Letih, memang letih. Demi gaji ilmu dan pengalaman baru, saya gagahkan jua. Banyak sangat belajar benda baru. Hari-hari mengadap orang pelbagai ragam.
Saya bekerja di Happy Mart, kedai 24jam barang serbaneka ala 7E. bezanya Happy Mart ni dengan 7E, Happy Mart ni cuma ada 21 cawangan di seluruh negeri Pulau Pinang. Manakala 7E ada beribu-ribu francais di seluruh Negara.
Hari pertama dan kedua training, ketika saya masih terkial-kial di kaunter cashier, bila ada customer minta rokok sekian sekian, saya memang buat muka tercengang.
“Dunhill 20 satu”
Hah?
“Salem Elite 14!”
Huh?
“PallMall Sky Blue 20 dua kotak”
Heh?
Ini dah seminggu training, dengan bangganya saya dah kenal hampir semua rokok yang ada di rak rokok belakang kaunter cashier ni. Best-best. Dah tak kena marah sebab salah bagi rokok @ lambat mencari-cari ambil rokok yang diminta.
Kerja di Happy Mart, bukan setakat jadi cashier..kena juga kira stok, susun barang-barang yang baru sampai, lap pintu cermin, buka & tutup sales setiap shif (yang ni saya tak cekap lagi), cuci aircond termasuklah jadi gadis kaunter pertanyaan.
Auntie cina usia 60an ;
“hello..good morning. Miss, can you tell me how to reply my daughter’s SMS?”
Okay, satu kerjalah pulak nak kena ajar auntie ni cara nak balas mesej anak dia guna HP.
Saya pun mengajar dia secara ringkas dengan gembira sebab visi syarikat adalah,
‘Make Our Customer Happy’
Maka auntie cina tu pun dapatlah membalas mesej anaknya dengan gembira juga.
Wanita india sebaya Mama saya ;
“kat mana kedai kek?”
“you jalan terus, dekat bangunan Prima Tanjung jugak, ada Twin Bakery”
Mujur saya tahu.
Seminggu ini, saya memang betul-betul berhadapan dengan 1Malaysia lah. Cina india melayu jepun omputih orang putih Vietnam indon Myanmar Bangladesh Pakistan etc.
Lagi satu perkara yang menarik, Pulau Pinang kan ada kempen “No Plastic Bag” pada hari isnin, selasa dan rabu. Beli barang takda beg plastik. Kalau nak juga, kena bayar 20sen.
Orang cina & india selalunya takda masalah dengan polisi ini. Biasanya depa bawa dengan tangan atau masukkan barang dibeli dalam beg saja. dan ramai juga yang bawa siap-siap beg plastik atau beg kain untuk masukkan barang.
Tapi bila orang melayu (terutamanya perempuan), bila barang dibeli tak dimasukkan dalam beg plastik, depa akan tanya,
“mana beg plastik?”
(walaupun kat kaunter tu dah ada nota bertulis “No Plastic Bag Today. Pay 20cent per bag”)
“hari ni isnin, takda beg plastik, kak”
(jawab saya sambil menunjuk arah nota tu)
“habis tu macam mana nak bawa ni”
(padahal cuma beli Coke setin dan biskut Tiger)
“bawalah, dengan tangan”
(jawab saya sambil senyum palsu)
“takdak, takdak! Aku nak beg plastik jugak!”
(heh, dia naik angin plak dah)
“Akak boleh bayar 20sen kalau nak beg plastik”
(kata saya sambil menunjuk nota tu lagi sekali)
Kemudian perempuan melayu tu menjengilkan matanya besar-besar pada saya, ambil barang yang dibeli kemudian keluar dari kedai sambil mulutnya membebel-bebel
“tak guna punya kedai. Menyusahkan orang. Paria! Puki mak hang aih! Beli barang tak bagi plastik. Bodoh babi!”
Erkk? Saya pulak yang kena marah. Pi lah marah Lim Guan Eng sana. Lagipun, apa salahnya kempen Bumi Hijau Tanpa Beg Plastik ni.
36 komen tak puas hati:
makcik 2 maki leh tahan..kalah i..
sy suke kempen neh..
makcik takde budi bahasa..confirm mak ayah dia pun kaki mencarut..senang2 je sebut "p**i mak hang"..sabar la..selalunya apa yg dia kata akan balik pada empunya diri..biar dia maki mak dia secara tak sedar..bodohnya perempuan melayu mcm ni..hidup lama2 pun buang masa je
ohh..ada kempen macam nie rupanya...bagus ler...
wah smp 3 hr kempen nye
pnye la bgos penang
klu selangor
hr sabtu je
.
bijak kn
di samping bumi hijau
bley kutip 20 sen
tiap2 satu beg plastik
huhu
org melayu kurang ksedaran sbb kurangnya membaca kot
keje keje.. jgn sibuk nk snap untuk blog!.. hehehe....
