mereka yang tegar

Saturday, June 26, 2010

benarkah blogger antisosial di alam nyata?

Amal : Kawan-kawan LI semua best. Sayangnya nak berpisah.

 

Ain : Hang duk buat teruk apa? Dunia kan tanpa sempadan. FB ada, YM ada, blog pun ada.

 

Amal : Tak sama la. Susah nak jumpa. Biasanya, orang yang kat luaq dia kecoh, kat dalam alam maya dia skema & diam. Orang yang kat luaq diam, dalam internet bukan main.

 

Ain : haha so aku ni kategori apa? Mesti aku ni pemalu & diam di alam nyata. Tapi kecoh di alam maya, kan kan?

 

Amal : Hang ni special case. Dua-dua alam hang kecoh. Haha.

 

Ain : Ala hang ni. Jawab la ‘ya’.

 

Amal : ceh! Itu memang tak boleh diterima akal. Haha takdak-takdak! Hang ni, dua-dua (alam maya & alam nyata) kecoh.

 

Yang aku duk jumpa, orang yang pandai tulis blog nih, orang-orang anti-sosial ja. Dalam blog memang ah, bukan main. Online pun 24jam. Kat luaq (alam nyata), muka masam ja. Tak ceria seceria blog.

 

Wahai para blogger sekalian! Benarkah?

Thursday, June 24, 2010

kenangan tangan yang pegun

Berikutan entri saya menggatal mengusik Fahmi, ada seorang teman seBio menegur, katanya, tak baik saya buat entri begitu dalam blog. Tak risau ke pakwe saya berkecil hati dan merajuk lalu membunuh diri ?

 

Risau? Hehe. Jujurnya, risau la jugak sikit-sikit. Telusnya, tak risau pun, buat apa dia nak letihkan kepala cemburu berlebihan. Err, cemburu sikit-sikit tu, biasa lah kan. Kalau tak cemburu langsung, alamak! Saya pula yang risau nanti.

 

Sesiapa yang ikut Blog Ain Fathihah, rasanya kalian perasan, tak banyak cerita kami berdua yang saya kongsikan di sini. Memang, saya akui. Sangat jarang saya tulis mengenai si dia. Semua tahu, blog adalah tempat yang baik untuk luahkan isi hati, tapi ada juga perkara yang lebih elok disimpan sendiri.

 

Bagi saya, cerita kami exclusive sifatnya. Jika saya kongsikan berlebihan bersama orang lain, saya akan rasa cerita kami berdua sudah kurang exclusive. Semua orang tahu, siapa-siapa pun boleh baca. Ala, malulah macam tu. Hehe.

 

Semua kenangan manis kami berdua, biarlah saya simpan dan senyum sengih seorang diri.

 

Haha. Memang saya rasa sangat segan nak upload gambar dia. Atau upload gambar kami berlaga-laga pipi dan bahu di FB dan blog. Lagipun, kena check dulu ada ke tidak gambar sebegitu dalam laptop saya. Huhu.

 

Pasangan bercinta lain kalut upload gambar berdua yang manja-manja, yang mesra-mesra, dan yang romen romantis-romantis di FB. Saya?

 

Huwaaa! Saya takda pun.

 

Haruskah jeles?

 

Tunggu lah, dah kahwin nanti, saya upload gambar yang pose garing-garing, daring & baekkk punya dengan suami. Kasi jeles orang lain. Har har har! (gelak jahat)

 

Alang-alang berceloteh pasal gambar berdua ni, saya letaklah juga gambar berdua. Ada cerita di sebalik kenangan yang saya sempat pegunkan ini.

 

Tajuk : Kenangan Tangan Yang Pegun.

Pada suatu tarikh yang indah permai, saya dan dia...err...keluar...err....jalan-jalan....makan-makan-makan....sembang-sembang....dan balik.

.

.

sekian, terima kasih. huhu.

Tuesday, June 22, 2010

Pengintip atau peminat?

Sejak mula bekerja di Happy Mart, ada seorang customer yang menarik perhatian saya. Mesti lah lelaki kan? Buat apa nak usha customer gadis-gadis. Haha. Lelaki ini tak begitu kacak, tapi punya senyuman yang manis. Semanis pemilik senyuman manis bergula.

 

Masa awal-awal saya tengok dia, dah rasa tertarik. Tiap-tiap kali dia datang membeli di Happy Mart, saya akan mencuri pandang ke arah dia. Perawakan agak menarik, tinggi, sasa dan manis. Haha. Saya anggarkan dia berusia 26-28tahun.

 

Saya tak begitu pasti dia kerja apa. Selalunya berpakaian kemas, kemeja dengan beg sandang. Kadang-kadang dia datang membeli dengan pakaian kasual, jeans dan bertopi seperti ini.

 

Saya tak tahu topi ini dipanggil apa, maka terpaksa meletak gambar si baehaqi sebagai contoh.

 

Episod 1

 

Si Lelaki datang beli telur 10biji, dan beberapa paket mi segera.

 

Gadis : makan maggi ja? Ala, kesiannya.

Lelaki : Ya, maggi saja. nak buat macam mana, duduk sorang.

Gadis : Oh. Kawen la cepat. Nanti ada orang jaga makan minum.

Lelaki : (Senyum)

Gadis (dalam hati) : yes! Tak kawen lagi. Masih bujang!

 

Episod 2

 

Lelaki : Top up maxis 10.

Gadis : Tulis nombor HP kat sini ya.

(sambil menyebut nombor HP lelaki ini untuk semakan)

017-7…… eh, orang johor ke?

Lelaki : Ya. Muar. (senyum)

Gadis : Oh, kampung saya kat Segamat.

Lelaki : (Angguk, sambil senyum)

 

Episod 3

 

Si lelaki datang beli air, dengan berpakaian kerja. Pertama kali saya tengok dia dalam pakaian kerja.

 

Gadis : Oh, kerja Parkson rupanya. F-A-H-M-I, Fahmi. Ooo…nama awak Fahmi rupanya.

(saya mengeja namanya dengan suara kuat setelah terpandang name tag dia)

Lelaki : (Angguk dan tersenyum)

 

Selepas itu, setiap kali bila saya nampak lelaki ini datang Happy Mart, saya akan menegur,

 

“hai Fahmi”

“Assalamualaikum Fahmi. Baru balik kerja ka?”

