mereka yang tegar

Sunday, July 11, 2010

terima kasih, tukang baca!

Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, mungkin timbul rasa suka. Salah satu cara untuk orang mengenali saya, adalah melalui Blog Ain Fathihah.

 

Ya, blog ni cerminan diri saya, walaupun tak sepenuhnya. Saya menulis entri-entri dalam blog ini dari hati. Terima kasih pembaca-pembaca setia Blog Ain Fathihah yang masih tak jemu berkunjung setiap kali saya kemaskini cerita terbaru saya.

 

Hari ini, ada satu mesej yang buat saya tersenyum simpul. Rasa nak kongsikan dengan kalian.

 

“Salam. Ain pehabaq. Lama tak online. Hehe. Saya nak umumkan sesuatu. Saya dah berjaya khatamkan Blog Rasa Sayang. Termasuk la entri baru Ain. Huhu. Best2. Teruskan menulis tau =) study rajin2 ye. Takmau nakal2 tau. Cuba lah ‘jadi’ matang (walaupun matang tu sifat semula jadi). Take care. Salam =)”

 

Bila seseorang yang kita tak berapa kenal, menulis begini, rasa terharu kan? Hehe. Terima kasih pembaca Blog Ain Fathihah, yang selalu berkunjung ke sini, yang selalu meninggal jejak, yang rajin komen balas di entri-entri saya, dan juga saudara/i Silent Readers.

 

Salam Sayang,

dari hati.

Bertaut rasa melalui cerita.

31 komen tak puas hati:

sI tEDI said...

rasa terharu bila ada yg mesej di Facebook
'saya pembaca senyap blog kamu'

:))

teruskan menulis ain

♥..nairul♥mastura..♥ said...

tahniah ain..byk input dpt ble bace blog kamu.....gud luck..n teruskan usaha.. :)

iqbalsyarie said...

Wah...mantap!bagus2...mungkin itu la yg dikatakan sebgai menulis dengan penuh tanggugjwb..kan ain?nak tips gak!!!hehehee
Latest post:Menarik!Kisah pemabuk bersolat

Ariff Budiman said...

Salam Ain. Teruskan menulis. Sayang kalau tak baca

mier@merr said...

nak komen2x

saya juga selalu baca.. :)

a kl citizen said...

setiap dari kita belajar sesuatu dari kisah orang lain
teruskan menulis

Jom baca entri terbaru saya : saya pencuri...(2)?

Luth Textile said...

hahaha makin lama makin banyak peminat blog ni. Keep it up. Saya pun pembaca setia jugak

Ann said...

wah de peminat setia ni....

aku pun suka baca blog ni taw ain...

can ili be akmal? said...

i am your new follower

can ili be akmal? said...

best kan ada silent reader.dan best baca older post awak yang awak tak minat bola.huhu..takyah kan tgk bola.orang pompuan takyah tgk aurat lelaki.huhu.bapak saya dan sorang adik lelaki saya pon tak minat sgt bola ni

Insan Marhaen said...

memang, kita selalu di datangi oleh sesuatu yang tidak terduga. cuma satu je pesan IM;

biar ditimpa perasaan, jangan ditimpa perasan.

he.. he..

amirah said...

tima kaseyh ja ka ain?belanja r bandung cincau abg bistro mlm ni keh

NiZaM Limited said...

bagusnya..tapi ain memang layak pon..
cara penyampaian ain tu lain dprd lain..ade kekuatan sendiri. yg jadikan org lain tak jemu kalo baca. wlpn pnjang berjela, tp tak lost masa baca..tahniah utk bakal cikgu kita ni. hehe..

nizamsani said...

ya.cerita kamu seronok dibaca.
teruskan.

maCy said...

betul2.. seronok kan. rasa dihargai. tu la antara semangat maCy utk blogging :D

mrs.JamaL said...

ha..aa..baca cerita ain..seolah2 ain ada kat depan bersembang n akak..

selama ni masuk sini diam2 jer...

ain fathihah said...

si tedi, memang terharu la begitu. ada jugak orang tegur di ym, katanya pembaca senyap. boleh perasan kejab, bajet artis. hehe

ain fathihah said...

nairul mastura, terima kasih. moga sama2 berfungsi. jangan jemu singgah sini ya

ain fathihah said...

iqbal, err memang takda tips. cuma bagi saya, elokkan bahasa penulisan (awak dah lulus ni) dan juga menulis dari hati... menulis dari hati.. jangan tanya bagaimana. haha

ain fathihah said...

mier@merr, haa tahu. awak selalu singgah sini. terima kasih muahh3.

ain fathihah said...

encik Ariff, terima kasih. siapa yang baca, boleh jatuh sayang dgn saya agaknya. ngee. perasan lagi

ain fathihah said...

Cikgu Normah, sama2 berkongsi kisah, sama2 juga belajar sesuatu. saya sangat suka baca blog cikgu, dan juga cikgu2 yang lain. hehe

ain fathihah said...

Luth, hai hensem! hehe. blog Luth lagi la ramai peminat. tak terbanding dgn Ain ni. terima kasih jadi pembaca setia. setia ya! harus tak jemu bertandang di sini

ain fathihah said...

Ann, terima kasih. sayang kamu! hehe. rasa melayang2 ni bila ada yang cakap, 'aku suka baca blog kau'...tolonggg, nak terbang melayang ni!

ain fathihah said...

ili akmal, terima kasih. jom bertandang selalu di sini.

ain fathihah said...

IM, terima kasih atas pesan. aduhh, rasa macam dah lama ditimpa perasan. perasan comel. hehe. IM, tolong pulihkan saya yg ditimpa perasan ni.

ain fathihah said...

Mira, setel! dah belanja dah kan. hehe aku tggu duit nuff hang la pulak k

ain fathihah said...

Nizam, aduhh rasa panas je muka baca komen nizam ni. malu ada, bangga ada. seronok pasti ada! terima kasih sbb hargai cara penulisan saya

ain fathihah said...

nizamsani, terima kasih. jangan jemu nak baca cerita saya ya

ain fathihah said...

maCy, sangat seronok. rasa bersemangat je nak tulis sesuatu yang bagus.

ain fathihah said...

Akak Mrs.Jamal, hehe. bangganya saya akak cakap macam ni. amik masa 3tahun jugak la baru saya dapat tulis perkara yang orang seronok nak baca. skil bukan dilatih dalam sejam, kan? terima kasih akak silent reader!