Friday, June 04, 2010

Cemburu seorang bini manager! –part1

Store Manager tempat saya kerja, Happy Mart, Saadi namanya. Muda lagi, baru 24. Badan agak chubby berisi, dengan kumis nipis. Ceria orangnya, dan mulut kuat mencarut. Dalam 50 perkataan yang keluar dari mulut dia, tujuh tu confirm perkataan mencarut. Tak carut, maki hamun orang.

 

Mula-mula saya terkena kejutan budaya. Sekarang ni dah agak terbiasa. Terpaksa membiasakan diri sebab dah kerap sangat duk dengar.

 

Apapun, keseluruhannya, Abang Saadi ni okay. Tegas, tapi tak la garang melampau. Lagipun, dia tak ‘buli’ saya sangat, berbanding staf Indon yang kerja di situ juga. heh, berani dia nak buli saya lebih-lebih, saya ni belajar lagi tinggi dari dia, hak3

 

Mula-mula kerja, saya panggil dia Encik Saadi. Tapi dia cakap, ‘aku ni bukan kerja gaji juta-juta. Panggil Abang Saadi sudah. Jangan beradap sangat. Rimas’

 

Semua staf yang lain pun panggil Abang Saadi pada Manager ya, bukan saya seorang.

 

Kisahnya yang saya nak bebelkan di Blog Ain Fathihah hari ni, bukan pasal Abang Saadi sangat. Tapi mengenai isterinya.

 

Pertama kali saya tengok isteri Abang Saadi, masa saya kerja shif petang (3pm-11pm). Malam tu lebih kurang lepas isyak, saya perasan ada seorang makcik bersama anak gadisnya, masuk ke Happy Mart, dan membaca majalah dengan agak lama.

 

Sambil tu mereka berdua berpusing-pusing dalam kedai membelek barang. Sampai di depan rak kondom, si gadis menunjuk jari ke arah kondom, berkata sesuatu kepada ibunya, kemudian mengekek ketawa.

 

Masa tu saya terus terdetik,

 

‘eh apahal gedik sangat budak ni. Gelak mengilai macam tu’

 

Kemudian saya terus tanyakan pada Abang Saadi

 

“Abang, pasaipa depa dua tu”,

Sambil memuncung mulut pada si gadis dan si makcik.

 

“taktau kat depa”

Jawab Manager tanpa perasaan.

 

Dua hari selepas tu, baru lah saya tahu, itu isteri dan anaknya. Ceh! Masa saya tanya, dia buat-buat tak kenal plak.

 

Woahaa! Takkan Manager umur 24 dah ada anak dara besar tu? Tingkatan 4. Cantik anaknya, tinggi lampai, paha putih mulus (err, ni bukan saya yang pi belek paha dia, dia yang tunjuk, dah pakai seluar pendek paras pangkal paha, nak tayang paha la tu kan), mata sepet macam anak Cina, tapi kulit sawo matang, & rambut bertocang comel.

 

Err, tapi maknya… saya tengok rasa pelik. Gincu merah mencalat. Atas kelopak mata calit warna biru. Bedak agak tebal (saya rasa tebal sebab beza sangat warna muka dengan leher), telinga bertindik banyak..lebih kurang 4-6 tindik. Semua berpasang subang.

 

Saya anggarkan usia dia sekitar 35-40tahun. Jadi saya teka Abang Saadi berkahwin dengan janda anak seorang yang lebih tua dari usianya.

 

Sejak awal, saya perasan Makcik (haha kurang ajar gila panggil Abang kat si laki, tapi kat bini bahasakan makcik) ni agak semacam sikit dengan saya. Bila saya kerja petang ke malam, dan dia datang Happy Mart, dia akan memuncung-muncung bibirnya buat muka menyampah kat saya.

 

Eh, apahal la Makcik ni kan. Saya taktahu apa yang tak kena dengan saya.

 

Bila dia lepak di Happy Mart, kerap jugalah dia membelek barang-barang dalam Happy Mart, sambil membebel-bebel susun atur barang berselerak, berhabuk dan semak. Macam-macamlah dibebelkan.

 

“Abang, tengok ni barang bersepah. Pekerja Happy Mart ni semua malas-malas, tak buat kerja. Makin gaji buta!”

 

Aik? kalau dah saya seorang saja staf yang ada, mesti lah dia tujukan pada saya kan?Tapi saya buat muka kering saja. buat tak dengar. Berubah airmuka pun tak. Maintain comel + kiut melayan customer yang tengah bayar di kaunter.

