Nota dahi : Saya sudah berhenti kerja di Happy Mart. Sekarang sedang menghitung jam pergi pulang ke Tanjung Malim. Tiket belum beli. Mungkin perlu sewa kereta lembu.
Berkenaan entri saya menggatal mengorat lelaki, ada pembaca Blog Ain Fathihah yang bertanya, apa kesudahan kisah Fahmi. Kesudahan? Heh, minat pada dia, datangnya mudah. Maka perginya juga mudah.
Selepas peristiwa bersama Uncle Gay pada malam tu, agak lama saya tak nampak Fahmi. Sebab kerja pagi shif pagi. Cuma ada satu hari tu, sedang saya leka berangan menyiapkan kerja di kaunter cashier, tiba-tiba ada seseorang mengetuk dinding cermin sebelah saya.
Cepat saya menoleh. Fahmi! Sambil berjalan agak laju di kaki lima Prima Tanjung, sempat dia menegur saya. (tegur ke macam tu? Saya dengan perasannya menganggap dia menegur saya, dengan cara mengetuk dinding cermin Happy Mart. Yelah, kalau dia tak tegur saya, sapa lagi? Saya seorang saja yang ada dalam kedai masa tu)
Saya cuma sempat memandang dia sesaat. Sempat melihat senyum manis dia setengah saat. Dunia pun terasa terhenti suku saat.
Minggu seterusnya, saya kerja shif malam pula. Malam kedua bekerja, seorang lelaki Cina bersubang sebelah dan berseluar pendek melepak sambil membaca majalah secara percuma dalam Happy Mart.
Sedang saya melayan customer, lelaki itu bertanya pada saya,
“Girl, mana you punya boyfriend. Tak datang ka?”
Sempat saya kerutkan dahi. Alamak, bila masa pulak saya kantoi dating dengan Fadzil depan lelaki ni. Isk!
“boyfriend? Siapa?”
Dengan muka bodoh tapi tetap comel saya bertanya.
“itu…guy yang tinggi-tinggi, hensem & kulit gelap tu. Boyfriend you yang kerja Parkson”
Oh! Kuss semangat. Serta merta memori malam tu menjelma dalam minda saya. Cepat saya mempersiapkan diri. Kenapa la dari tadi saya tak cam Uncle ni.
Dengan memaniskan muka, terus saja saya katakan,
“oh, my boyfriend ar… dia sibuk. Sudah tiga hari saya tak jumpa dia”
“boyfriend you hensem lor. Bila you mau kawen sama dia? Sudah bertunang kan?”
Tunang? Alamak, si Fahmi ni kelentong apa pula kat Uncle ni. Bila masa pulak kami bertunang ni.
“eh, belum tunang. Hujung tahun ni. Kami belum cukup duit nak kawen”
Lancar saya menjawab. Masa tu dalam hati, dah terkekeh-kekeh ketawa. Tapi debarnya masih ada. Yelah, lelaki yang orientasi seksualnya sebegini..bertanya tentang pakwe jadi-jadian saya..mana tahu, akan diapa-apakan saya demi mendapatkan pakwe jadi-jadian yang sebenarnya langsung takda kena mengena dengan hidup saya ini!
Setelah berbual basa-basi, lelaki Cina ni beredar. Lega saya. Dalam hati, tak sabar menunggu Fahmi! Nak beritahu Uncle gay ini mencari dia.
Hampir satu minggu saya menunggu Fahmi. Dia tidak kelihatan. Saya makin risau. Alamak, ini minggu terakhir kerja. Takut saya tak sempat nak tengok dia buat kali terakhir beritahu mengenai Uncle tu.
Malam terakhir kerja, lelaki pemilik senyuman yang buat lutut saya terasa tercabut skru hadir di Happy Mart. Dengan pakaian santai. Masih dengan topi Beanie, tapi warna merah-hitam pulak. T-shirt berkolar, seluar jeans dengan beg sandang melintang dada.
