mereka yang tegar

Friday, January 29, 2010

Kembara Malam

Ko-kurikulum saya semester ini,

UKS 1171 – Kembara Alam.. jadi, aktiviti-aktivitinya pun berkait dengan alam juga.

 

Aktiviti pertama Kembara Malam, aka Nightwalk yang sepatutnya berlangsung pada minggu lepas, ditunda ‘atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan’.

 

Mulanya AJK Nightwalk pilih tarikh 30-31 Januari. Tapi setelah ada permintaan daripada saya dan kawan-kawan sebab berselisih dengan tarikh Fieldtrip Ekologi di Gunung Lang, Ipoh, aktiviti Nightwalk ini dijalankan pada 29-30 Januari.

 

Malam ini!

 

Tentatif programnya, berkumpul di Bitarasiswa pada jam 9.00malam ini, dan berakhir dengan solat Subuh berjemaah esok hari, setelah habis aktiviti meredah malam di hutan Sg.Samak, semalaman..

 

Kemudian, pukul 8 pagi saya dan pelajar Ekologi kumpulan A akan bertolak ke Ipoh..

Fieldtrip di Gunung Lang pun boleh tahan lasaknya juga.

 

Maka, dengan badan yang kelesuan setelah seminggu ini, tiap2 hari tidur saya kurang 3jam buat Lab Report yang tak berkesudahan,

 

Mungkin kena standby

Red Bull

Livita

100+

Tongkat Ali

Kopi Jantan, kopi Janda pun boleh juga

 

Untuk  ketahanan badan!

 

Uhh, SAYA GAGAH!

5 komen tak puas hati:

MaMa MoDeN said...

salam
hati2 buat aktiviti2 camtu..
jangan suka2 sangat, sentiasa bsama dlm kmpulan ngan kwn2..

HagakureKira said...

haa.. igt pesanan mama tu tau.. jgn seronok (sangat) dlm hutan.. hati2 bila bgerak.. sediakan barg2 yg perlu secukupnya.. ubat2 utk kegunaan sendiri..agakureKira

ain fathihah said...

jgn seronok sgt?
huhu tak pikir seronok pn

lagi kena pikir nk siapkn task kt sana

BUKAN PI MELANCONG!

ain fathihah said...

ok TQ mama.. sakit perut plak ni, adehh..

amirah said...

huh..bole ka pekena kopi jantan skali ngn kopi janda..
satg gadoh lak..hehe