Wednesday, May 20, 2009

aku anak cikgu! (dedikasi hari guru) bhgn 2

ehemm..terima kasih pada semua yang bagi respon memberangsangkan pada entri 'Aku Anak Cikgu'. Ramai juga yang mengaku diri anak guru dan mempunyai pengalaman hampir serupa dengan saya. Yang jauh beda pun ada...baik, jom sambung cerita lagi.

..............................

..............................

Salam'alaik. Pengalaman saya di sekolah rendah pun ada 1001 satu cerita. Kebanyakannya masih terpahat kuat di ingatan. Sekolah rendah pertama saya, Sek Ren Keb Jenderam Hilir, Dengkil, Selangor. Saya tak pasti berapa lama saya bersekolah di sini, mungkin tak sampai setahun. Semasa saya dan keluarga menetap di sini, Baba sedang sambung belajar di Maktab Perguruan Islam, Bangi.

.

Hal saya sebelum masuk sekolah? Heh..baju sekolah dah tentu perlu ditempah. Kata Mama kalau nak beli pun rasanya tak da saiz. Yang bermasalah ialah kasut sekolah. Kami pusing merata pekan dan hampir habis semua kedai kasut kami masuk. Mencari kasut sekolah yang padan dengan saya. Sejak kecil, badan saya memang kecil. Mungkin tak sepadan dengan usia. Nak cari kasut sekolah ketika mahu masuk darjah satu pun memang masalah. Takda kasut sekolah sekecil kaki saya. huhu.. nak tahu satu rahsia tak, saiz kasut ni memang sampai sekarang menjadi satu masalah buat saya. Geram betul! Beli kasut budak-budak kang, tercengang orang kedai kasut tu. Hee!

.

Baba hantar saya ke Sek Keb Jenderam Hilir paginya dan petang, ke sekolah agama rakyat. Saya agak kebosanan di sekolah rendah, tak tahu mengapa. Cikgu tetap mengajar ABC dan 123. Sekelas saya pula ada lebih 40 orang murid, agak sesak dan sempit. Suatu yang saya masih ingat, cikgu mengasingkan 4 orang daripada kelas ini dan kami diletakkan setempat. Cikgu beri tugasan lain sikit daripada yang lain. Sebab? Kami 4 orang dah cekap membaca. Jadi, Cikgu Mariam namanya, tak mahu lagi mengajar kami ABC. Bagus, bagus! Hehe.

.

Cuma saya memang seronok di sekolah agama sebab banyak belajar benda baru. Ustazah pula agak memberikan perhatian kepada saya. Budak kecil yang mulutnya potpet-potpet. Satu hari, ketika saya masih di darjah satu, Ustazah panggil saya dan suruh saya mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita kisah tauladan. Dia tunjukkan saya 3 sampel cerita. Cerita versi panjang, versi pendek dan sederhana. Saya memilih versi sederhana. Balik rumah, Mama dan Baba bantu saya menghafal cerita itu. Siap dengan intonasi dan gaya bercerita. Tapi, saya tak sempat pun mewakili sekolah dan menyampaikan cerita itu dalam pertandingan. Hampir hari pertandingan, keluarga saya berpindah sebab Baba dah habis maktab. Wuuu! Penat je hafal. Kecewa betul!

.

Saya bersekolah sekejab di Sek Keb Ayer Itam, Pulau Pinang. Tak banyak yang saya ingat di sini.

.

Kemudian, keluarga saya berpindah ke Telok Bahang. Saya bertukar sekolah ke Sek Keb Telok Bahang. dan.....Baba saya juga ditugaskan mengajar di sekolah yang sama!

............

Fuhh, jadi anak cikgu dan bapanya mengajar di sekolah yang sama, memang saya rasakan sebagai satu cabaran. Agak popular ketika itu. Kawan-kawan sedarjah suka menghampiri saya. Budak lelaki suka mengusik dan menyakat. Kakak-kakak yang lebih tua, suka datang dan cubit-cubit pipi saya. Nak buat adik angkat la. Nak jadi kakak angkat la. Err, nyampah betul. Nampak sangat nak bodek sebab saya anak cikgu. Haha, ataupun saya memang comel dan sebab tu ramai yang perkenan, ahaks! (ini blog saya, suka hati la saya nak puji diri)

.

Suatu hal yang saya ingat sampai hari ini, sebagai anak cikgu, saya mesti menjaga nama baik Baba. Saya tak boleh buat hal yang boleh memalukan dia. Saya mesti berkelakuan baik dan menjaga tingkah laku. Saya mesti menyiapkan semua kerja sekolah supaya cikgu yang mengajar saya tidak mengadu kepada Baba.

.

Tak seronok betul, semua orang anggap saya budak skema. Saya suka menyombong. Saya berlagak bijak. Huhu, terima je la.. Kebetulan pula, memang saya tidak begitu suka berkawan dengan sembarangan orang. Banyak perkataan mereka yang saya tidak faham dan pelik dengarnya di telinga saya (bila dah besar ni baru saya tahu rupanya perkataan-perkataan yang saya tak faham tu perkataan mencarut dan lucah)

.

Tak seronok pun sebenarnya... orang cuma kenal saya sebagai anak Ustaz Roshidan.

Cikgu panggil, "Kamu Fathihah, anak Ustaz Roshidan...mari sini".

Kawan panggil, "wei hang anak ustaz Roshidan, jom la main".

Makcik Kantin panggil "haa, anak ustaz nak beli apa ni?".

Tukang kebun panggil "hah anak ustaz, duk main apa ni. Bapak hang duk cari tu nak balik dah".

.

Adehh, tak seronok betul. Saya pun ada nama la! Susah sangat ke nak panggil saya Fathihah? Orang kenal saya sebab saya anak cikgu. Bukan sebab diri saya sendiri. Saya sentiasa merungut-rungut hal ini kepada Baba bila di rumah. Dia cuma ketawa.

4 komen tak puas hati:

MaMa MoDeN said...

salam
hermmm semakin menarik entry tata ni.
mengenang kembali nostalgia, suka duka sebagai anak seorang cikgu.
boleh tak nanti mama nak tulis pulak pengalaman dari sudut pandangan sebagai isteri seorang cikgu, sebelum mama boleh menulis pulak dari sudut pandangan ibu seorang cikgu... boleh tak... boleh tak?

alang said...

haha. Actuly, aku anak cikgu. N sebab title tu, aku ada 4 sekolah rendah. Almaklum la, mak tukar skolah, aku terpaksa ikut.(transport senang). Mcm ko ckp la, sebagai anak cikgu, memang terpaksa berlakon baik maa. And yg paling aku ingat, time darjah 6, aku bertukar ke satu skolah ni, mak aku cikgu disiplin, so automatiknya aku dilantik menjadi pengawas. Ada dua tiga awek yg tak puas ati sebab tak dpt jadi pengawas.hehe. (benda ni aku tau pun bila jumpa kawan2 lama balik).

Ariff Budiman said...

Ain
Jemputan ke walimatul urus Ariff Budiman ( warna nostalgia ) pada 13 Jun 2009 - Sabtu di Restoran Sir Idaman Telok Tempoyak dari Jam 12 tgh - 4 petang. Bawa mama sekali

. said...

samalah kita.
panggil anak cikgu.
hehe.