“Fahmi, dah makan?”

 

Haha. Gatal kan saya? Lagi seronok menegur bila Fahmi ini tak begitu melayan celoteh saya. Dia cuma tersenyum, dan mengangguk. Dengan senyumannya yang manis tu, aduhh. Lemah lutut rasanya. Ahaks!

 

Seorang staf perempuan, Farah, rasanya dia perasan saya minatkan Fahmi ni. Haha. Tiap-tiap kali Fahmi mai kedai, dia akan cakap, “weh tu dia laki yang hang selalu tegoq tu”

 

Saya cuma suka mencuci mata melihat dia. Takda lah sampai mengambil langkah untuk mengorat, atau mengacau dia berlebihan. Kalau betul saya nak menggatal, senang saja. boleh saja kalau saya nak ambil nombor telefon dia, dan hantar mesej & call dia tiap-tiap malam.

 

Episod 4

 

Tiga malam lepas, Fahmi datang Happy Mart beli air tin. Peliknya, dia mundar-mandir dalam kedai sebelum membayar. Biasanya dia akan terus bayar, & keluar.

 

Masa Fahmi di kaunter bayaran,

 

Fahmi : Boleh tolong tak?

Gadis : Ya, kalau mampu. Tolong apa?

(tapi disebabkan ada ramai customer yang beratur di belakang Fahmi, perbualan kami terhenti)

Fahmi : Kejab lagi ya.

(dia terus berlalu dan keluar dari Happy Mart)

 

Gadis : Eh, Fahmi. Kejab. Awak umur berapa?

Fahmi : 22.

Gadis : Okay.

 

Farah : Kenapa tu, Ain?

Gadis : hehe. Taktau lah. Wei, dia nak mintak nombor telefon aku ka?

Farah : Haha, rasanya lah. Seronok lah hang noh.

Gadis : Ala, wei Farah. Dia umur 22 lah. Sebaya kita ja. Ingatkan dia dah 25 lebih.

(senyum. Eh, rasanya dah serupa sengih)

 

Saya mengerling Fahmi dari dalam kaunter. Melihat dia sedang berbual dengan seorang lelaki Cina sekitar usia 40-50tahun. Lelaki Cina berseluar pendek, berantai emas dan memakai subang sebelah saja di telinga kanan.

 

Tak sampai 5 minit kemudian, Fahmi menolak pintu kedai, dan menggamit jari pada saya. Meminta saya keluar. Kebetulan tak ada customer, saya katakan pada Ezun (dia baru masuk kerja shif malam), saya nak keluar kejab.

 

Elok saja saya keluar, Fahmi memperkenalkan saya pada lelaki Cina tu,

 

“Uncle, she is my girlfriend. U can ask her ‘bout your product”

Saya tercengang sesaat.

 

Tapi, terus saja saya tanyakan pada lelaki Cina tu,

 

“what product?” sambil tersenyum.

 

Kemudian saya dan lelaki Cina tu berbual mengenai bisnes direct selling, ladies product (cosmetics, spa, dress) & suatu seminar apa ntah. Semasa berbual tu, saya perasan Fahmi berdiri sangat hampir pada saya. Agak rapat, tapi badannya tidak lah sampai bersentuh dengan saya.

 

Nada Fahmi berbual dengan saya, sangat lah mesra! Kejab-kejab dia sebut, ‘my girlfriend’, ‘my sweetheart’, & ‘my lovely girlfriend’.

 

Saya pun tak terkata apalah. Layankan saja walau dalam hati tertanya-tanya. Cara Fahmi melayani saya, seakan kami sudah bercinta lama! Tapi Fahmi langsung tidak memanggil nama saya. Haruslah kan. Dia tak pernah tahu pun nama saya! Haha.

 

Kemudian, Ezun dah bising-bising memanggil saya suruh masuk balik. Ada customer nak membayar. Cepat-cepat saya minta diri pada mereka berdua. Sempat pula saya katakan pada Fahmi, dengan memastikan suara saya dapat didengar oleh lelaki Cina itu,

 

“Honey, i need to go. See you later!”

 

Saya masuk kedai dengan hati sedikit cuak, takutlah pulak kena marah dengan Ezun. Dah la selama bekerja ni, saya tak melayan sapa-sapa yang mengorat, tapi bila digamit oleh Fahmi ni, cepat saja saya menonong keluar.

 

Lepas saya berdiri di sebelah Ezun, dia terus mencebik muka,

 

“amboi, gatalnya. Dapat tahu kat cik Abang dia, baru tau”

 

Saya cuma senyum tak menjawab. Terus diam melayan customer.

 

Setelah lelaki Cina tadi beredar, Fahmi masuk semula ke dalam kedai. Terus saya tanyakan,

 

“Fahmi, kenapa dengan uncle tadi?”

 

“Uncle tadi gay. Terima kasih lah sebab tolong”

 

Erkk? Rasa tercabar kewanitaan saya! Haha. Saya minat lelaki yang diminati gay?

Sunday, June 20, 2010

siapa POLIS di mata segelintir masyarakat

Satu petang, saya tengah kerja sendirian, staf partner keluar makan, seorang lelaki Cina menegur,

 

“Miss, mana itu manager yang besar-besar tu?”

 

“siapa? Saadi ka?”

 

“bukan. Itu manager baru. Ini manager lama yang nama Hidayat tu. Mana dia?”

 

Kebetulan pula saya memang tahu manager sebelum Saadi, namanya Hidayat, dan ke mana dia pergi.

 

“oh, Hidayat itu ka? Dia pergi Johor. Masuk polis”

 

Lelaki Cina itu mengerutkan muka sambil menepuk dahi,

 

“haiya, itu pukimak punya orang pun pigi jadi polis ka?”

 

Suara lelaki Cina itu agak kuat, boleh didengar orang lain selain saya dan dia. Tiba-tiba seorang lelaki India menyampuk,

 

“aiyoo, apa la Lu. Itu polis memang semua pun pukimak punya orang la! hahaha”

 

Kemudian lelaki India dan Cina itu sama-sama ketawa, sambil berbual mengenai kejelekkan polis di mata mereka.

 

Saya? Tercengang jab. Mula-mula kena fikir dulu apa maksud, ‘pukimak punya orang’, kemudian kena fikir,

 

Beginikah rupanya nilai polis di mata masyarakat?

