mereka yang tegar

Sunday, September 27, 2009

cerita gadis comot 1 : walimatul 'urus

Saya gadis comot. Memang comot. Tapi ada comelnya. Kebenaran! Ahh, jangan nafikan. Saya memang comel walau kadang-kadang saya comot. Malah, bila saya dalam keadaan comot, saya tetap akan nampak comel di mata kamu. Kamu lah! Kalian juga.

Ahaha!
Dush dushh dushhh!! (intro Ain Fathihah yang entah apa-apa. Maka maafkan saya sebab saya masih mabuk-mabuk sebab banyak makan ketupat)

Musim-musim cuti ni, ada yang mengambil kesempatan mengadakan kenduri nikah kahwin. Sepupu saya, Che Fadzlina dan suami memang betul-betul mengambil kesempatan ini. Kendurinya, pada hari raya ke-5. 5 Syawal. 

Maka, Baba (selepas ini akan sesekali saya sebut Pak Su) saya, sebagai adik yang mithali kepada kakaknya, Mak Ngah, bersama-sama bala tenteranya (kami la tu!) telah pergi berkampung di rumah Mak Ngah. Rumah Mak Ngah ini semasa kecil sering saya sebut ‘istana Gunung Keriang’. Memang besar. Letaknya di tengah sawah, boleh dikatakan di kaki gunung Keriang. Di Kampung Parit Buaya, Alor Janggus.

Kebiasaan di kawasan kampung, kenduri-kendara secara gotong-royong. Nilai kerjasama yang semakin hilang di kawasan bandar. Huhu, kenduri di bandar, memang tempah makanan catering saja. Syaratnya, hulurkan kertas bernombor, zaassss!!

Dulu semasa kecil, tugas saya bila ada kenduri saudara-mara, saya cuma berlari pergi-balik bermain bersama sepupu-sepupu yang lain. Bila letih, minta air minta makan. Seronok kan?

Tapi serupa juga dengan kisah anak itik yang hodoh yang membesar menjadi angsa betina yang cantik, begitu juga saya. Ceh cehh! Sudah mula ada unsur memuji diri sendiri di sini.

Ya, saya pun sama. Dari seorang yang comot dan berlemuih semasa masih anak-anak, saya membesar menjadi seorang gadis yang cun-melecun. Haha, sangat tipu.

Kata Ali Husni, sepupu saya / anak kakak Baba, Mak Chik Midah,

.....

“ain ni dulu masa kecik-kecik, berlemuih ja.. haha. La ni dah lain dah.”

Angah Ali, yang bezanya 3 tahun lebih tua dari saya, memang seorang yang nakal dan lasak semasa kecil. Mama cerita, dia suka usik saya sampai menangis-nangis dibuatnya. Cubit pipi, tarik rambut, dan menyakat. Huhu. Nanti saya akan balas dendam pada anak perempuan dia! Tunggu la! Ngeh ngehh ngehhh!

Hahaha (gelak jahat + comel).

Ehem, melalut. Titik dulu.

Berbalik kepada hal gotong-royong di majlis kenduri, bila dah besar (orang kata dah boleh diharap) ni, memang saya tak lepas dari disuruh menolong apa yang patut. Seingat saya sejak saya tingkatan satu, saya sudah sering disuruh menjadi bentara. Ahh, bukan bentara. Arr, yang duk bagi bunga telur kat tetamu di hari kenduri tu... apa namanya ehh.. 
Gadis Telur? 
Gadis Bunga? 
Gadis Bunga Telur? 

Errr, tak ingat lah.

Lima enam tahun kebelakangan, dua tiga hari sebelum hari kenduri, saya dan sepupu-sepupu perempuan yang lain akan sibuk membuat bunga telur, 
letak gula-gula dalam kotak, 
cucuk bunga telur pada batang pisang (sekarang dah ada yang moden, bekas yang siap berlubang) untuk dibuat bunga pahar. 
Tolong sapu-sapu bila rumah bersepah. Buat air. Hidang makan. Bla-bla-bla.

Bila rajin memang buat. Bila dah rasa letih dan nak curi tulang, memang saya cuba-cuba lari. Hehehe. tapi selalunya tak dapat lari pun, uhuhu.

Kenduri sepupu kahwin kali ini, saya seperti biasa menolong apa yang patut. Kerja-kerja dapur seperti menyediakan bahan memasak untuk kenduri (kupas bawang kentang halia lengkuas segala, siang ayam, potong daging, dll) memang saya surrender awal-awal. 

Sebab? Orang kampung ramai dah mai tolong. Tak payah berlebih rajin, nanti letih badan. Bawang bukan sebiji dua, seguni beb! Ayam seratus ekor, daging lembu seekor.. hah!

Kalau buat jugak, habis la kematu jari saya. Kurang seribu hantaran nanti. Ceh cehh, gedik.

7 komen tak puas hati:

Hamba Ilahi said...

ain tak akan kurang punya. untuk gadis comel macam ain pasti hantaran kalah artis kan.

a kl citizen said...

assalammualaikum

pakai losen banyak2...

paan said...

kalah artis @ artis kalah ??? bila nak kawin cik ain ???

ismiaisha said...

hehe~

nnti knduri abg aku, aku nk suh ang wat keja dapur jugak!

wahaha~
(gelak jahat+comel) =P

ain fathihah said...

abg din, xnk la hantaran macam artis..artis2 tu kwen cerai macam tukar baju..isk3, xnk la..minta dijauhkn..

sebaik2 wanita kn, yg rendah maharnya..

ain fathihah said...

siti, tak mau tak mau..

hehe..

tp kalau hg ada lg abg lain yg belum kwen, dan dia hensem,

haa, boleh la boleh

aku sanggup!

ahaks

Shahrulrock said...

Kampung Parit Buaya...
Banyak kenangan awal remaja saya berselirat di situ.Kg.Parit Buaya, masih lagi menjadi kenangan berharga untuk diri saya dalam menjalar pada perjalanan panjang yang makin pendek ini.
Terima kasih pada "teman penyayang"Kg.Parit Buaya.Dia mengajar saya erti rindu, erti kasih dan erti sebuah kehidupan yang masih di simpan, walaupun sudah hampir 12 tahun membaluti hidup saya.