Wednesday, May 05, 2010

Blogger Kacak yang Bikin Hati Gua Goncang!

Berapa ramai blogger kacak (lelaki lah, ada ke perempuan kacak?) yang bila kamu masuk blog dia, jantung berdetak laju. Rasa nak gugur? Rasa bagai direntap? Iman kelip-kelap? Duhh.  

 

Jangan ingat orang lelaki saja suka cuci mata. Orang perempuan pun sama tau. Cuma kami gadis-gadis pemalu di dunia nyata, akan sangat sedikit teruja dengan blogger-blogger sedap mata memandang ni.

 

Entri ini akan saya ceritakan blogger kacak yang bikin kecoh rumah saya. Rumah sewa, bukan rumah mak ayah. nak mampos gedik-gedik depan mak ayah.

 

Rumah saya ada tiga orang blogger amatur. Masih amatur, belum blogger tegar. Apa saja pasal blog, kami kongsikan bertiga. Tiga saja. habis nak buat macam mana yang lain buta internet. Blog pun taktau. Window 7 dengan Office 2007 pun taktau apa beza.

 

Seorang blogger kacak ni, saya mula tahu blog dia bila seorang housemate saya, Gadis M cerita pasal entri dia berkenaan tempat duduk lelaki perempuan diasingkan dalam bas. Saya teruja. Islamiknya dia. Buka laptop & cari blog dia.

 

Perghh, header saja sudah mengancam jiwa. Bila baca entri-entri dia, fuh..! penulisannya sama kacak dengan orangnya. Sejak itu blogger lelaki ini jadi fenomena antara kami bertiga. Mungkin juga ribuan follower gadis-gadis blog HA.

 

(cakap dengan kuat dari bilik sendiri)

Gadis F : weiiiii!!! HA masuk blog akuuu!

 

Cukup kuat untuk didengar oleh saya dan Gadis M. Lalu kami berdua menerpa ke bilik Gadis F. semata-mata nak tengok apa blogger HA tulis di shoutout box Gadis F.

 

 

(sambil menekur kepala)

Gadis M : ergghh, kenapa HA tak masuk blog aku ni……..(suara sayu)

 

Sejak itu sepertinya Gadis M dan Gadis F bersaing menanti-nanti blogger HA menjejak kasih di blog masing-masing. Seakan sudah menjadi satu hiburan pula mendengar nama HA diomel-omelkan di rumah saya.

 

Gadis M : waa, HA masuk blog aku!

Gadis F : eleh, dia pun masuk blog kite jugak!

 

Oppss, kami gatalkah? Terpulang pada tafsiran pembaca. Kami meminati HA disebabkan gaya penulisannya. Santai berdakwah. Tegurannya tak terasa pedas, tapi terkesan di hati. Kacak? Wahh itu bonus.

 

Akhir semester, saya pula yang menekur kepala,

 

“wei…kenapa HA tak pernah masuk blog aku pun!”

 

Hahaha. HA aka Hami Asyraff.

 

Blogger kacak kedua, pelik namanya. Awal-awal dengar nama dia dari Gadis M dan Gadis F, saya tak ambil pusing sangat. Satu hari, mereka tunjukkan FB dia.

 

Perghh! Jejaka seorang ini lagi bikin hati kami goncang. Haha.

 

Asada Ryutaro. Rasanya macam bukan nama dia. Huhu. Saya tak tahu apa nama sebenar dia. Okay abaikan. Jejaka Asada ni agak friendly orangnya. Baguslah buat saya tak jemu nak masuk blog dia. Hari-hari pun takpa. Hihihi.

 

*Asada, sila blushing*

Dua nama ini menjadi gurauan sesama kami bertiga. Pemangkin semangat nak berblogging. Muahaha, sangat tak menahan.

 

Ehem, diingatkan…kami minat blogger berdua ni takda lah sampai tahap berangan nak bercinta dengan mereka. No no no!

47 komen tak puas hati:

Azym Azizi said...

Hehe. Mengaku pun. Susah nak jumpa orang yg nak mengaku nih..hihi

p/s: Aku pun kadang2 goncang jugak hati bila melawat blogger2 cun.. :p

alang said...

hehe. No komen utk artikel nie. Tapi kan, klau blog yg berdakwah dalam keadaan santai saya rekemenkan blog Kereta Mayat keretamayat.blogspot.com

even menteri pun baca blog dia.

p/s tak pasti la dia kacak ke tak. :Þ

nIsYa said...

bukan gatai tu tapi minat :) kacak & pandai dalam agama, sape yang tak terpikat right? :)

Nurul Amal said...