 

Mungkin cuma segelintir dari masyarakat kita yang berfikir begini.

 

Mungkin segelintir! Harapnya.

 

Kalian?

Saturday, June 19, 2010

Cikgu Normah bagi 23markah saja

Cikgu maya saya, cikgu KL dengan riang-ria Cornflakes tag saya. Disebabkan dia cikgu, saya anak buah, maka saya akan rasa sangat tersipu-sipu jika tak ambil tag ni. Lagipun risau juga kalau markah Kimia saya kena tolak. Haha, eh saya dah habis sekolah lah. 

 

tag ni menarik juga.

perkara tentang diri.

.Susahnya nak jawab. Cikgu, 1 isi penting, 5markah ya?

 

 

1.       Banyak cakap. Saya rasa saya seorang yang banyak cakap. Saya boleh berbual rancak dengan orang baru dikenali. Tapi tak semua orang saya selesa berbual mesra. Orang tertentu saja, yang perkenan di mata dan hati.

 

2.       Anak cikgu. Baba saya cikgu. Peliknya sampai sekarang, saya seboleh mungkin mengelak untuk mengaku yang saya anak cikgu. Cuma bila ada orang yang dah memang kenal Baba, dan tanya, “ni anak Ustaz Baba kan?”…aduhh, pasrah mengangguk.

 

3.       Anak sulung. Adik beradik 7 orang sahaja. Sahaja? Haha. Dulu masa kecil, saya rasa sangat rimas dan benci dengan adik-adik yang ramai & berderet. Biasalah kan, Mama….. Bila jadi apa-apa pada adik, saya yang kena marah.

 

4.       Sains. Tak pasti saya minat Sains ke tidak. Ceh. Ni cakap cikgu-bio-to-be. Dulu masa Tingkatan 4, saya nak ambil aliran sastera. Nak jadi penulis. Kononnya. Haha. Tapi SMKA (P) AlMashoor cuma dua aliran, Sains Tulen dan Akaun. Keputusan PMR elok, maka cikgu sekolah sumbatkan saya di aliran sains. Apapun, terima kasih pada cikgu-cikgu sekolah yang dah timbulkan minat dalam diri saya.

 

5.       Nama. Orang sekeliling panggil saya Ain. Kawan-kawan sekolah rendah & kenalan Telok Bahang panggil Fatehah. Pertama kali dipanggil Nurul, sejak dah kerja sambilan ni. Akhirnya, baru lengkap nama panggilan saya, ada Nurul-Ain-Fathihah.

 

6.       Membaca. Ini hobi, membaca apa saja. Bila dapat buku, saya akan belek dan baca dari kulit ke kulit. Minat membaca Baba dah timbulkan dari kecil.

 

7.       Memasak. Saya bukan gadis cekap di dapur. Cuma reti masak sikit-sikit, tapi langsung tak layak dikatakan pandai masak. Bila dah belajar masak sesuatu, dengan cepat saya akan lupa caranya. Huhu.

 

8.       Menangguh kerja. Ini salah satu sifat buruk pada saya. Penyesalan sebab selalu menangguh ni selalu wujud, terutama di saat-saat genting. Tapi insafnya sementara saja, lepas tu buat balik. Azam utama setiap bermula semester baru (sejak matrik dah ada azam ni), ‘sem ni aku nak study dari awal. Takmau kalut-kalut dah masa study week’, tapi..hampeh! Huahuahua!

 

9.       Mekap. Saya tak reti mekap. Sejak sebilik dengan Kak Neha, baru saya belajar sikit-sikit. Cara guna mascara, eye shadow, bedak asas, pemerah pipi, celak dan lain-lain. Tapi, belajar saja. tak beli sendiri & guna selalu pun. Saya geli-geli bila calit warna-warni tu kat muka.

 

10.   Bercermin mata. Saya tak suka bercermin mata. Tapi, ini keperluan kan. Tak bercermin mata, tak nampak pulak. Mujurlah rabun saya tak teruk. Selain bukan untuk belajar, saya masih boleh mengabaikan cermin mata saya. Kesian dia kurang kasih sayang masa cuti semester ni.

 

11.   April. Saya lahir bulan April. Mengikut hasil kajian Dr.Fazilah Kamsah, ini ciri gadis comel yang lahir bulan April ini,

 

a)      Sangat aktif dan dinamik.

b)      Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.

c)       Sangat menarik dan pandai menjaga diri.

d)      Punya daya mental yang sangat kuat.

e)      Suka diberi perhatian.

f)       Sangat diplomatik (pandai memujuk ).

g)      Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.

h)      Sangat berani dan tiada perasaan takut.

i)        Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.

j)        Emosi cepat terusik.

k)      Cuba kawal perasaan.

l)        Kecenderungan bersifat pendendam.

m)    Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.

n)      Kuat daya ingatan.

o)      Gerak hati yang sangat kuat.

p)      Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.

q)      Berpenyakit disekitar kepala dan dada.

r)       Sangat cemburu dan terlalu cemburu

 

12.   Sekolah. Sekolah Kebangsaan Telok Bahang, kemudian ke SMKA (P) AlMashoor. Pra-U di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. Ijazah pertama di Universiti Pendidikan Sultan Idris (doakan ada ijazah kedua dan ketiga, hehe). Rasanya bila ada rezeki mengajar nanti, lagi berderet senarai sekolah.

 

13.   Makan. Saya suka makan. Tapi saya tak pasti apa yang saya suka makan. Bila jumpa makanan baru, selalunya saya akan cuba rasa. Kawan-kawan yang kenal, akan cakap saya kuat makan sebab saya selalu merungut lapar walaupun baru lepas 3jam makan.

 

14.   Kalut. Saya selalu kalut. Cemerkap. Kelam-kabut bila buat sesuatu.

 

15.   Ketinggian. Rasanya tak berapa nak tinggi. Saya selalu rasa saya ketot. Ketot yang comel (harus sebut juga perkataan comel ni). Pagi semalam, seorang Pakcik datang beli rokok Camel Small SoftPack.

