Monday, July 19, 2010

makan tanggung, berak cangkung

Salam’alaik. Hari isnin, permulaan minggu. Jom bersemangat! Tapi jujurnya, hari Isnin adalah hari paling malas mau bergerak meninggalkan sarang.

 

Heh, entah di mana azam saya semasa cuti. Mahu rajin!

 

Pengalaman dua bulan bekerja semasa cuti semester buat saya rasa sangat bertuah dengan apa yang saya ada sekarang. Saya berada di zon selesa, cuba-cuba memberanikan diri keluar selangkah dari zon selesa saya, dengan bekerja di Happy Mart.

 

Tapi, sesuatu yang tidak saya sangkakan, yang sangat berharga saya temukan di situ. Ilmu dan pengalaman yang tak mungkin saya dapat cedok dari buku-buku gemok kesayangan saya (saya gelarkan buku-buku Bio & Kimia tu buku gemok sebab mereka memang tebal dan berat. Hehe)

 

Jujur cakap, sebelum ini saya memandang remeh sebegitu (cashier, promoter, salesgirl etc). Yelah, kerja semacam itu. Hang lulus cemerlang SPM ke, hang cukup-cukup kredit 4 subjek ke, hang gagal semua matapelajaran dalam SPM ke, boleh je nak mohon kerja sebegitu. Gaji basic tetap RM750 (bukan warganegara gaji basic RM400).

 

Pernah juga saya merasakan, orang yang bekerja begini, adalah orang-orang malas yang tidak mahu memajukan diri. Kenapa masa sekolah tak belajar rajin-rajin? Kenapa ketika ada peluang tidak dimanfaatkan peluang yang ada? Kenapa mahu bekerja begitu lama-lama? Kenapa dulu malas, kan dah kena kerja teruk?

 

Huhu. Maafkan saya. Saya cuma gadis dalam zon selesa yang belum tahu perit jerih dunia sebenar. Selama ini (sekarang pun), masih ‘makan tanggung, berak cangkung’.

 

 Akal masih pendek, belum tau berfikir.

 

Rupanya,

 

Ada staf Happy Mart (saya kenal masa pergi temuduga) yang cemerlang pelajaran, tapi disebabkan dia kakak sulung dari keluarga miskin yang punya ramai adik, dia dengan rela hati saja mengenepikan tawaran melanjutkan pelajaran ke Universiti, untuk membantu keluarga menyuap makan ke mulut adik-adik. Gadis tu dari Baling, Kedah datang ke Penang untuk bekerja di Happy Mart cawangan Terengganu Road (belakang Penang Free School).

 

Terasa betapa kerdilnya diri saya. Masih tak reti hidup susah, masih merengek-rengek manja pada ibu bapa bila takda duit, masih menangis bila rasa letih menghadap tugasan seorang pelajar.

 

Sedangkan dia, umur sebaya saya sudah perlu fikir bagaimana caranya untuk bertahan hidup, perlu fikir bagaimana perlunya dia mengenyangkan perut adik-adik, perlu mencari jalan mencukupkan duit untuk duit belanja sekolah dan beli buku untuk adik-adik.

 

Tak perlu berfikir pun, saya mengaku dari segi ketabahan, sungguh, saya kalah pada gadis tu.

 

Dua orang staf dari Indonesia, datang Malaysia dengan semangat berkobar-kobar ingin melihat Negara orang, kemudian rasa menyesal pula datang sini. Mahu balik, kontrak sudah ditandatangani. Perlu bersabar dua tahun sebelum ‘bebas’.

 

Berbual dengan Rizal, saya merasakan betapa bersyukurnya saya lahir sebagai warganegara Malaysia. Rupanya, sistem pendidikan kita yang dilekeh-lekehkan sesetengah daripada kita, sangat dicemburui oleh Rizal. Katanya,

 

“kau sangat untung Ain. Mau belajar senang. Kemudahan ada. Kerajaan bantu semua. Di tempat aku, mau belajar susah. Mahal. Pilihan pun ngak banyak”.

 

Dari cara Rizal memberi pandangan, saya tahu, dia anak pintar. Dia bukan orang Indonesia yang tak tahu huruf & angka yang datang bertaruh nasib di Malaysia. Tapi, itu lah kan. Tak semua manusia ada peluang yang sama.

 

Saya doakan Rizal dapat menyambung pelajaran dalam bidang komputer yang diminatinya.

 

Jamir, lucu orangnya. Di Sekolah Menengah Tingginya, dia di aliran Teknik Gambar Bangunan. (cepat teka, Teknik Gambar Bangunan ni, namanya apa di sini)

 

Kau dari mana, Mir?

-Indonesia

Indonesianya mana?

-Jawa

Jawanya mana?

