mereka yang tegar

Saturday, January 31, 2009

pasca-Astar

Salam'alaik. Debat Terbuka Astar 2009 berakhir. Langkah pasukan debat UPSI jeda seketika di sini. Mengumpul kekuatan untuk perjuangan seterusnya. InsyaAllah.
Kedudukan pasukan :
Ranking 5. Pasukan UPSI (B) Hafiz, Baehaqi, Shahirah dan Rasmini
pengiring pasukan ini, Abu dan Kamaruddin
Ranking 10. Pasukan UPSI (A) Shahida, Nadia, Kaza dan Suhaimi
pengiring pasukan, Aini, Fawis dan Ain Fathihah (eh nama aku)
Tak lupa juga kepada senior-senior debat UPSI yang sudi datang menjengah kami adik-adik junior walaupun sedang sibuk berpraktikal. Seronok bila ada Kak Matun, Kak Bieb, Kak Nadiah, Abg Datu, Abg Indra dan Abg Faiezi. Okey, segan nak membebel panjang-panjang. Jom kita tengok gambar lagi. La la la...
Pasukan UPSI (B) masa octo-final. Kak Nadia Fitriyana dapat best debater masa perlawanan ni. Bagus! Abg Kaza pula sangat lahar masa ni. Opss! Kalah dengan UITM (E), huhu. Tak apa lah, belum ada rezeki. Tahniah untuk pasukan UPSI (A), yang mara ke suku akhir. Maaf tiada gambar, saya tidak ikut UPSI (A).
Kembar tiga (mak asing-asing, pak lain-lain), sentiasa bersama. Hehehe. Amat terharu mendapat penghargaan daripada Kak Nadia, Kak Shahida dan Abg Kaza. Yeahhh!! Kami memang berusaha menjadi pom-pom girls terbaik.
Muka serius Kak Nadia. Dia sangat bagus masa ini. Penyampaian yang baik. Bersemangat betul!
Masa kuarantin setengah jam. Kuarantin? hehe. Memang saat-saat getir masa ni. Persediaan terakhir sebelum masuk ke sidang debat.
Seperti biasalah, kami gadis pom-pom setia (tak termasuk Fawiz dan Suhaimi tau!) Tengok gadis bertudung krim tu, bajet comel. Hehe.

**sigh** 2

pentingkan yang lebih penting daripada yang penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting.

aku?

huhuhu

tugasan banyak lagi tertangguh.
apa nak jadi?
apa nak jadi?

sampai nak habis cuti, tugasan ku tak siap-siap lagi..
alahai....

la la la

**sigh**

Agak seronok sejak kebelakangan ini.
Bersama kawan-kawan.
Akak-akak dan abang-abang yang best.

cumanya.....
terasa kekosongan....

owhhh, aku rindu dia..
Nur Athirah Mohd Hanafiah.

rindu zaman matrikulasi
amat!

Friday, January 30, 2009

'mama' team UPSI A

Salam'alaik. Yang pertama, saya rindukan rumah. Yang kedua, saya agak risau tugasan-tugasan yang langsung tidak disentuh sepanjang cuti pertengahan semester ini. Yang ketiga, saya melupakan perkara pertama dan kedua apabila berada di Astar ini. Hwaaa3x!

Pengalaman saya menjadi pengiring......sangat best!!! hehe..Menjadi pengiring memang seronok. Walaupun orang lain nampak 'elehhh, pengiring saja...apa yang seronok? Low class!!' Ciss, berani ya orang itu. Jaga kau Ali!! (bukan nama sebenar)Seperti kebiasaan, setiap pasukan debat akan mendapat seorang Usher@Runner yang akan menjaga pasukan tersebut. Kali ini, pasukan UPSI (A) mendapat seorang usher yang sangat ceria. Sporting + Selamba. Kak Yaya ( saya tak pasti Yaya @ Yana). Pasukan UPSI (B), dapat usher lelaki. Akmal Azam ke Azam Akmal entah. Pun saya tidak pasti. Hohoho!

Sepanjang menjadi pengiring, saya memang agak bising. Potpet...3x. Owhh, mulutku taknak berhenti mengomel. Tambah-tambah menjadi pengiring bersama Abu dan Fawiz. Aini juga. Boleh pula kami ketawa terkekeh-kekeh semasa perdebatan berlangsung (sebenarnya cuma saya yang suka ketawa).

