mereka yang tegar

Thursday, July 15, 2010

dulu seorang, sekarang berdua. takkan mungkin jadi bertiga.

Salam’alaik. Rasa lama tak update. Rindu nak menulis. Tapi idea mahu menceceh di Blog Ain Fathihah terasa tersekat-sekat. Badan rasa nak demam. Kurang minum air kosong agaknya. Mungkin juga perubahan cuaca dan angin Penang ke Tanjung Malim buat badan saya rasa tak sihat. Haha kononnya lah kannn…

 

Alhamdulillah, semester ini saya sudah punya teman sebilik. Cuma teman sebilik, bukan teman sekatil. Katil saya di sudut kiri bilik, dan katil dia di bahagian tingkap.

 

Namanya Sue. Orang Borneo. Nama penuh? Saya tak pasti antara Suhana ke, Suraya. Pasti lah bukan Suwa-suwe-kemoning-istimewa-raja. Semester 3, jurusan Pendidikan Bahasa Melayu. Cantik orangnya. Ramah, boleh dibawa berbual. Tapi saya belum sudi berpeluang bersembang panjang dengannya. Mungkin tak sempat. Mungkin menyombong. Mungkin masih kekok. Dia masuk ke rumah sewa ni bersama dua orang kawan.

 

Jujurnya, dari pengalaman duduk seorang di bilik 3 ini semester lepas, saya merasakan kawasan jajahan (terminologi ekologi : niche) saya semakin kecil. Yelah kan, sebelum ini almari untuk dua orang, saya gunakan seorang. Sesuka hati letak baju di dua bahagian. Sesuka hati tukar-tukar katil untuk tidur setiap malam (saya pasang cadar di kedua-dua katil). Sesuka hati gunakan dua meja belajar (satu untuk laptop, satu untuk printer).

 

Mudah cakap, Bilik Ini Aku Yang Punya! Hehe.

 

Sekarang, dengan paksarela saya mengecilkan ruang jajahan saya. Takda masalah pun sebenarnya. Saja mau mengungkit ke’heaven’an semester lepas.

 

Malam Selasa, saya dapatkan movie Kites daripada Blogger Orang Perlis Menulis, Cikgu Man. Itupun setelah saya muat turun movie Lu Pikiaq La Sendiri dan Belukar untuk dia. Malam tu juga terus tonton. Cerita romantika Hindi-Mexico.

 

Saya mula menonton sekitar jam 11malam. Malam masih muda, kan? Tapi teman sebilik saya, Sue, tiap-tiap malam jam 10 dia sudah tidur. Erk, awalnya. Huhu. Ya adik-adik kena tidur awal ya. (hehe, perasan kakak, padahal dia lagi tua umurnya dari saya.).

 

Disebabkan cerita romantik, saya terpaksa kuatkan volume speaker laptop. Pelakon berbisik-bisik romantik, mana nak dengar. Sarikata (subtitle) ada, cuma lebih seronok dengar si Hrithik dan Barbara Mori berlawan cakap Urdu-Spanish. Sekitar sejam menonton dan melayan senyum seorang, tiba-tiba ada adegan tembak menembak, memang bising satu bilik. Bang-bang-bang!

 

Si Sue terpisat-pisat matanya terjaga dari tidur. Aduh, maaf! Bising tengah-tengah malam. Haruslah Sue terjaga. Cepat-cepat saya minta maaf, perlahankan volume laptop, dan minta dia sambung tidur. Hehe.

 

Esoknya, malam Rabu, Sue minta izin dari saya untuk tidur di bilik bawah bersama dua orang kawannya.

Erkk? Mungkinkah dia trauma tidur sebilik dengan saya?

 

Nota buku lali : Rasanya lepas ni saya takmau bagi dah Sue tidur di bilik orang. Mungkin mau buat gaya sang suami bercekak pinggang memanggil si isteri masuk tidur.

“Sue! Cepat masuk bilik sekarang. Mau tidur!”

23 komen tak puas hati:

a kl citizen said...

lain kali pakai headphone tu ain...(betulke istilah yang saya guna ni?) sekarang kan banyak yang dah murah2...

saya ,,, bab orang bising masa saya tdo memang pantang, lagi kalau tetiba pasang lampu bilik sedang saya tdo... sebab nak tdo balik semula tu dah payah...

jangan buat lagi tau

Ann said...

cian..ye lah tak tersengaja kan...ain mtk maaf lah kt dia n explain...insyaallah xde ape2

iqbalsyarie said...

hahahahaha...agaknya apa respon Sue kalau dia baca blog ain ni ek?hehe
Latest post:Ingatkan saya sorang je malu,tapi semua org malu!!

OrAng_PeRLiS_mEnULiS said...

haha.. barbara mori memang sexy, hrithik roshan macho..

p/s: tq untuk link.. wehe.. suke suke suke..

hans said...

film Kites tu best x?
kalau best den nak download

p/s : Review Film : Mantra Filem Seram Paling Terbaik Keluaran Metrowealth?

hiro said...

hii..garangnye ayat last..

f_aRa_aINa989 said...

ain, akan jd ber3 kalau kita mai..hehehe

nizamsani said...

ada potensi untuk dapat ke’heaven’an semula.hehe.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

jangan garang sangat nanti cepat tua

ismiaisha said...

nama dia suraya la cik ain..
hihi~

pasni nk repot kt sue lah ain tulis sal dia!
ngeh3~
;)

ASaDa RyutaRo said...

hahahaha.. kesian lak ngn si sue yg terkejut d tgh2 malam akibat perbuatan orang. hahaha.. len kali guna la headphone ain oi..

jangan buli dia! lalala~

ain fathihah said...

cikgu normah, sekarang saya dh reti tengok movie pakai headphone, siap tengok dlm gelap sbb roommate dh tdo. hehe baik kan saya... ngee

ain fathihah said...

Ann, hehe dah explain dah. saya pun tengah sesuaikan masa tdo saya dengan dia. sekarang dah cuba2 tido awal bila dah tak keja..

ain fathihah said...

iqbal, rasanya Sue xpenah jumpa kot blog saya. dia bukan jenis kaki internet. hehe. takyah la dia tahu, segan plak nanti.

ain fathihah said...

Cikgu Man, haa aku dah letak link hang. bantu promosi.

ain fathihah said...

hans, biasa ja movie Kites ni.. bintang 4/5

ain fathihah said...

hiro, garang ke? waa memang tengah berlatih nak jadi garang la ni..sila gerun ya!

ain fathihah said...

Aina, mai la mai la..Sue tak lekat bilik. kalau hg mai, dari seorang jadi berdua jugak

ain fathihah said...

Nizamsani, yeah. tak jugak. dah jadi biasa ada roommate. nak buat apa2 pun kena fikir orang dulu. hehe

ain fathihah said...

brutalsolo, buat2 garang baru tak cepat tua.

ain fathihah said...

Siti, report la report la..tak kesah pun. hehe. Suraya ek? haa tau dah. TQ bagitau

ain fathihah said...

Asada yang kacak, ni bukan buli! ni sesi bermesra cara Ain Fathihah. yela, sekarang dah guna headphone dah. headphone Amirah plak tu, buat harta. pinjam tak pulang2. haha

nieha niezzeissha said...

nakal tol la budak kecik sorg nih ek???hehhe...