mereka yang tegar

Wednesday, September 30, 2009

potret raya : cerita tak terungkap

Gambar 1 : dalam feri Penang. raya ke-3. perjalanan balik ke kampung, konvoi 1van dan 1kereta. famili Baba dan family Mak Jang. 

.

.

Gambar 2 : Ini hero pujaan hati kami. sedar tak sedar, Baba dah ada 4 orang anak-anak dara. eh eh bila masa Baba ku nak tua nih? Baba asyik maintain muka muda remaja.

.

.

.

.

Gambar 3 & 4 : Raya ke-dua. pergi pantai. mandi laut? uhh, apa hal lah orang bandar ni, raya-raya boleh pergi berkelah pulak. polis tak tangkap pun kan? jadi, takda hal lah.

bawa Wafa merasa mandi laut. hehe. yang lain-lain pun menumpang bermandi manda jugak.

Sejak tsunami 2004, famili saya memang jarang ke pantai, berkelah. kalau ada pun, bila ada saudara-mara jauh yang ajak pergi, maka baru kami ikut sekali. sebagai pemandu pelancong konon. ceh cehh..

bila bapak budak main pasir pantai lebih dari budak. buat istana pasir. Abg Imy dan anaknya, Wafa. Baba dan Adnin. Abg Imy dan Kak Hanim ni anak menakan Baba ku, merangkap sepupu ku.

Saya selalu rasa nak tergelak bila Wafa dan anak-anak sepupu ku yang lain panggil Baba dan Mama, Tok Su.

dah tua rupanya mereka!

.

.

.

Gambar 5 : bila budak-budak nak main air, maka nak tak nak kakak budak terpaksa juga mencecah kaki ke air. meneman. tapi Mira (Kak Uda), merengek-rengek pulak kat Mama, dia pun teringin nak mandi laut, tapi tak bawa baju salin! hah, tengok je lah ye.

.

.

Gambar 6 : ini lagi seorang tukang jaga budak-budak di pantai.

penatlah saya dan Mira menjerit pada Adnin dan Kakak

"heyy, jangan percik ayaq! basah baju kami nanti!"

.

.

.

Gambar 7 : bila semua orang besar sibuk di pantai, mak-mak budak (Mama dan Kak Hanim sibuk makan bekal berkelah),

maka kami telah import baby sitter khas dari Kulim.

Encik Fadzil kena jaga Wafi. hehe.

haa, belajar pegang baby ye.

ehem!

(TQ abg syg sbb sanggup join kami. haa, tu la sapa suruh tak join BBQ malam raya pertama)

.

.

.

Gambar 8 : sempat posing sebelum pergi berkelah.

anak dara 1 : Ain Fathihah aka Tata aka Mak Wa.

anak dara 2 : Amira Fatin aka Kak Uda aka Mak Da

mak dara : Kak Hanim aka Mama Hanim

teruna cilik (dalam dukungan) : Wafi

.

.

.

Gambar 9 : Kak Hanim sekeluarga. Mama budak, Wardah Hanim. Daddy budak, Abang Norimy.

cahaya-cahaya mata penyeri jiwa,

Wafa Hani Humairah dan

Wafi Hamiz Hakim

.

.

.

Gambar 10 : Bergambar ramai-ramai atas feri. Jom balik kampung!

.

.

.

Gambar 11 : singgah beraya rumah Mak Teh (tiada dalam gambar) di Kulim. kemudian beraya rumah Encik Fadzil. Mak Fadzil yang berbaju merah tu. ala, yang duduk sebelah saya tu.

eh bukan, saya yang duduk sebelah Mak Fadzil.

Ayah Fadzil yang sedang pegang Wafi.

Alhamdulillah.

Moga ukhwah dua keluarga dapat terjalin sampai bila-bila.

.

.

.

Gambar 12 : rumah Mak Ngah (istana Gunung Keriang)

jejaka di tengah tu, sepupu saya.

Fathul Nizat, tingkatan 4.

makk aii, badan besar dah macam bapak orang.

.

.

.