HA..ingtkan hilal asyraf td..hak2

Cik NeyNa said...

Hahahahaha...
ai pon like blogger sedap mata memandang nih..so ada borang ke nak join the club?

bspotgurl said...

ohh dorang ni ke blogger kacak tu ek? well not bad at all. Blog dorang memang full with info. Take care yea u all bertiga :)

ain fathihah fhm said...

azym, haa apa salahnya. mengaku je la. biasa la kan minat2 ni. bukannya aku mengaku aku bunuh orang. hehe. kadang2 menguji keimanan jugak blogwalk ni. yg pasti, lagi ramai blogger cun dr blogger kacak. hg jaga2 azym! si dia marah kang!

ain fathihah fhm said...

Alang, saya memang baca blog Hamka kereta mayat tu. best. santai ja penulisan dia. even lucah2 skit, tapi apa dia tulis tu betul ah. hehe

ain fathihah fhm said...

hanie@nisya, haa yup. memang ramai terpikat. aset tu. bukan senang nak jumpa lelaki calon suami sekarang. tepi jalan ramai la kutuk berahak

ain fathihah fhm said...

Amal jauh hati..haa aku tak baca blog hilal asyraf. tapi tau la blog dia. kawan2 aku selalu duk sebut. dia ada buku kan?

ain fathihah fhm said...

cik neyna, welcome! join our club. haha entah berapa banyak ada kelab peminat hami asraff ni. mesti ramai gadis2 minat dia jugak

ain fathihah fhm said...

bspotgurl, yap. ramai lagi yg kacak, tapi dua orang ni la yg buat rumah saya kecoh. hehe. tension2 study, then pegi baca blog diorang... cuci mata skit...hehe

s h a said...

wahh...hami ngan taro mendapat n3 khas dr cik ain kite.hikhik...diorang memang baik n bagus...

NenetPenne (NP) said...

blogger kacak? wahhh ini sudah best..mesti link ni..ha ha ha...nampak nau gatainya....

arlooo....nenet singah blog ain...

Mr. Asada said...

hahahaha..

aku baca sambil tersengih2..
bila tengok muka sendiri kat sini tiba2 blushing!! hahaha..

tQ promote muka aku kat sini.. adeh2..

sape yg berkenan leh ambik borang.
saya single lagi. hahaha..

ain fathihah fhm said...

yup, betul tu aishah..depa dua memang bagus. penulisannya. rupanya. ciri lain? ahaha sila observe sendiri

ain fathihah fhm said...

nenet, sila2. blogger asada katanya masih single. dia suruh amik borang. hehe.

ain fathihah fhm said...

asada, aku boleh bayang macam mana hang tersengih2 depan laptop sorang2.

haa yela terima kasih jugak sebab tak marah walaupun dah jadi bahan entri aku. aku tak mintak kebenaran pun kan. hehe.

heloo gadis-gadis! sapa yang perkenan kat jejaka kacak asada ni, boleh la amik borang cepat2. dia single lagi. borang anda yg telah diisi akan ditapis oleh adik perempuan & kakak asada.

haha tak gitu, asada?

Unknown said...

amboi..nak yg kacak je..yg xkacak ni nak letak mana??hehehe...

amirah said...

peewwittt datang nak cari calon nie :p

ish budak2 zaman skg, jejaka kacak pon nak kacau

♥ shiMawar ♥ said...

haha..siap ade muka Asada yg tak tahan tu.. :)

ye le..kdg2 tu kekacakan tuan punya blog mmberi semangat kita nk bg komen kt entri die kn..?kn..? (^___^)

dhamirah asilah said...

waduh2...kok gantang sungguh ni org..heee..

dari~ummie said...

wahhhh..perlu diterjah! hihihi

Nurul Amal said...

hahhh..buku2 dia best..'terasing' ja ak pnh bc..dak ex matri..nice

Unknown said...

assalammualaikom...

kecewa jugak bila baca tajuk ingatkan bloger yang dimaksudkan kacak tu saya tapi orang lain...kecewa...