Debat terbuka ASTAR ini agak tidak formal. Sidang-sidang perdebatan diadakan di gelanggang badminton, tempat-tempat letak kereta, foyer-foyer bangunan dan lain-lain tempat yang bersepah-sepah. Memang santai (cuma santai kepada pengiring, bukan pendebat ya!) Lihat gambar--->saya dan fawiz memang tidak berpisah. Ada Aini juga di situ...
Menjadi pengiring bukan sekadar datang menyibuk-nyibuk dan menjengah-jengah sidang perdebatan. Bagi saya, pengiring memainkan peranan yang agak penting bagi membantu pasukan. Sokongan moral dan jadi gadis pom-pom adalah bantuan yang penting, kan?

Selamat Maju Jaya kepada pendebat UPSI dan juga semua pendebat-pendebat seluruh Universiti di Malaysia

Saya? Bila lagi? Kata Hafiz, saya masih perlu belajar. Baik Cikguuu! (siaran ulangan)

UM Astar

mesej daripada seseorang

" haa, ain kat sana (maksudnya di UM), jaga diri tau! Jangan asyik duk senyum-senyum kt lelaki plak"
warna merah, berbuai cinta.

hehe, mana ada..sungguh saya tak senyum-senyum kat orang. Orang yang senyum kat saya dulu. Jadi, kena la membalas senyuman kan? Tak mahu dikatakan sombong.

Saya berada di UM...Asrama Pertama UM..Pertandingan Debat Astar..seronok di sini, banyak belajar perkara baru. Bak kata Kak Shida, kemenangan bukanlah matlamat utama, yang penting nilai persahabatan yang dapat dipupuk. YUP!! Tepat sekali.

Sesi mendengar taklimat ringkas daripada senior Kak Matun dan Kak Bieb..Masing-masing muka lesu dan mata kuyu..Demi perjuangan pasukan, ku gagahkan jua..
kami, pengiring-pengiring tegar...mahu sentiasa bersama....Ain Fawiz Aini.. Go Go Go!! Abu sudah geng sama Abg Din...hOhOhO!

Aini dan Fawiz memang berusaha membantu pasukan. Team UPSI (A). Kami juga tukang sorak merangkap pom-pom girls team A.....hehe...(tapak tangan pedih ni...tepuk kuat-kuat)

Semoga pasukan-pasukan UPSI sentiasa mempamerkan seni perdebatan yang mengkagumkan.

Aku? Bila lagi? Owhh, kata Hafiz, aku masih perlu belajar. Baik, Cikgu!

Wednesday, January 28, 2009

demam blog melanda?

salam'alaik. Catatan ini cuma untuk menyakat sekaligus mempromosikan blog-blog kawan terdekat saya yang baru berjinak-jinak (jinak macam ayam katek) dengan dunia blog.

Friday, January 23, 2009

lidah pasembur perisa budu

salam'alaik. Hampir seminggu rasanya saya tidak menekan-nekan papan kekunci (untuk sesiapa yang tidak tahu : keyboard) ini. Minggu yang agak sibuk. Mujur saya masih diberi kekuatan dan ketabahan olehNYA untuk menjalani kehidupan seharian. Alhamdulillah..

Saya sedang merindui air tangan mama ketika ini. Kesebakan ini tambah-tambah dirasa ketika menyuap nasi bersama kawan-kawan serumah. Bukan bersama keluarga. Rindu rasanya menikmati masa makan bersama adik-adik yang riuh dan bau masakan mama yang menyengat ke lubang hidung. Huhuhu...

Bercakap soal makan, ketika di semester dua ini, saya ada satu kegemaran baru. Makan nasi bersama BUDU. Ya, makanan orang kelantan. Budu terhasil daripada ikan bilis yang diperap bersama gula merah (betul ke ni?sesiapa nak betulkan?). Sejak bermula semester dua, saya menjadi kaki makan budu. Budu yang dibawa oleh kawan serumah, Dayah. Baunya saja sudah membuka selera makan saya. Hehehe. Orang kelantan pula tercengang-cengang melihat saya selamba menuang sedikit budu ke dalam pinggan. Isk, pelik sangat ke orang Penang makan budu? Yummm3x!

Teman sebudu saya, Aimi, dia juga kaki budu. Orang penang dan pahang yang suka makan budu. Bukan satu perkara yang pelik, kan?

Kadangkala terkeluar gurauan dari mulut saya "Ohh, aku sudah layak berkahwin dengan lelaki kelantan. Sudah lulus makan budu!" Hahaha, ini cuma gurauan nakal.

Entah malang apa, sejak semester dua ini, badan saya menjadi alergi kepada 'sesuatu'. Tidak tahu apa. Suatu perkara yang merimaskan badan saya menjadi gatal-gatal dan timbul benjolan kecil seperti jerawat di merata badan. Huhu, gatal amat.