Gambar 13 : Gotong-royong kenduri anak Mak Ngah, Che Fadzlina.

sepupu saya juga..

eh, orang sibuk buat kerja,

kenapa dua orang ni buat drama?

nak buat kerja ke, nak berpeluk ni..aiseh

tapi pinggan di tangan Mama sebagai bukti dia tengah buat kerja dan tiba-tiba dipeluk.

paksarela la kot.

hahaha.

moga kebahagiaan kekal hingga akhirat.

ameenn..

(hey, kamu juga! cepat aminkan!)

.

.

.

Gambar 14 : Rombongan menghantar pengantin perempuan ke kenduri sambut menantu di rumah pihak lelaki di Sungai Petani. raya ke-7.

Selamat Pengantin Baru kepada Kak Ina dan Abg Zamer.

rombongan 10 buah kereta.


Tamat sudah. Cerita raya saya. memang beda dengan cerita raya dia, mereka dan juga cerita kamu. masing-masing kita punya cerita, bukan? Apa pun, bersyukurlah kita masih punya keluarga untuk membina cerita bersama. Bersyukurlah kita lahir dalam sebuah keluarga utuh walau keluarga kita tidak segah dan semewah keluarga orang lain. Bersyukurlah kita masih punya keluarga untuk kita saling menelefon, berSMS, berblog dan berchatting untuk bertanya khabar. Bersyukurlah kita lahir dalam tahu siapa bin/binti kita, tahu siapa adik-beradik kita, tahu ibu bapa kita dan tahu salasilah keluarga kita.

.

.

Saya sayangggg keluarga saya!

Sunday, September 27, 2009

cerita gadis comot 1 : walimatul 'urus

Saya gadis comot. Memang comot. Tapi ada comelnya. Kebenaran! Ahh, jangan nafikan. Saya memang comel walau kadang-kadang saya comot. Malah, bila saya dalam keadaan comot, saya tetap akan nampak comel di mata kamu. Kamu lah! Kalian juga.

Ahaha!
Dush dushh dushhh!! (intro Ain Fathihah yang entah apa-apa. Maka maafkan saya sebab saya masih mabuk-mabuk sebab banyak makan ketupat)

Musim-musim cuti ni, ada yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri nikah kahwin. Sepupu saya, Che Fadzlina dan suami memang betul-betul mengambil kesempatan ini. Kendurinya, pada hari raya ke-5. 5 Syawal. 

Maka, Baba (selepas ini akan sesekali saya sebut Pak Su) saya, sebagai adik yang mithali kepada kakaknya, Mak Ngah, bersama-sama bala tenteranya (kami la tu!) telah pergi berkampung di rumah Mak Ngah. Rumah Mak Ngah ini semasa kecil sering saya sebut ‘istana Gunung Keriang’. Memang besar. Letaknya di tengah sawah, boleh dikatakan di kaki gunung Keriang. Di Kampung Parit Buaya, Alor Janggus.

Kebiasaan di kawasan kampung, kenduri-kendara secara gotong-royong. Nilai kerjasama yang semakin hilang di kawasan bandar. Huhu, kenduri di bandar, memang tempah makanan catering saja. Syaratnya, hulurkan kertas bernombor, zaassss!!

Dulu semasa kecil, tugas saya bila ada kenduri saudara-mara, saya cuma berlari pergi-balik bermain bersama sepupu-sepupu yang lain. Bila letih, minta air minta makan. Seronok kan?

Tapi serupa juga dengan kisah anak itik yang hodoh yang membesar menjadi angsa betina yang cantik, begitu juga saya. Ceh cehh! Sudah mula ada unsur memuji diri sendiri di sini.

Ya, saya pun sama. Dari seorang yang comot dan berlemuih semasa masih anak-anak, saya membesar menjadi seorang gadis yang cun-melecun. Haha, sangat tipu.

Kata Ali Husni, sepupu saya / anak kakak Baba, Mak Chik Midah,

.....

“ain ni dulu masa kecik-kecik, berlemuih ja.. haha. La ni dah lain dah.”