 

 

Macam biasa sebab rokok Camel & Salem di rak atas, saya naik atas kotak untuk ambil rokok tu. Lepas tu pakcik tu mengusik, “laa, ingatkan rokok saja yang kecik. Orang pun kecik jugak”

 

16.   Berat badan. Pun tak berapa nak berat. Saya kecil molek saja orangnya, maka berat pun kurang. Sampaikan pernah terfikir nak minum Weight Gain untuk tambah berat badan.

 

17.   Cita-cita. Dulu banyaklah cita-cita. Dari kecil nak jadi Doktor. Tapi sebab otak kurang cerdik, saya tak begitu mampu menyerlah di Tingkatan 4. Lepas tu rasa nak jadi Pengalisis Politik. Haha, apakah? Sebabnya masa di Tingkatan 4, saya banyak baca buku-buku politik. Antara cita-cita lain yang pernah terfikir, Pensyarah, Penulis, Peguam Syariah, dan Surirumah berjaya!

 

Apapun, biarlah banyak cita-cita daripada langsung tak terfikir, ‘siapa saya nak jadi?’. Bak kata Arai (Laskar Pelangi-Andrea Hirata), ‘tanpa mimpi dan cita-cita, orang seperti kita akan mati’,

 

18.   Shopping. Saya sangat benci bila ikut kawan-kawan pi beli barang. Hujung-hujung nanti, beg plastik di tangan saya penuh kiri kanan. Saya beli barang lebih banyak dari kawan yang mengajak. Ceh!

 

19.   Majalah. Sejak umur 7 tahun saya dah baca Mastika. Sampailah sekarang. Banyak juga majalah lain yang saya baca. Masa di Matrikulasi, saya selalu pergi lepak di ruang bacaan Library untuk baca Al-Islam (walaupun masa tu orang larang saya baca Al-Islam sebab isu Astorajabat). Sejak berdebat, dah ketagih dengan Milenia Muslim pula.

 

20.   Warna. Warna-warni, boleh? Bila tengok baju-baju kurung saya, banyak warna hijau. Masa di Matrik, Cik Amal selalu ejek, ‘weh ain. Bila jumpa hang ja, mesti baju warna hijau. Takdak baju lain ka nak pakai?’

 

 

Saya ketawa dan menjawab, ‘biaq pi lah. Aku suka warna hijau lah’.

Dalam hati saya mengomel, ‘memang aku takdak baju lain pun’

 

Sebenarnya saya tak banyak punya baju kurung untuk dipakai ke kelas. Baju kurung saya masa tu kurang dari 10pasang. kebetulan warna hijau pula yang selesa dipakai. Maka yang hijau-hijau itulah yang diulang pakai.

 

21.   Kasut. Bila beli kasut, saya akan pakai sampai hancur dulu baru beli kasut lain. Saya takda kasut kuliah yang berderet-deret sampaikan boleh match dengan baju kuliah yang dipakai. Ulang pi mai pi mai, kasut itulah yang disarung hari-hari.

 

22.   Senyum. Saya ada lesung pipit. Di pipi kiri, lesung pipit mudah kelihatan bila saya senyum. Tapi yang kanan, tak berapa nampak. Lesung pipit ni salah satu kecacatan yang cantik, betul tak? Haha.

 

23.   Tahi lalat. Saya ada tiga tahi lalat kesayangan di tangan kanan. Satu di jari kelingking, dua di buku tangan. Saya selalu anggap tahi lalat di tangan ni, tahi lalat ‘ong’.

 

24.   Parut. Saya ada parut yang menyebabkan kening kanan saya nampak terbelah. Untuk menyedapkan hati, saya anggap parut di kening ni, pemanis muka. Haha.

 

25.   Ehh? Dah terlebih. Cikgu Normah nak 23 saja. cikgu, bagi markah lebih ya? Hehe.

Lu apahal tengok-tengok? Jatuh cinta?

Malam ketiga berkerja shif malam, jam biologi badan saya sudah membiasakan diri.

 

Bak kata si nenek tua, siang mengantuk malam berjaga, mencari pakwe di mana ada, nenek ku kawen dengan Sultan Brunei.

 

Sekitar jam 1pagi, saya tercegat di kaunter. Kerja saya, ada yang dah siap, ada yang belum. Mad Ezun sedang duduk berhampiran saya, menyiapkan kerja dia.

 

Satu perkara yang saya perasan tentang staf yang seorang ni, masa dia tengah buat kerja, memang serius sungguh. Tak bercakap, tak menguit, tak main-main. Jadi masa dia tengah ada kerja, saya terpaksa diam. Tak berani kacau, nanti kena marah. Sob-sob.

 

Pintu kedai terkuak. Masuk seorang lelaki (usia mungkin sebaya saya) berbadan besar dan tinggi. Elok dia masuk ja, kepalanya menoleh ke arah saya sambil melangkah laju menuju ke dalam kedai. Matanya memandang tepat pada saya. Dengan pandangan yang semacam. Err, semacam mahu mencari pasal.

 

Tapi, tak sampai pun lima langkah dari pintu kedai, dengan langkah laju dan gagah itu, entah macam mana cara berjalan (berjalan ke depan tapi kepala menoleh kiri), dia terlanggar rak botol-botol 100Plus.

 

Erk?

 

Agaknya dia menghentam kuat rak 100Plus tu, jatuh berterabur botol-botol 100Plus. Botol besar dan botol kecil 100Plus, berguling-guling memenuhi lantai kedai.

 

Saya diam (dah memang diam pun dari tadi), dan tercengang. Terus saya memandang Ezun. Ezun memandang saya. Dan kami memandang lelaki cemerkap tadi mengutip botol-botol 100Plus, lalu dia dengan gaya macho dan hensem, menyusun kembali botol-botol yang menjadi mangsa langgar di rak.

 

Saya dah senak perut dan sengal pipi menahan tawa mahupun senyum. Sungguh-sungguh buat muka selamba. Lepas selesai membetulkan kembali botol-botol 100Plus yang berterabur, lelaki itu menuju ke chiller, mengambil setin Coke, ke rak lain mengambil keropok, lalu membayar di kaunter.

 

Saya dan Ezun buat biasa saja, seperti tiada apa yang berlaku. Selesai membayar, lelaki tadi keluar, menuju arah kiri. Pastinya menuju Netcity.

 

Setelah pasti lelaki tadi sudah berlalu agak jauh dari Happy Mart, saya memandang Ezun.