Anonymous said...

takde mkne taktau ape yg kacak kat asada tu.. lalala~
~siapla ngaku single, maCy btw ur gf! haha
hum, tapi kalau tntg asada, ikhlas dari hati, orgnya sgt happy go lucky n boleh dibawa bkwn, mengarut, satu kmstian.. but hes a good guy :)

abg hami asraff, maCy tak rapat dgn dia, tp entry dia mmg buat maCy tertarik buat kali ptama maCy jejak sana. tapi mmg tak rapat, tak macam asada yg frnly n kuat perasan gitu.. huhu

sekian, tetiba komen pnjg, kbtulan kenal and dekat2 blogger nya :)

ain fathihah fhm said...

edy, yg tak kacak hold on dulu. kena usha yg kacak+bujang ni cepat2. haha.

mira aka Gadis M, huhu aku tak kacau pun. aku usik ja. takpa, hami asraff tak kenal aku. hg bleh teruskan dgn dia ok. hak3

ain fathihah fhm said...

shimawar, yup betul tu. makin kacak blogger, makin semangat nak usha blog dia n tuan blog sekali. ala, macam Hanis Zalikha la jugak kan, dia cun cantik jelita menawan bijak.....ramai la peminat

ain fathihah fhm said...

dhamirah, haa gantang bergantang2..cepat isi borang!

dari~ummie, ya boleh terjah. pilih mana satu mau

ain fathihah fhm said...

Cikgu Anakkhas..cikgu pun kacak, tapi dah berkahwin. jadi tak masuk dalam senarai ya. jgn kecewa, cuba lagi lain kali.. ngeh ngeh ngeh!

ain fathihah fhm said...

macY, betul apa yg awak rasa tu. semua pembaca blog diorang pn rasa yg sama (agaknya)..

salam kenal macY

~aSHa~ said...

eehehehe sib baik aku dah kawin..

syahira ariff said...

hami asyraff!!!
dia penah blogwalking kat page saya!!
uhh waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
ensem gilak!!

ain,komentla new entri saya
heee~
=D

ain fathihah fhm said...

asha, kalau dah kawen, takleh usha lebih2 ya. hehe

ain fathihah fhm said...

syahira, haha excited ya hami asraff blogwalking kat blog awak..ramai gadis2 pun sama agaknya..dia kan hensem

HagakureKira said...

cemburunya...

walker said...

ain. ha penah masuk blog aku jugak.. ahahahahahaha.
saje nak nyibuk.

Surau Al-Ghafur said...

salam..

oo, cikgu jugak..xpe la, cikgu pompuan kena carik jodoh cepat, lagi pulak ngajar nnt kt sek.men, kalau bujang nnt kena ngorat ngan anak murid yg x cukup umo..hahaha

Arisa Mihashi said...

camne asada boleh ade kat sini.?adekh.

Hami Asraff said...

Assalamualaikum tuan rumah.

Ehem ehem, patutla dok tersedak je. Rupa2nya berlaku onar berduri di sini. Oh oh bulan... (sila sambung lagu Yuna ini)

Tiada apa untuk digoncangkan. Daku bukanlah seperti yang kalian utarakan. Malah jauh sekali.

Mungkin itu 'tipuan' gambar semata-mata. Mana tahu kot2 daku ambil gambar orang lain. Amacam? (buat muka sinis sambil urut dagu, ala macam orang2 jahat buat tuh)

Hami Asraff said...

Assalamualaikum tuan rumah.

Ehem ehem, patutla dok tersedak je. Rupa2nya berlaku onar berduri di sini. Oh oh bulan... (sila sambung lagu Yuna ini)

Tiada apa untuk digoncangkan. Daku bukanlah seperti yang kalian utarakan. Malah jauh sekali.

Mungkin itu 'tipuan' gambar semata-mata. Mana tahu kot2 daku ambil gambar orang lain. Amacam? (buat muka sinis sambil urut dagu, ala macam orang2 jahat buat tuh)

Ibu Mifzal said...

kah..kah..apa salahnya kalau nak cuci mata kan...

Lun said...

daaaa ingatkan laki je ske isi 'eye more' kat mata

kamu sudah menyedarkan ak haha

pmpuan pon ske ltak eye more dpn laptop, tah2 sampai meleley-leley dr mata hehe

Azizah Omar said...

hehe. dapat tau blog ni dari blog hami asyraff. hehe. :)

induk said...

ha..ha..ha...tersenyum induk baca ketika b.walking td..terjumpa blog HM....he..he...adat ler tu kan...

norzyah_zacksabri said...

uishhhhhhh..mmg ensem! i likeee!! ngeh3.. then guess what?? tgh sbok blogwalking, terperasan sorg nih... dunno la ain dh follow blog dia ke blom..if blom..here's the link to view 1st la..he3..
http://zuelyhebatohh.blogspot.com
blog zulaikha debat mktb melaka..ain dh pernh view x blog dia?? not bad.. cool gak.. =)

Mas said...

wah...maw baca jugak la blog dorg..haha..

btw, asada ryutaro tu nama watak dalam drama jepun team medical dragon.. best cte 2..haha