Angah Ali, yang bezanya 3 tahun lebih tua dari saya, memang seorang yang nakal dan lasak semasa kecil. Mama cerita, dia suka usik saya sampai menangis-nangis dibuatnya. Cubit pipi, tarik rambut, dan menyakat. Huhu. Nanti saya akan balas dendam pada anak perempuan dia! Tunggu la! Ngeh ngehh ngehhh!

Hahaha (gelak jahat + comel).

Ehem, melalut. Titik dulu.

Berbalik kepada hal gotong-royong di majlis kenduri, bila dah besar (orang kata dah boleh diharap) ni, memang saya tak lepas dari disuruh menolong apa yang patut. Seingat saya sejak saya tingkatan satu, saya sudah sering disuruh menjadi bentara. Ahh, bukan bentara. Arr, yang duk bagi bunga telur kat tetamu di hari kenduri tu... apa namanya ehh.. 
Gadis Telur? 
Gadis Bunga? 
Gadis Bunga Telur? 

Errr, tak ingat lah.

Lima enam tahun kebelakangan, dua tiga hari sebelum hari kenduri, saya dan sepupu-sepupu perempuan yang lain akan sibuk membuat bunga telur, 
letak gula-gula dalam kotak, 
cucuk bunga telur pada batang pisang (sekarang dah ada yang moden, bekas yang siap berlubang) untuk dibuat bunga pahar. 
Tolong sapu-sapu bila rumah bersepah. Buat air. Hidang makan. Bla-bla-bla.

Bila rajin memang buat. Bila dah rasa letih dan nak curi tulang, memang saya cuba-cuba lari. Hehehe. tapi selalunya tak dapat lari pun, uhuhu.

Kenduri sepupu kahwin kali ini, saya seperti biasa menolong apa yang patut. Kerja-kerja dapur seperti menyediakan bahan memasak untuk kenduri (kupas bawang kentang halia lengkuas segala, siang ayam, potong daging, dll) memang saya surrender awal-awal. 

Sebab? Orang kampung ramai dah mai tolong. Tak payah berlebih rajin, nanti letih badan. Bawang bukan sebiji dua, seguni beb! Ayam seratus ekor, daging lembu seekor.. hah!

Kalau buat jugak, habis la kematu jari saya. Kurang seribu hantaran nanti. Ceh cehh, gedik.

Friday, September 25, 2009

salam lebaran. dah nak habis cuti dah oiii

salam'alaik. salam lebaran. salam kemaafan. salam ketupat dan serunding ayam. Salam air lemon dan air markisa.

salam untuk semua yang berada di kampung halaman, yang sedang dalam perjalanan balik ke (ke mana2). Salam untuk insan-insan yang tidak pulang ke kampung halaman. Salam untuk encik-encik dan puan-puan, cik-cik yang dah kembali bekerja. Salam untuk siswa-siswi yang sedang resah tak mahu balik ke kampus sedangkan tinggal beberapa hari saja lagi kelas akan bermula seperti biasa.

Akhir salam, salam untuk lembu-lembu, ayam-ayam, kambing-kambing dan ikan-ikan yang dah berkorban untuk kami dan rela hati menjadi santapan yang enak dalam juadah raya kami.

Terima kasih daun keladi.

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri


If I had known
that my death is near
I would have pray to God 
to prolong my life
If I had known that my time's up
I would have prayed to God not to take my life
I am afraid of all my sins I've committed
I am afraid of the sins that continue to overshadow my life

If I had known that your angel of Death would invite me home
Allow me to repent to You
I am afraid of all the sins I've committed
I am afraid of the sins that continue to overshadow my life
Forgive me for all my sins
Forgive me I'm crying in repentance to You
I am a human
who is afraid of hell
Yet I am not really striving for heaven
.
.
.

