mereka yang tegar

Monday, September 14, 2009

puasa si miskin

renungan untuk kita semua yang masih tak berpuas hati kenapa baju raya kita cuma empat pasang sedangkan ada kawan yang berbaju raya tujuh pasang.

renungan untuk kita semua yang masih merungut kenapa langsir rumah tak berganti tahun ini sedangkan jiran rumah sebelah tiap tahun berganti langsir dan perabot rumah menjelang raya.

renungan untuk kita yang masih merengek mahu makan Piza atau KFC untuk berbuka puasa..

renungkan.

di mana kita adanya.

...

..

...

PUASA SI MISKIN

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang kakak yang berumur baru kira-kira 11 tahun: 


"Mana emak? " 
"Mak pergi menoreh," jawabnya. 
"Mana bapak?" 
"Bapak pergi kerja..." 
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?" Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan. 
"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan. 
"Awak ada berapa orang adik-beradik? " 
"Sepuluh." 
"Adik ni yang ke berapa?" 
"Saya yang kelapan." 
"Mana abang-abang kamu pergi?" 
"Tolong emak menoreh." 
"Adik puasa hari ini?" 
"Sama je pakcik, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..." Jawabnya. 
Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu. 
Lalu aku bertanya lagi "Adik bersekolah dimana?" 
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu..". 
"Bapak kerja apa?" 
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa ". 

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat.

Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu. 


"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah Pakcik.." 

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata 

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat." 
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?" 
"Cuma RM3.00 sehari." 
"Ayahnya bekerja macam mana" 

"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Kredit : Fazrulls

3 komen tak puas hati:

MARiZA said...

sedihkan.
ramai lagi yang merana hodupnya.
kalau lah sistem zakat di malaysia efficient gila,
takde nya yang hidup melarat.

MaMa MoDeN said...

salam,
tata & mariza, pakcik mat sabu slalu cakap, kalau wang zakat diseluruh negeri ni diagih2kan dgn efisyen, telus, tiada kerenah birokrasi... pasti takkan ada langsung miskin tegar smpai tak cukup makan di malaysia ni!

wang zakat mesti dihabiskan stiap tahun utk mbantu fakir miskin, sbab stiap thn org bayar zakat.

Sebab tu mama, baba bila tunaikan zakat fitrah, bagi terus kpd insan2 yg memang susah ni.,, puas hati... mereka boleh terus guna wang tu tanpa perlu isi sgala bagai borang hanya utk seratus dua.

smpai ada dimalaysia ni, tlalu miskin lebih pentingkan beli makanan dr beli pakaian...

tata, I'ALLAH famili kita antara yg bsderhana dlm bhari raya. sperti biasa lani mama tgh kalut basuh tirai umah kita satu persatu, sambil2 basuh sarung kusyen... ermmm dok jahit ada yg tkoyak sehelai dua ni, nampaknya tak ada rezeki juga nak ganti tahun ni...

ada tak ada belikan kakak&adik baju slai dua, kita yg lain ni pakai yg buat dua bulan lepas lah kan....

syukur alhamdulillah dgn rezeki yg ALLAH bagi stakat ini, sedangkan masih ramai sgt lagi diluar sana yg lebih ssh hidupnya dr kita...

Anonymous said...

hmm.story ni betul ke ain? kalu betul kat mana rumahnya.terasa ingin menghulurkan bantuan..


anna mopiko