Tiga hari lepas saya terlepas cakap kepada Aimi, "ehh kenapa ya badan aku gatal-gatal, macam alergi apa-apa ja ni, tapi aku xtau la apa yang aku silap makan"

"Mungkin kau alergi budu agaknya. Tak semua orang tahan makan budu. Ada jenis budu yang boleh buat badan jadi gatal"

Iyakah? Saya cuma terdiam. Terus tidak menyentuh budu sejak 3hari lepas. Antara percaya dan tidak kata-kata Aimi.

Namun, suatu kepelikan berlaku. Mungkin pelik, mungkin tidak. Gatal-gatal dan ruam di badan saya berkurang.

Semalam, ketika di dalam makmal Biodiversity, saya terdengar seorang teman berbual. Katanya ramai penghuni KUO menghidap gatal-gatal badan. Naik benjolan kecil sepeti jerawat. Bila dipecahkan, keluar cecair jernih saja. Ehh?? Situasi yang sama seperti saya. Mengapa?

Khabar angin yang saya dengar, air paip di KUO kotor. Sebab itu ramai yang gatal-gatal badan. Iyakah? (sekali lagi)

**termenung** apa lagi pilihan yang saya ada. Takkan nak pergi mandi di KHAR pula?

Thursday, January 22, 2009

debat ASTAR

Kini sudah masuk dua semester saya mengenali dunia debat. Baru nak merangkak-rangkak kata orang. Keseronokan yang takkan difahami oleh orang lain. Ramai yang pelik mengapa saya sanggup menghadiri latihan debat sehingga jam 2pagi setiap hari dan tidak balik @ lewat balik ke rumah apabila cuti panjang..

Sungguh, tak kenal maka tidak cinta (n_n)

Ini merupakan suatu kegilaan baru saya. Keasyikkan yang saya tidak dapat gambarkan.
Asyik menghayati seni perdebatan dan melihat kawan-kawan yang lain berdebat.

Sejak menyertai Kelab Debat UPSI juga, jaringan sosial saya bertambah luas. Berpeluang mengenali kawan-kawan lain-lain jurusan. Pergaulan saya tidaklah jadi terbatas cuma kepada kawan-kawan sekelas Biologi (yang majoritinya perempuan! dalam kelas 59 orang, cuma empat kumbang yang tersesat di jambangan bunga)

Saya memang sentiasa berusaha memperbaiki skil debat saya. Sungguh. Tapi entah mengapa, saya masih tidak berpuas hati. Sentiasa merasakan yang saya mampu buat yang lebih baik. Tetapi, tidak mengapalah. Saya akan terus berusaha.

Setakat ini, dua kali saya mencuba semasa pemilihan pendebat untuk ke pertandingan debat antara Universiti. Dua kali juga terkandas. Hahaha. Pertama, semasa pemilihan Pasukan Muda untuk ke Pertandingan Debat Diraja di UIA tahun lalu. Gagal. Saya tidak kecewa. Saya tahu pencapaian saya masih teruk. Kedua, untuk ke Debat ASTAR di UM minggu hadapan. Gagal. Kecewa. Amat! bukan sebab saya tidak terpilih. Tetapi kecewa kerana merasakan tidak berlaku apa-apa peningkatan di dalam diri. Kecewa cuma untuk seketika. **senyum** Kemudian saya kembali bersemangat untuk membantu kawan-kawan yang akan bertanding.

Tahniah kepada Abg Kaza, Abg Bae, Kak Shera, Kak Rasmini, Kak Syahida, Kak Nadia, Hafiz, dan Suhaimi.. **senyum**

Seketika, saya teringat perbualan bersama Suhaimi. Sedang berjalan pulang ke KUO dari kedai makan..Bukan cuma kami berdua ya! Juga bersama kami, Kak Bieb dan Abg Kaza.

Suhaimi : Ain, kau kena tolong aku tau debat ASTAR nanti. Aku suka kau. Cara kau berfikir dan buat konsep bagus la. Cuma penyampaian kau lemah ja. Nanti kau usaha lagi ya!
Ain : Haha, yela. Kan aku ikut jugak nanti, yang penting kau kena la cuba sesuaikan diri dengan team kau.
Suhaimi : Ain, aku suka la berkawan dengan kau. Rasa ngam sangat. Walaupun mulut kau jahat, tapi kau memang best! (dia buat muka serius)
Ain : ..........(terdiam dan berfikir)
Suhaimi " Bla bla bla....
Ain : Ehh Saemy!! Kau kutuk aku tadi ya! Kau kata aku mulut jahat!! Waaa, jahatnya! Kutuk terus-terang sangat! Hahaha (ketawa)
Suhaimi : Hahaha..

ciss!