-NURUL AIN FATHIHAH BT MOHD ROSHIDAN-
.
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pend.Sains - Biologi semester 3
.
Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (2007/2008)
Sains Hayat, H7p5
.
SMKA (P) AlMashoor (2002-2006)
.
SK Telok Bahang (1997-2001)

Thursday, September 17, 2009

erti sabar untuk seorang gadis manja seperti aku

Erti sabar bagi aku itu,
Apabila melihat seorang demi seorang warga UPSI mengangkat beg dan diri sendiri balik kampung. Dan aku masih di sini. Menghitung jam demi jam bila pulak giliran aku untuk angkut beg dan balik kampung.

Erti sabar bagi aku itu,
Apabila ramai yang bertanya, ‘ain, bila balik?’. Aku cuma menjawab ringkas, ‘petang jumaat’. Dan orang yang bertanya menyambung, ‘laa, lewatnya!’ dengan muka pura-pura kasihan bercampur riak sebab dia balik dahulu sebelum aku. Rasa geram di hati, memang macam nak sekeh saja kepala yang bertanya. Mujur dia lagi tinggi, maka aku yang ketot ni takkan sampai untuk sekeh mahupun luku kepala dia.

Sabar ain, sabar.

Tambah bengang bila disoal lagi, ‘ain kenapa tak beli tiket awal’. Iskk, kalau la syarikat Bas atau Keretapi Tanah Melayu Berhad itu, Baba aku ada syer 70%, maka aku akan takda masalah untuk ambil tiket sesuka hati aku tanpa ambil tahu tiket masih ada berbaki atau tidak.

Bila dah geram sangat, aku cuma menjawab tanpa nada,

‘tak apa, aku balik lewat dan kau balik awal, kita tetap beraya pada hari Ahad. So what?’


Aku memang bersungguh belajar bersabar. Sabar la duhai hati. Sabar.

Antara cara aku menguatkan sabar adalah bila mengingatkan ada lagi kenalan yang lebih lewat pulangnya dari aku. Ada yang balik malam jumaat. Ada yang balik pagi sabtu. Jadi, okeylah bagi aku dapat balik petang jumaat kan? sampai penang 11.45 malam. ada yang lain, sampai petang raya. aduhh, lagak orang berkerja saja  caranya.


Alhamdulillah.

Namun bila aku masih berasa sedih tak dapat balik awal, satu cara ini memang buat hati terubat. Ingatkan saja muka Kamaruddin, senior debat aku yang senyumannya manis bergula. Hati terubat dengan manis bergula senyuman dia,
Dan juga
Mengenangkan dia tak pernah berpeluang balik raya bersama keluarga. Empat tahun di UPSI, empat tahun juga dia beraya sendiri dengan kawan-kawan seperjuangan di KUO.

kekangan kewangan memang enteng bagi sesetengah orang, namun menjadi hal yang besar bagi sesetengah yang lain.

Maka, aku memang jauh lebih beruntung. Hati aku takkan sekuat hati dia.
Love u, Bro!
hehe

Tuesday, September 15, 2009

kami memang serius belajar. sungguh!

pandangan skeptikal siswa/i  UPSI jurusan selain Sains (Kimia/Fizik/Bio/Math) :

siswa/i Sains SKEMA. SKEMA? maksudnya, kurang bersosial, tidak gemar bertegur sapa, tak reti menyesuaikan diri dengan orang lain, hidup dalam kelompok sendiri (hah, ini pernyataan Fawez tuttt), terlalu kuat belajar sampai tak tahu dunia luar dan bla bla bla...

iyakah?

.

.

.

iya kot. mari saya buktikan. haha.

.

.

.

sebagai pelajar sains, makanya, kami ada masa amali. biasanya, satu subjek sains akan ada masa 3 jam amali setiap minggu. contohnya, semester ini saya ambil 4 subjek sains (3 major dan 1 minor),

3 jam amali didarab dengan 4 subjek = 12 jam terperap di makmal setiap minggu.

belum termasuk dengan 2 jam kuliah didarap 4 subjek = 8 jam kuliah seminggu.

.

.

.

mungkin itu sebab kami kurang bersosial dan kurang melawa. huh?

sebab kami dah lawa.

bukan..bukan..

kalau pakai lawa-lawa (jangok kata orang kelantan) dan bermekap-mekap pun,

cuma duduk dalam makmal 3 jam mengadap Drosophila melanogaster aka lalat buah.

berbaloikah?