ain
boleh buat buku pengalaman di happy mart ni
boleh tahan mulut makcik tue....balas la balik..dengan senyuman "Tima kasih makcik hina saya.Saya doakan semoga Allah S.W.T beri hidayah dan ampunkan dosa makcik"
sampai 3 hari ye. mmg perit cmtu. tp bukannye tak bg, cuma kalo nak cas 20sen je kn. tu pon nk berkira. adehh.. erm, kalo org melayu mmg la. pelik dgn bangsa sendiri.pastu perempuan plak tu. zmn skrg pmpuan pn dah pndai carot2 maki hamun ckp bnda sendiri..
papepon sy sronok baca pengalaman ain. cara penyampaian tak serabut. i lap u cik ain fathihah..
lariiikkkkk..=p
ibu_suri selalu shopping kat Happy Mart. Beli sarong tangan pakai buang..he..he..
hahahaha.. best keje?? kena marah? padan muka.. hahaha
tapi kan.. ni saya nak show off sikit.. saya dulu keje. tak pernah kena marah customer. lalala~
best gak ada kempen camtu kat penang. spatutnya malaysia kena guna beg kertas supaya takde la plastik dikeluarkan secara besar2an..
kalau guna kertas, kan benda tu boleh di kitar semula..
kalau plastik, benda tu tak mereput mcm kertas. kan.. so bumi hijau la. hee =) tapi pokok plak yg banyak kena tebang.erkk!
wohooo garang nya makcik tu..
saya ada beg hijau sendiri,tak gun aplastik
saya sokong saranan yang ada kat penang,isnin sampai rabu no plastic day
kl pun sabtu je..
ish
marah btol org tu
sy pernah keje kedai runcit jual rokok
tp kalo org mai beli sy ckp rokok dh habes
mrokok membahayakan kesihatan
jgn jual eh
jgn segan ke laman sy yek
Cara menghilangkan stress ketika sedang ulangkaji versi Shazika
SYABAS ain!
x sangka dpt housemate pandai kenal rokok. hua3....
woo....pe kata ckp len kali mak cik bwk beg plastik sndr...hehhehe
bagus juger yer kerja part time ni .. dpt timba pengalaman ,berhadapan dgn pelbagai jenis ragam org.. boleh tahan jugak yer mulut makcik tu..
wow, bestnye kerja!
sabarlah dengan kerenah manusia ya. gud luck!
Mira Asraff & Anons, tu la makcik tu agak buat saya terkejut. hehe jarang jumpa org macam tu.
rizputra7 & anon, haa kempen menjaga alam sekitar..kurangkan sampah
husna, agak mahallah jugak 20sen utk 1beg plastik..tapi berbaloi la..tak ramai yg nak..ada yang angkut barang dengan baju. hehe
Lun, ramai orang melayu kurang kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar ni..depa pun tak faham kenapa kempen ni dijalankan..lagi duk marah2 adalah..huhu
cikgu man, keja lah ni.. 5saat ja snap gambar..takut manager nampak..lagipun confirm ada rekod dlm cctv..hek3
cikgu normah, haha jumpa macam2 orang, memang boleh buat buku kalau rajin nak mencatit apa yg jadi..best ah keja..pengalaman baru
Kapten, haa tak sempat nak cakap macam tu..tercengang sebab tetiba kena maki. haha.
NiZaM Limited, u nak lap me? adoi. jangan2. kalau lari pun, i kejar sampai blog u lah. haha.
20sen tu kira murah la dibandingkan dgn alam sekitar yg tercemar dengan plastik yang sangat lambat reput ni..dah la orang kita malas kitar semula
IM, meh2 ajak ibu suri datang kedai tempat saya keja. beli sarung tangan
Asada! kamu sangat kerek ya! cisss cis ciss..nasib baik kamu hensem, maka saya tak jadi nak marah. haha.
biasalah benda baru, memang susah sikit nak mula..ntah2 10tahun lagi baru orang boleh terima
Anasfadilah, yup sekarang ni bila nak shopping, memang patut pun bawa beg hijau sniri. save our planet!
shazika, saya teringin juga nak cakap macam tu..."encik, merokok buat encik cepat mati"...tapi, takut pulak kena marah dgn manager nanti. haha
faina, sila kagum dgn housemate mu ini ya! hehe. aku perasan, orang cina memang selalu standby beg kain @ plastik siap2..
Uda, ya kerja part time buat diri sangat insaf. susahnya nak dapatkan seposen. sebelum ni tau tadah tangan ja. hehe
go mi nam, memang tengah membina kesabaran. TQ ya
haha. samalah anzur tdi. lupa ari nie isnin. g beli2, pastu xdak plastik. adus. ehehe. eh2, keja kat penang kat mana? anzur pun duk penang gak. Sebrang Jaya. Taw2?
last entry: Koleksi gambar bermain dengan makanan
kamu org penang kah? hehe.. tu la kdg2 keje kena marah je kan dgn customer.. pe leh buat..
Post a Comment