Ezun melawan pandang saya. Kerdip mata. Jeda sesaat,

 

Lalu ketawa kami berderai. Saya sungguh-sungguh gelak, hampir 5minit masih tak dapat membuang tawa.

 

Saya katakan pada Ezun,

 

“hah, tu la. Tengok lagi anak dara orang semacam. Kan dah terlanggar rak”

 

Selepas itu, Ezun mengusik-usik saya,

 

“dia tengok apa? Meh nak tengok sikit muka Nor, apa yang cantik sangat sampai dia tak nampak jalan.”

 

Malam tadi, jadi kerja tambahan pula pada Ezun untuk membetulkan kembali rak 100Plus yang beralih sedikit dari tempat asal. Senget kena langgar. Haha.

 

Mulanya saya cuba menolak rak itu supaya kembali pada kedudukan asal. Tapi sedikit pun tak beranjak. Rak besi tau. Berat. Ditambah dengan botol-botol 100Plus penuh atas rak 3tingkat tu.

 

Perghh, mesti sakit badan lelaki cemerkap tadi. Simpati sebentar bersama Kit-Kat.

Menyibuk hal tepi kain & seluar dalam orang!

Ini bukan entri lucah!

(pada sesiapa yang masuk blog ini dan mengharapkan ada entri lucah)

 

Minggu ini, saya kerja shif malam. Walaupun shif malam, boleh tahan ramai jugak customer. Tapi masih tak seramai pagi dan petang.

 

Malam pertama, sekitar jam 3 pagi, sedang saya menyusun botol-botol 100Plus di rak, seorang budak lelaki sekitar usia 10-12 tahun memegang wang kertas RM5.

 

“akak, nak tukar singgit-singgit boleh tak?”

 

“haa? Nak tukar duit? Kalau akak cakap tak boleh, macam mana?”

 

“alah, bagi ja lah. Takkan takdak kot?”

 

Terus saya ke kaunter untuk memenuhi permintaan budak lelaki tu. Sambil itu, sempat jugak saya tanyakan macam-macam soalan.

 

“ni adik duduk mana ni?”

 

“tanjong tokong”

Sambil tersengih dia menjawab.

 

“rumah kat mana?”

 

“flat badut”

Merujuk pada Flat Seri Tanjung Pinang berhampiran tempat kerja saya. Orang Tg.Tokong panggil flat tu Flat Badut sebab catnya berwarna-warni. Ceria gitu…

 

“adik lepak CC kan? Mak tau tak ni keluar malam-malam ni?”

Netcity cybercafé adalah selang dua kedai dari Happy Mart.

 

“haah, main game. Ala, mak tau lah”

 

Dalam hati saya, tersentak jugak. Isk, budak sekolah rendah ni keluar malam sampai pagi-pagi buta, mak dia tahu atau tidak. Atau tak kisah. Atau budak ni keluar senyap-senyap.

 

“sekolah darjah berapa? sekolah mana? kerja sekolah dah siap semua ka?”

Bertubi2 soalan saya pada budak lelaki itu.

 

Sambil mengambil lima keping RM1 dari tangan saya, budak itu mencebik bibir,

 

“menyibok aja lah kakak ni. Tanya banyak macam polis pencen!”

 

Terus saya memandang Ezun (partner staf), sambil mengangkat kening.

 

“Ezun, budak tu kata ain menyibok!”

 

Terkekeh ketawa Ezun. Menggelakkan saya.

 

“itu le kome. Tanya macam-macam. Budak sekarang tak same dengan kita dulu”

Mad Ezun ni memang pekat telor Peraknya.

 

Terdiam saya. Agaknya saya memang macam gaya makcik-makcik kot bertanya pelbagai soalan. Makcik-makcik ke saya?

 

Tengok budak-budak macam tu merayap malam-malam, saya yang naik risau. Entah risiko jadi mangsa culik ke, mangsa liwat si pedofil ke, kena buli ke.

Sekitar kawasan tempat kerja saya, memang ramai hantu berkeliaran. Hantu arak, hantu ketagih CC, hantu merendek cari perempuan, hantu rokok, hantu lepak dan hantu-hantu yang sewaktu dengannya.

 

Moga budak tu bukan rekrut hantu. Moga!

 

Orang keliling cakap, jangan jaga tepi kain orang. Tapi selalunya saya fikir, zaman sekarang, bukan takat tepi kain, hal dalam seluar dalam orang pun kena ambil tahu jugak.

 

Kalau tidak, tiba-tiba terkejut jiran sebelah rumah dapat cucu, tiba-tiba anak perempuan tak datang haid 3bulan, tiba-tiba ada suara bayi menangis dalam tandas sekolah, tiba-tiba gadis lincah seksi berpakaian baju kurung bertudung besar, tiba-tiba abang kita kena tahan polis sebab ganja…..tiba-tiba!

 

Takkan semuanya tiba-tiba?

 

Tipu lah.

 

Ada permulaannya..contohnya, budak lelaki tadi. Huhu.

Wednesday, June 16, 2010

Ain Fathihah tak demam bola pun? saya normal ke tidak?

Demam bola FIFA memang tak terasa langsung di rumah saya. semuanya berjalan seperti biasa, tiada kelainan. Mujur pula tiada siapa dalam rumah saya yang minat bola, termasuk Baba dan Angah.

Encik dalam gambar di bawah ni bukan pakwe @ skandal @ teman tapi mesra aku.

 

Saya? Lagilah tiada apa-apa rasa. Cuma tiba-tiba terjatuh cinta suka dengan lagu ni. Liriknya ringkas, tapi menaikkan semangat. Terima kasih pada seorang kawan lama, Pdos Bidin yang dah promote lagu ni pada saya.

 

K'naan - Wavin' Flag

 

Give me freedom, give me fire, give me reason, take me higher

See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud

In the streets are, exaliftin , as we lose our inhabition,

Celebration its around us, every nation, all around us

Singin forever young, singin songs underneath that sun

Lets rejoice in the beautiful game.

And together at the end of the day.

WE ALL SAY

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes

Oooooooooooooh woooooooooohh hohoho

Give you freedom, give you fire, give you reason, take you higher

See the champions, take the field now, you define us, make us feel proud

In the streets are, exaliftin, every loser in ambition,

Celebration, its around us, every nations, all around us

Singin forever young, singin songs underneath that sun

Lets rejoice in the beautiful game.