Saturday, January 17, 2009

hari ini hari sabtu

salam'alaik. Hari ini hari sabtu. Ada apa dengan hari sabtu? Hari sabtu adalah hari hujung minggu yang sepatutnya digunakan untuk merehat-rehatkan diri dan berpoya-poya setelah penat (penat la sangatt pun!!) belajar isnin-jumaat. Huhuhu.. Malangnya aku adalah antara manusia-manusia yang tidak dapat menggunakan sabtuku dengan bersenang-lenang di atas katil.

Seawal pagi sabtu yang mencengkam ke tulang sum-sum (bukan tulang osteoporosis ya! aku masih muda jelita), aku terpaksa memandikan diri sendiri untuk ke kelas Pengurusan Ko-Kurikulum. Bergelut pula dengan uniform BSMM yang merimaskan (dah la mahal). Warna putih suci, sesuci hatiku, hehehe. Berpakaian serba putih (mcm Misi klinik), terpaksalah pula aku berjaga-jaga untuk mengelakkan pakaian aku kotor. Aku makan comot! tertekannya kena jaga baju taknak bagi kotor. huhu...

Pukul 11.00pagi-1tgh hari kelas BSMM berjalan lancar (aku pula tertidur sampai tersengguk-sengguk, sedar-sedar je kelas dah habis dahhhh). Sayup-sayup saja suara Tuan Hayadi, instruktor BSMMku di gegendang telinga. Sempat pula aku bermimpi dapat makan ikan terubuk bakar cicah sambal kicap, air tangan mama.. Mujur tak meleleh-leleh air liur!

Balik daripada kampus, aku bergegas pula mandi, solat dan bersiap untuk menyertai Debat Piala Pengetua KHAR.
Debat yang pada awalnya cuma terbuka pada penghuni KHAR, akhirnya dapatku tembusi dengan jayanya..ngeh3..Terima kasih pada Kak Bieb dan Abg Kaza yang bersungguh mahukan adik-adik junior kesayangan mereka (perasan je ni!) menyertai juga debat ini.

Bergandingan dengan Suhaimi dan Fawis, aku muncul sebagai bunga di celahan 2ekor(orang?) kumbang. Memandang ketiga-tiga kami sering berlatih sebagai pendebat pertama dan kedua, maka kami tidak ada pendebat ketiga! Ketiga-tiga kami tidak pernah bangun berdebat sebagai pembidas. Huhuhu. Tanpa kompromi dan sedikit paksaan, Suhaimi usulkan aku menjadi pendebat ketiga. Waaa! Waaa! Tak reti...isk macam mana ni...huhuhu

Makanya aku yang selalu bercita-cita menjadi pendebat yang baik, bersetuju dengan cadangan Suhaimi dan Fawis, padahal dalam hatiku debarnya macam nak meletop!
3pusingan saringan dengan usul yang berlainan. Bangun aku dengan gaya bodoh dna selamba membidas hujah-hujah lawan dan dalam masa sama menguatkan hujah kami. Ada perlawanan yang memang aku terasa bodoh sangat, ada perlawanan yang agak sengit (bak kata juri lerr). Tapi, setakat pengalamanku yang cetek ini....ku kira perdebatan 3pusingan pada petang sabtu ini banyak membantu aku membuang debar dan ketar. Berdebat ni gelanggang badminton! Dah la ramai jejaka-jejaka (sempat mataku melirik nakal) sedang berpoya-poya bermain bola sepak. Huhuhu. Terasa banyak mata memandang. Malunyaaaa...berdebar bila hendak memulakan hujah. Mujur aku tak pitam di tengah-tengah gelanggang badminton tadi.


Ahad esok, aku hendak mensantaikan diri bermain sukan rakyat. Harap ahad ku menjadi lebih manis, semanis pengalaman hari ini..wassalam..

entah kenapa tak dapat muat naik gambar. mungkin lain kali.

Friday, January 16, 2009

hatiku mengecikkk!

Fawiz Aminurrashid: salam, g ikim bila?
ain fath mrh: depa dh p kot ni, pkul 6 td (hehe, aku xjawab salam pun)
Fawiz Aminurrashid: oih.. ko x g ka?
ain fath mrh: tak

