhm said...

lee_xa is Intan, memang segan jugak nak belek2. tapi disebabkan perasaan ingin tahu tu lagi tinggi, apa lagi, belek je lah. hehe

ain fathihah fhm said...

mrs.JamaL, TQ akak. selamat membaca entri2 saya bila berkelapangan ya

miss nina, lain padang lain belalang, lain orang lain ragam.

Anonymous said...

Durex, for safety..

muahahaha~

ni senior maCy gne dlu dlm mjlh skola.. sngal j...ki3

norm said...

haahaha tjumpa blog ini..nice~
sgt tajam sindiran tu :p
penuh isi2 tsirat..ni bekas lawyer ke? hehe

love this blog..every post is worth reading..congratz2!

scya lollita said...

haish~
hahaha
melayu2

iera said...

lihat... yang tua pun segan. yang muda selamba saja. ish3~

Munsyi said...

harap2 dua2 tu dah kawin. =)

chec said...

fuh kondom.
semoga anak muda dan pak cik dah kawen n semoga mereka bahagia dgn isteri masing2..=)

NiZaM Limited said...

Wakaka..itu makcik mau kaber2 line konon..cakap je la trus secara kuat dan terangnya..SAYA MAU BELI ITU KONDOMM.. wakakaka..
tp camne ek kalo nk beli bnda tu. kena pakai topeng dulu ke.. x_x

Unknown said...

huhu...cool siot beli condom..haha

ISZA said...

kenapa jual kondom tak buat macam rokok yer.. hanya 18 atau 21 tahun ke atas ke..

Anzur Anuar said...

Masyaallah..

last entry: Koleksi gambar bermain dengan makanan