And together at the end of the day.

WE ALL SAY

When I get older, I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes

Wooooooooo Ohohohoooooooo ! OOOoooooh Wooooooooo

WE ALL SAY !

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

When I get older I will be stronger

They’ll call me freedom

Just like a wavin’ flag

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes back

And then it goes

Wooo hooooo hohohohoooooo

And everybody will be singinit

Wooooooooo ohohohooooo

And we are all singinit

Wednesday, June 09, 2010

Anak tak layak

Anak-anak kecil bernyanyi riang, sambil bermain menyemakkan rumah.

 

Who should I give my love to?

My respect and my honor to

Who should I pay good mind to?

After Allah

And Rasulullah

 

Comes your mother

Who next? Your mother

Who next? Your mother

And then your father

 

Si Ibu yang sedang tidur siang terjaga, lalu terus menjerkah

 

“Diamlah! Ni kenapa rumah bersepah? Jangan duk nyanyilah lagu tu. Hangpa ni anak tak layak pun nak menyanyi lagu tu!”

 

Entah bagaimana spontan, hati anak kecil terus berdetik,

 

“ya, memang ibu ku pun tidak layak ditujukan lagu tu”

 

Tahun-tahun berlalu. Si Ibu mungkin langsung tak pernah mengingat situasi yang dah berlaku lama dulu.

 

Tapi rupa-rupanya kenyataan ‘anak tak layak’ itu berbekas di hati. Menikam-nikam jiwa dan perasaan.

 

Sungguh.

 

Tidak layakkah anak itu?

Sunday, June 06, 2010

Cemburu seorang bini manager! –part2

Esoknya, saya kerja shif pagi. Shif pagi dan petang selalunya seorang saja staf. Campur Manager, dua orang. Macam biasa, saya tercongok di kaunter cashier bila takda kerja, memerhatikan Manager buat kerja dia.

 

Disebabkan saya ni jenis mulut akan gatal-gatal bila tak bercakap 5minit, maka macam-macam lah saya pot-pet pot-pet kan pada Manager. Sampaikan ada ada sekali tu,

 

“Nurul! Hang diam sat 10minit boleh tak? Saya tengah pening ni. Boleh ka tak boleh?”

 

“err, boleh. Boleh. Tapi boleh ka kalau saya nak jawab tak boleh?”

Jawab saya selepas tergelak.

 

“Diam!”

 

Terus saya diam. Sambil senyum-senyum menahan gelak.

 

Tak lama lepas tu, Manager bertanya dengan nada serius pada saya…

 

“Nurul, isteri saya ada cakap apa-apa tak kat Nurul?”

 

“Cakap? Dia tak pernah tegur saya pun. Kenapa?”

 

“takda apa aih. Kot-kot la dia ada cakap apa-apa ka kat Nurul”

 

“Dia tak pernah cakap apa pun, tapi saya perasan lah dia semacam sikit dengan saya. Tiap kali nampak saya, nanti dia buat muncung cencurut. Kenapa eh?

 

Saya ada buat salah apa-apa ka kat bini Abang Saadi?”

 

“takdak aih. Besa la pompuan. Dia jeles kat Nurul kot. Dia penah merungut kat saya, dia cakap Nurul asyik menempek ja kat saya. Tak reti pi buat kerja, asyik duk dekat saya ja”

 

Erkk? Disebabkan mulut saya tengah dirancang untuk diletakkan bawah insuran Takaful Prudential, terus saya bidas

 

“laa, awatnya? Saya penah ka duduk atas riba Abang Saadi? Menempek tang mananya”

 

“haha, taktau lah. Orang pompuan memang macam ni kot. Dengan staf-staf perempuan saya sebelum ni pun dia macam ni gak. Wani, Syida, Fatin dengan sapa lagi entah”

 

Haha. Saya memang terkekek-kekek ketawa. Maknanya, isteri Abang Saadi memang kuat cemburu. Tulah, sapa suruh kawen laki muda. Mujur bukan saya seorang yang pernah kena macam ni.

 

“kalau Nurul terasa hati ka apa ka, minta maaf lah ya. Lepas ni kalau isteri saya cakap apa-apa ka, buat taktau ja kat dia. Saya dah banyak kali habaq dah, jangan mai tempat keja saya. Tengok la bila dia selalu duk mai macam ni, dia yang duk cemburu sendiri”

 

“hehe, okay. Takpa. Saya tak terasa apa pun. Rasa nak gelak ja”

 

Dua hari lepas tu, Abang Saadi berikan nombor telefon isterinya pada saya.

Aik, nak buat apa ni?

 

“Ni kalau ada nombor ni mesej ka telefon Nurul ka, ni nombor isteri saya tau. Jangan layan”

 

Masa ni saya tiba-tiba rasa hangat kepala. Apahal pulak sampai ambil nombor telefon saya. 

 

(Makluman, Manager memang ada nombor semua staf, untuk mudahkan komunikasi jika berlaku perubahan shif atau apa-apa kecemasan)

 

“Laa, buat apa bini Abang ambik nombor saya ni? Dia nak apa?”

 

“saya pun taktau lah. Dia selalu amik nombor staf perempuan saya”

 

Saya memang rasa geram. Memang tak puas hati betul lah. Rasanya kalau bini orang buat macam ni, dia nak mesej @ telefon perempuan yang dicemburukannya tu, nak maki hamun, nak marah-marah atau nak dicarutkan.

 

Saya pulak memang agak berani membidas cakap Manager. Mungkin sebab tak takut diberhentikan kerja. Hehe.

 

“ni, Abang Saadi. Dengar ni. Jaga bini abang elok-elok eh. Kalau ada dia kacau saya ka, hantar mesej maki hamun ka, telefon marah-marah saya ka, saya terus report kat HQ (head-quarters) tau. Saya nanti bagitau Manager tak professional. Tak boleh handle bini & sampai bini kacau staf!”

 

Muka Abang Saadi tercengang. Saya pun terkejut. Eh, kenapa la saya cakap macam ni. Kan bini dia tak buat apa-apa pun lagi.

 

“eh, kenapa Manager pulak yang kena warning ni?”