TIDAK berbaloi langsung.

kalau diperhatikan, pelajar sains yang paling kelihatan tidak bergaya dan agak selekeh. bak kata Amy, budak Bio kelas kami ramai yang selekeh-selekeh. mungkin juga di Universiti lain, pelajar sains mengalami nasib yang sama?

entah.

.

.

.

Rupa muka tensi kena duduk dalam makmal Bio yang bosan dan tiada hiburan. ehehe, disebabkan lecturer tak kisah bawa laptop masuk Lab, makanya, tempoh menunggu eksperimen tamat dihabiskan dengan bermain-main dan menghiburkan hati. layan laptop laa!

............

....tapi tak ramai pun yang bawa. laptop 2 kg, senget bahu laa..

...........

..

opss! saya bukan macam Shakir yang main Counter Strike dalam Lab yee..

saya cuma main YouCam di laptop.

Shakir, pinjam laptop hang noh.

takleh?

eh eh, nak jugak!

(biasa la kan, perempuan memang suka snap gambar sendiri. abaikan)

Amy dan Ain. muka comel dan tensi.

gadis merah jambu.

tak tahu nak kata apa.

Shakir! Hang bagi lingkup kecomelan dan keayuan kueh seri ayu aku tau

The 'kumbang' in our class - Bio Sem 3

jejaka-jejaka mana pergi lagi?

dalam kelas saya 59 orang,

cuma ada 4 orang

diulangi,

4 orang sahaja jejaka.

ohh, jejantan lain tak tahulah mana menghilang.

Amy, Shakir dan Syahiran

mereka bosan lalu layan movie @ lagu di laptop.

aduhh, penyalahgunaan makmal

haa, ni baru ada gambar buat eksperimen. tapi, wajah bosan + mengantuk masih tak dapat disingkir dari riak muka Amy.

tengok gambar, Shakir masih curik-curik berchatting dengan Chenta Hatinya. mungkin.

eh?

banyak gambar lelaki?

haa, ahli-ahli kumpulan makmal saya adalah

Shakir,

Syahiran,

Stanley

dan Ain + Amy.

sob sob sob...

.

.

.

okay, dah habis masa amali Genetic. Jom masuk kelas Plant Fisiologi pulak.

masa untuk belajar, ok!


Mana semua orang? tak sampai lagi. saya snap wajah keliru + keluru diri sendiri.

kelas kosong.

saya keseorangan.

(sebenarnya ada lagi orang lain, tapi di hadapan saya. ehem, budak baik memang selalu berebut tempat di belakang kan? kan?)


Okay, Amy dah sampai. Kami lipat tudung ala-ala makcik, dan snap muka riang gembira.

Dr. Hashimah mana? ahhaa, dia dalam perjalanan.


Dr.Hashimah dah mulakan T&L (teaching and learning)

serius serius serius.

tapi gadis-gadis di belakang masih sempat menayang muka bila saya nak snap gambar.

ceh!

bila nak serius belajar ni?

.

.

.

statistik :

lebih 75% kawan-kawan kelas saya mendapat Dean List setiap semester.

(alahai Ain, baru dua semester pun dah kecoh)

biarlah!

betul ke Baba i hensem, Luth?

pagi ini, semasa saya membelek2 nota Plant Fisio, mata tertangkap ke blog Baba, yang baru di'update'

.

.

selesai membaca entri Baba,

berkenaan beliau pertama kali mendapat duit raya dari muridnya..

ah, duit raya saja. apa mahu diheboh?

begitukah kalian fikir..

pada saya, bukan nilai kertas bernombor itu,

tapi, usaha murid Baba untuk mengumpul duit poketnya dan mencari sampul duit raya yang menjadikan saya terharu..

kemudian, ada lagi kisah lainnya.

usai membaca,

saya tersenyum sendiri.

entah.

perasaan yang bercampur baur.

paling penting,

rasa nak tergelak pun ada.

boleh bayangkan macam mana situasinya...

hehehe

sempoi tak sempoi Baba ni..

sedikit entrinya yang membuat hati saya tercuit..