-Jawa Tengah

Jawa Tengahnya mana?

-Semarang

Semarangnya mana?

-Purbalingga

 

(ada banyak lagi, tapi saya sudah tak ingat perinciannya sehingga sampai ke kampung Jamir)

 

Jamir selalu menekankan pada saya, jadi gadis (wanita), harus pandai masak, harus pandai uruskan rumah tangga, harus boleh melayan anak-anak & suami, harus itu, harus ini.

 

Bila saya minum apa-apa (guna straw) dan berbunyi pula,

 

“Ain, minumnya jangan sampai bunyi ya. Ngak manis. Kamu itu perempuan”

 

Bila saya makan berdiri, Jamir akan menarik bangku, menyuruh saya duduk,

 

“Tuan Puteri, duduk ya”

(haha, Jamir memang selalu panggil saya Tuan Puteri, saya cuma ketawa sambil balas memanggil dia, Dayang ku)

 

Jamir dan Rizal, orang Indonesia pertama yang saya kenal, sampai boleh berbual dan bergurau ketika kerja. Mereka berdua dah buka mata saya tentang banyak perkara. Tanpa mereka sedar pun, saya merasakan mereka membantu saya melihat dunia dari sudut pandang yang beza. Bukan lagi sudut pandang dari zon selesa saya.

 

Lihat dunia dari mata burung, berhenti lihat dunia dari lubang tempurung.

20 komen tak puas hati:

amirah said...

pengalaman yg mendewasakan

Ann said...

haha comel lah jamil tu...

dulu pun penah keje cashier mase cuti sem, customer2 pandang rendah pd aku..lantak lah, yg pentg aku tau apa yg aku buat...

etomyam said...

semakin banyak bergaul semakin luas pengalaman dan pendedahan hidup

KhairulZamanKhobin said...

pengalaman menjadi promoter buat kita kenal pelbagai ragam manusia..

dan juga...

mennyedarkan kita bahawa kisah manusia berbeza beza...

aku pon pernah kerja sbg promoter... pengalaman yang cukup bermakna.. :-)

Luthfi Suib said...

ain.. tu baru kerja happy mart. tak keja tempat lain yang lebih besar dan mencabar.

nanti dah abis belajar, celik mata luas - luas tengok dunia. baru tak diri kita sapa =)

Luthfi Suib said...

ain, tu baru kerja happy mart. tak kerja betul2 lagi. lepas belajar nanti celik la mata luas - luas tengok dunia ok

kapten said...

pengalaman yang penuh bermakna... bagsula.

faINa989 said...

wahh...patut duk ingat staff happy mart selalu...byk kenangan rupanya...

Anonymous said...

sarat ngn pengajaran betol. syukur2.

Unknown said...

haha...gud writing there cik ain...a good writing for those who wish an easy life without any effort.. :)

Amir Syahir said...

keh3..nanti ada pengalaman jd mak org lak..auwwww..xsbr nk tgok anak u...keh3.

Rashid said...

salam

ermm satu pengalaman yang begitu baik sekali ain. Bersama dengan mereka di luar lingkungan.. pasti memberikan kita satu pengalaman dan kenangan yang sangat berharga ..

Anonymous said...

tuan puteri, jgn mahu ikt blk sana pula ya? ;p

Unknown said...

Ya...kamu pernah cerita sedikit dalam komen kamu atas entry saya.Saya hormati org mcmtu...baguskan..huhu...ya la ain..kita ni sgt untung,syukur saja kurang sikit..huhu
Post baru:Ini baru mukaddimah aje

Unknown said...

assalammualaikom...

banyak lagi dik akan jumpa... adik akan kenal sepak dan terajang manusian di dunia... belajar dulu dan diluar lebih dari pelajaran yang kita perlukan (anakkhas pernah kerja kat 7e gurney kat tepi pantai tu..mcd kat puchong.niaga kat uptown kampung melayu subang dan damansara)

hentian said...

si Jamir tu baik ye pak...

baik....???

Guru said...

pengalaman an tanggungjawab akan mendewasakan sesiapa sahaja insyaAllah...

terbaru dari saya : buka tingkap luas-luas

mancai said...

salam singgah, sama jugak aku kecik2 dulu macam ni lah keadaannya lebih kurang...

Mr. Asada said...

"makan tanggung, berak cangkung" cam tagline blog sesawang je.. hihi =P

tu la.. bila sendiri yg dah kerja camtu baru rasa cmna. baru tau kisah orang yg susah2..

pengalaman mengajar. yeah! mendewasakan pemikiran. err..

so sekarang, jangan lepaskan setiap inci peluang yg ada.. hehe =P

ISZA said...

rezeki tidak sama.. yang penting usaha..