 

“haa, ye lah! Saya serius ni. Bini Abang ingat saya ni budak baru lepas SPM ka bodoh tak tau pikiaq apa. Memang saya report HQ ja kalau bini Abang kacau saya”

 

Abang Saadi tersengih, sambil mengangguk-angguk, terus menyambung buat kerja dia.

 

Ni dah seminggu saya tak nampak isteri Manager. Mungkin sebab saya kerja shif pagi. Isteri dan anaknya selalu datang melepak malam-malam. Hee..

Friday, June 04, 2010

Cemburu seorang bini manager! –part1

Store Manager tempat saya kerja, Happy Mart, Saadi namanya. Muda lagi, baru 24. Badan agak chubby berisi, dengan kumis nipis. Ceria orangnya, dan mulut kuat mencarut. Dalam 50 perkataan yang keluar dari mulut dia, tujuh tu confirm perkataan mencarut. Tak carut, maki hamun orang.

 

Mula-mula saya terkena kejutan budaya. Sekarang ni dah agak terbiasa. Terpaksa membiasakan diri sebab dah kerap sangat duk dengar.

 

Apapun, keseluruhannya, Abang Saadi ni okay. Tegas, tapi tak la garang melampau. Lagipun, dia tak ‘buli’ saya sangat, berbanding staf Indon yang kerja di situ juga. heh, berani dia nak buli saya lebih-lebih, saya ni belajar lagi tinggi dari dia, hak3

 

Mula-mula kerja, saya panggil dia Encik Saadi. Tapi dia cakap, ‘aku ni bukan kerja gaji juta-juta. Panggil Abang Saadi sudah. Jangan beradap sangat. Rimas’

 

Semua staf yang lain pun panggil Abang Saadi pada Manager ya, bukan saya seorang.

 

Kisahnya yang saya nak bebelkan di Blog Ain Fathihah hari ni, bukan pasal Abang Saadi sangat. Tapi mengenai isterinya.

 

Pertama kali saya tengok isteri Abang Saadi, masa saya kerja shif petang (3pm-11pm). Malam tu lebih kurang lepas isyak, saya perasan ada seorang makcik bersama anak gadisnya, masuk ke Happy Mart, dan membaca majalah dengan agak lama.

 

Sambil tu mereka berdua berpusing-pusing dalam kedai membelek barang. Sampai di depan rak kondom, si gadis menunjuk jari ke arah kondom, berkata sesuatu kepada ibunya, kemudian mengekek ketawa.

 

Masa tu saya terus terdetik,

 

‘eh apahal gedik sangat budak ni. Gelak mengilai macam tu’

 

Kemudian saya terus tanyakan pada Abang Saadi

 

“Abang, pasaipa depa dua tu”,

Sambil memuncung mulut pada si gadis dan si makcik.

 

“taktau kat depa”

Jawab Manager tanpa perasaan.

 

Dua hari selepas tu, baru lah saya tahu, itu isteri dan anaknya. Ceh! Masa saya tanya, dia buat-buat tak kenal plak.

 

Woahaa! Takkan Manager umur 24 dah ada anak dara besar tu? Tingkatan 4. Cantik anaknya, tinggi lampai, paha putih mulus (err, ni bukan saya yang pi belek paha dia, dia yang tunjuk, dah pakai seluar pendek paras pangkal paha, nak tayang paha la tu kan), mata sepet macam anak Cina, tapi kulit sawo matang, & rambut bertocang comel.

 

Err, tapi maknya… saya tengok rasa pelik. Gincu merah mencalat. Atas kelopak mata calit warna biru. Bedak agak tebal (saya rasa tebal sebab beza sangat warna muka dengan leher), telinga bertindik banyak..lebih kurang 4-6 tindik. Semua berpasang subang.

 

Saya anggarkan usia dia sekitar 35-40tahun. Jadi saya teka Abang Saadi berkahwin dengan janda anak seorang yang lebih tua dari usianya.

 

Sejak awal, saya perasan Makcik (haha kurang ajar gila panggil Abang kat si laki, tapi kat bini bahasakan makcik) ni agak semacam sikit dengan saya. Bila saya kerja petang ke malam, dan dia datang Happy Mart, dia akan memuncung-muncung bibirnya buat muka menyampah kat saya.

 

Eh, apahal la Makcik ni kan. Saya taktahu apa yang tak kena dengan saya.

 

Bila dia lepak di Happy Mart, kerap jugalah dia membelek barang-barang dalam Happy Mart, sambil membebel-bebel susun atur barang berselerak, berhabuk dan semak. Macam-macamlah dibebelkan.

 

“Abang, tengok ni barang bersepah. Pekerja Happy Mart ni semua malas-malas, tak buat kerja. Makin gaji buta!”

 

Aik? kalau dah saya seorang saja staf yang ada, mesti lah dia tujukan pada saya kan?Tapi saya buat muka kering saja. buat tak dengar. Berubah airmuka pun tak. Maintain comel + kiut melayan customer yang tengah bayar di kaunter.

 

Minggu kedua saya kerja, masa tu saya kerja malam, Makcik gincu tebal ni ada. Sambil dia berbual dengan seorang customer, pasal Fasha Sandha mengorat suami orang, tiba-tiba dia bercakap dengan nada tinggi,

 

“sapa goda laki aku tau lah macam mana aku nak ajar!”

 

Erk? Kenapa dia cakap macam tu sambil jeling-jeling saya pulak?

 

Masa tu saya terus rasa sebu perut. Isk, Makcik ni duk ingat aku ada affair dengan laki dia ke? Makcik ni syak aku tengah goda laki dia ke? Makcik ni nak ganyang aku ke?

 

Tapi perasaan tu saya abaikan. Yelah, rasa macam… takkanlah dia anggap saya (yang macam budak-budak) ni nak mengorat suami dia. Mungkin dia tujukan amaran dia tu kat orang lain kot.

 

Tiga malam lepas, saya baru habis waktu rehat sejam, dan masuk balik pukul 9.30pm. Masuk ja kedai, saya tengok ada Makcik tu dengan anak gadisnya yang comel, dan seorang perempuan sebaya saya (tak secomel anak gadis tu, tapi lebih seksi), tengah duduk lepak-lepak dalam kawasan kaunter cashier.