Saya pernah ditegur oleh seorang Nazir yang masuk ke kelas saya pada akhir waktu pengajaran semasa murid sedang menyiapkan latihan, apabila melihat seorang murid sedang memicit belakang saya, sedang saya memeriksa buku latihan murid, dengan nada kesal beliau menyatakan mengapa suruh murid picit awak? Maaf encik, mereka ni anak-anak saya, mereka panggil saya baba................... nilah cara saya menyelami hati dan jiwa mereka.

.

.

.

Yeahhh, Baba memang sempoi.

hahaha

Ba, tau tak..

Luth cakap Baba hensem

ahaks!

Ba, jangan kembang lebih-lebih haa!

Monday, September 14, 2009

puasa si miskin

renungan untuk kita semua yang masih tak berpuas hati kenapa baju raya kita cuma empat pasang sedangkan ada kawan yang berbaju raya tujuh pasang.

renungan untuk kita semua yang masih merungut kenapa langsir rumah tak berganti tahun ini sedangkan jiran rumah sebelah tiap tahun berganti langsir dan perabot rumah menjelang raya.

renungan untuk kita yang masih merengek mahu makan Piza atau KFC untuk berbuka puasa..

renungkan.

di mana kita adanya.

...

..

...

PUASA SI MISKIN

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: 


"Mana emak? " 
"Mak pergi menoreh," jawabnya. 
"Mana bapak?" 
"Bapak pergi kerja..." 
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. 
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. 
"Awak ada berapa orang adik-beradik? " 
"Sepuluh." 
"Adik ni yang ke berapa?" 
"Saya yang kelapan." 
"Mana abang-abang kamu pergi?" 
"Tolong emak menoreh." 
"Adik puasa hari ini?" 
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya. 
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. 
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?" 
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". 
"Bapak kerja apa?" 
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". 

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.

Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. 


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." 

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata 

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat." 
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?" 
"Cuma RM3.00 sehari." 
"Ayahnya bekerja macam mana" 

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Kredit : Fazrulls

Saturday, September 12, 2009

jiwa kacau bila sendiri cari pasal

orang kata, mood raya takkan terasa selagi belum dengar

(baca : layan) lagu-lagu raya.

mungkin juga

tapi masalahnya,

bila aku layan lagu raya,

sendiri rasa syahdu.

arghh, meleleh.

jangan

jangan

huhu

.

.

.

tolong!

tak sabar nak balik Penang jumpa famili

Friday, September 11, 2009

aku memang tak faham dengan Pak Guard UPSI ni

rabu baru-baru ini, saya agak culas mahu ke kelas. berlewah-lewah bersiap pagi itu. berlengah-lengah menyeterika baju kurung dan tudung. sedar tak sedar, suka jam 7.55 pagi! kelas ICT jam 8 pagi. tapi saya masih tergedik-gedik di rumah.

...huhuhuhu...

tetiba saya jadi kelam-kabut. tudung tak sempat dipin atau disilang 'rama-rama' sekemasnya. saya cuma pin tudung dan biarkan tak digayakan. ahh. tak mengapa. seperti ini pun saya sudah cukup comel dan menawan. ahaha, ain jangan perasan.

..

..

..

jiwa skema menjelma. saya mencapai kasut bertutup penuh berwarna hitam untuk dipakai. beg laptop yang besar gabak disandang di belakang. kad matrik? ada. lipbalm? sudah calit di bibir. HP? dah masuk dalam beg. nota? err..tak pasti. kelas ICT ada nota ke entah. Eh, Siti..ada ke?

..

..

..

sampai di kampus, kaki melangkah deras menuju ke kelas. Namun, tiba-tiba, Encik Pak Guard UPSI yang tak berapa muda dan tak berapa nak tua (agaknya hampir sebaya Baba saya), menahan saya.

..

..

uhh? kena tahan?

eh, aku ada buat salah ke. ala, duit tak da, jangan la kena saman. huhu.

hati berbisik resah.

