mereka yang tegar

Wednesday, July 21, 2010

saya bukan Puteri, apatah lagi Permaisuri

Kalau sesiapa katakan saya anak manja, memang pun. Dengan bangganya (sambil hidung kembang kempis), SAYA ANAK MANJA. Manja pada keluarga, apa salahnya. Kadang-kadang terdetik juga pertanyaan di hati kenapa si polan ini bangga mengaku dia manja pada pakwe/makwe, tapi melenting pula bila diusik sakat yang dia manja dengan keluarga.

 

Orang-orang manja seperti saya memang terbiasa dengan layanan baik daripada orang sekeliling. Mak layan macam puteri, ayah layan macam permaisuri. Tapi, itu di rumah. RUMAH sendiri. Bila kaki melangkah keluar dari rumah, maknanya saya bukan lagi puteri, apatah lagi permaisuri.

 

Selangkah kaki keluar dari rumah bak syurga, bermakna segunung ilmu & pengalaman baru akan dicapai.

 

Dan saya anak manja yang memilih untuk keluar dari rumah. Siapa mau selamanya di bawah ketiak mak ayah. Hehe. Ketiak yang menjadi rindu-rinduan.

 

Maka perlu kuatkan diri, tahankan hati. Di dunia sebenar, nak tak nak kena terima yang tak semua orang akan melayan kita dengan baik. Tak semua orang akan menuturkan kata-kata yang molek. Tak semua orang akan memandang kita dengan pandangan sopan.

 

Itu satu perkara yang saya belajar di Happy Mart.

 

“puki mak hang aih, hang bodoh ka? Tak reti kira ka?”

Marah customer bila saya salah scan barang.

 

“wei pompuan, top up HP ni RM5!”

Kata customer sambil melempar HP dan duit RM5 ke arah saya.

 

“you’re bastard Indonesian girl!”

Marah customer bila saya lambat mencari rokok yang diminta. Rasanya dia menyangka saya pekerja asing dari Indonesia.

 

Berhadapan dengan situasi-situasi yang tak menyenangkan ini, saya ada dua pilihan

 

1.ambil pengajaran, cepat-cepat lupakan apa yang tidak manis, dan jadi ceria seperti biasa.

 

2.tersentak, bersedih-sedih beberapa lama, memikir-mikir apa yang berlaku, dan kemudian update status baru di FB setiap 30minit, semuanya berkenaan yang sedih-sedih saja.

 

Saya memilih pilihan pertama. Buat apa mahu bersedih sebegitu lama, dan bangga pula menayang kesedihan pada kalian? Juga pada kenalan-kenalan di FB.

 

Meneliti kemaskini status kawan-kawan di FB, ada juga yang menarik perhatian. Terutamanya seorang kenalan yang status FBnya sedih-sedih belaka. Mulanya saya sangkanya, saya cuma perasankan status sedihnya saja, tapi tak endahkan status selain sedih.

 

Rupanya tidak, bila saya periksa di page FB dia, hampir semua statusnya bernada sedih. Duka lara hati ditinggal kekasih. Cerita luka kerinduannya pada sang lelaki yang tak berbalas. Periksa lagi, perhubungan tu dah putus hampir dua tahun!

 

Err, agak menjengkelkan. Usia baru 22, sudah bersedihan begitu kerana lelaki. Dua tahun masih belum cukup untuk kamu bangkit semula berdiri dari kekecewaan putus cinta? Tak penat merindu orang yang tak sudi? Ops, jangan marah. Kalian boleh katakan,

 

“eleh, budak kecik ni apa tau. Dia tak penah rasa putus cinta.”

Hehe.

 

Ingat-ingatkan selalu, Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal baik bagi kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal amat buruk bagi kamu dan DIA mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.

 

Kerja Tuhan, tak siapa tahu. DIA dah tetapkan saya bukan puteri, bukan juga permaisuri. Mungkinkah hati saya lebih bahagia dari Puteri-puteri dan Permaisuri-permaisuri yang ada?

 

Alhamdulillah. Bahagia itu di hati, bukan pada apa yang ada di sekeliling.

33 komen tak puas hati:

Ann said...

huhu terkejut dgr pgalaman ain..xsgka org kita yg tkenal ngn berbudi bahasa blh kuarkn kata2 mcm tu.

betul2 penah perasan gak status sorng ni, penuh ngn luahan perasaaan..sedih, marah..thdp bf dia.. rasa takperlu lah nk bg taw smua org..cukup lah yg tdekat je

nizamsani said...

suaranya tinggi-tinggi.
bahasanya maki-maki.
alahai.

sI tEDI said...

sekurang2 pengalaman di herdik bolehjadi kita bertambah kuat hadapi hidup tanpa orang2 tersayang di sisi!

ismiaisha said...

btol2..buang masa fikirkn org yg xsudi..
:)
oppss,.,ye ke ain xpnah ptus cinta??hihI~

syakila said...

like this :)

amirah said...

dunia luar rumah mmg xsama dgn dunia dalam umah. Belajar, amik pengajaran boleh, tiru jangan.

kapten said...

Kasarnya bahasa dia, hehe..xper la ain. DUnia hanya sementara akhirat jua kekal selamanya. Teringat pesanan ceramah welcome ramadhan berbunyi "dunia ini adalah medan ujian dalam memlilih manusia yang benar-benar bertakwa kepadaNYA".