Fawiz Aminurrashid: oic.. pasal x g?
ain fath mrh: sbb xnk p
Fawiz Aminurrashid: ooo~ smalam ko marah kat aku ek?
ain fath mrh: marah? sbb apa nk marah? (buat2 tak faham)
Fawiz Aminurrashid: jelingan awak tu?
ain fath mrh: jeling? (alamak, dia ni perasan rupanya mataku yang menjeling tajam!)
ain fath mrh: hurm, hr tu..hg ckp...xsuka budak sains (terus-terang, mudah kan?)
ain fath mrh: so, i'm a science student..
ain fath mrh: ptt kn aku terasa hati
ain fath mrh: itu ja
Fawiz Aminurrashid: owhhhh~ ko budak sains yg beza..
Fawiz Aminurrashid: 4 ur info aku dlu budak sains jugak..
Fawiz Aminurrashid: aku ckp bg yang berhak kena jer.. ko bukan mcm tu..
Fawiz Aminurrashid: tp kalau ko terasa, aku minta maaf..(haa, mujur reti minta maaf, xpayah aku merajuk lama-lama)
ain fath mrh: tak la..hg ckp secara umum...'aku xsuka budak sains'
ain fath mrh: ayt yg mudah je, tp aku stdnt sains kt cni..
ain fath mrh: mg aku terasa
ain fath mrh: so, smlm mls la nk tegur hg..
ain fath mrh: kecik ht lg
Fawiz Aminurrashid: yela.. yela.. aku salah.. laen kali aku xckap da..
Fawiz Aminurrashid: nak coklat la tuuu.. (hahaha, aku dah mula senyum. yum3, coklat!)
ain fath mrh: yala..yala..aku x amik ht dah...lain X ckp tu bertapis la...dh la kutuk scra umum
ain fath mrh: ceh
Fawiz Aminurrashid: ak igt la janji aku.. aku duk KUO skunk..
Fawiz Aminurrashid: cuz tenet khar probs jerr
Fawiz Aminurrashid: so x dpat balas testi ko ari tu..
Fawiz Aminurrashid: huhuhu
ain fath mrh: bkn psl jnji sgt pn..aku xkisah sgt psl coklat tu..sbb nt mesti aku tuntut jgak...cumanya aku mmg terasa ht dgn ayt hg hr tu ja...(cewahh, buat2 taknak coklat tuuu

Huhuhu, aku ni tak la mudah sangat terkecik hati dengan kawan-kawan. Selalunya dengan member kelab debat, memang buat hati kering ja. Tapi tak tahu la kenapa malam masa ada
latihan debat tu, secara tidak sengaja terasa hati dengan Fawiz ni. Cehh!
Apa-apa pun, memang best berkawan dengan budak2 debat ni... Hafiz yang mulut laser(hatinya baik...aku memang kagum dengan gaya hafiz berdebat..dia ada karisma tersendiri, insyaAllah, aku doakan dia boleh pergi jauh dalam dunia debat), Aini yang chabi+comel (aku geram tengok pipi montel dia), Abu Handhalah yang selalunya tenang+baik dengan aku, Fawiz orang kelantan yang dah hilang loghat kelantannya + selalu cakap 'ko ni sengal la ain', Suhaimi yang suaranya jantan dan yang lain-lain lagi....senior-senior...akak2 dan abang2.....

budak sains skema ke?

Latar Tempat : Hentian Bas (pintu timur UPSI)
Latar Masa : 5.00petang. Hari redup. Berangin sepoi-sepoi.
Latar Masyarakat : Siswa/i UPSI (KUO, KHAR). Baru pulang daripada kuliah, sedang menunggu bas hendak pulang ke kolej kediaman. Ada juga yang baru tiba ke kampus dan menuju destinasi masing-masing.

(Dua orang gadis duduk bersebelahan di tempat menunggu)

Gadis1 : .................(Muka letih)
Gadis2 : (Berbual di telefon.....bla3.....ok bye)

Gadis2 : (Senyum)
Gadis1 : (Membalas senyuman)
Gadis2 : Hai, nak gi mana?
Gadis1 : Assalamualaikum. Nak balik KUO (dalam hati berfikir, isk budak ini, ni kan hentian bas untuk bas ke KUO atau KHAR, takkan la nak ke pekan plak)
Gadis2 : Awak course apa? Muka awak macam familiar ja. Orang kelantan ke?
Gadis1 : Eh tidak la. Saya orang Penang. Course Biologi, sem dua. Awak? (cehh, muka aku ada rupa orang makan budu hari-hari ke?)
Gadis2 : owhh patut la skema je awak ni ya. Budak sains memang skema kan? dah la sombong, tak reti bersosial plak tu. Saya tengok budak sains berkawan sesama perempuan ja. Macam terkongkong ja budak-budak sains ni kan. Dah la tak reti bergaya, sepesen ja saya tengok semuanya..bla bla bla....potpet potpet...bla bla bla..... tak macam kami budak-budak course seni ni..tak skema, geng gempak, life happy memanjang ja..bla bla bla
Gadis1 : (muka kosong tak berperasaan) iya ka macam tu..
Gadis2 : Memang macam tu pun (nada sombong)
Gadis1 : (Senyum) Erm, kami budak-budak sains, kami pandai. sebab tu kami skema. Orang-orang yang mengikut peraturan memang bijak-bijak sebab kami tak dak masa nak berpoya-poya dan bersosial ntah pape. Tak macam awak kan?
Gadis2 : (diam. muka kelat) OK la saya naik bas dulu. Bye.
Gadis1 : OK (aikk, tau pulak nak marah, tadi dia kutuk aku kaw-kaw, takpa pun? hehe, terasa hati la tu. padan muka)