 

Masuk kedai ja, saya menuju ke mesin kaunter, dengan Abang Saadi tengah key in borang pesanan. Biasa memang macam tu, saya bukan jenis nak berlakon pi buat kerja (semakkan barang then susun balik) bila Manager ada.

 

Selagi Manager tak suruh saya buat kerja lain (selain buat kerja cashier), memang saya takkan bergerak dari kaunter cashier. Kalau takda orang, melongo lah saya di situ, menunggu customer. Lagipun saya taktahu apa yang perlu dibuat selagi tak disuruh. Rasa macam bodoh ja kalau saya pi selerakkan barang, kemudian atur balik.

 

Selepas 5minit saya masuk kerja malam tu, badan dah terasa dengan kesejukkan aircond. Tanpa saya sedar, saya memeluk tubuh sambil berkata perlahan,

 

“ui, sejuknya”

 

Kemudian saya perasan, si Makcik berjalan menghentak kaki keluar dari kedai, sambil mulutnya mengomel,

 

“dah. Aku nak tubik. Panas dalam ni. Meluak, meluak! “

Sila baca dengan loghat pantai timur ya. Meluak tu meluat ya.

 

Double pelik. Tapi masa tu saya masih tak terasa apa-apa.

 

Esoknya….

 

p/s : esok? Haa esok lah baru ada sambungan..

Tuesday, June 01, 2010

cerita hampir basi, tapi persahabatan takkan pernah basi!

Jumaat lepas, Penang cuti umum. Wesak Day. Negeri lain cuti tak masa Wesak? Ada kenalan maya saya yang tak pernah dengar pun pasal Hari Wesak. Sob3.

Hari Wesak ni disambut penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kematian Gautama Buddha.

Jadi, biarkan penganut Buddha menyambut hari terpenting dalam agama mereka itu. Malaysiakan Negara yang mengamalkan kebebasan beragama.


Perkara 11 menyatakan, “Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,” tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk “mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.”

Maksudnya, orang Islam tak payah lah gatal-gatal pergi menyambut Hari Wesak di tokong-tokong sekitar anda atas semangat 1Malaysia ya.

Cik Amal yang sedang berpraktikal di Hospital Besar Pulau Pinang dengan gigihnya mengajak saya keluar pada Wesak Day.

“aku kerja la Amal. Aku bukan keja gomen macam hang, cuti hujung minggu & cuti awam sekali”

Kebetulan pula minggu lepas saya kerja shif malam, 11 malam – 7 pagi. Jadi saya gagahkan juga. Habis kerja pukul 7 pagi. Balik rumah mandi & makan. Tidur sampai pukul 12. Bangun bersiap dan pergi Gurney.

Amal dah ada kat Gurney. Mencomelkan diri dia merayap seorang sementara menunggu saya & yang lain sampai.

“Hang duk buat teruk la Ain. Selalu lambat tau”

Kemudian menunggu Cik Amirah dan Cik Munirah sampai. Barulah kami merayap berempat. Err, rasanya tak banyak sangat merayap pun. Lebih banyak duduk makan-makan dan bersembang. Lama tak jumpa, rindu sangat kawan-kawan sekolah.Cik Munirah (engineering USM Nibung Tebal) dan Cik Amirah (Pend.Sains UPSI..eh?)
bergambar depan toilet yang ada mural yang cun. hehe 
Cik Amal (microb USM). bergambar dalam toilet depan cermin.
sampai sekarang masih tertanya-tanya, kenapa gadis-gadis semacam wajib ambil gambar di toilet mall bila hang out bersama ya?
.
Amal : Aku tak kira, nak ambik gambaq jugak. syok ada cermin besaq!
.
Pergi makan di Chicken Rice Shop yang Amal katakan tak sedap. Eh kenapa lidah saya rasa sedap ja ek. Hehe benda mahal memang sedap kot.

Antara implementasi pembelajaran gadis university Apex adalah,

Masa memesan makanan, pelayan tu tanya nak tokua berkicap ke, nak sup bebola.

Amal : weh, tak mau sup. Takmau! Banyak MSG! tak elok tau MSG.
Ain : Hah? Monosodium glutamat.
Amira : habis tu takkan hang nak makan tokua ni?

Haha sempatlah bermesyuarat 5minit sebelum buat keputusan nak makan apa. Dengan gadis pelayan menunggu memegang pen dan borang pesanan.

Makan dengan santai dan perlahan. Lepas habis makan tak bangun-bangun. Orang di kedai tu dah bersilih ganti tukar. Kami masih melepak sambil sembang panjang.

Pergi solat Zohor di surau Gurney Plaza yang baru! Eh rasanya dah lama cuma saya dan Amal yang jakun sebab dah lama tak pergi Gurney.

Habis solat, Amal dengan riang gembira dan muka lapar ajak kami pergi makan cheese cake di Secret Recipe.

Okay, gadis-gadis memang perut tong.dalam perjalanan ke Secret Recipe di aras bawah, sempatlah singgah Reject Shop, Parkson dan kedai-kedai lain. Amirah sakan memilih baju. Murah-murah dengan kualiti yang okay.

 

Amal nak beli sweater baru. Senang nak naik motor, katanya. Pilih jangan tak pilih. Kemudian dia merungut sweater di Reject Shop sekitar RM40-RM50 tu mahal.

 

Lepas tu saya dan Amal masuk ke kedai-kedai berjenama yang lain. Hajat nak tengok sweater. Pergh. Harga dua tiga kali ganda mahal dari Reject Shop. Semua atas RM100.

.

Amal : weh, insaf weh. Memang Reject Shop murah la weh.err, jujur cakap. ni pertama kali saya makan cheese cake di Secret Recipe. hehe. jakun lah taktau nak pilih kek yang mana satu.

Si Amal pulak asyik cakap, "pilihlah, hang mau yang mana? semua sedap. memang sedap"Cappucino yang pahit menjadi manis akhirnya setelah dikerjakan oleh Cik Munirah. hehe.

 

Saya sampai rumah sekitar 6 petang. Terus cepat-cepat mandi. Rehat kejab. Bersiap masuk kerja pukul 7petang. Huhu. OT empat jam, jadi waktu kerja saya masa Wesak Day tu adalah dari 7petang ke 7pagi.

 

Adoi adoi. Gelong jab hari tu. Haha. Dah la siangnya tak rehat betul-betul.