mereka yang tegar

Thursday, January 07, 2010

Kembali ke rutin

Salam’alaik, salam anak kandung suluh budiman. Saya masih tegar di bumi kandung suluh budiman walaupun wujud kontroversi melanda dunia bakal pendidik. Abaikan itu semua dulu. Saya punya tugas besar di UPSI ini. Belajar.

 

Sudah minggu kedua di semester dua sesi 2009/2010. Sudah dua minggu jugalah saya dan insan-insan lain yang seangkatan kembali ke rutin. Rutin? Opss, sudah pasti banyak rutin yang berlaku di sini. Pergi kelas balik kelas. Terima tugasan, buat tugasan dan hantar tugasan. Berpoya-poya.

 

Rutin yang tidak berubah dari saat saya menjejak kaki di semester satu, hinggalah sudah besar sikit di semester empat ini,

rutin pergi kelas dan balik kelas yang saya tertarik untuk catitkan di sini adalah,

.

.

Ya, ini. Berebut Menaiki bas.

Bakal guru menaiki bas dengan cara itukah? Hehe, mencabar kan. dengan jumlah pelajar yang menunggu di hentian bas dan jumlah bas catar yang seadanya wujud itu, maka persaingan adalah sengit untuk memastikan diri sendiri dapat memboloskan diri ke dalam bas.

 

Fuh fuh! Bila waktu-waktu puncak (8.00 pagi, 2.00petang, 8.00malam) untuk ke kelas, memang begitulah. Beratur? Eh ada. Pelajar UPSI masih belum lupa erti beratur untuk menaiki bas.

 

Pagi hari, haaa..masa itulah baru wujud ertikata beratur. Memanjang sampai ke belakang rumah saya.

 

Di waktu puncak lain, terpaksalah berebut. Masa ini, siapa yang ayu, yang cantik, yang menawan semua....bertukar! menjadi seseorang yang rakus untuk naik bas. ah, yang penting berjaya naik bas supaya tidak terlambat masuk kelas.

 muka gembira gadis-gadis bila dah dapat naik bas.

Kadang-kadang saya rasa, penat ja seterika baju kuliah aka baju kurung sebelum ke kelas. Habis berkedut ketika berasak-asak di tepi bas. Huhu, huduh perangai kan.

 

erm? Berasak-asak? Tak tersentuh ke badan lelaki dan perempuan? Ahaa, kaum lelaki adalah kaum minoriti (endangered species = spesis terancam) di UPSI. Sikit ja ada. Dan jarang mereka ini berebut bas sekali dengan perempuan. Mungkin spesis lelaki bimbang dan risau dicabul semasa berasak-asak itu. Mungkin.

 lelaki : aku cool, tak payah berebut. nanti dicabul. iskk, susah bila jadi minoriti ni. kena buli.

.

.

Selalunya yang maju mara ke hadapan untuk berebut bas, adalah kaum perempuan. Awww!

 

Cikgu-cikgu, bila nanti kita semua sudah masuk ke alam pekerjaan. Ketika menjadi guru, kalian masih perlu menasihatkan anak-anak murid kita,

 

“sila beratur ketika menaiki bas”

 

Huhu.

20 komen tak puas hati:

F.Aminurrashidd said...

kekadang aku biaq ja depa naik, tapi mostly aku serbu jugak.. hahaha., kalo ader kelas lecturer jenis tak leh negotiate tntang kes datang lewat.. harus laa aku terjon samer dlm harungan ituh.

HaImi SuHAiMI said...

hu4..ak selaku lelaki kat upsi..join sekali ngan dak pompuan rebus time nek bus..y penting xder da gentle2 n cool2..masa itu penting...akekekekeke

amirah said...

ain adakah kita nek bas dgn rakus?..hik3

ain fathihah said...

haha. dua lelaki dh menafikan teori aku. tapi siyes la, aku jarang la nampak kaum terancam lelaki ni duk berebut sekali naik bas. selalunya depa maintain buat muka toya ja tak naik2 bas...

ain fathihah said...

mira, itu sudah pasti. sanggup sakit2 badan berebut bas..hehe..

rakus la tu

F I T said...

ish2 cikgu tak beratur..pe ni..hehe ^_^

Qaseh Rai'ha said...

rindu la dgn suasana mcm 2... kak ibah sgt terer tau berebut bas!

ha3

ain fathihah said...

hehe, kak ibah..
org badan kecik mg terer berebut bas..

sbb badan kecik, senang menyelit

muhd abu handhalah said...

aku membenarkan teori ko ain.
aku tidak berebut bila aku tgk kaum wanita yang mungkin ada yang menjadi bakal isteri lelaki yang ada kat dunia ini berebut macam sperma tgh kejar ovum ketika naik bas.

aku hanya bersikap cool sambil menggeleng2 kan kepala. dan berbicara dalam hati "aku tak kan kawen dengan mereka ini"

psst fawiz : aku tak kesah masuk kelas lewat. yang penting aku tidak dicabul. :)

HaImi SuHAiMI said...

ain..ko xnmpk sebab ko kecik..he4..da tenggelam lam pompuan y duk berobut..hik3

ain fathihah said...

ergh, abu sentap..

waaa, insaf dah aku ni Abu..

ain fathihah said...

sperma tgh kejar ovum?
hik3. analogi yg comel.
dh la aku mg sekian lama duk agp gambarajah sperma dan ovum itu comel.

ismiaisha said...

haha~
lelaki kdg2 berebut jugak..
tp kalo yg berebut jgk tuh mmg akan dipandang serong laa..
hik3~
:P

aku pn terer mnyelit..
bila dpat naik bus tu,
puas giler rasa..
bkn sng nk rasa pngalaman cmni..
hik3~
:D

ain fathihah said...

betul tu sti, bila dapat naik bas tu (setelah penat berebut),

rasa macam....

"wahhh, akulah juara"
haha

amirah said...

ain..aku cuba utk tidak rakus
tp ak kecewa, sampai dpn pin2 bas tiba2 pntu 2 tertutup..mau x hangin ak..
dh r pns bas lak lmbt ari sabtu..
naseb2..

ain fathihah said...

hehe, mg mencabar kesabaran betoi situasi hg, mira..
rasa nak pancitkan tayar bas je kan.

ahmad said...

minggu depan minggu ke-2 kelas...rasa macam nak tambah cuti...hehehe

cahaya mataku said...

petua nak cepat naik bas:
menjerit dgn sekuat hati,
"tepi2 bas nak meletup!!!".

kami dah aplikasikan dan alhamdulillah berjaya.

SELAMAT MENCUBA :)

F I T said...

hahah kelakar gila..polis tangkap kang baru tau sbb wat pengumuman palsu..

ninim said...

aku nampak mare dalam bas itu