Ain teringat pada kuliah Pembangunan Sahsiah malam rabu lepas. Manusia ini diciptakan mempunyai pelbagai personaliti yang membezakannya dari satu sama lain. Personaliti masing-masing ini la yang menjadikan kita sebagai manusia, makhluk yang unik.


la la la.....

Saturday, January 10, 2009

apabila berblog dijadikan aktiviti keluarga

salam'alaik..(salam sayang khas ditujukan buat mama tersayang aka pembaca setia blog ku)
alhamdulillah..perjalanan saya dipermudahkan oleh Allah. Syukur Alhamdulillah Ya Allah..

Permulaan semester dua yang saya kira amat baik untuk saya. Tanpa sebarang masalah yang memeningkan. Kecintaan terhadap bumi tanjung malim (ungkapan tidak ikhlas) kian memutik kembali. Saya tidak mahu mengulas panjang perjalanan saya di UPSI setakat ini. Berbalik kepada tajuk blog kita pada hari ini, ya murid-murid.. (ahaks! semangat bakal guru memuncak)

Saya sudah lama ingin menulis berkenaan tajuk ini. Apabila berblog dijadikan aktiviti keluarga. Ya! Berblog memang menjadi aktiviti masa senggang keluarga saya semasa cuti semester baru-baru ini. Bukan setakat saya yang berblog dan keluarga cuma menjadi pembaca pasif, malah mama saya (promosi : Puan Junaidah Kassim) juga sakan meng-update (maaf, saya tidak tahu istilah Bahasa Melayu) blognya. Bermula daripada permintaan baba untuk saya mengajarnya berblog. Bukan blog peribadi, tetapi blog sekolah beliau. SK Tanjong Tokong.
Entah bagaimana, secara kebetulan terdetik di hati saya untuk mengajak mama berblog. Mulanya cuma ajak-ajak ayam. Tak sangka ajak-ajak ayam saya bersambut. Mama memang pantang dipelawa orangnya! hehehe
Buat mama, saya membuatkannya akaun Google dan tapak blog. Cuma blog kosong tanpa sebarang tambahan aksesori yang menarik. Juga mengajarnya serba sedikit bagaimana mahu meng-update blog dan menambah aksesori di blog secara kasar. Mama saya memang seorang yang bersemangat. Tidak jemu-jemu beliau bertanyakan kepada saya itu dan ini. Bagaimana itu, bagaimana ini. Hari pertama, memang saya menjawab pertanyaannya dengan bersemangat juga. Seronok berkongsi minat saya dengan mama. Mujur juga mama bukan jenis kaum ibu yang menolak terus minat anaknya ini.
Walaubagaimanapun, sungguh saya seorang anak yang banyak kelemahan. Saya memang tidak sesabar ibubapa saya dalam hal mengajar dan mendidik. Masuk hari ketiga, saya mula bosan apabila mama bertanyakan begitu banyak soalan itu ini kepada saya. Saya pula tidaklah begitu mahir menggunakan internet dan laman blog ini. Banyak pula soalannya yang saya tidak begitu tahu. Soalannya yang sudah saya jawab, dan ajar satu persatu juga diulang-ulang. Aduhh, saya geram. Geram rasanya apabila perlu mengulang perkara yang sama banyak kali (bukankah ini hakikat seorangg guru? ohh, saya belum layak menjadi guru)
Makanya, dengan niat suci dan murni (sungguh!! saya tak tipu, ha3!) saya tidak mengendahkan pertanyaan mama. Saya kejam, kan? Soalannya saya biarkan sepi dan dijawab ala kadar. Tetapi tentunya tidak menjawab secara tepat soalan mama! Bagaikan hati saya ini sekeping batu, saya biarkan mama terkial-kial mencuba itu ini di hadapan komputer dan kadangkala laptop saya atau baba. Dalam hati saya mengetawakannya (kejamnya saya!). Pada saya, saya mahu mama belajar sendiri. Lebih bermakna untuk dirinya. Lagi pula, perkara yang saya tunjukkan mama satu persatu, dalam tempoh 3jam mama sudah lupa! Aduhh..
Selama seminggu, saya langsung tidak menjengah blog mama. Dalam hati, timbul juga kehairanan mengapa mama sudah tidak bertanyakan saya mengenai blog. Ahh, mungkin mamaku ini sudah berputus asa agaknya. Namun, entah bagaimana, jemari saya menaip juga alamat blog mama. Niat di hati ingin melihat apakah yang sudah berlaku di blognya....
Tetapi....wahhh!!! Sungguh saya kagum! Amat kagum. Dengan pengetahuan yang sifar mengenai blog, ditambah pula mama saya tidak berpendidikan tinggi dan tidak terdedah luas dengan ICT, saya kira blog mama memang menarik. Patutlah saya sering dengar mama bersama baba 'memekap' blog dan saling ajar-mengajar satu sama lain. Baba pun agak sifar mengenai blog.
Blog mama sudah bertukar warna. Warna merah jambu gelap. Ada gambar-gambar saya dan adik-adik di sudut kanan blognya. Ada pula jam sebagai hiasannya. Juga pautan ke laman-laman blog lain. Catatannya juga saya kira memang menarik. Bukan mahu memuji ibu sendiri, tapi lahir dari hati seorang anak, saya memang kagum dengan mama saya.
Bila tidak diajar satu persatu, boleh pula mama 'try n error'. hehe.. Tahniah3x!!
Angin dan mood berblog ini pula berjangkit kepada adik-adik saya. Atikah, Adeebah dan Amirah. Dengan blog masing-masing. Menulis dan menambah ilmu secara bersama. Seringkali juga, 1komputer dan 2laptop terpasang secara serentak dan ketiga-tiganya sedang 'memekap' blog.
Aktiviti berblog di masa cuti semester saya baru-baru ini memang meninggalkan kesan yang manis untuk saya. Pertama, minat saya dapat dikongsi bersama keluarga. Kedua, kami dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun tidak mengeluarkan kos yang besar.
Kini, saya dapat mengetahui cerita-cerita yang berlaku di rumah dengan membaca blog mama. Rupa-rupanya sedari dulu mama sering membaca blog saya untuk mengetahui cerita dan perkembangan saya bila berjauhan. Terima Kasih..
Selain berblog, memang saya agak kerap berchatting dengan mama. Juga dengan adik-adik dan baba apabila ada kesempatan. Saling bertukar berita dan melepaskan rindu.
Sungguh saya tidak nafikan, kemajuan internet dan teknologi masa kini ibarat pisau ukir. Apabila digunakan dengan betul untuk mengukir, akan dapat menghasilkan suatu nilai seni yang cantik. Namun apabila pisau yang sama digunakan pula untuk mencederakan orang mahupun membunuh, pisau itu mampu membawa kecelakaan.
Salam Sayang Buat Semuaa!!! rinduuu rumahhh!! waa waa waaa!!