Elok saja Fahmi di kaunter, dengan senyuman, terus saya tegur
“Hai. Lama tak nampak?”
Masih. Dia Fahmi. Cuma senyum mengangguk pada saya.
“err, baru-baru ni Uncle Cina yang gay tu, datang jumpa saya. Dia cari awak”
“oh, ye ke? Biarkan dia. Bagi rokok Dunhill 20 satu”
Terus saja saya capai kotak rokok merah tu. Scan dan beri pada Fahmi. Dengan ekor mata, saya lihat dia berlalu pergi.
Aaaa…lelaki ni merokok rupanya. Serta-merta rasa minat di hati saya, mengunjur turun sebanyak 70%. Terus rasa tak minat. Mujur. Haha.
Tapi saya tetap takkan lupakan senyuman dia yang manis di mata saya. Moga Fahmi dan topi Beanie nya menjadi antara kenangan manis saya sepanjang dua bulan kerja di Happy Mart.
Saya dan dia, sudah ditetapkan Tuhan punya laluan masing-masing. Ikut saja laluan yang ada. Saya tidak mengharapkan laluan kami bertemu untuk saya berjalan seiring dengan dia.
Selamat Tinggal, Fahmi.
25 komen tak puas hati:
suka ayat ain, dtgnyer mudah..perginyer mudah..
kalo de jodoh, tak kemana
melepaslah fahmi.
takpe.insyaAllah dpt yg lebih elok dr die.hensem kena luaran dan dalaman jugak. =)
anaas here...haha..that y la u ask me eh..haha..nk mereka crita la upanya..gud one..hehe
kalau ada jodoh tak ke mana~
cinta pandang pertama?
peeergh... nangis siot aku baca.. gud job ain...
hahahahahaha...scary giler ah si gay tu!haha
Latest post:Bahan mentah utk rujukan
abis dah? not hepi ending la
sedeyhnyew!
kesian2...sedeynye..hehe
sempat x bg no aku kat fahmi?hak2..
gurau2 gatal aja :p
tetap sedih..wakaka
yelah ain...
antara lintasan dalam hidup, datang dan perginya mudah sahaja.
entri terbaru saya : saya pencuri?
jangan buat lagi gua cemburu:
awak punya comment bagus ilmiah dan jika boleh selalulah comment di blog gua
Ann, saya tulis ayat tu berdasarkan orang cakap, mudah jatuh cinta, mudah juga nak lupakan cinta tu. ngee. tapi rasanya betul, perkara yang mudah datang, perginya pun mudah. macam duit. senang dapat, senang habis. kan?
nizamsani, si fahmi tu tak kisahkan saya pun. huhu.
munsyi, dah ada sebenarnya. fahmi ni, saja minat2 mau cuci mata masa kerja. bukan curang, cuma nakai sedikit.
anas, yeahh..kena gak tahu pendapat orang dulu. terutamanya orang tua macam abg.
cheesy, tak berjodoh rasanya. bukan cinta pandang pertama. cuma jatuh suka pandang pertama saja.
Man, nangis? perli aku eh. debik kang. haha
iqbal, sangat menakutkan. seram badan betul dia tu. mujur saya dah takda kat Penang.
beruwang, ni kisah saya. bukan cerita novel @ cerita hindi yang wajib ada happy ending. happy ending cuma dalam khayalan.
edy, waa ni sedih tak ikhlas ni. siap gelakkan saya pulak.
mira, ada dah no fahmi. mau? hehe
cikgu normah, dalam hidup memang sangat lintasan rupanya. selama ni tak perasan pun. hehe
brutal solo, apa yg cemburunya? hehe. ya terima kasih. dari komen kosong, lebih baik komen dgn ikhlas.
2 years without any words..after some reading in this blog, i just know ur name..but, always remember that place..
Its so FAHMI...
hi..married?..
..Fahmi..
Post a Comment