..

..

..

Encik Pak Guard memandang saya atas dan bawah.

Spontan pula saya menunduk bawah melihat kasut. Saya tak pakai sandal pun hari ini, Encik!

ahh, masih suara saya cuma menjerit dalam hati.

Kad Matrik? hah, tangan saya spontan juga bergerak memegang kad matrik. Eh, ada.

Elok tergantung di leher. Encik, apa yang tak kena?!

hah, masih dalam hati.

..

..

..

Kenapa kena tahan ni? dah la saya sudah lewat ke kelas. resah saya memikir.

..

..

Encik Pak Guard dengan muka serius berkata kepada saya,

"adik, tudung ni kalau silang kiri kanan ka, pusing pi lilit belakang kepala ka, baru nampak comel"

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, September 07, 2009

15Malaysia - suara Malaysia

saya sekarang sedang mengumpul dan tertunggu-tunggu filem2 pendek 15malaysia.

ada yang bertanya? apa itu 15malaysia?

haa...

15Malaysia is a short film project. It consists of 15 short films made by 15 Malaysian filmmakers. These films not only deal with socio-political issues in Malaysia, they also feature some of the best-known faces in the country, including actors, musicians and top political leaders. You may think of them as funky little films made by 15 Malaysian voices for the people of Malaysia.

tengok la.. cari saja di YouTube. berlambak. tengok, dan berfikir. jangan tonton tanpa mencerna langsung apa mesej di sebalik filem2 pendek 15malaysia ini.

tajuk-tajuk filemnya...

17 Aug 2009 - Potong Saga by Ho Yuhang 

19 Aug 2009 - Chocolate by Yasmin Ahmad 

21 Aug 2009 - The Tree by Amir Muhammad 

24 Aug 2009 - House by Linus Chung 

26 Aug 2009 - Halal by Liew Seng Tat 

28 Aug 2009 - The Son by Desmond Ng 

31 Aug 2009 - Lumpur by Kamal Sabran 

02 Sep 2009 - One Future by Tan Chui Mui 

04 Sep 2009 - Slovak Sling by Woo Ming Jin 

07 Sep 2009 - Gerhana by James Lee 

09 Sep 2009 - Meter by Benji Lim & Bahir Yeusuff 

11 Sep 2009 - Duit Kecil by Johan John 

14 Sep 2009 - Healthy Paranoia by Khairil Bahar 

15 Sep 2009 - Lollipop by Nam Ron 

16 Sep 2009 - Rojak! by Suleiman Brothers

(yang berwarna merah ini adalah filem yang masih belum ditayangkan)

Saturday, September 05, 2009

arr...kantoi!


kelu lidah

tak terkata

tak tahu macam mana nak rasa,

bila diri dikantoikan oleh pensyarah

sebab tak hadir kelas

hehe

ala, Cikgu Malik

malu saya...

********************

(pura-pura naif)

Cikgu, badan saya tak sihat. sebab tu saya tak hadir kelas. kita belajar apa hari ni? (ceh cehh)

********************

(tapi perlukah terlalu jujur seperti ini?)

Cikgu, saya dah mula kebosanan bila hadir kelas bsmm. ditambah dengan badan yang tak berapa nak sihat. tapi memang pun kelas bsmm dah terasa bosan.

ampunn!

habis la saya kalau Mejar Fais baca ni.

hehe

orang2 bertuah yang tak hadir kelas bsmm hari ini adalah :

ain fathihah

fatin maisarah

raja nur aimi

syahiran

haa, semua budak bio

isk3, apa nak jadi budak2 bio ni

.

.

.

SELAMAT BERBUKA BUAT CIKGU MALEK DAN KELUARGA

hee, gambar kandid Cikgu Malik. ni masa exam bsmm semester lepas rasanya.

Aku anak rantau yang merantau. Ceh ceh

Salam’alaik. Ragam manusia itu pelbagai. Ada yang mulut becok dan banyak cakap (macam saya), ada yang mulut lazer (macam saya), ada yang perasan lawa (macam saya), ada yang pemalu dara pingitan (macam saya, haha), ada yang suka sepahkan bilik (macam saya), dan tentunya wujud macam-macam lagi kerenah dan perangai.