Saturday, January 03, 2009

Butterworth - Tanjung Malim

Alhamdulillah..segala puji-pujian bagi Allah..
Saya sudah selamat sampai ke destinasi tercinta (errk tipu je,tak la begitu cinta). Perjalanan daripada Butterworth, Penang ke Tanjung Malim, Perak..
Pagi sebelum bertolak dari rumah, suasana di rumah memang agak kelam-kabut. Masing-masing punya urusan tersendiri. Kakak begitu bersemangat mahu menghadiri sesi orientasi pra-sekolahnya, ditemani mama. Kak Uda perlu mendaftarkan diri di asramanya Maahad Mahmud Bandar Baru sebelum jam 1100. Sudah tingkatan empat rupanya adik ketiga saya ini. Saya pula perlu menaiki kenderaan rasmi saya pergi dan balik daripada rumah ke UPSI.. keretapi kesayanganku, hehe. Cuma Baba yang menghantar saya ke stesen KTM kali ini. Kemudian terus dia akan menghantar Kak Uda ke Bandar Baru Serdang pula.
Sengaja saya memilih perjalanan siang pada kali ini. Tren jam 1000. Hajat di hati mahu mencuci mata melihat pemandangan sepanjang perjalanan. Mujur juga tempat duduk saya di tepi tingkap (ehh, tren ada tingkap ke?) Sebelum memulakan perjalanan, memang sengaja saya tidak menjamah apa-apa. Bimbang. Saya mabuk kenderaan. Bimbang apa yang telah dijamah akan terkeluar balik dari perut, huhu (bahasa mudah, muntah. wekkk!!)
Tambah-tambah di dalam train yang bergoyang-goyang dan agak bergegar. Aduhh... memang pening. tapi ku tahan jua, keretapi kesayanganlah katakan..
Subhanallah.. pemandangan sepanjang perjalanan memang menakjubkan hati saya. Dunia Allah yang luas terbentang memang mendamaikan hati. Merentasi kawasan kampung-kampung yang sederhana, pekan dan bandar yang agak maju, kawasan setinggan yang nampak kotor, sempit dan menjelekkan. Tapi saya percaya, di setiap celah-celah bangunan dan rumah papan itu, terselit 1001 cerita-ceriti manusia. Di saat pemimpin kita bermegah-megah dan bangga dengan kemajuan dan kemakmuran Malaysiaku tercinta, masih ada rakyat di negara ini yang tinggal di rumah (sangat tidak layak dipanggil rumah pun) sebesar reban ayam. Amat daif. Memilukan hati. Huhu. PM kita tinggal di Seri Perdana yang kita sedia maklum, lebih besar dari Rumah Putih tempat tinggal Presiden AS.

