Friday, November 13, 2009

kelingking bertanda (pesan ayahanda)

Dalam hidup, selalunya ada dua persimpangan. Kiri dan kanan. Mahu memilih hitam, atau putih. Iyakah? Selalunya saya merasakan soal hidup bukan mengenai hitam atau putih. Tapi kelabu. Hoho..

Pendahuluan yang tak berkaitan pun sebenarnya. Cikgu BM, jangan potong markah saya. Sebenarnya entri ini saya mahu bercakap tentang kiri dan kanan. Ada apa dengan kiri kanan?

Begini, masa anak-anak dulu, seingat saya ketika umur kurang 4 tahun. Macam biasa lah, seperti ibu bapa lain, Baba & Mama akan ajar macam-macam perkara. Pendidikan tidak formal.

Warna – nasi warna putih, daun warna hijau, sirap warna merah, baju Tata warna kuning, baju Baba warna ungu, baju Mama warna kelabu

Saiz & Kuantiti – ini besar, ini kecil, bola ini lebih besar dari bola kecil itu, pensel dalam bekas ini lebih banyak dari pensel warna dalam bekas itu, susu dalam botol ini penuh, setengah dan kosong (sudah habis diminum! Sapa entah masih minum susu botol sampai umur 5tahun, hehe)

Benda – ini motor, ini TV, ini buku, itu mesin taip Baba, ini lipstik Mama, itu lori besar, di sana lori kecil, itu ayam (yang selalu berak kat halaman rumah), itu pula angsa (yang selalu kejar budak-budak yang lalu-lalang depan dia, cis)

........

........

Belajar sambil bermain, seronok kan zaman anak-anak. Zaman U ni pula, belajar sambil tersengguk-sengguk. Adik-adik, jangan contohi kakak kalian.

Ada satu perkara yang Baba ajar, melekat kaedahnya sampai sekarang. Masa kecil (dan sampai sekarang pun), saya agak sukar membezakan kanan dan kiri. Maka, Baba ajar ;

“Tengok jari kelingking Tata, yang mana ada tahi lalat, itu kanan. Jari kelingking yang tak da tahi lalat, itu kiri.”



Dan saya akan tengok jari kelingking untuk membezakan arah kanan dan kiri, anggota badan kanan dan kiri dan apa saja yang berkaitan dengan kanan dan kiri. Nak makan, tengok dulu tangan mana yang jari kelingking ada tahi lalat, maka saya akan makan dengan tangan itu. Hehehe.

Rupanya kebiasaan dari kecil, ketika zaman anak-anak, terbawa-bawa hingga menjejak dewasa (tiru blogger Amir : Menjejak Dewasa). Saya masih sukar membezakan kanan dan kiri tanpa melihat jari sendiri terlebih dahulu.

Dan tentunya saya sangat ‘fail’ bila kena kawad kaki! Arghh, susahnya. Mana nak pusing kiri, mana nak pusing kanan, saya selalu keliru. Komanden suruh pusing kanan, saya terpusing kiri. Dan sebaliknya. Takkan nak angkat tangan tengok jari kelingking masa kawad kan? masa kawad kaki kan kena berdiri tegak.

Ngee, entah sampai bila saya perlu bergantung dengan jari kelingking bertahi lalat ni. Apapun, terima kasih ayahanda sebab dah ajar saya bezakan kiri dan kanan.

Juga, kiri dan kanan kehidupan.

13 komen tak puas hati:

myQza said...

wah! jarang lah orang tahi lalat kat jari. ekekeke

Amir Batrisya~ said...

pelik2 si ain ni...
hehe~
nasib baik ada tahi lalat, kalau xde??

ain fathihah fhm said...

hehe amir, kalau takda, mungkin aku kena fikirkan cara lain.. agaknya..

ain fathihah fhm said...

jarang ke?
wahh, i'm one in the million la gituu

Lun said...

Lun dah lupe camana lun bezakan kiri dan kanan...
lahir-lahir dah tau kot hehe

Guru said...

assalammualaikum ain

memang dah terbukti dalam kajian, wanita sukar sedikit membayangkan kiri dan kanan tanpa melihat tangannya dahulu

akak pun sama, kalau bawak kereta, dua2 tangan di steering, apabila orang di belakang menunjuk arah....masuk kanan,kanan.....tengok tangan sendiri dulu.... masuk kiri...kiri... tengok tangan kiri dulu....

ain fathihah fhm said...

tq cikgu kl,
wahh, mcm tu rupanya..
hehe saya baru nak rasa cuak bila ada org cakap saya disleksia sbb takleh bezakan kiri kanan..hehe

nieha niezzeissha said...

hehehe...
pe la ain ni...
mcm2...
xtau lak k.nieha ain ni plik..
hehehe...
xprasan kot slama nie...
sowy yer...
hahaha...

eellee said...

x ku tahu sblm ini ex-rumetku ini ada tahi lalat di kelingking...
berguna plak tahi lalat 2 ntuk bezakan kiri-kanan...
hehe....

Anonymous said...

alahai chomel nya tahi lalat tu...mana ada tahi chomel..tpi tahi yg kat jari ain tu mmg chomel...ha.ha.ha

yamiko_anna

Unknown said...

waa...ada tahi lalat ;)

. said...

jahat sungguh lalat tersebut bertahi di jari kanan kamu.

Anonymous said...

skg baru tahu rupenye org yg sukar membaezakan kiri dan kanan adelah sejennis penyakit autisme minor.