 

Minggu kedua saya kerja, masa tu saya kerja malam, Makcik gincu tebal ni ada. Sambil dia berbual dengan seorang customer, pasal Fasha Sandha mengorat suami orang, tiba-tiba dia bercakap dengan nada tinggi,

 

“sapa goda laki aku tau lah macam mana aku nak ajar!”

 

Erk? Kenapa dia cakap macam tu sambil jeling-jeling saya pulak?

 

Masa tu saya terus rasa sebu perut. Isk, Makcik ni duk ingat aku ada affair dengan laki dia ke? Makcik ni syak aku tengah goda laki dia ke? Makcik ni nak ganyang aku ke?

 

Tapi perasaan tu saya abaikan. Yelah, rasa macam… takkanlah dia anggap saya (yang macam budak-budak) ni nak mengorat suami dia. Mungkin dia tujukan amaran dia tu kat orang lain kot.

 

Tiga malam lepas, saya baru habis waktu rehat sejam, dan masuk balik pukul 9.30pm. Masuk ja kedai, saya tengok ada Makcik tu dengan anak gadisnya yang comel, dan seorang perempuan sebaya saya (tak secomel anak gadis tu, tapi lebih seksi), tengah duduk lepak-lepak dalam kawasan kaunter cashier.

 

Masuk kedai ja, saya menuju ke mesin kaunter, dengan Abang Saadi tengah key in borang pesanan. Biasa memang macam tu, saya bukan jenis nak berlakon pi buat kerja (semakkan barang then susun balik) bila Manager ada.

 

Selagi Manager tak suruh saya buat kerja lain (selain buat kerja cashier), memang saya takkan bergerak dari kaunter cashier. Kalau takda orang, melongo lah saya di situ, menunggu customer. Lagipun saya taktahu apa yang perlu dibuat selagi tak disuruh. Rasa macam bodoh ja kalau saya pi selerakkan barang, kemudian atur balik.

 

Selepas 5minit saya masuk kerja malam tu, badan dah terasa dengan kesejukkan aircond. Tanpa saya sedar, saya memeluk tubuh sambil berkata perlahan,

 

“ui, sejuknya”

 

Kemudian saya perasan, si Makcik berjalan menghentak kaki keluar dari kedai, sambil mulutnya mengomel,

 

“dah. Aku nak tubik. Panas dalam ni. Meluak, meluak! “

Sila baca dengan loghat pantai timur ya. Meluak tu meluat ya.

 

Double pelik. Tapi masa tu saya masih tak terasa apa-apa.

 

Esoknya….

 

p/s : esok? Haa esok lah baru ada sambungan..

13 komen tak puas hati:

Mas said...

aku ase ko leh wat buku la pasal pengalaman bekerja kt happy mart..mcm2..

nt smbung cte ag yer...

hentian said...

tahniah Ain! mula memasuki universiti baru. universiti realiti...

kapten said...

ain hang boleh tulis satu novel, permulaan buat cerpen dulu. Cerita yang menarik pengalaman berkerja di happy mart..

Mr. Asada said...

hahahahaha.. adoi!! kena sangat la tajuk entry ni...

meluak.. meluak!! hahaha

mungkin sejak abang saadi tu bgtau ada pekerja baru bekerja kat mart tu, jadi makcik tu seakan2 rasa tergoyah.. hahaha

Lun said...

dia kan sayang laki dia, dia tkt laki dia tergoda ole kamu plak =_=

Ann said...

ok xsbr nk tgu nak part 2 :)

Anasfadilah said...

cepat sambung! makcik bibir merah tu jeles nampaknya..jangan dibelasah kamu tak pasal-pasal sudahlah ain..happy mart kat mana ni kerja..kot ada masa senggang leh la melawat ke apa ke kan..hahaha

Luthfi Suib said...

syokla ain.. tulis lagi..
sy tau ain mst takkan gatai2 ngn orang, sbb tu mak bapak tak ajar kan..

btw, happymart mana kamu kerja ni? nak kena terjah tak? :D

ain fathihah fhm said...

Happy Mart di Prima Tanjung, Tanjung Tokong. bangunan depan Island Plaza

kapten said...

Xpa nanti aku balik aku p cari happy mart.. tue..

hafizmd said...

hhohoho..habislah cik ain..

p/s - terus sambung part 2

myQza said...

dia kahwin dgn janda berhias?

NiZaM Limited said...

erkk..to be continuee..
cepat2 bukak part 2 plak..=p