Perjalanan saya dengan keretapi mahupun bas sebelum ini, semuanya perjalanan malam. Jadi, naik dan duduk saja di tempat duduk, saya terus melelapkan mata. Terus tidur sehinggalah sampai ke destinasi. Hendak memandang ke luar tingkap pun, gelap amat. Saya takkan nampak apa-apa kecuali kerlip lampu neon.

Asyik menikmati pemandangan dan menginsafi diri (berangan juga), perut saya kian berbunyi-bunyi. Lapar. Aduss.. Tapi segan pula mahu mengeluarkan bekal yang dikirim mama. Terima kasih mamaku sayang. Risau baunya semerbak ke serata ruang koc yang saya duduk. Bagaimana ya? Perut sudah lapar amat. Tapi sungguh saya berasa malu untuk mengeluarkan mangkuk tingkat itu.
Saya cuma biarkan dulu gendung perut tali kecapi yang berdendang. Mula-mula irama dondang sayang.. Saya boleh tahan lapar lagi. Kemudian ke rentak pop yeh-yeh. Adess, pedihnya perut. Namun apabila perut saya berbunyi rentak rock heavy metal, saya mengalah.

Perlahan-lahan saya ambil mangkuk tingkat yang belum saya tahu isinya itu. Kebetulan pula orang sebelah saya turut sama mengeluarkan bekalnya dari dalam beg. Turut sama orang selang beberapa kerusi dari saya. Masing-masing dengan bekal sendiri. Leher saya terjengah-jengah. Kebanyakan penumpang keretapi sedang makan tengah hari. Owhh, rupanya memang boleh makan dalam keretapi ya. Ingatkan tak boleh. Ciss, rugi aja saya menahan lapar.

Sebelum makan, sempat saya snap gambar hidangan orang di sebelah saya. Nampak sedap lauknya, sambal udang dan telur goreng.

Tadaaa! Ini pula bekal saya. Nasi putih dan ayam pencen masak ungkep. Yang dimasak dengan penuh kasih dan sayang. Aduhh, bergegar nafsu makan saya. Hehe. Memang urmmphhh!! Sedap sangat. Terima kasih lagi sekali pada mama tersayang, Puan Junaidah Kassim. Mama sangat memahami anakmu yang kelaparan dan makan banyak ini. Nasinya padat dan penuh pula dalam bekas. Alhamdulillah..
Habis licin nasinya saya bedal. Lauknya habis separuh. Simpan sedikit untuk dimakan di KUO nanti. Alamak, rugi pula saya tak ambil bekal 3mangkuk tingkat. Yang itu mesti lagi banyak. Tapi bekal itu kata mama untuk Kak Uda.. Isk, kenapa lah saya tak tukar bekal kami sebelum naik tren tadi.. (ketamakan menguasai diri) Ha Ha Ha!

Perasaan saya makan di dalam keretapi sedang bergerak?Pertama, amat sebak..huhu..bestnya bekal mama bagi untuk saya. Sedih lepas ni saya tak mengadap hidangan mama bersama adik-adik. Terpaksa makan sendirian di kampus. Ditemani kawan-kawan cuma. waa!! sedih. Kedua, bengang. Susah hendak makan dalam tren ni. Bergoyang-goyang. Tersasar suapan saya sedikit. Mujur juga suapan ke mulut tidak masuk ke lubang hidung. Walaubagaimanapun, habis juga nasinya saya makan. Amat berselera hingga terlupa mempelawa orang sebelah!! Teruknya saya. Hehehe..

Thursday, January 01, 2009

1001rasa

Seribu senyuman

belum tentu menawan hati

satu jelingan sudah cukup

menimbulkan rasa benci

membina mengambil masa

meruntuh sekelip mata ...

untuk itu jalinkan silaturrahim kerana Dia...