Hidup merantau (merantau ke), jauh dari keluarga..bukan perkara yang mudah bagi sesetengah orang. Mungkin enteng bagi kamu, yang tidak pernah kisah apa makna ‘keluarga’ dalam hidup kamu, tapi sebaliknya bagi saya yang merasakan keluarga itu nombor satu.

Owh, berada jauh dari keluarga memang mencabar. Ya, mencabar bagi saya seorang anak manja. Mungkin tidak bagi kamu yang cuma ‘roger’ nombor telefon rumah bila kantung duit kamu kian menipis.

Berada jauh dari ayah ibu dan adik2 bermakna saya terpaksa lari dari kebiasaan. Kalau di rumah boleh bermanja-manja merengek itu ini pada Baba Mama, tapi bila dah merantau perlu biasakan diri berdikari. Keadaan sekarang memang mengingatkan saya betapa enaknya jari-jari Baba memicit kepala saya jika saya merengek-rengek pening kepala lalu melentok-lentok badan padanya.

Kalau tak reti berdikari tak mungkin kari ayam akan menjelma di depan mata. Bling blingg!! Pilihan yang ada, masak kari (ouchh!) atau menggerakkan kaki ke kedai makan yang ada lauk kari ayam. Pilih bahagian ayam yang kacak dan memikat hati, bungkus dan bayar. Lain halnya bila di rumah. Mama, teringin nak asam pedas. Mama, nak makan masak lemak la. Mama, esok buat karipap ye. Mama, jom pi makan luar la hari ni. Mama itu, Mama ini. Nak begitu, nak begini.

Entah apa saya merepek. Sebenarnya tengah rindu merindu E-1-1 di Penang. Bukanlah bermakna saya tak sukakan no.7 jln.5, tapi...ahh! homesick. Bukan2. rumah tak sakit. Saya yang hati rawan. Huhu, nak balik!

Friday, September 04, 2009

memang tidak enak bila nikmat sihat itu ditarik

Hampir seminggu, badan saya mogok dengan tuannya. Tenaga badan hampir tidak selari dengan kehendak minda.

Ahh, perit rasanya. Bila malam hari saya batuk berkoh-kohh-kohhh tak henti. Sukar melelapkan mata dengan batuk berkokol-kokol begitu. 

Kalaupun saya berusaha untuk tidur awal, hajat merehatkan minda dan badan, tapi tak kesampaian. Saya berbaring sekitar 12malam dan cuba melelapkan mata diiringi dengan batuk, malangnya menjelang ke 3pagi ke 3.30 pagi, saya masih tak dapat tidur.

Cuma berpusing dan bergolek kiri kanan atas katil, kiri ke kanan dan kanan ke kiri.
Kohh kohhh kohh
Batuk itu masih terasa di dada
Ah, maknanya saya masih belum tidur..

Perit rasanya..

Bila berkeadaan begini, barulah terasa insaf dengan nikmat sihat yang jarang disedari
Heh, manusia. Beginilah adanya. Bila ada tak disyukuri, bila tiada dirindu.

Dua kali saya memontengkan diri dari kelas pagi. Hari selasa tidak hadir kelas Plant Fisio walaupun seawal subuh saya sudah terjaga, menyambung batuk malamnya. Badan terasa seram sejuk, tapi bukan hantu yang menyinggah badan.

Badan yang suam panas, kepala pening terasa berat. Sungguh, tak terdaya nak bangun.

Hari rabu, sekali lagi saya memontengkan diri dan laptop dari kelas. Kelas ICT in Biology. Kali ini, panas badan dan pening kepala sudah kurang dirasa, Cuma motivasi untuk ke kelas terbantut dek rasa mengantuk yang amat. Natijah saya melelapkan mata pada jam 5pagi, setelah semalaman tidak tidur melayan resah gelisah badan dan batuk berkokol.

Aduhh, memang tidak enak bila nikmat sihat ditarikNYA.