mereka yang tegar

Wednesday, January 13, 2010

Ich Lerne Deutsch!

Semester ini, saya mengambil Kursus Pengayaan. Masa nak ‘add’ kursus semester lepas, memang tak tahu nak ambil bahasa apa sebagai bahasa keempat. Kebanyakan kawan berebut untuk ambil Bahasa Jepun Komukasi. Dan juga Bahasa Mandarin. Kelas pun banyak dibuka, dan penuh pula semua. Jepun? Hehe, saya tak minat. Dan saya tahu ramai nak ambil bahasa jepun supaya senang nak tengok drama jepun. Mandarin? Alamak, rasa macam tak mampu ja nak belajar bahasa dan tulisannya sekali.

 

Kamu pernah baca novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman? Ingat tak ada satu bab masa Aisha nak memperkenalkan diri pada Fahri, dia cakap,

 

“mein Name ist Aisha”

 

Hehe, masa tu memang rasa tertarik nak belajar Deutsch. Dengan bangganya ‘add’ kursus ni sorang-sorang tanpa ajak sesiapa (kawan sekelas @ kawan yang kenal). Seminggu lepas tu, saya promote Deutsch pada Noris, dan dia add. Yeay! Sekurang-kurangnya ada kawan.

 

Semester ini pula, setelah masuk satu kelas, saya dan Noris promote Deutsch pada Syadida untuk add subjek ini. Jadi, ada 3 orang pelajar Biologi.

 

Kelas Deutsch memang seronok. Santai. Tak terasa dua jam kelas. Masa masuk kelas pertama, penat saya menahan tawa sebab rasa lucu bila Frau Rubi bercakap Deutsch. Bunyi macam orang melayu utara yang tak tahu English langsung membaca ayat-ayat dalam English.

 

Teknik belajar bahasa,

Dengar, ikut, sebut, baca dan tulis. Best-best.

 

Untuk belajar Deutsch ni, kena keraskan lidah sikit. Buat-buat macam tengah sakit tekak. Baru sedap bunyinya.

membaca Deutsch agak mudah, cuma yang sedikit payah adalah untuk menguasai tatabahasanya. hampir macam Bahasa Arab.

 

Nanti untuk entri akan datang, saya akan kongsikan apa yang saya dah belajar bersama kalian. jom makan, lapar.

wassalam.

8 komen tak puas hati:

HagakureKira said...

bunyi srupa mcm org utara cakap x?

"apa habaq?"
"hang nk p mana?"
"ayaq acaq?"
"awat?"

err..
sekadar nk tau je..
nak belajar?
erm..
jepun best kot..

"ikkoku senkin"

ain fathihah said...

huhu, mana ada macam tu..

huruf R saja..

contoh,

'sprechen' (speak)

cara sebut, bunyi R tu bagi tebal. tu ja..

takdak aih hang-hang ni semua

atyrah said...

guten tag!

haha.

aku terpaksa drop german sem ni. sedih. sob.sob.

ninim said...

patut la sibuk

sampai tak nampak hang

ni rupanya keja hang

amirah said...

ain da tere german
kat umah speking german dh..hihi :p

Luth Textile said...

ulaq melingkaq ataih pagaq..
sebut dlm belanda ya..

haha.. cam excited je nak tau cara sebutan tulisan deutch..

ain fathihah said...

"Schlange rollte sich an den Toren zusammen"

ain fathihah said...

haha susah payah.