Nak share satu blog yang mengisahkan tentang ketabahnya seorang pesakit kanser payudara yang telah pun meninggal dunia. Al-Fatihah. Dimana sebelum pemergiannya dia sempat menulis blog dalam menceritakan pengalaman beliau dalam menghadapi kanser. Jom reramai kita baca. Semoga kita beroleh pengajaran daripada apa yang diceritakan oleh arwah.

http://onebreastbouncing.blogspot.com/

f_aRa_aINa989 said...

housemateku yg penuh dgn pengalaman!!

buzzy said...

itu semua pengalaman..
best kan pengalaman tu. :D

Insan Marhaen said...

tahniah Ain. kau telah bertemu dunia baru. dunia realiti. ini bermakna, Ain sudah makin dewasa.

itu baru intro...

cik GULA-gULA said...

tu la..
zaman skang pelik bin ajaib..
macam2 perangai org

cikgu isza said...

betul tu ain.. segalanya terletak pada hati sendiri.. nak bahagia.. pujuklah hati kita.. jika pilih bersedih.. duduk azab sentiasa..

fazRul said...

suka past las 2..klu dy dah tetapkan siapa kita..mesti Dia pun tau apa yg terbaik untuk kita. Maka, kita sebagai hambaNya kena redha dengan apa yg berlaku kerana mungkin ader hikmah..;)

Keretapi said...

ya allah! agak2nya memang itu yang orang kerja kat counter kena hadap kan. apa dah takde budi bahasa ke rakyat malaysia nih? budi bahasa budaya kita lah konon, maki sumpah seranah tak pasal2.

saya pun anak manja. hehe. bangga! daripada manja ngn laki2 tak halal tah mane2 tah, baik selagi ade kesempatan ni kita bermanja ngan mak kan ;D

dan memang menyampah kat orang yang baru setahun jagung dah merengek bila putus cinta macam dunia nak kiaamat. yang kau pergi bercinta sape suruh? heheh.

Sir Marcello said...

wawawawa...
macam nie lah rupa orang melayu bila berurusan...samseng sesama sendiri...dengan bangsa len..takut nak mampus

apa2 pun yang terjadi..senyum jer ya :)

skool said...

Uihhh ... seram sejuk rasanya! Hati mau kuat! Semangat mau kental. Selagi hati kita ikhlas, bahagia tetap milik kita.

Thoha said...

kena kuatkan semangat walau apa pun yang terjadi..selalu berfikiran positif..

si[jari] telunjuk said...

wahhh..pengalaman kerja yg mendebarkan...but i think bila dat pengalaman really berharga:) keep it up girl

J.M.R said...

TU PON BAHASA YG PALING SOPAN BG DIA..BIASA LAGI TERUKKK

*PK POSITIF..hehehe

Pencacai Alim said...

kasi hempuk dgn cangkul je kalau ada customer bangang mcm tuh..

Amni said...

Kesian dia bersedih-sedih kerana yang tak sudi...=) tapi tu la kan? Setiap orang Allah uji yang berbeza-beza.. Mudah-mudahan Allah tak uji kita sebagai mana budak popuan tu.. Dan didoakan la budak tu jadi lebih baik nanti, insha Allah...=)

firdaus khalid.com said...

""puki hang""

haisshh..manusia ape tu..speses ape tu..

hmm..nk marah..tpi haishh..
""pasni jgn keje ctu dah!
awk keje lgi tempat yg jnis2 cmtu..jge awk..

~aSHa~ said...

dasatnye customer tu...

dik..akak tgh sedih2 gak ni (pasal bizness)..tapi malas nak letak cerita kat blog...so akak update blog mmg ala2 fb je...mean letak 'nothing' atau letak gambo sekeping...
nak tau dik...

ada budak tak tau la dia faham ke tak apa yg dia taip tu kan..bg akak dia mencarut...sakit hati jadinye..dia marah sbb akak udpate mcm tu...pesal lak dia nak marah kat blog akak...tak paham la..

bertambah tekanan akak, tapi akak tak buat lagi cerita ttg tu...masih lagi menahan marah ni...

sori la dik..tercerita dgn kamu...sbb angin tak bape nak molek..eheheeh

pis

ASaDa RyutaRo said...

dahsyat gak customer happy mart tu ea. anggap saja itu dugaan tugas. err..

eh, kamoO ni ada iras2 pekerja indonesia ke? =P

pengalaman mendewasakan.. sian lak dgr kisah kenalan tu yg asik bersedih je.. isk..

Linglung said...

bagus2..lu seorang yg kental! gua kagum :)

izakhairi said...

salam dari akak buat adik ain,

pendapat yang mantap dari seorang yang berusia muda...

tahniah kerana adik lebih matang dari orang yang sepatutnya matang...

kekadang usia seseorang tidak menunjukkan pengalaman dapat mengajar sesuatu...sebaliknya lebih suka mengambil sikap aku lebih tahu dan tak perlu diajar...bagi akak pula, kita perlu belajar dari sesiapa sahaja tidak kira berapa usia mereka...akak sentiasa belajar dari anak-anak murid

Sofia said...

eh.. student upsi ke??

akak pun sama.. apesal xpernah nmpk??

hehe..

neway, akak dulu pun ada kerje kt minimart KHAR.. Even bakal2 cikgu pun ada yg berkelakuan cmtu..

hnya kekayaan budi bahasa shj yg dapat membezakan seseorang!

Hamzah Ian said...

betol2.. gua sokong..yg penting hepi slalu

Anne Boleyn said...

salam..

adoii kasar nya bahasa customer tu. terkejut kot baca entry ni sampai camtu sekali.

apa2 pon kagum dengan awak sebab boleh handle menda ni dengan cara matang. :)


p/s: 1st time komen di sini. jemput datang blog HLN balik kay. :)

K2r~90 said...

byk orng byk ragam...
sure li mmg byk kene sabarkan jumpek orng cam ghini

Bangauputih said...

kunjungan perdana.
salam ukhuwah ukhti ain, :-)

E.d.Y said...

sabarlah...yang penting senyum..

EnglishMan said...

walau usia masih belia, tapi patut berpikir dewasa, salam